Thursday, September 30, 2010

AIR COND

Mak aku kan dah duduk ngan aku sejak 2 minggu lepas sampai la aku habis pantang nanti. Kesian tengok mak aku tidur dalam keadaan kurang selesa sebab panas. Pasang kipas pun berbahang juga. Sapa duduk rumah batu tau la keadaannya bila malam. Lagi plak rumah aku tu corner lot yang menghadap matahari petang (ye kena propa haha)..

Memang ada cadangan nak letak second unit of aircond kat bilik Arief in the near future. Ni sementelah emak dah duduk ngan aku, dan cucu2 dia pun tidur sekali ngan dia kat bilik tu maka aku pun beli la. Semalam dah siap pasang. Aku beli yang inverter juga. Mahal sikit tapi in long run jimat kat bil elektrik.

Walaupun mak cakap dia tak kisah pun sbb boleh bukak tingkap, tapi sebagai anak aku rasa amatlah tak patut membiarkan mak aku tidur kurang selesa sedangkan aku selesa kan..

Wah sangat excited anak sulung aku cerita ngan makcik pakcik dia pasal bilik dia dah sejuk. Abis la kredit tepon dia. Akuuuu jugak kena top up hari ni. Yer anak sulung aku ada henpon. Tu pun aku bagi yang aku dapat free masa beli aircond bilik aku few months back. Kengkunun hadiah dia exam dpt no. 2 hari tu la..

Wednesday, September 29, 2010

LANTAK LA

Rasanya semua pernah rasa perasaan ni..perasaan yang cakap "lantak la apa nak jadi pun, aku dah tak kisah!" Ye..aku pernah beberapa dilanda perasaan tu. Tengah marah, bengang, sentap kan..biasa la..nanti dah rasional semula ok la, macam selalu-selalu.

Nak selesaikan benda yang kita anggap masalah bukan mudah lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan orang lain, kalau ia bukan disebabkan oleh kita tapi kita yang mungkin menanggung akibat kalau tak diseesaikan segera. Aku pun hadapi dilema camni. Memang serabut otak..adehhhh. Pastu lagi parah kalau kita sorang-sorang plak yg cuba nak selesaikan. Lagi serabut otak. Akibatnya kerja kat opis ngan kat rumah pun terjejas. Kesihatan pun mungkin terjejas juga.

Yang boleh kita buat sebagai Hambanya ialah pasrah dan redha dengan apa yang terjadi. Terima apa yang berlaku sebagai ketentuan dan ujian untuk tengok sejauh mana iman kita kan. Ujian ni bukan datang dalam bentuk musibah je, kekayaan dan kejayaan pun ujian juga kalau kita tak reti2 nak bersyukur.

Tapi ujian yang didatangkan dalam bentuk manusia2 musibatun (ini pinjam term sorang blogger yg aku baca..tak ingat plak namanya) la yang paling susah nak handle kan..masa ni la sokongan dari keluarga dan sahabat handai yang memahami amat diperlukan.

Jumaat minggu lepas aku pergi Jabatan Agama Islam Pahang. Kengkadang kita perlukan bantuan orang luar yang arif dalam hal-hal berkaitan masalah kita untuk kita rujuk kan. Ramai yang terkejut dengan keputusan aku ni. Ya..aku sendiri pun terkejut dengan keputusan aku. tapi sebab dah lama sangat aku cuba bersabar, cuba selesaikan dalam kapasiti dan kebolehurusan aku dan masih gagal maka kali ini aku cuba option ni pula.

Allah permudahkan urusan aku dengan temukan aku pada pegawai yang sangat bagus. Alhamdulillah nasihat dan cadangan yang diberikan berdasarkan permasalahan yang aku utarakan beserta semua dokumen dan bukti sokongan akan aku jadikan panduan untuk menyelesaikan masalah aku. Dia kata memang kita kena redha dengan ujian Allah tapi dalam masa yang sama kena usaha untuk kebaikan akan datang. Dalam hal ini, masa depan aku dan anak-anak.

