Showing posts with label its me. Show all posts
Showing posts with label its me. Show all posts

Tuesday, January 07, 2014

Sawang dan habuk

when was the last time I updated this blog?

Tahun 2014. Tahun yang akan beri banyak cabaran baru untuk aku.

- Anak bertambah secara ekspres.
- 2 anak dah bersekolah rendah
- Menyelesaikan urusan yang dah hampir 5 tahun tu.

Doakan lah aku boleh harungi cabaran2 hidup ini dengan sabar dan dengan senyum.

Arief dah darjah 4. Dilantik jadi ketua kelas. Ibu is bangga

Adneen dah darjah 1. Alhamdulillah masuk 1 Arif. Senang nak kejutkan dia tak macam masa tadika. Haritu pun abang je yang hantar masa 1st day. Aku ada appointment dengan doctor pakar. Sebab mati2 ingatkan buka sekolah 6hb. 
Riefqi dah 4 tahun. Masuk tadika. Si katik ibu...
Babies are doing great. Semalam checkup dengan O&G. Berat both babies almost equal at 30 weeks. 1.5kg. Sentiasa doa babies bertahan dalam perut ibu at least sampai 37 to 38 weeks. Biar lahir normal. Sumber kekuatan ibu!

Kalau nak ikutkan due tinggal 2 bulan je tapi masih la tak beli apa2 lagi kecuali cloth diapers dan barut. Hujung bulan ni boleh la mula membeli keperluan. Termasuk sebuah MPV. Amekkaw!!!
 
Akan bercuti selama 5 ke 6 bulan insyaAllah. Sebab 2 babies kan. Bagi can la cuti lama sikit walaupun cuti tanpa gaji. Sila la penuhkan tabung ayam cepat2.

Rezeki anak2 ni memang Allah dah tentukan betul tak? Setiap anak membawa rezeki. Alhamdulillah abang pun dah dapat lantikan dari Majlis Sukan Pahang. Boleh la channelkan pendapatan untuk perbelanjaan keluarga yang makin membesar ni.
 
Sebenarnya aku agak suspend nak memulakan rutin menyusukan anak. Takde pengalaman menyusukan 2 anak serentak kan. Tapi insyaAllah boleh. Kena lebih usaha je.
 
Urusan dengan peguam pun dan selesai setakat initial papers. InsyaAllah aku dah lega2 lepas pantang, babies dah few months nnt boleh proceed legal moves pulak. Once and for all. penat lah drag kes lama2. Lepas selesai kang boleh la nak pegi bercuti seperti yang dirancang hehe.. harap2 la takde masalah dalam pada menyelesaikan urusan ni. Ya Allah berilah aku kemudahan setelah kesusahan. Kegembiraan setelah kesedihan. Walapupun Nampak berterbangan RM takpe lah. janji selesai.

All in all 2013 tahun yang bagus. Biasa lah naik turun dalam hidup ni. macam tak biasa kan...

Wednesday, April 17, 2013

MASAK DAN WAJAH

Wah lama tak update. Sibuk? Rutin? Boring? Semua sekali ahaha..
 
Nak bercerita pasal kulit. Tahun ni umur aku dah 36 (yer mak kertu) Jadi dah ada rasa2 mcm kulit tak elastic mcm dulu, laughing line dah makin ketara, jeragat makin gelap. Dan makin kering. The usual stories lah. Oh ye gemok jugak.
 
So lepas baca beberapa review pasal Ephyra, aku pun cuba lah. Sedap juga ephyra ni, mcm rasa air oren Tang bak kata Cekna Arena. Minum waktu pagi sebelum sarapan. Lepas seminggu aku dah rasa kulit makin lembap dan supple. Abang ngan anak2 pun perasan kulit lembut. I like! Aku dah masuk bulan kedua guna. Nampak la jeragat pudar sikit. Dan lepas cuci muka tak rasa ketat. Takde la kulit mulus mcm telur kupas kulit tu, cuma aku rasa kualiti kulit aku makin elok lah banding sblm ni.

Satu lagi aku perasan rambut dah kurang gugur dari sebelum ni. Which I like sebab lepas bersalin qiqi sampai la sekarang rambut gugur tu amat menakutkan. Lama2 boleh botak aku!

