Thursday, August 30, 2012

POST RAYA ENTRY

Wah! lama sungguh tak bersiaran ye.. ni hari kedua aku kerja. malas pun ye haha.. nak update mcm irfa ngan cekna lah.. ikut hari2 cuti.

Raya 1
kat rumah mertua, raya few rumah kengkawan pastu petang tido satu family.. buleh gitu kan..

Raya 2
kat rumah je, dikunjungi adik2 ipar dan kawan2

Raya 3
Ulang siaran raya ke 2. Pi raya umah adik2 ipar plak. Pastu packing utk balik Klang esoknya tu

Raya 4
Aku berkemas, abang hantar kucing2 pi boarding kat klinik Haiwan. Pastu lepas zuhur gerak la ke Klang. Alhamdulillah jalan clear je, sampai Klang terus carik mercun haaa gitu! Punya la senang carik bunga api ngan mercun kat Klang.

Raya 5
Pegi beraya lah

Raya 6
Seharian kat rumah sepupu kawen. Penat woo kenduri jawa nih. Orang pun dah start datang dari petang bawak ke malam..

Raya 7
Hari majlis. Aku layan tetamu je. memang meriah lah.. sudahnya kensel la plan beraya umah sedara mara sebab dah berjumpa kat majlis kenduri kan.. penat wooo

Raya 8
Aku ngan adik beradik pegi beraya kat rumah sedara mara sebelah arwah ayah.. seronok sebab makcik2 ngan nenek2 cakap aku lawa hahaha...kembang bontot! Bengang jek adik2 aku...

Raya 9
Balik Kuantan.

Raya 10
Rasa nak makan nasi arab jadi aku pun masak lah..
Nasi arab, ayam bakar mandhi, acar epal hijau ngan salata. kawan FB pun datang makan petang tu. Abang pun makan bertambah. maknanya sedap laha ye.. ok lenkali masak lagi. Resepi simple pun.

Raya 11
Dah kerja semalam..

Ok malam tadi buat redvelvet cuppies plak.. teringin plak nak makan. bawak ke opis jugak. bagi bebudak opis plak makan

Acara makan makan dan makan.. aritu turun 4kg kan... semalam timbang naik balik 3kg haaaaa camne tu? lempang muka sendiri!

Tapi tadi pi meeting Dato Zul, Pegawai Kemajuan Negeri cakap aku slim hahaha

Sunday, August 19, 2012

1 SYAWAL 1433H


Tahun ni temanya biru..letak gambar dulu..nak sambung beraya..

malam tadi memasak kat rumah ummi. Wah... aku masak sorang tu hahaha... biras baru menolong. Ummi tengah sibuk buat ketupat yg orang tempah. Menunya nadi minyak jadi aku buat ayam masak merah, gulai daging, rendang daging rusa dengan acar rampai. pagi ni ummi tanak nasi saja. Abang cakap sedap... kembang vontot ai hihi... air tangan isteri kannn..

Balik rumah dekat 1 pagi. Sambung kemas rumah sikit dan tido. Pagi ni lewat sikit ke rumah ummi. Lepas acara bermaafan..tangkap gambar lebih kurang kami pun pegi la beraya.. ok itu aja cerita..oh petang ni member abang datang umah.. aku jamu ngan tat nenas n popia mini pastu buat choc moist dan belah durian...haaaaa...lemang ke ketupat nan ado!

ok nak tidurkan qiqi...

Sent from Samsung Galaxy Note

Friday, August 17, 2012

SALAM AIDILFITRI

Hari jumaat dah.. lusa dah nak raya. Dan aku masih kat pejabat. Nak setel buka sebutharga so that next week jawatankuasa penilai dah boleh buat kerja derang plak sementara aku menikmati cuti yang ku dambakan..kuih raya yang ada kat rumah cuma tart nenas ngan popia mini. Malam kang lepas buka nak cari kerepek, maruku ngan kacang. Malas nak beli biskut raya. Aku bake la kek sesarang dua ngan muffin ke nanti bila org nak datang. Believe it or not aku tak tukar duit raya pun tahun ni! Cuma sedia yang wajib2 untuk anaka2 sedara sepupu sepapat terdekat je.