Pegawai yang baik tu minta bertenang dan tangguhkan dulu apa2 urusan berkaitan dan fokuskan tenaga aku untuk menerima kehadiran orang baru. Betul! Itu fokus utama sekarang. Lepas 2 bulan nanti, lepas dah mula bekerja, baru alih fokus semula. Buat satu-satu biar tak serabut otak..kang meroyan kang sapa nak jawab?

InsyaAllah..kalau selama hampir 3 tahun aku boleh bersabar, setakat 2 atau 3 bulan lagi aku mesti boleh sabar...

Monday, September 27, 2010

BATTLE AND WAR

"It"s ok to lose a battle but end up winning the war"

Heroin kena la kalah dulu kan, pastu menang dengan bergaya..

Sabtu lepas beli persiapan utk baby. Aduhai mahal betul harga barangan baby sekarang kan. Aku beli yang mana perlu je pun. Lepas lahir nanti pun boleh beli lagi kan. Jangan membazir tak tentu hala sebab baby ni cepat besar. Kang 2 bulan dah tak muat baju new born tu.

Minggu ni sesi merabak poket lagi nampaknya. Memandangkan emak duduk ngan aku sekarang, dan dia tidur ngan anak sulung aku, jadi plan letak second unit of aircond kat bilik Arief kena dipercepatkan lah. Kesian mak aku panas tidur malam2 kan, aku plak sedap tidur sejuk.

Minggu ni dah masuk 38 minggu. Oh berat aku naik juga sekilo akhirnya. tapi mungkin sebab aku makan tengahari dulu sebelum pegi antenatal checkup haha...so kenaikan adalah 7kg secara keseluruhannya..aku dah rasa tak sabar nak bersalin!

Friday, September 24, 2010

MAKAN MAKAN

Seminggu ni mmenuhi undangan rumah terbuka hari raya kengkawan. Harus hadir sebab hormat jemputan yang dihulur.

Malam tadi ke open house Abg Rahim. Dia buat depan kedai basikal dia je. Bagus idea kan, untuk kembangkan bisnes. Masakan nasi briani yang superb dan ada kambing panggang juga. Kenyang aku.

Minggu ni sesi merabak poket untuk baby yang anytime soon akan pop out. Ramai cakap kenapa lambat sangat. Ye mungkin lambat pada sebilangan orang tapi pada aku tak pulak. Cuma akan beli keperluan asas saja untuk hari-hari awal kelahiran. Bayi ni cepat besarnya, kang beli banyak2 sebulan dua dah tak muat pulak. Bila baby dah menginjak bulan nanti boleh beli lagi. Dah anak ketiga jadi keterujaan tu dah kurang kot. Belian pun on need basis saja.

HATI TENANG

Semalam berborak lama ngan kawan maya. Lega perasaan lepas dapat bercerita dan berkongsi rasa. Ya..aku patut channel energy aku pada anak yang bakal lahir ni. Itu kan rahmat dan rezeki Allah yang sangat besar, yang bukan semua orang berpeluang menikmatinya. Hal yang lain-lain tu tolak ketepi dulu.

TAK SERIK - DRAMA RAYA SEBABAK

Mereka kantoi lagi! Masih tak serik2 walaupun sudah berkali-kali kantoi. Ye lah..tepuk sebelah tangan masakan berbunyi. Kali ni bersemuka dengan ayah dan ibu..dan seperti dijangka, memang tidak direstu. Teruk juga kena basuh, kena bambu. Kalau lekat kat kepala bagus lah, kalau tidak dan masih nak meneruskan permainan pun terpulanglah...bak kata Nabil "lu pikir la sendiri" yang jadi mangsa tetap tidak tergugat andai apa2 berlaku. Itu pasti kerana selama ini pun berdiri atas kakinya sendiri tanpa ada bantuan sesiapa pun...walaupun si pelaku itu!

Tuesday, September 21, 2010

RAYA 2010


Tahun ni tema purple. Semua adik beradik ada. Angah at 36 weeks..ramai cakap muka aku cengkung sikit. Tapi tetap menten ayu kan haha..





Nenek, Arief, Adneen dan Tasya (anak sedara adik ipar aku)
More pictures later, bila adik ipar aku siap edit.

EMAK DAN UMMI

Aku kan dah consider menunggu hari kan..doa aku tiap hari semoga kelahiran baby ni dipermudahkan urusannya, dan semoga baby ni menjadi penyambung kasih sayang dalam keluarga kecik aku.