Ini gambar bulan 1, aku pakai total effect dan compact powder.

Ini gambar bulan lepas, muka togel tak pakai apa2

Ini gambar minggu lepas, pakai total effects dan compact powder.
 
 
Mungkin pengcahayaan mas aaku amik gambar ni main peranan jugak kot aku tak tau lah.. Cuma yang aku perasan bila pakai pelembab dan bedak lebih sekata. Lebih lembap tapi tak oily. Paham tak? Radiance la senang cakap. So motto aku sekarang, biar gemuk jangan huduh haha..
 
 
Ok cerita pasal masak pulak lah ye..
 
Aku buat cupcakes semalam utk member. Assorted RVC (creamcheese ) ngan Choc Moist (whipped choc ganache)
 
Saja buat frosting tu dual tone. Borong asik putih jek. Whipped ganache guna dark choc. Aku makan pun rasa sedap ehehe..
 
 
Ingat tak aku cerita Mak Mertua kesayangan aku tanam banyak pokok pisang kat rumah. Alhamdulillah dah ada hasil.
 
Ini namanya pisang toman. Kecik sikit dari pisang tanduk. Depan tu pokok manga epal.
 

Pisang nangka belakang dapur. Abang tebang kelmarin. Malam tadi aku dah goring pakai tepung magik. Sedap. Nimatnya makan sebab dari tanaman sendiri.
 
 
 
Aku tanam pokok ceri, longan, mangga epal, mangga biasa, cempedak, jambu batu, pulasan pun ada. Esok2 dah berbuah best je kan..
 
Ok dah.. tu je.



Saturday, March 02, 2013

WANGI

Flora by Gucci tajuknya. Wangi! Abang belikan kat Langkawi. I love so strong lah hihi... Essey Miyaki pun dah abis.
Anyway.. Lega dah perasmian Pahang Rural Transformation Centre dah selesai. 2 weeks of non stop working! Dari naiktaraf dan selenggara bangunan dan dataran kejat, masuk api air telefon internet. Sebab nak pastikan semua beroperasi masa perasmian. Lega sangat sangat!
Mujurnya hari kejadian kerja aku cuma liason untuk Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian aku je. Ringan sikit lah kepala.
Esok abang balik dr. LTdL. Patutnya aku menyusul ke Kuala Terengganu tapi sangat2 tak larat. Balik dari perasmian pun aku tidur gila awal. Bangun pagi pukul 9.00 ok! Nasib tgh uzur.
Apapun ini lah kerja aku. Aku enjoy walaupun penat. Sekali sekala merempan tu biasa lah hihi..
Start minggu depan akan full force untuk program mobile team dan karnival mini RTC untuk seluruh negeri Pahang.
Apesal aku tak kurus? Errr... Sebab aku happy kot eh?..
Sent from Yahoo! Mail on Android

Wednesday, June 20, 2012

CAMPUR SEMUA SEKALI

Isnin..iaitu kelmarin, patutnya aku le Lipis sebab kontraktor penyelamat nak masuk tapak, lepas tu straight ke KL kan..nak jadi cerita kakak ngan Qiqi demam pulak, aku dah serba salah. Jadi ingatkan batal ke Lipis (hantar Penolong Jurutera je), bawak bebudak pi klinik pastu shoot ke KL lah..dalam masa sama aku berdoa sangat supaya dimudahkan kerja aku. Ye laaa anak demam ok..abang plak kat KL sejak Jumaat. Ya Allah...pertolonganNya datang pada masa yang tepat kan..HQ called cakap mesyuarat sebelah pagi ditangguh ke 25hb. Alhamdulillah...alhamdulillah. Jadi aku terus ambil cuti. Balik rumah mak mertua instead of rumah sendiri. Anak2 yang demam pun dapat perhatian yang lebih dari Tok Mi derang..siap buatkan air asam jawa letak daun bunga melati/bunga raya lagik..Qiqi punya suhu 38.9! lepas nyusu, dia tidur..dengan aku pun tidur..bangun je Ummi suruh makan. Dah mana tak gemok! Bawa ke malam dah cergas balik dah anak2 ibu.