Kids are thrilled to sambut raya ngan sepupu2. Ye la.. raya kat Klang mana ada kan. Siap plan nak pakai apa raya ke berapa bagai. ibu layankan je laaa..

Akan balik raya ke Klang pada raya ketiga insyaAllah..

Progres Rumah
Tiles kat porch dah siap, sebelah tepi rumah tak siap lagi. Dapur pun dah naik kerangka bumbung. Raya kedua kontraktor sambung kerja. Lepas tu adik ipar aku dah boleh buat wiring. Memang huru hara la kawasan rumah aku tu. Jadi makin malas nak mengemas haha..takpe lah. Langsir pun aku dah cuci dan gantung balik. Ye..makngah tak beli langsir pun, pakai langsir yang sama sejak 2 tahun lepas. Apalah ada pada langsir kannnn...

Perjalanan menuju kekurusan
Started dengan 74kg. Pagi ni timbang dan angka menunjukkan 69.9kg. Alhamdulillah. Ada la penurunan. harapnya aku teruslah istiqamah menurunkan berat badan, dengan dugaan nak beraya ni aduhaiii..makanan semua sedap2 kan....mungkin akan terus berpuasa 6 lepas dah habis period ni..aku beli gak e-book Kevin Zahri pasal tips menguruskan pemakanan masa raya. jangan baca je tapi tak amal haha..

Target untuk 60kg sebelum bulan 2 ni. Harap2nya tercapai. Lepas raya ni dah boleh start excercise lah. bagi lagi cepat burn fat. Chaiyok Angah!

Dalam masa sama pun aku monitor milk production gak. Tak nak la sebab nak turunkan berat, susu terjejas. kesian anak aku takde susu nanti kan.. setakat ni alhamdulillah masih menten bawa balik average 15-18oz sehari untuk baby purba aku tu dan jugak bakal anak susuan aku insyaAllah.. 2 bulan je lagi untuk dapat breastfeeding PhD.

Gossip2..
Sapa suka dengar Hot FM? Aku memang tiap pagi la dalam kereta tu. Paling aku nyampah sekarang ni iklan 100plus Khairul Fahmi tu.. Very the fake ok! Sapa la yang buat skrip gitu gaya..fail lah..

Sapa dah tengok iklan raya BERNAS? best iklan so far! Sedih merembes2 air mata aku tengok pepagi Jumaat lepas. Dok terbayang kalau la anak2 tu anak2 aku camne lah..untungnya la anak2 aku hidup senang. Kalau aku jumpa memang aku bawak balik buat anak angkat! Oh semalam dengar Hot FM, ada doktor dan kawan2 dia from Kota Kinabalu nak beri rawatan percuma pada pelakon iklan tu Adik Fizi ngan Adik Ahmad utk mata ngan speech therapy. Alhamdulillah rezeki mereka kan.. Cuma satu yang aku perasan..kanak2 yang macam Fizi dan Ahmad ni kalau dalam dunia nyata sangat tajam akal derang, sangat terang hati derang ni.

Anak Angkat
Finally..aku akan pergi beraya kat rumah 4 anak angkat aku. Cikgu sekolah call, parents anak2 aku ni nak sangat jumpa aku. Fikir2 balik tak baik pulak menghampakan harapan orang kan.. They are doing well in Secondary School alhamdulillah. So insyaallah aku akan berkunjung ke rumah mereka raya ni dengan cikgu tu lah..tahun depan insyaAllah ada 2 anak angkat lagi. tahun ni takde calon layak kata cikgu. Nervous la pulak hahaha...Nak jumpa kontraktor pun tak nervous gini ok..

-
-
-
-

Dikesempatan ini Angah ingin menghulur 10 jari memohon kemaafan dari sahabat2 maya sekelian andai ada tulisan dan komen2 angah yang menyentap rasa. Selamat hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.

Lan, Angah, Arief, Adneen, Riefqi..

Thursday, August 16, 2012

THE ONLY HOME MADE KUIH THIS YEAR

13:04
semalam cuti, kemas rumah yang berterabur tu..pastu sempat buat tart nenas. dapat la 2 balang. Itu je lah kuih raya buatan sendiri tahun ni. Anak rekues choc chips cookies.. esok la boleh buat sikit..


