Monday, March 14, 2005

Hunger Strike?

Teruna aku tengah hunger strike agaknya. Takmo makan langsung. Aku suakan sikit jer makanan terus dia tolak. Mak aku kata dia nak ringankan badan sebab baru belajar berjalan. Tapi nak ringan sampai tahap mana? Aku dok risau sungguh. Aktif tetap teh ulat bulu type Tapi badan cekeding jerlah. Baru nih pi timbang 9 kilo lebih jer. Memacam cara aku cuba pujuk dia makan but to no avail. Camno nak buek? Mak saiz gerabak keretapi, anak saiz kereta jer. Sedeylah... nak kena tukar susu ke? Banyak dah nasihat kat internet, kat buku, kat mulut orang aku buat tapi tak jugak berjaya. Pergi jumpa pead pun sudah. Memang jenis tak suka makan anak aku nih. Slow2 lah... agaknya seronok sangat jelajah 'dunia' dia kenyang.

Aku pun tengah hunger strike hahahaha... resolusi tahun 2005 ni nak mengurangkan berat badan. Lambat betul buat resolusi ek... takper. rasa dah 'comel' sangat aku nih ha. Baju pun dah banyak aku sedekahkan pada orang. Tak boleh jadi. Bayangkan kalau aku pregnant dengan berat camnih! aku pun tak dapat bayang. Target aku, sebelum DPA bulan 6 nih aku kena turun at least 10 kilo. Average 4 kilo sebulan. Boleh ke? Cuba dulu baru tau.

Teringat masa aku frust ngan satu mamat bongek nih dulu. 5 tahun berjanji setia... hampehs. Aku hilang almost 15 kilo dalam masa 3 bulan. Tapi aku tak perasan pun sebab kepala serabut. Masa tuh aku tumpu sungguh belajar sebab nak lupakan mamat bongek tuh. Bila orang start tegur aku makin susut aku pun timbang ler.... mak aih betul ler. Dalam frust aku happy ler. Disebabkan penurunan tuh bukan secara sihat maka lepas aku dah overcome frust tuh aku pun mengepam balik. Ntah.... senang sangat naik badan nih. 2 minggu lepas terserempak ngan mamat bongek tuh, tapi dia larikan diri lepas terperasankan aku. Takut ke? *evil grin* Huh ingat balik cerita lama boleh mendidih darah....

off for some documents drafting....

Saturday, March 12, 2005

Isnin aku lapor diri tak ler stamp punch card. Hari selasa tuh aku sampai ofis 8.05 pagi. Rilek jerlah aku. Bila stamp, dakwat merah yang keluar. Silap aku jugak. Ingatkan waktu pejabat kat sini sama ngan Putrajaya. Lawak pagi Selasa eheheh....

Petang Isnin tuh ke tempat kerja lama jumpa kengkawan, jumpa boss. Lama tak jumpa. Macam2 berita terkini ler aku dapat. Ada yang dah kerja tempat lain, lepas aku keluar. Bakal ibu pun ramai. Woohooo dah ada bas baru! Jumpa jugak students aku dulu. Mengadu seperenggan dua. Aku dengar jerlah..

Aku cadang nak tengok Sepet sebab tak sempat nak menonton di KL. Malangnya Sepet tak sampai Kuantan lagik. Malang sungguh. Aku belum tengok tapi bila baca review gejuis lain.. rasa tak payah tengok pun takpe. Jalan cerita dah tau. Constantine pun baru aku tengok. OKlah.

Malam tadi tengok Braveheart. First time aku tengok tahun 1996 rasanya. Kat rumah lecturer aku Mr. Martin. Masa tuh kat matrik lagik. Sampai sekarang aku masih admire cerita tuh... FREEEDOOOOOOMMMMMM....mmg best, cuma sebab tengok TV kot jadi banyakler scene yang dipotong.

Hari ni balik pukul 12.50. Kelako kan, lagi 10 minit jer pukul 1. 10 minit pun mau kira ka? Tapi adatler.... 10 minit sebelum waktu balik dah siap berkemas dah kebanyakan warga kerja kat sini. Dah 5 hari ni aku perhatikan, 10 minit lepas waktu pejabat, lengang dah ofis. Adalah satu dua pegawai yang stay back.