Malam tu aku tidur umah adik ipar. Sbb memang cadang tinggalkan anak2 kat situ lah sbb aku outstation ni kan. Pagi selasa Qiqi pun ok so anta la pi Taska dan aku ke KL. Meeting bong bang bong bang pastu pegi amik abang kat Mandarin Court. Lepak la kejap ngan geng2 commissaire. Lama tak berborak. Berkenalan gak  ngan fellow commissaire from Indonesia n Filipina. Ye la aku mana la aktif sekarang kan. Pak Ibrahim, UCI Commissaire yang jadi pegawai penilai masa aku exam dulu yg bukak cerita. Siap cakap aku la best student masa tu..wahhh!!!! kembang vontot tau. See abang..I made u proud kan? Pak Ibrahim minta aku aktif balik sebab keperluan adalah mendesak untuk commissaire wanita yang aktif dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

On the way balik tu borak la pasal the course, the tests etc ngan abang. Well since tahun depan kemungkinan besar abang akan terlibat dalam jawatankuasa teknikal utk LTdL, boleh la aku nak join semula. Qiqi pun dah 2 tahun lebih. Dah boleh wean off menyusu badan. Abang kata boleh la aktif balik. I guess I will. Kan hari tu cadang nak conceive tapi kena kensel plan at least sampai bulan 3 tahun depan. Boleh meligat kejap dengan basikal semula. Harap2 boleh kurus. Ya harapan je la kot eh. Sampai Kuantan dalam pukul 9.30 terus amik qiqi dan tidur lagi umah adik ipar. Penat nak berkemas balik. Pagi ni lepas hantar kids, balik rumah bersiap dan masuk opis. Gila berdedikasi! Eh..dah camne plan umrah aku sbb LTdL kan bulan 2 gak? Kena carik tarikh lain nih..

Esok boss kata tak payah ikut pegi lawatan kerja TPM kat Pos Betau, Lipis ngan Raub. Yeay!

Habis kerja ni nak pegi kedai kabinet dapur. Nak buat custom made kitchenette utk rumah aku. Aku kan suka duduk dapur, maka kabinet dapur harus la hevats. Angan2 nak buat island siap dengan sinki..pastu ada kaunter dan ada separate table top utk baking sahaja. Bajet? errrr gugur gak bulu-bulu yang ada.

Monday, June 04, 2012

HOLDING STRONG

Here I am..still holding strong. Come what may..I will always stay strong. Always...things came, I nearly fell into believing. But as always..HE has ways to show me the truth..therefore..I will always believe in HIM.

Ummi pun dah naik risau tengok aku..ish aku ok. Heroin rilek je. Ummi cakap biarlah apa yang nak jadi, lama-lama penat berenti lah tu. Oh..Ummi tu mak mertua aku.

Okeh nak share 1 cerita kelakar seram..Jumaat lepas la..cik peot belum menjengah..dah lewat la few days. Cakap kat abang cik peot tak bg salam lagi..he was like.."ermmm okay" (sambil senyum2)balik kerja ujan lebat nak mampos! Singgah area Semambu. Abang Beli UPT. (haruskah aku terkejut atau haruskah aku senyum?) balik rumah. Susukan Qiqi sampai dia tertidur. Pastu naik atas nak mandi. Pastu..cik peot pun bagi salam hahahahahaha!!!!

Maka masih ada lah UPT tu. Tunggu la bulan depan ke, bulan lagi satu ke ye bang..

Mlm tu balik dari mana ntah dia.. abang tanya. "ayang dah test ke?" Aku senyum je.."abang tu yang kena test..test bersabar sampai minggu depan untuk projek tanaman fertegasi" Gelak macam nak pecah perot..anak2 muka konpius sorang2 hihi..

Tanaman fertegasi? Lahai..kan tanam pakai air je *teeeeettttttttt..selowww laaa uollss nih.

Friday, May 25, 2012

10 YEARS AND COUNTING

Macam sekejap sangat masa berlalu kan..pejam celik pejam celik dah 10 tahun kami hidup bersama. Allah kurniakan dengan 3 anak. Alhamdulillah...kalau orang kata 10 tahun tu kita dah boleh kenal luar dalam pada aku masih tidak sebab ini kan baru tahun ke3 tinggal bersama-sama. banyak benda yang aku kena baiki diri untuk jadi isteri dan ibu yang baik.