Sent from Samsung Galaxy Note

Sunday, August 12, 2012

DESIGN DAPUR

Design dapur dah dapat. Aku puas hati lah dengan design ni. tinggi table top pun ikut kesesuaian dgn tinggi aku. Skim warna belum decide. Rasanya warna pun aku serah je pada designer tu asal boleh blend in dgn warna dapur sudah..


Sent from Samsung Galaxy Note

Thursday, August 09, 2012

PLANNING.. IDEALLY LAH

Serius tak tau nak letak tajuk apa haha..

Sekejap je dah 20 Ramadhan kan. Lagi 10 hari je tinggal untuk kita rebut peluang mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan ni. Aku rasa tahun ni macam lagi teruk je performance aku. Terawih pun ada tertinggal, Tadarus memang kat rumah tu dapat 2 mukasurat dah cukup banyak dah, jadi aku buat kat pejabat je lah.. sebelah pagi masuk opis sekejap. Terkesan dengan entry Arena pasal belajar tajwid dan membetulkan bacaan tu. Sangat2 bersyukur sebab dulu masa kat UIA, kelas tajwid adalah wajib! ada credit hour ok!.. masa memula massuk matrik pun dah ada Quranic placement test. Yang ok masuk kelas usrah, yang so and so masuk kelas Al-Quran. Makcik Oren mesti ingat kan.. dan sebab aku dari sekolah biasa maka aku kena ambil kelas bahasa arab mula dari level 1. Belajar satu-satu perkataan sampai la level 6 boleh buat karangan pendek. Memula tu memang alahai.. susahnyaaaaa.. tapi lama-kelamaan bila baca Al-Quran, dan kita dapat tangkap makna sikit2, dapat agak bila nak berenti, bila nak sambung rasa macam Ya Allah.. bestnya.. Sekarang ni bila anak buat homework boleh la aku tolong. Rasanya nak enroll kelas la jugak.. kena cari masa juga ni..

Planning utk raya ye.. ok . Adalah diumumkan bahawa angah akan bercuti pada kadar melampau. Start 18hb sampai 31hb! Big Boss tanya apsal lama sangat. Maka aku pun bagi la alasan seperti berikut
  • Taska tutup sampai 26hb. mana nak letak anak?
  • Sepupu aku kawin 26hb. Aku kena la pegi dan sah2 sampai 27hb.
  • Cuti sekolah, nak bawak anak2 pegi Universal Studio Singapura. Boss kena bagi sebab cuti sekolah yg lepas aku stuck dengan kerja yang melampau2 sampai anak2 duduk taska je sepanjang cuti sekolah. Kesian tau..
  • Baki cuti lepas aku amik tu pun ada 20 hari lagi!
  • Kerja2 aku takde yang pending!
Boss angguk2 dan luluskan. Yeay!

Urusan baju anak2 dah setel. Cuma nak cari casual wear saja. Mak ayahnya pakai baju yg mana ada je pun. Alah.. baju opis melambak guna jek la kannn...dapat jugak cari baju melayu utk Qiqi. Comel je jalan terkedek2 haha.. hensem anak ibu.

Tahun ni raya kat rumah sendiri. Walaupun rumah ibarat tongkang yang pecah bersepai dipukul ribut adehhh..takpe lah. Dah 2 tahun raya kat Klang kan. Semalam cakap ngan mak mertua, plan terus nak masak apa. Amik kau haaaa gila awal planning. Tapi mudah la kan. Ummi plak banyak order ketupat palas. Aku pun order gak yang ada indi serunding daging. Tapi kalau aku tak order pun memang akan ada ketupat lemak ngan inti serunding untuk menantu sorang ni..aku tak makan yg manis.

Balik klang on 24th. since emak pun raya kat JB ngan adik-adik aku. lepas kenduri selesai aku shoot tros ke JB lah.