Sabtu lepas, abang aku tidur kat rumah sbb hantar adik aku balik Kuala Rompin. Of course emak ikut sekali. Memang cadangnya emak akan tinggal ngan aku masa aku berpantang nanti. Punya la aku seronok sebab emak ambil keputusan untuk terus duduk ngan aku dari aku menunggu hari ni. Senang katanya..kang dibuatnya aku sakit bersalin tengah malam, sapa nak jaga cucu2 dia sementara aku kat spital. Alaaa..dia risau cucu2 dia rupanya.

Malam tu aku bawak emak pi raya umah mertua dan adik2 ipar aku.

Anak2 aku pun seronok sangat. Arief dah start tidur ngan nenek sejak malam ahad lepas. Adneen aku angkat masuk bilik lepas dia lena. Kesian plak kat nenek kena tengok 2 cucu nakal tahap mak buleh jadi tarzan nih..

Oh..mak mertua aku pun cakap nak duduk rumah aku masa aku dalam pantang. Wah!! lagi seronok kan, 2 ibu jaga sorang anak. Untungnya aku jd menantu ummi ye..kiranya aku berpantang nanti dengan gabungan tradisi jawa dan kelantan la ye..tak kisah la..

Minggu lepas, masa cuti Hari Malaysia tu, aku masa laksa penang untuk adik2 ipar dan kengkawan basikal abang yg datang beraya. Orang sibuk makan, ummi tanam pisang. Geram tengok kawasan rumah katanya. Aku cakap tanam la apa nak tanam ummi..tanah tu lapang. Rasanya lepas ni penuh la backyard tu ngan segala neka tanaman.

Lepas tu aku cakap..kalau la dapat makan nasi kerabu ummi buat mesti best raya2 ni kan. Tell u what guys..hari Sabtu tu masa adik ipar aku buat rumah terbuka..ummi masak nasi kerabu..wahhhh 2 pinggan aku belasah! Nasi kerabu dia memang sedap! sambil aku makan tu ummi cakap kat tetamu2 dia "ha ni masak nasi kerabu sebab menantu sulung ni nak sangat makan sblm bersalin, tapi dia ni makan tak letak sambal, budu pun kena masak dulu" Adik2 ipar aku pun.."haa makan jgn tak makan kaklin..menu ni spesel sbb klin rekues tau"

Memang bahagia bila diri diterima dan dilayan macam anak sendiri oleh keluarga mertua kan..itu la pentingnya restu dalam menjalinkan hubungan betul tak..

Monday, September 20, 2010

SHORT ENTRY

Hari pertama ke opis, terus pi mesyuarat kat pejabat Tanah Kuantan.

Cerita raya yang biasa2, cuma seronok sebab tahun ni semua adik beradik dapat berkumpul. dapat juga ambil potret keluarga. Adik ipar aku memang photographer..untung hehe..nanti aku nak tepek kat sini..

Ada juga cerita tak berapa best masa raya ke-empat yang membuatkan hati aku kembali terusik. tapi takpe..not worth my time lah nak pikir2 semua benda tu. If its meant to be then its meant to be..kalau tak maka tak lah...

Anak2 pulak bersilih ganti tak sihat. Penangan cuaca panas kat Klang dan main bunga api tak hingat dunia la kot. Demam, batuk dan selsema.

Nak tepek gambar anak2 lah..yang adik ipar aku amik. Ye..anak2 aku memang comel dimata aku. Mereka berdua ni la sumber kekuatan aku dalam hidup ni...





Kandungan aku dah 37 minggu. Dan dah 2 bulan jugak berat aku tak naik2. So tetapla kenaikan sebanyak 6kg sepanjang pregnant ni. Minggu lepas pi scan. Berat baby approximately 3.1kg at 36 weeks. So tolak tendang terajang mungkin berat lepas bersalin nanti lebih ringat dari sebelum mengandung dulu. Makcik suka hehe...

Tuesday, September 07, 2010

SALAM AIDILFITRI

Hari ni hari terakhir kerja. Esok lepas berbuka akan bertolak balik ke Klang. Patutnya tahun ni giliran Kuantan tapi abang ajak raya kat Klang. I happily obliged hehe..