Yang pasti abang tetap menten dari dulu sampai sekarang. Aku je yang kejap kembang kejap kempis..Haaaa sekarang ni fasa kembang huhuhu.

Selama 10 tahun ni bohonglah kalau takde angin sepoi bahasa, ribut taufan, tsunami yang menggegar. Bohonglah kalau takde kebakaran dan banjir dalam hati. Bohonglah kalau takde eksiden..siap langgar lari!

TAPI...

Tanpa bencana alam bumi takkan seindah apa yang ada sekarang. ujian dan cubaan inilah yang mematangkan kita kan..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Cuma mengkadang orang lain pula yang gigit lidah kita opss..

Lepas hujan kan ada pelangi..banyak kenangan manis sepanjang bergelar isteri selama 10 tahun ni..dapat hadiah yang orang lain tak mungkin dapat tanpa ikatan perkahwinan iaitu 3 anak pengikat kasih. Rezeki yang Allah datangkan dalam pelbagai bentuk selepas perkahwinan dan sebagainya. Aku patut bersyukur kan..Aku patut bersyukur kerana diberi peluang untuk memegang status isteri...dan ibu.

Sempena ulangtahun yang ke-10 perkahwinan aku ni..Aku berdoa pada Allah supaya aku diberi kekuatan hati, kedamaian jiwa dan ketajaman akal untuk menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu selama mana Allah mengizinkan. Aku berdoa agar perkahwinan ini yang dibina dengan restu keluarga sentiasa berada dalam mawaddah dan rahmah Allah. semoga kami dapat mendidik anak-anak kami menjadi soleh dan solehah sebagai aset untuk kami ke syurga. Dan semoga Allah memberikan apa yang terbaik untuk kami suami isteri kerana Allah yang maha mengetahui segala sesuatu.


Saat bahagia sejurus menjadi isteri..wah lawa gak aku hahaha

Muda remaja baru anak satu haha

Bertugas bersama

Kongsi minat yang sama..

Kadangkala menyibuk juga

Bearing the fruit of love..anak kedua

Bearing the fruit of love again hihi..anak ketiga
Sengaja letak gambar pregnant kan hahahaha...
 
Doakan kami bahagia sehingga ke Syurga Allah..InsyaAllah...

Monday, February 27, 2012

BIRTHDAY DAN JOM KURUS

Ok..aku dah ok...tu la kengkadang bila sorang2 otak dan hati kita tak seiring kan..mula la ingat semua benda tak best..mula la setan masuk kepala..haih..takpe..terima kasih atas support korang semua.

Hari ni adalah birthday abang. So Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 38 (tua dah laki aku haha). Lin doakan abang diberi kesihatan yang berterusan untuk sama2 tengok anak-anak kita membesar.

Hadiah untuk encik suami? errr... tak payah expose sini lah.

Since dia pun tengah sebok ngan Le Tour De Langkawi jadi postpone lah sambutan. InsyaAllah buat 1hb ni sekali ngan Arief. Malam tadi call dan wish je lah. Anak-anak yang lebih excited.

Arief lagi la excited sbb tahun ni ada birthday dia kan. So emaknya ni plan lan sikit. Buat goodies bags untuk bagi kengkawan dia kat sekolah dan beli kek 3 kilo untuk potong dengan kawan2 kat KAFA. 1hb tu buat makan2. Race pun sampai Kuantan kan, jadi ajak la geng2 komisar makan malam sekali. Another cake utk ayah sekali.

Budak botak yang telah berusia 38 tahun pada hari ini

Ok cerita lain pulak..CERITA MARI KURUS!

Bukak blog joe cerita kurus, bukak blog dong cerita kurus, bukak blog arena pun cerita kurus. Jadi aku adalah sangat teruja untuk turut sama mencuba. Now..the fact that aku pernah sangat gemok dan aku berjaya turunkan berat sebanyak 20kg dalam masa setahun. And given the fact that makan hati juga satu faktor kepada penurunan berat jugak. Aku amik HL dan bersenam / berkayuh dan kurangkan makan. Tambah pulak dengan sekor berruk anonymous cakap aku sangap, gemok buruk lantak...sial kan budak kurus tu! Takpe..aku gemuk lawa, dia kurus muka huduh! kesian.

