Wednesday, May 25, 2011

REVIEW - MODU BREASTPUMP

MEMANDANGKAN RAMAI YANG NAK BACA REVIEW NI MAKA AKU JADIKAN STICKY POST.


Minggu kedua menggunakan Breastpump jenama MODU selepas FreeStyle aku menemui ajal huhu..nak review la sikit memandangkan ada bakal ibu dan ibu2 juga yang bertanya.

Secara ringkasnya aku puas hati dengan performance MODU ni. Ada 6 level suction boleh pilih. Setakat ni aku selesa guna level 4 atau 5. Biasanya aku pam 15-20 minutes je.

Milk collection pun tak beza mana. Cuma aku rasa masa guna FS, masa untuk rasa breast kosong adalah cepat sedikit berbanding dengan MODU. Average masih sama 20-25oz sehari.

Ini parts MODU. Yang biasa guna double pumping rasanya tak de masalah nak handle parts masa nak esemble dan nak cuci. Yang menariknya ia didatangkan dengan penyedut hingus. Nanti aku amik gambar. Dah guna sekali dua masa anak aku selsema. Berkesan juga lah.

Suction cup pun aku rasa selesa. Suction mode pun ok dan tak menyakitkan. ITU YANG PENTING!

Boleh fit botol biasa. Jadi tak perlu risau. Cuma set ni tak didatangkan dengan penutup botol.

Boleh muat dalam cooler bag. Aku guna cooler bag MLO. Cuma suction cup tu tak muat la. Aku sumbat dalam henbeg je haha.. Actually aku tinggalkan kat opis MODU ni. Kat umah aku guna Medela Harmony je.

Beratnya lebih kurang 700g. Ringan la berbanding Spectra 3. So senang nak bawa travel.

Dan MODU ni kena sambung ngan soket letrik. Baterinya bukan jenis rechargable mcm FS. Tapi kalau untuk kegunaan kat opis dan kat umah sangat ok lah. Aku cuma nak cari info kalau2 boleh guna general adapter dalam kereta. Senang nak pam masa site visits kan..

47 comments:

  1. oowwhh..tp yg best tu, dia tak seberat mcm spectra3 kan..henbeg aku asik la putus tali sbb dok ngangkut pam spectra tuh..huhuhu...

    ReplyDelete
  2. nak tanya, bunyi n vibration modu ngan freestyle mana yang ok?

    ReplyDelete
  3. oren
    haha..dh brp henbeg jd mangsa?

    aida
    free style lebih senyap. modu ni acceptable la.

    ReplyDelete
  4. hi, nak tanya. bgmana dgn sparepart BP ni? warranty? compare dgn spectra dew?

    ReplyDelete
  5. ibu zahinanis
    sparepart saya tak pasti. Mungkin Sarakids ada jual. Warranty 1 tahun. Spectra dew saya tak pernah guna.

    ReplyDelete
  6. teringin nak memiliki pam kaler pink ni..tp tgh dok carik review pam ni dulu...bunyi dia kuat sgt kah?

    ReplyDelete
  7. ziera
    Tak kuat sangat. Staff luar bilik pun kata tak dengar.

    ReplyDelete
  8. cumillah pumpnie..pink kaler=)suke suke..ada battry operated n elektrik ek?betri 4 biji AA ker mcm mana?mcm madela swing jer bentuknya..murahlah cketkan dr fs..nak beli fs tak mampu lagi=(

    ReplyDelete
  9. akak beli kat mana ek pump nie?kalau warranty plak mcm mana ek?kalau rosak ker aper nak betul kat mana?

    ReplyDelete
  10. ibuzihanis
    Setakat ni sparepart tak tau pulak. Warranty setahun. Spectra dew saya tak pernah guna jadi tak bolehbuat comparison

    ReplyDelete
  11. wan nurul hezrina
    Saya beli kat Sarakids. MODU ni cuma elektrik operated. takde bateri. waranty setahun.

    ReplyDelete
  12. ooo takder bateri..dulu saya guna swing..tapi oklahkan double pump..awak guna rasa ok kan?tq entri nie sangat berguna=)tq

    ReplyDelete
  13. wan nurul
    setakat ni ok..tak sebagus FS tapi ok lah.

    ReplyDelete
  14. teringin gak nak beli...buat masa ni paai avent manual je..penat gak ler..tingin gak nk try yg elektik...

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah, pam MODU sesuai ngan Mama, ya. Pam MODU ni 1 tahun warranty dan ia mmg ringan hampir separuh dari freestyle. Ia adalah electric pump dan insyaAllah tak lama lagi akan keluar car adapternya.

    Kalau berminat, boleh risik2 di www.suri.my. Maybe mama2 yang teringin boleh acu cuba test dulu baru beli, ya...

    Moga perjalanan menyusukan si manja dipermudahkan..amin

    ReplyDelete
  16. IbuDhira
    beli jgn tak beli..jimat masa pumping

    Haza
    setuju. MODu ni dah ok performance dia. harga pun murah. Affordable la. car adapter nak keluar yang menarik tuh.

    ReplyDelete
  17. sedih sgt nie

    susu dah kering

    ReplyDelete
  18. mcm tau2 je zah dah nak beli MODU :) - hiks...hehhehe tq kak for the review :)

    ReplyDelete
  19. Kak PB
    Takpe..asalkan dah usaha BF Adam selama mungkin

    Izah
    FS izah ada problem ke? Angah jeles ngan hasil perahan izah tau hihi..