Hari ni nak ke Temerloh. maybe stay kat Seri Malaysia. banyak jer inn kat sana cuma keselesaan tuh kurang. Esok aku akan bekerja ngan sekretariat akak2 pink.

Semalam di Mall

Dia : Lama tak jumpa Angah... kerja kat mana sekarang?
Aku : Kat Pekan.
Dia : Mengajar jugak ke?
Aku : Tak.. kerja opis
Dia : Kerja apa?
Aku : Keje gomen dah.. tumpang opis Pej. Daerah.
Dia : Lah.... elok2 mengajar kerja gomen pulak pot pet pot pet pot pet (berlegar dalam isu gaji tak banyak, birokrasi dsb)
Aku : tak per ler.. saya dah puas pegang duit.

Friday, March 11, 2005

Ikan pulang ke lubuk

Lama tak berupdate blog nih. Aku dikejar kesibukan berpindah. Alhamdulillah dapat jugak aku balik ke Pahang. 4/3/2005 dapat surat pertukaran berkuatkuasa serta merta, balik rumah terus mengemas barang2 dan angkut ke Klang. Ahad aku dah ada di Pahang dan Isnin tuh 7/3/2005 aku lapor diri pada boss baru. Aku akan kerja di Pekan. adalah setengah jam dari rumah. Tapi takpe, asalkan kami sekeluarga dapat tinggal sekali dah cukup. Cuma aku rasa tak efesien jer sebab cuma 2 bulan masuk ofis dah kena keluar semula utk DPA. Jadi 2 bulan nih aku cuma nak build up networking ngan pihak2 terlibat dengan kerja aku nanti.

Masuk nih dah 5 hari aku kat Kuantan nih, floating lagik huhuhuhu sementara ofis kat Pekan disiapkan. Masa untuk lepak setelah 2 bulan bertarung dengan paperwork, minutes, letters on tsunami. Dapat jugak call daripada ibu pejabat tanya itu ini. Ya lah... notis serta merta, petang Jumaat plak tu, mana sempat nak hand over kerja pada orang lain kan.

Ibu dan ayah dah ada kat lubuk, anak masih di luar lubuk. Teruna aku masih dengan neneknya di Klang. Rasa tak sesuai nak bawak dia balik last week sebab terkocoh-kocoh. Dia pun demam. Better tinggalkan dulu. Minggu depan ibu amik Arief ya. Teruna aku dah berjalan. Habis rata satu rumah dijelajahnya. Merangkak dah tak nak. Biar terjatuh kepala terhantuk lantai, bangun jugak menyambung langkah. Ayahnya dah berura-ura nak belikan basikal. Anak lelaki takpe ikut jejak ayahnya jadi pelumba basikal. Ibu dah letak syarat, education comes first, then only sports. Kalau anak perempuan ibu tak benarkan. Bukan sebab terlalu lasak tetapi terbuka aurat. Ikut ibu main hoki takpe.

Hujung minggu ni aku ke Tasik Chatin, Mentakab. Ada Pahang Trail Bike Challenge. Kalau dah muka aku memang kena buat result ler. Tahun ni jugak ada Sukan Remaja Pahang, preparation untuk ke SUKMA. As usual aku akan join Technical Team untuk lumba basikal. Seronok join co-curricular activity camni. All work and no play makes Angah a dull person. Ni lah cara aku nak apply knowledge dalam events management yang aku kumpul dulu. Ni jugaklah cara aku nak build network.

Iklan Penaja :

Tini, aku dah balik nih. Maka rancangan awal akan diteruskan. Aku nak jumpa ko untuk rancangan menghavockan kenduri ko nanti. Amacam? Nak tengok baju aku? hahahahahaha

Friday, March 04, 2005

Lambat

Aku tak suka orang tunggu aku, dan aku juga tak suka tunggu orang. Jadi bila ada urusan dengan aku, atau ada benda yang melibatkan aku haraplah jangan lambat. Bila kita lambat secara tak langsung ada benda lain yang akan lambat jugak kan. Aku selalu percaya apa saja yang kita buat ada kesannya pada orang lain, ada impaknya pada sekeliling kita walaupun kecil. Kalau aku boleh buat kenapa orang lain tak boleh? jangan kata ada kekangan sebab lambat atau cepat ni banyak bergantung pada kita. Time management tu. Aku bagi contoh, kalau jenis bersiap lambat, silalah bangun awal supaya orang yang bersiap cepat nih tak menunggu. Kalau tau pukul 8.00 pagi tuh jalan sesak, keluar awal sikit.