RENOVATION

Ambik gambar dari luar pagar. Yang ni few days back
Setakat hari ni dinding semua dah naik, tengah buat roofbeam. Minggu ni adik ipar aku buat wiring. Porch depan pun dah hack tunggu untuk render simen dan letak tiles. Member abang je yang buat, bayar gaji hari. Seminggu siap lah. Kabinet dapur pun dah dapat 3D design. Aku suka hihi...sebab ikut apa yang aku nak dan within my allocated budget. Ye la.. buat renovation dengan bajet sendu kan.. kena la berhemah sikit. Pagar lepas raya baru buat lah..


Ni gambar tak semenggah anak2 aku huhuhu..kakak suruh aku beli kerusi kecik letak situ sebab dia nak buat kerja sekolah kat kabinet tu. senang tengok TV katanya.. alahai anak.. Qiqi pun sama nyebok..tarik2 abang suruh angkat dia letak kat situ, sekali ada adegan meletop2 kat TV melompat ke bawah terkejut haha..

PERJALANAN MENUJU KEKURUSAN
All in all aku dah turun 3kg. But the number flactuates though..averagenya 3kg lah. Sebab puasa kot eh.. yang aku perasan muka dah tirus. tapi aku memang spisis kalau turun berat tang muka yang nampak dulu kesan. Kiranya kalau amik gambar muka sure org ingat aku kurus hikhik..ada sikit longgar la baju seluar.. rasanya aku dah boleh fit in baju saiz 42. sebab saiz 44 ni mcm dah rebeh kat bahu. I guess I lost inches la kot eh..takpe teruskan angah!!!

Cerita lain plak eh.. adik aku nak amik anak angkat jadi aku akan jadi ibu susuan baby tu. Otomatik jadi anak sedara adik aku kan.. amik baby boy supaya senang urusan aurat dengan suami adik aku.. so happy for her sbb akhirnya decide nak amik anak angkat.. Dah kawen 5 tahun tapi belum tergerak hati nak cuba IUI or IVF katanya..takpe lah.. small steps dulu kan.. Aku lagi happy sebab aku dapat anak lagi! tanpa perlu beranak.. oh bliss!!


Wednesday, August 01, 2012

RENOVATION, IFTAR DAN KURUS

Walaupun bulan puasa tetap la aku pegi site kan.. Hari ni kat opis buat reports.. ada 5 semuanya *nanges* Curik masa lah update blog kejap.. Aku rangkumkan banyak cerita sekali gus..dengan gambar jek hahaha..pictures worth a thousand words temanya kaann

Renovation
Ok.. kerja2 kat rumah dah start. Buat serentak rumah ibu ngan dapur. Kesian gak aku pada pekerja2 tu. Ye la bulan puasa kan..tapi dah kerja nak buat camne.. Rumah kat belakang rumah aku pun buat renovation tapi major one. Naik 2 tingkat terus. Aku yang bajet sendu ni duduk diam2 buat mana mampu jek la..


Bilik Kakak dah siap cat. Warna pink hokay ibu..warna pink!


Bilik Abang.. nak warna hijau. layankan..
Belakang rumah. nampak tak major renovation rumah belakang..mak sujudsss.. haa yang besi dalam lubang tu kan (ground beam namanya) ..aku besarkan bilik bawah utk jd bilik tetamu.

Luas keseluruhan yang terlibat cuma 22 x 21 kps. Masih ada lebih 10 kaki dekat ngan pagar belakang tu utk aku buat tanam serai kunyit cili bagai. Ok habis cerita kerja awalan renovation. Ni pun aku pantau gak ni.. tengok masa pekerja tu buat ground beam ngan tetulang konkrit tu.. ish rumah sendiri kena la ikut piawai kannn..

IFTAR
Sejak puasa ni aku tak pernah lagi post gambar2 makanan kan..aku banyak makan kat kedai la..dah balik sampai kuantan dekat pukul 7. Amik kids terus berbuka lah.. Semalam dapat masak dengan sangat puas hati!
Haaa... amekaw! Ikan baung masak tempoyak, sotong blackpepper, ikan selar goreng, sambal ikan mangga, sayur celur. Abang makan bertambah sampai 2 kali.

Perjalanan Kekurusan
Takde cerita.. letak gambar saja hikhik