Balik esok banyak gak bekalan aku bawa. Ada daging rusa untuk dibuat rendang dan ofcourse ketupat daun palas ibu mertua yang superb itu.

Dikesempatan ini Angah menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa, tersalah kata disepanjang perkenalan kita dalam ruang maya ni. Semoga Aidilfitri tahun ni membawa seribu satu kebaikan kepada semua. InsyaAllah.

Yang akan balik kampung, berhati2 la di jalan raya ok..


SALAM AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN DARIPADA KAMI SEKELUARGA

MAZ*LAN
HAS*LINA
A*RIEF
AD*NEEN

Monday, September 06, 2010

RENCAM

Entry cacamerba, campur2 kekdahnya..

Iklan Raya TV*3

Terkejut aku tengok iklan raya tahun ni. Raya ke Krismas? Siap terbang2 Pak Aji tu..Rasanya dah heboh pun satu Malaysia kan. Aku pelik gak, untuk stesen Tv yang dah bertapak berpuluh tahun takkan banda kecik camtu pun tak terfikir kan. Sensitiviti masyarakat kena jaga. Aku suka iklan Petro*nas. Kreatif macam biasa. Iklan Ma*xis buat aku sebak. Tapi kenapa iklan tibi tiga camtu? alahaiiii

KEK


Semalam aku berbuka kat umah adik ipar. Asyik buat creme caramel je, macam boring plak eh..jadi aku pun buat chocolate moist cake. Disebabkan aku malas buat versi bakar, maka aku buat versi kukus dalam cup yang comel2. sekali tak cukup cup laaa..lebihan adunan tu aku buat dalam loyang je. Alhamdulillah licin. Seronok bila makanan yang kita masak tu habis dimakan.

Lepas buka aku lepak ngan mak mertua aku sambil adik2 basuh pinggan mangkuk. Hahaha derang ni baik ta, bagi can kat mak buyung ni. So aku lepak la ngan ummi sambil dia buka daun palas nak buat ketupat. Aku order dah 3 kilo. So Rabu ni aku bawak balik pulut yang dah siap dikukus. Aku cuma perlu bungkus je dalam daun palas tu dan masak kejap. Walla..ketupat yang superb. Ummi punya ketupat tahan lama. Setakat 3 hari masih elok tak berlendir.

Dalam pukul 10.30 mlm baru gerak balik rumah, lepas bebudak puas main bunga api ngan sepupu2 derang. Aku ngan abang..kejar tengok Astro Super Sport, ada Tour De Spain. Oh cakap pasal basikal ni kan..kasut roadbike aku dah sampai yeahooo.. Bontrager women specific design. Harga RM740. Early birthday present la kiranya hehe...tak sabo aku weh nak kayuh..

Rumah

Perabot dah masuk sikit2 ikut kemampuan la. Langsir pun dah beli, yang ready made je dari Kam*dar. Ni bahagian depan bila masuk je rumah. Tempat abang ngan member2 dia lepak. Kerusi tu aku beli clearance stock RM300 je. Divider + console tu pun sama, buat tutup ruang bawah tangga tempat simpan basikal. Konsep minimalis kan.. Bunga tu ihsan adik ipar aku hehe..

Nanti aku snap gambar ruang tamu maha simple aku plak..pun dapat set sofa promotional price. Memang berbaloi.

Friday, September 03, 2010

KARTUN GANAS

Bila ada kanak2 ribena kat rumah saluran Astro Ceria memang banyak menolong terutamanya bila ibu sibuk kat dapur. Kengkadang ibu join jugak la ngan anak2, just to spend some quality time ngan derang ni.

Banyak gak la kartun yang aku tengok dan naik hafal cuma ada satu kartun yang aku betul2 tak berkenan jaln ceritanya. Asarichan tajuknya. Cerita pasal kehidupan sorang budak pempuan bernama Asari ngan mak ayah dan kakaknya.

Yang buat aku tak berkenan tu sebab banyak sangat adegan gaduh adik beradik tahap sepak terajang melekat ke dinding, ya mungkin boleh dianggap normal kot gaduh adik beradik. Ada gak adegan mak dia sepak adik beradik tu ok!