Ok..sekarang aku adalah gemuk. Dan aku a bit upset sebab dengan hormon imbalance ni aku susah nak turunkan berat. Takpe. Masih ada peluang juga sebenarnya. Cuma nak dengan tak nak je. Sebab budak kurus yang mulut puaka tu kan suka stalk aku...peminat setia la katakan..apa kata aku jadikan budak kurus tu pembakar semangat untuk aku kurus. Pastu boleh aku cakap haaa sekarang aku kurus dan lawa..ko pun kurus tapi tetap huduh! Tengok sapa yang sangap nanti.

Ok..ini adalah gambar aku masa berat aku dalam 61-62kg. Tinggi aku ialah 153cm saja. kalau nak ikutkan masih overweight kan. Tapi sebab aku kayuh gila2..tak nampak macam berat tu kan..muscle is 4 times havier than fat.  Aku nak macam ni semula. Dan untuk jadi camni aku kena turunkan dalam 10kg. Believe me kalau tak bersenam bentuk badan pada skala berat camtu akan lain sikit sebab takde toning. Perut adalah flat! huhuhu..gimme back my flat tummy!!!

Ok. Kalau dulu aku boleh kenapa sekarang tak? Tak boleh ada alasan. Kali ni aku nak try cara Kevin Zahri 'How To Lose 5kg in 5 weeks'. Aku tak nak guna apa2 produk walaupun sblm ni aku guna HL. Ok jom kita..

Wei guys..nak tak kita bukak 1 blog private..kita2 je. Utk track usaha kita kuruskan badan.

Friday, December 30, 2011

RECAP 2011

Hari terakhir bekerja dalam tahun 2011. Akan mula kerja semula pada 4 Januari 2012. 3 januari tu nak hantar Arief sekolah.

Tahun 2011 tinggal esok je kan. 364 hari yang penuh suka duka seorang manusia bernama Angah dalam menempuh hidup seharian sebagai seorang isteri, ibu, anak, pekerja..name it lah sebagai apa pun.

Ofcourse tahun 2011 ni banyak kenangan manis aku..
  • Kelahiran Riefqi pada akhir 2010, jadi 2011 aku memulakan breastfeeding journey aku yang ketiga. Riefqi adalah anak yang aku jaga sendiri sepenuhnya. Cabaran baru buat aku walaupun dah ada 2 anak sebelum ni.
  • Arief memulakan alam persekolahan formal. Alhamdulillah pencapaian dia amat menggembirakan aku sebagai ibu.
  • Adneen mulakan alam pembelajaran. Alhamdulillah mudah menangkap pelajaran..
  • Anak2 dapat sesuaikan diri dengan baik bila terima adik baru.
  • Dari segi kerja, Alhamdulillah. Dapat confirmation kenaikan pangkat awal tahun dulu. Gaji bertambah, anak pun bertambah hihi. Kerja memang teruk tapi tetap boleh aku laksanakan.
  • Rumah yang didiami pun semakin lengkap. Semakin selesa diam didalamya bersama family.
  • Dapat beli kereta baru.
  • Nilai persahabatan yang aku rasa makin utuh dengan kengkawan maya.
  • Sokongan famili mertua yang sangat mantap saat aku perlukan mereka
  • Blog aku dah berumur 10 tahun!
  • Bercuti dengan famili
  • Bisnes kecil-kecilan aku dah mula nampakkan hasil
  • Mini garden makin subur
  • Eh banyak lagi laaaaaaaaaaa
Antara yang tak best tahun 2011 ni pulak
  • Nenek aku meninggal dunia
  • Tak kurus-kurus (dah makan tak hengat!)
  • eh..tu je ke...serius aku tak boleh ingat dah...
Dan tentunya kehidupan tak lengkap tanpa kenangan mengusik jiwa, tanpa cabaran dan dugaan dalam hidup. Macam masakan tanpa garam. Macam pantai tanpa air. Tahun 2011 juga ada terpalit sedih, marah dan macam-macam konflik dalam diri...tapi takkan lama ombak menghempas pantai kan..akan ada hari-hari tenangnya..takkan lama hujan kan, tentu matahari akan menyinar juga akhirnya. takkan panas berpanjangan, tentu ada hujan yang akan menyejukkan..

