Monday, November 25, 2002

Weekend lepas aku seronok sangat sebab dapat balik kampung. Tak sempat nak buka di rumah. Aku buka kat Papa Seafood. Makan siakap kukus ngan sayur kailan ikan masin. Alhamdulillah. Sampai rumah sambung makan lagik ehehe..lama tak rasa masakan emak. Lepak2 borak2 pastuh tido ler.

Hari Sabtu tuh aku sempat merayau kat Pasar Ramadhan. Aku jumpa banyak makanan yang aku suka. Kesian kat abang ler..tak ada kuih muih sebelah sana yang dia biasa makan. Mujur jumpa pulut inti. Tu jerlah yang dia beli. Aku..memacam aku beli walaupun yang nak makannya tak ramai. Rambang mata ekekekeke.

Kat kampung aku dah start monjong. Bagi juadah kat jiran sekeliling. Adat yang tak dilupakan setiap kali nak raya. Malam kedua kat rumah emak macam2 hidangan ada, rata2 pemberian orang. Dapat aku makan ketupat ngan rendang. Lemang pun ada. Emak kata minggu depan baru nak monjong pulak. Abang cam pelik jer sebab tak de adat nih kat tempat dia.

Aku buka puasa dengan lempeng. Memang best cicah dengan tempe masak santan yang agak pedas. Cili padi ngan bawang dan bilis ditumbuk pastu ditumis. Bila dah naik bau masukan santan dan tempe. Masak sampai pekat. Dulu2 emak masak sebab kami tak ada duit, orang susah..tapi lama2 makan dah jadi favourite aku pulak. Memang aku tak lepas peluang makan bila balik Klang.

Malam tu aku beri emak kasut yang aku janjikan. AKu tengok redup mata dia.
"Buat apa mahal sangat? yang murah cukuplah. kan *** nak pakai duit" emak cakap perlahan. AKu lupa buang tanda harga rupanya.
"Tak pe lah mak..biar mak glamer sikit" emak senyum jer.
Untuk Noni pun ada. Aku tak lupa belikan coklat untuk dia. Suka sangat budak tu. nak tunjukkan pada kawan2 katanya. Hati aku puas dapat tengok senyuman emak dan Noni.

Masa nak balik Kuantan aku sempat singgah beli beberapa jenis kerepek. Dekat jer ngan rumah aku. Murah betul kat situ. Beza sekali ganda harga kat pasaran. Aku ingat nak buat bisneslah. Amik bekalan kat situ pastu jual kat Kuantan. Dapat untung sikit2 dah ler. Kerepek pisang sekilo 6 ringgit jer. Ermmmm..thn depan boleh buatlah. Mintak modal ngan abang boleh kot.

Aku bertolak ke Kuantan lepas Zohor. Tengah best2 borak ngan abang tetiba meletup cermin depan kereta aku. Mungkin terkena batu. Mujur dah sampai Maran dan mujur jugak cuma mendung. Masuk yang nih dah 3 kali cermin depan keter aku pecah. Peliknyerlah. Mungkin aku kena tukar jugak CAT aku tuh ngan yang lain *sigh* Abang biarkan jer cermin tuh gitu, lepas Gambang jalan dah 2 lane, abang aberhenti kat tepi dan pecahkan habis. Kami teruskan perjalanan tanpa cermin depan...

Hari ni punyer cerita.

Pagi nih aku lambat sikit ke ofis. Jet lag agaknya, Abang hantar guna kereta bengkel. Nak tukar cermin harinih. Terbang lagik duit untuk raya. Tak per..cubaan tuh.

Sebab Sabtu lepas aku cuti maka banyakler isi inbox email. Check punya check, ada beberapa yang menarik perhatian aku. Ahad nih ada majlis buka puasa untuk staff dan keluarga kat Grand Cotinental. Hmmm..satu kemajuan. Tahun lepas buka puasa kat bawah khemah kat depan musolla jer.

Telur yang tak berbasuh tu najis kalau digunakan. Masyaallah, aku baru tau. Selama nih aku tak basuh pun. Mulai sekarang aku akan basuh dulu ler. Aku tak boleh bayang lah berapa banyak produk makanan di pasaran yang guna telur. Tak terkira banyaknya tuh kan...

Sedar tak sedar 8 hari jer lagi hari bekerja sebelum cuti raya. Tinggal 10 hari jer lagi bulan Ramadhan bersama kita. Dah bayar zakat fitrah ke belum? Aku dah ingatkan abang awal2 lagi biar tak terkejar nak membayar zakat fitrah. Bukan apa..yang aku tengok masyarakat kita nih, sibuk mengejar jualan murah sempena raya beli tu beli nih, bila dah malam raya baru sibuk nak bayar zakat fitrah. Kenapa ek?

Aku sempat pegi pasaraya masa balik kampung. yang aku tengok, hiasan Christmas lebih banyak daripada hiasan Hari Raya. Kenapa ek?

Dulu dulu, TV dah sibuk pasang iklan raya waktu2 camnih. Tapi sekarang aku tak nampak satu iklan pun lagik. Aku biasanya tunggu iklan Petronas, Perodua, Dunhill yang memang best. Aku dapat email pasal iklan Petronas. Simple tapi mendalam maknanya. Cuma aku nampak persamaan ngan iklan Merdeka hari tuh. Situasi sama pada masa berbeza.

Ingat tak masa iklan merdeka mereka bergambar bersama setiap kali, iklan raya pun sama gak. Cuma bezanya untuk raya nih si anak bergambar ngan ibu. Gambar last sekali cuma ada si anak. Ibu mungkin dah meninggal. Sama kan? kenapa ek? mungkin dah abis idea kot ekekekeke.


No comments: