Thursday, June 08, 2017

SETAHUN

Hampir setahun berpindah ke Temerloh.

Mungkin orang lain yang lebih gembira dengan adanya aku di sini.

Mungkin tak?

Ibarat mengantuk disorongkan bantal.

Tuesday, August 23, 2016

HIJRAH


Kadang-kadang aku jenguk juga blog bersawang ni. Saja membaca semula entries lama. Banyak dah berubah, termasuk cara aku berfikir, years have passed since mula2 tulis blog dulu kan. Lepas tu ada pula akaun facebook, lagi la rumah lama ni makin dilupakan. Sedangkan dalam rumah ni lah aku membesar. Iya secara fizikal juga LOL..

Anyway.. mahu mencoret. Aku berhijrah. Dari yang lama kepada yang baru, Daripada cabaran lama kepada cabaran yang baru. Nak kata pindah sepenuhnya tidak lah, kerana tuntutan kerja maka aku berhijrah ke Temerloh. 

Alhamdulillah suami pun setuju untuk pindah sekali. Anak-anak pun tidaklah menunjukkan emosi tidak setuju, malah mereka lebih teruja mulakan hidup di tempat baru.

Selepas Cuti Hari Raya Puasa baru ni bermulalah kehidupan kami di Temerloh ni. Masih dalam proses sesuaikan diri. Masih belum berhujung minggu di sini pun. Tetap memandu balik ke Kuantan pada hari Jumaat dan kembali semua ke Temerloh pada hari Ahad.

Arief tengah fasa akhir untuk persiapan UPSR. Semoga cemerlang duhai anak. Ibu doakan.

Masih menunggu rumah untuk diduduki siap dibaiki. Cepatlah sikit ye.. penat menyewa homestay ni. 


Thursday, January 07, 2016

TAHUN BARU.. APA YANG BARU? OF NATURAL REMEDIES

Hanya 1 post pada 2015 ya,, kesian blog ni.

Anyway.. tahun 2016, aku harap membawa sinar lebih terang untuk kehidupan samada keluarga dan kerjaya. Umur makin meningkat tapi tetap aku awet muda.

Hidup perlu dikelilingi oleh orang yang positif dan susasana yang positif. Yes aku diketemukan dengan kawan-kawan, lebih tepat adik-adik yang ilmu mereka sangat tinggi berkaitan parenting. Banyak yang perlu unlearn and relearn.

Anak-anak sekarang boleh dikatakan 90% bebas ubatan. Aku makin amalkan natural remedies. Berubah sedikit demi sedikit dari segi pemakanan. Less processed food, more of home cooked meal. No more perasa atau pewarna. Iya sedikit demi sedikit. 

Tapi bila membuat keputusan untuk kembali pada fitrah dengan menjadikan makanan adalah ubat dan ubat adalah makanan bukanlah semudah tidak pergi ke hospital. Ianya satu pebelajaran semula tentang anatomy dan fungsi tubuh, benda apa dalam badan ni, organ apa buat apa, banyak jargons dan terms yang aku belajar balik untuk faham pasal badan sendiri. Sebab natural remedies ni kan kita ubati root cause bukan symptom.

So aku belajar la makanan kita ni apa nutrisi dan khasiat perubatannya, apa nak makan kalau demam, selsema dan sebagainya..

Aku belajar pasal tanda2 penyakit, untuk buat diagnosis awal, mudah untuk bercerita dengan doktor bila dapatkan diagnosis sebenar, kemudia apply natural remedies. Kadang intervensi perubatan moden perlu juga.

Harap aku istiqamah dalam hal ni. Betul lah kan we are what we eat, penyakit berasal dari perut. jaga perut terhindarla dari penyakit.

Anak2 pun suka je makan 'ubat' yelah kalau batuk selsema makan nenas, makan oren kan sedap. dari kena telan ubat.

Nanti pelan2 aku akan tulis lah sikit2, bersama perkongsian dari kawan2 lain pasal natural remedies ni. Tak rugi mencuba sesuatu yang baik kan..

Wednesday, May 06, 2015

ANGAH KAT MANA.. ANGAH ANGAH KAT MANA


Ditanya..angah kat mana.. angah angah kat mana? Haaaaa angah kat sini! Masih hidup, masih vouge, masih lively. Umur dengan kemalasan je bertambah

Entry pertama setelah setahun lebih tidak menulis dalam blog ni. Kembali menulis menyahut seruan cekna (OMG aku dah lupa camne nak buat hyper link sebab biasa buat tag @ kat fb LOL) InsyaAllah nak bergiat balik la menulis berkongsi pengetahuan yang mana ada. Sebab blog ni boleh buat posting's labels kan. Senang nak rujuk.

Oh kat atas tu anak2 aku. Si kura2 turbo Muhammad Khayril Aathif dan Muhammad Khayril Isyraf. Tak pernah featured dalam ini blog. Kira ini salam perkenalan la. Dah berusia 14 bulan pun si botak berdua ni. More stories about them will follow suit..

Sepanjang ketidakhadiran aku dalam ruang maya blog ni aku melepak kat FB. Sepanjang hampir 2 tahun ni pun banyak masa aku habiskan learn and unlearn about so many things.. yang buat aku rasa oh banyaknya aku tak tahu.. oh apsal la aku dah tua baru tau semua ni. Gentle birth / natural homemade food/ natural remedies / baby wearing among others.

As for family. Yup seadanya saja lah ya. Anak2 makin membesar, si abang, si kakak, si qiqi dan si kura2. Ok we stop there... ku pohon 4 ku dapat 5. Makan nikmat manakah yang nak ku dustakan.

Kerja? masih kuli haha.

Hari ni nak bloghop, membaca blog2 yang selalu ku baca dulu. Lets hopping!!

Friday, February 21, 2014

MACAM MACAM CERITA

Eh.. aku tak cerita ke Arief dah sunat? Tu la banyak sangat yang berlaku kan.. sampai tak ingat. Well Arief dah sunat 13 Disember lepas. Dah bujang dah kira tu ye.. Alhamdulillah takde komplikasi, speedy recovery. Ibu handle bab makan. Ayah handle bab birdy. Selamat 1 hal.

Kakak pun ok lah setakat ni, insiden2 hilang alatan menulis tu biasa la. Takpe ibu dah prepare sebeban dah.

Abang Chik dah masuk tadika. Balik nyanyi2 lagi sekolah. Dah kenal bunyi huruf. Ok lah tu untuk budak umur 3 tahun lebih.

Ok cerita anak-anak dalam perut. Balik dari Klang 13 januari lepas aku masuk spital 3 hari sebab bleeding. Pastu sambung MC 2 minggu. Suspen gak sebab baru 32 minggu. Kena dexa jab 2x yang sangat la sakit dan arahan bedrest. Ok bedrest tu aku suka. Tapi kalau dah namanya ibu.. susah la nak bedrest bebetul kan. Ada je hek itu hek ini..

Alhamdulillah dah 37 weeks. Kalau twins ni dah kira menunggu hari je dah. Berat babies as yesterday ialah 3.0kg dan 2.9kg. Serius aku rasa dah berat sangat sekarang. Tapi megik jugak. Sebab berat keseluruhan kenaikan kalau nak kira dari berat sebelum pregnant ialah 4.3kg saja haha.. Tapi ye lah sebab kan berat turun masa mabuk teruk tu kan.. so kita kira dari buat buku laa.. 6.7kg. So nanti babies lahir otomatik aku lagi reingan beberapa kilo dari sblm mengandung. Harap la boleh makin kurus sebab nak uruskan 2 babies serentak. Jgn makin gemok udah.

Sekarang ni agak payah nak lena. Baring mengiring pun sakit telentang apatah lagi. So end up tidur macam duduk. So keterujaan nak bersalin 2 anak tu kadang2 hilang. kaki pun dah macam kaki gajah. Teruk sangat edema.

tapi takpe lah.. sekejap je lagi InsyaAllah.
 
My goodness, barangan bayi sekarang ni memang mahal kan. Habis ribu2 pun dapatnya alahai mcm belanja ratus2 je.
 
Sekarang ni dalam rangka menyelesaikan kerja-kerja pejabat dan serah tugas pada anak buah sikit2. Ye la nak cuti lama kan. Lepas raya baru masuk opis semula. Walaupun 3 bulan adalah cuti tanpa gaji tapi takpe. Tak sanggup rasa nak mula kerja lepas tu bulan puasa pulak. Kang masuk pejabat ntah pukul berapa dengan keadaan yang lebih dari zombie.

Tahun ni dengan azam baru untuk istiqamah bawakan bekal untuk anak2 ke sekolah. Mahal sangat makanan kat kantin. Nak beratur lagi.. takpe lah. Ibu buat sendiri. Homemade food dengan kasih sayang untuk anak-anak. Setakt ni anak2 suka bawak bekal. Bahagia je rasa bila balik rumah derang cakap sedap ibu masak.
 
Ok.. pencarian MPV. Dalam otak ada la beberapa model yang mencuri perhatian. Tengok la bajet lepas bersalin nnt camne. End of the day budget juga yang akan menentukan model apa yang mampu aku beli dan bayar.