Perasaan aku sebagai isteri dikocak kuat...namun kocakan itu takkan boleh meruntuhkan benteng yang dibina dengan restu Allah. Aku berdoa agar Allah beri yang terbaik untuk aku. Jika mereka bertanya kenapa aku masih bertahan..aku akan cakap..Ini dugaan Allah pada aku, Allah tak duga aku benda lain, Aku ada anak2 yang comel dan sihat, aku ada keluarga yang sangat sayang pada aku, even keluarga mertua, aku ada pekerjaan yang bagus, aku ada kediaman yang selesa...jadi haruskah aku tunduk pada dugaan yang cuma satu ini?

Kengkawan aku yang lain diduga dengan lebih hebat! bagaimana aku nak dustakan semua nikmat Allah dengan cuma satu dugaan ini?

Allah aturkan semuanya cantik untuk kita. Terpulang pada kita untuk melihat dimana hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang terjadi dalam hidup kita, walau perkara itu baik atau tidak. Allah tak beri apa kita hendak tapi Dia beri apa kita perlu sebab apa yang kita hendak tu mungkin akan menyusahkan kita akhirnya. Gunakan senjata kita iaitu doa..

Yang paling utama ialah aku rasa bahagia dengan kehidupan aku pada tahun ini. Aku dapat capai beberapa target, aku dapat buat apa yang aku teringin nak buat, dan semua ini atas usaha sendiri, dengan titik peluh sendiri. Itu yang utama. Juga dengan doa kalian yang sentiasa ada untuk backup aku kan...

Bagaimana aku boleh senyum? Because I choose to be happy! YUP CHOOSE TO BE HAPPY!

So selamat tinggal 2011, selamat datang 2012.

Wednesday, November 30, 2011

HADIAH

Nak mula kat mana ya?

Jumaat lepas aku drive sendiri ke Fraser Hill untuk bagi taklimat pasal Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar kat satu Seminar. Driver jabatan takde, pergi kursus. Cuma aku cuak sikit la sebab kan musim hujan, jalan naik ke Fraser tu kecik gila dan kiri kanan adalah gaung! Jadi aku bawak la 4wd projek naik atas. Alhamdulillah all went well. Bertolak pukul 10.30 dan sampai pukul 1.30. Sempat la aku meronda kejap atas tuh..pergh kabus tebal gilak! lepas taklimat aku balik terus. dalam pukul 5.30 camtu. Amik Riefqi kat Taska, beli dinner, dan sampai rumah pukul 10 malam!

Sabtu, abang balik awal plak dari Kuala Terengganu. So habiskan hujung minggu dengan family je la ye tak. Hujan sepanjang hari, apa yang nak dibuat? Sidai baju pun tak kering. Mujur makngah ada dryer kannn..

Ahad pegi meronda kejap, Abang beli ketam nipah ngan udang galah. Wah! sangat syiok buat masak lemak. Sebab udang cuma 2 ekor jadi aku masak sekali dengan ketam. Belasah je la kan..pastu buat sambal belacan dan masak sayur sikit. Licin!!

Sangat fresh kan, ketam tu hidup lagi, jadi abang je la setel..
Setelah dimasak..mengiurkan warna dia kan..
Wokeh..kan aku nak cerita pasal hadiah betul tak? biasa la dah lama tak update jadi semua benda pun nak tulis kan. Aku ni setiap hujung tahun akan beli something untuk diri aku sendiri. Macam hadiah untuk raikan hardwork aku pada tahun tu la. Biasanya aku beli yang agak mahal haha..dah duit aku kan..my hard earned money okay..so tahun ini aku akan menghadiahkan diri sendiri dengan BENDA INI!

SAMSUNG GALAXY NOTE

Lama jugak aku compare gadjets yang ada di pasaran to suit my needs and my wants. Ipad, tabs, HTC, u name it! semua aku kelebet! Dan bila benda alah ni launched maka aku dapat dah apa yang aku nak. Bukan sekadar smartphone tapi jugak tabphone.