    ReplyDelete
  20. bukan problem..sayangla nak guna fs heavy duty...zah dah jual s3 zah..so hari2 bawa pump ulang alik..sayang pulak kalau pump kena hujan..huhu fs kan mahal...

    ingat nak amik modu satu...tp tulah masih berkira2 g ni

    ReplyDelete
  21. izah
    Oh kesahnya..amik je..agak2 tak sesuai jual balik

    ReplyDelete
  22. Anonymous5:33 PM

    modu compare to s3 mcmana? dr segi perahan etc... tgh survey pump ni....

    ReplyDelete
  23. yamina
    angah tak pernah guna s3 jadi tak boleh nak komen.

    ReplyDelete
  24. tq...cari2 review pasl modu.. skrang guna S3... tq sangat.

    ReplyDelete
  25. tq...cari2 review pasl modu.. skrang guna S3... tq sangat.

    ReplyDelete
  26. :-( mengepam sampai baby 7 bulan je.cuma baby .dah tak baby pun.1 tahun 4 bulan kan?masih BF sampai sekarang.sabtu ahad full BF.tu jer

    sesekali ada gak rasa jeles tgk org mengepam

    ReplyDelete
  27. teringin gak nak sambar MODU ni... sekarang guna S3.. ngangkut hari2 ke opis... tak larat rasanya.. huhuhu thanks for da info...

    ReplyDelete
  28. Kalau ibu2 dekat dengan Putrajaya, boleh ke Lunatots Putrajaya dan test pam pam tersebut. Nanti boleh rasa suctionnya.

    ReplyDelete
  29. boleh tak compare fs vs modu?

    ReplyDelete
  30. adikmanis
    Personally saya rasa FS better in terms of rentak suction dan lebih senyap. Breast lebih cepat kosong. Dari segi berat pun FS lebih ringan.

    handling tak beza mana, parts pun lebih kurang dan suction cup MODU lebih besar.

    ReplyDelete
  31. saya nk jual modu breastpum
    sbbnya.kj saya memerlukan pum yg bateri operated..sbb ssh nk cari soket..memandangkan pum ni electric operated..sy terpaksa letgo..
    sy nk jual dgn harga RM 400 j..
    bru guna 2-3 kali j

    ReplyDelete
  32. hai kak.. macam best je modu ni.. ari ttu tanya kat kedai , katenya adapter dia cuma tampung utk 1 tiub shj. kalau double pumping x kuat mana? betul ke kak...

    ReplyDelete
  33. Anonymous2:57 PM

    salam. nak tahu, compare to spectra 3, cemana performance dia? TQ

    ReplyDelete
  34. anon
    saya tak boleh compare sbab tak pernah guna S3

    ReplyDelete
  35. meh Haza tolong jawab.Modu ngan spectra ya. Modu ada sampai level 6 suction dia. S3 ala2 lemah gemalai dan modu boleh ke suction lebih kuat. Getaran dihujung modu, membantu pengepaman. Kalau tak berapa nak paham, contact haza di 013-6042348. Nanti haza cerita ceriti ya

    ReplyDelete
  36. haaaa towkay dah tolong jawab hehe

    ReplyDelete
  37. Anonymous1:57 PM

    thank you2...
    saya dah ada S3. memandangkan ini anak ke3, nak beli freestyle, rasa tak berbaloi pulak. k, nanti saya calling2..

    ReplyDelete
  38. Anonymous12:48 PM

    tumpang share info ni kt fb KIM ye

    ReplyDelete
  39. Sy baru anta modu g servis..sbb dr awal de problem..bestnyer dgr angah guna best.hmm..angah beli bila..saya beli pas dia launch bulan april dulu....saya pakai sat je..so skrg guna avent manual lama n spectra3 pinjam kwn nyer...

    ReplyDelete
  40. Unknown
    Angah guna sebulan memang tip top tapi lepas tu suction agak slow dan getaran makin kuat. In fact lepas pakai FS, dah tak guna pun MODU ni.

    ReplyDelete
  41. hmm..betul lah...nape ek..harap sarakids amik tindakan

    ReplyDelete
  42. sy pun guna modu sebulan je ok. pastu suction tak kuat. terpakse pakai pam manual avent. dah hantar servise. mesti lama. cam menyesal pun ada beli modu. nak beli pam lain dah rase malas dah. sedey sangat.

    ReplyDelete
  43. Anonymous2:11 PM

    Tumpang tanya yer kak,
    Breastpump Modu ni heavy duty ke X? Tanya sbb tgh survey nak beli breastpump..
    T.kasih

    ReplyDelete
  44. Anon
    Akak guna sebulan je pastu suction tak kuat. Ramai pengguna komplen yg sama. Means mmg pam yg bermasalah. Better guna yg lain kot.

    ReplyDelete
  45. Waduuuuh MODU sudah ada di Malayu yaaa.

    ReplyDelete
  46. Anonymous11:39 AM

    saya guna modu pun suction tak bagus. Sangat2 tidak recommend sbb service pun out. Saya pos untuk service tapi saya dapat balik parcel sbb takde org kat kedai yg collect..huhuhu....

    ReplyDelete
  47. saya ada beli pam ni, and TERSANGAT LA KECEWA dengan prestasi pam ni.

    Kerap sangat rosak, and paling kerap, suction dia tak rasa.
    Hantar pegi servis, baik la kejap, dalam 2 minggu, lepas tu start balik problem yang sama.
    Sampai fedup dah nak hantar.

    My advice, sesape yang nak beli breastpum, JANGAN LA BELI PAM ni.
    FRUST hoi.
    Membazir duit je RM500, dapat pam yang TAK BOLEH PAKAI.
    Even send balik untuk servis pun, SERUPA SAJA.
    Buat sakit hati je.

    ReplyDelete