Memang la cuma kartun tapi aku nampak pengaruh tak baik yang dibawa ke dalam pemikiran anak2 kecik yang tabiatnya suka meniru kan. Tak mustahil bebudak ni akan anggap apa yang dipaparkan tu boleh dilakukan dalam kehidupan bekeluarga yang sebenar. Dibuatnya adegan sepak terajang tu ditiru..aduhai..

Kalau cerita Ultraman lawan rasaksa tu takpe gak.

Jadi aku dah mengharamkan anak2 aku tengok Asarichan. Aku pesan kat Arief kalau ada cerita tu tukar channel kartun lain. Aku pesan kat dia nanti kalau Adneen selalu tengok, dia pun perangai mcm tu jugak nanti, tendang2 adik ngan abang. Semalam aku tengok Arief pantau apa yang adik dia tengok. Lepas abis satu cerita dia tengok info. "Nanti kalau info cakap asarichan, abang tukar ye ibu" "ok abang..camtu la jaga adik" aku cium dia sekali...wah suka sangat dapat upah cium.

Oh..semalam aku MC. Masa antenatal checkup kelmarin, berat aku statik, bp ngan hb rendah. Jadi doktor nasihat supaya tak puasa dan duduk rilek kat rumah sampai hujung minggu sblm cek semula minggu depan. Aku ni degil, duduk sensorang kat rumah pun boring kan. Jadi aku MC semalam je. Hari ni datang opis gak. Cuma aku dah raya la huhuhu....untuk keselamatan anak dalam kandungan, aku redha je la...

Wednesday, September 01, 2010

PELITA RAYA

Gril dah siap pasang. Baru tenang hati bila tinggalkan rumah. Lagi2 nak balik lama ni kan. Untuk RM4k aku puas hati la dengan penghasilan dan pemasangannya.

Semalam sambil nengok derang pasang gril, aku buat creme caramel 4 sarang ( 2 adunan setiap sarang), bawa ke rumah pak mertua aku untuk majlis buka puasa. Selera sungguh aku makan mlm td sebab lauk2 kampung. Singgang ikan aya, pucuk ubi rebus, sambal mangga dan ikan goreng. Ada la menu sampingan lain yang adik2 ipar bawak.

Baliknya beli minyak tanah, semangat nak pasang pelita kan. So dengan gigih la pasang pelita. Tapinya baru pasang 5 minit dah padam. Angin kat kawasan umah aku ni kuat. Malas la plak nak idupkan berkali-kali. Anak2 dah rekues bunga api. Adehh mana la nak cari. Bebudak kan, memang itu la seronoknya raya pada mereka pun.

Tetiba rasa syahdu plak. Teringat arwah ayah yang memang semangat part2 pasang pelita ngan layan anak2 main bunga api ni, sambil dia isap rokok, minum kopi atas pangkin kat umah, nengok2kan anak2 main. Habis sebatang..sebatang lagi bunga api dicucuhkan. Tak pernah diberi anak2 cucuh sendiri. kalau bunga api yang batang besi tu, dia petikkan pelepah pisang untuk cucuk batang bunga api tu. Kalau bunga api tu tak terbakar dia terus buang. takde la try2 cucuh gak. Ya allah, rindunya aku pada arwah..dia meninggal dunia 14 Syawal.

Mak bapak sekarang berapa ramai buat camtu? pantau anak2 masa main bunga api. Yang banyaknya aku tengok anak2 main ikut suka je kat luar rumah. mak bapak dalam rumah tengok TV. Agaknya tu yang tetiba anak lari masuk rumah muka pecah/ jari ilang..nauzubillah. Pengawasan tu yang penting kan.

Alhamdulillah cuti raya pun boss dah approved. Lama gak aku cuti, dari 8-19 September. Sebab utamanya Taska bukak 20hb. Dah mana nak letak anak2 kan. Ada hikmah juga tu. Boleh raya puas2. Pastu ada la dalam 20 hari sampai aku due. Kalau betul sampai due la. Mana tau bersalin awal ke kan. Bukan boleh jangka benda2 camni...

Disebabkan berat aku turun kan..kena la repeat Klinik petang ni..chow!