Banyak benda aku consider tau, memori, applications, saiz, eh banyak laaa..yang aku suka sebab ada pen tu. Akan membantu sangat masa aku pegi site visit. Sbb lepas amik gambar aku boleh buat note terus atas gambar dan email terus pada boss aku. Dan dengan saiznya camtu, tak perlu la aku ada 2 device nak usung sana sini. Boleh masuk handbag dan boleh masuk poket jugak.

Harga dia dua ribu lebih. Tapi sebab aku dah memang pakai plan Celcom, jadi aku cuma convert plan dan bayar RM 1600++ saje.

Dan yang pasti!!!!!!! bateri akan habis dengan cepat sebab anak-anak aku main game angry birds!

Ok sekarang sila ucap tahniah kat aku sebab dapat hadiah ni..walaupuunnnn sendiri beli..

Wednesday, October 19, 2011

GAMBAU KAWEN

Untuk memenuhi permintaan peminat fanatik *mati la muntah hijau atau nanges guling2

Masa malam berinai besar..gila kurus aku haha

Tuesday, October 18, 2011

CINTA DAN KAHWIN

Tetiba nak cerita..sebab ada yang bertanya..jadi share lah..nak tag entry pun boleh..ceritanya berkaitan bagaimana perjalanan cinta sehingga bergelar suami isteri..Ok ini cerita aku..

Bulan November 2000. Aku join Lumba Basikal Jelajah Malaysia. Aku jaga accomodation. Lepas few days aku perasan memang mamat Komisar ni la yang akan amik kunci bilik utk member2 dia. Aku mula cakap ngan dia kat Kedah.

Sampai KL, dia ajak aku dinner ngan geng2 komisar. Boleh je. Oooo nama dia Mazlan, komisar Pahang. Masa tu cerita Mohabaten tengah hot! Borak2 lebih kurang lah setiap kali jumpa. Sampai la abis race.

2 minggu lepas tu dia start call aku..setiap hari! 2 ke 3 kali sehari. Sms pun berderet. Ok lah. layan je la kan, bukan aku ada boipren pun masa tu. Ada lagu best kat radio pun tepon tuju lagu haha..bajet romantik la tu. 2 minggu lepas tu dia propose! seriously..dia propose dan nak datang rumah jumpa family to discuss on enggagement and marriage. Aku cakap datang lah jumpa mak ayah aku kalau betul nak serius.

Masa bulan puasa dia datang sekali ngan coach dia. Terus jumpa bapak aku. Gila serius. Aku rasa benda ni yang bukak hati aku untuk terima dia. Raya dia datang beraya dan nak bawa aku balik jumpa family dia. Aku cakap, kalau bapak aku bagi aku pegi la. Yup! dia datang masa raya dan aku ikut dia balik 2 malam. Jumpa ummi, jumpa ayah, jumpa adik beradik dia. Well semua pun terkejut sebab dia ni tak pernah ada history bawak pempuan balik rumah. Dead serious kan..

Berkenalan ngan family dia bukak chapter baru dalam hidup aku masa tu. Ummi pesan, ummi cerita dan ummi kata susah sangat dia ni, tapi ngan aku senang sangat dan dia mmg bgtau dia nak kawen.

Dia hantar aku balik rumah. Ayah ngan mak aku suka dia sebab satu benda. Dia datang dengan beradab jumpa mak ayah dan cakap terus nak serius ngan aku.

2 minggu lepas raya Ayah aku meninggal dunia. Sedih..dan orang pertama aku call lepas aku tau ayah meninggal pukul 2 pagi tu adalah dia. A sign that I accept him kot eh..sebab masa tu perasaan aku pada dia adalah hmm..I have feelings la tapi tak le cinta asyik masyuk..Dia sampai awal pagi tu gak..the relationship began I think afterwards...

21 April 2001 100 hari ayah menginggal dunia, buat tahlil dan sekalikan dengan majlis pertunangan kami. Pun masa ni aku ada feelings tu..slowly develop into love kot eh..

25 Mei 2002 majlis nikah.

So itu la cerita cinta kilat aku.

Aku ikut pesan ayah aku..kita kawen lah ngan orang yang betul2 suka kat kita. Jadi kita takkan ada penyesalan, InsyaAllah..dan aku ingat ayah pesan, lelaki ni kalau betul2 dia nak buat kita jadi isteri, jadi ibu pada anak2 dia, dia akan datang dengan adab, dengan niat baik untuk ambil kita jadi isteri. Dia takkan tunggu lama dengan bermacam janji dan alasan. sebabnya kalau dah sayang takkan nak tunggu lama2 nanti dikebas orang..

Betul juga kan..

Jadi bagaimana cerita kalian?

Friday, October 14, 2011

BARU 34

Hari ni umur aku menginjak 34. Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana mengurniakan aku kesihatan sehingga saat ini. Dah 34 tahun aku hidup ye..Aku berdoa semoga terus diberi kesihatan dan kematangan dalam mendepani kehidupan yang mendatang. Aku berdoa dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menangani ranjau kehidupan di masa akan datang. Aku jugak berdoa agar Allah memberi aku peluang untuk terus merasai nikmat bergelar seorang isteri pada seorang suami dan ibu pada anak2 kami, semoga aku berpeluang membesarkan mereka,amanah yang Allah berikan kepada aku untuk dibajai dengan ilmu dunia dan akhirat agar menjadi anak yang soleh dan solehah insyaAllah.

Abang wish aku pagi tadi..tu pun sebab aku ingatkan..adehhh dia ingat birthday aku esok. Sah2 ingat birthday madu aku la tu..kawan baik dia si Mezan yang kebetulan kongsi tarikh ngan anak aku gak. Got few kisses and a postponed birthday present. Since abang tanya apa aku nak kan...so mem besar sebut je la..so tunggu ye samada mem akan dapat tak..

Aku baru balik dari outstation malam tadi. Tidur di rumah emak since kerja aku kat Putrajaya saja. Sempena hari lahir aku tahun ni, aku beri emak sepasang kain untuk buat baju. Nak bagi barang kemas, barang dia pun dah banyak haha..Lin sayang emak. Seperti mana entry tahun tahun lepas, aku tetap akan tulis kenapa aku bagi mak aku hadiah setiap kali birthday aku. Sebab kerana dia la aku ada birthday kan, sebab hari lahir aku adalah hari yang paling sakit untuk dia. Jadi aku beri la hadiah untuk hargai dia.. :) Aku dah praktikkan benda ni sejak umur aku 18 tahun.

Mulai tahun ini sambutan birthday akan jadi lebih bermakna sebab birthday Riefqi adalah esok. Oh..aku sakit bersalin masa birthday aku! Esok la entry tu ya..

Esok cadang nak buat sedikit majlis sempena birthday Riefqi yang pertama. Dah jadi kebiasaan adik beradik ipar aku ni celebrate birthday anak2. Sure meriah kan. Memang selalu bertukar-tukar hadiah. 1 hadiah dari setiap orang untuk birthday boy/girl. Aku ni sangat beruntung..sangat sangat beruntung..keluarga mertua aku sangat la baik..silap la kalau abang buat hal haha..memang boleh kena buang family lah. Hari tu MIL aku dah bersiap2 dah nak bertolak dah. Nasib aku sempat tepon dan tahan dia..Takpe ummi, kalau kita layan orang bodoh, kita pun bodoh sama. Eh...melalut sudahhhh..

Diyanazman tanya aku ubi badak tu apa..ok dear..ubi badak tu camni rupanya

Ada dua versi, purple ngan putih. Biasanya rebus je. Rasanya a cross between keledek ngan keladi. Sedap! Ummi selalu bagi aku. Aku tukang makan jer...menantu kesayangan kot eh..mesti la dah aku jaga, aku tatang anak dia kan..

Dan ini ada satu entry pasal ubi badak ni kat sini 

Gigih aku cari maklumat kan..

Pastu advertorial sket..kalau korang nak order set pinggan mangkuk seperti senarai dalam entry sblm ni sila tinggalkan email kat komen. Nanti aku emailkan katalog ngan harga sekali. Tak termasuk delivery. Boleh bayar maksimum 10 kali.

Ok sekarang sila ucap selamat hari lahir kat aku..