Malam tadi aku balik lambat. Sampai rumah pukul 12.15 tengah malam. Tuntutan kerja nak buat camne. Sapa kata kerja kerajaan rilek? Masa aku kerja di Kuantan dulu paling lambat pukul 6 dah terpacak di rumah. Di sini lepas maghrib tak tentu lagi aku bangun dari kerusi tak berapa empuk aku. Sebab aku lambat buat kerja ke? Bukan... sebab aku nak siapkan kerja hari tuh supaya esok aku boleh start fresh dengan kepala kosong untuk buat kerja lain. But then, lain orang lain cara buat kerja kan. Aku kalau buat paper work ke, siapkan minit mesyuarat ke baik aku selesaikan semua kat opis. Kat rumah masa aku sepenuhnya untuk keluarga. Aku takkan sentuh kerja pejabat. Atau aku akan rasa aku tak berlaku adil pada family aku.

Aku selalu jadi yang terlambat kalau pasal gosip semasa. Tak amik pot pun eheh. Cuma kengkadang bila cerita dah basi baru aku tau. Lemau sungguh. Takper biar lambat benda2 lagha camnih.

Ada sesiapa yang tak pernah berhutang? Bohong kalau tak pernah! Biasa tak agensi yang beri hutang tuh telefon tanya bila nak bayar, pastu kita jawab nanti saya bayar, bila dapat gaji/saya takde masa nak ke bank/ and so son. pastu esok agensi tuh telefon lagi dan lagi dan lagi. Betul ler kita lambat kan, salah kita tapi kita tetap bayar kan. Tapi yang aku tak puas hati kalau agensi tu pulak yang lambat buat urusan. Cuba telefon, mampus la kena pass ke sana sini. Pastu pegawai cuti. Kalau kita memanjat opis jawapan apa kita dapat "dalam proses encik, bila dah siap kami telefon" kalau lambat aku boleh terima... tu bukan lambat. itu lembap. Sama jerlah benda ni berlaku kat mana-mana tempat pun.

Aku pernah lambat buat weekly checkup masa pregnant dulu. Wah! sungguh molek cara jururawat tuh menegur akan kelambatan aku. Lepas dia siap berceramah, aku amik kad dan blah terus. "Saya nak sambung check-up kat klinik swasta, bukan kerana facilities kat sini tak bagus, tapi sebab kakitangan tak bagus, saya rela bayar dan dilayan macam manusia berakal dan tahu malu daripada free tapi dilayan oleh orang kurang akal dan kurang malu.. " Biar dia tahu sikit tak semua boleh ditengking-tengking camtu. Aku kesian kat ibu-ibu yang takut nak menegur kakitangan camtuh.

Hari ni aku nak balik rumah, tak mahu lambat keluar ofis, takut lambat bertemu teruna aku. Ibu rindu...

Thursday, March 03, 2005

hilang

penat aku taip... whooossshh semer hilang...

Wednesday, March 02, 2005

Melepas tekanan

Masa sekolah kalau aku rasa tertekan aku akan bawak tikar, bentang bawah pokok jambu susu belakang rumah, lepak kat situ sambil tengok daun, tengok pokok, tengok tanah, tengok semut sampai aku rasa ok. Biasanya kalau emak nampak aku duduk sensorang kat bawah pokok tu, dia fahamlah anak daranya ni ada sikit krisis dalaman.

Masa kat U, kalau aku rasa tertekan, aku balik rumah atau lepak kat bus stop sambil tengok orang lalu lalang. Tengok cara orang berjalan, berpakaian, bercakap, make-up. Ini semua beri aku hiburan percuma.

Bila dah kerja, masa aku kerja di Kuantan dulu aku lepaskan tekanan hidup ni dengan berjalan kat pantai -how lame ! somehow dengan tengok ombak, pasir dan horizon aku rasa lapang. Bila dah berblog, ini jugak salah satu cara aku lepas tekanan.

Lepas kahwin aku lepas tekanan dengan lepak belakang bengkel abang, duduk kat jeti tu sorang2. Kalau aku tak ajak abang tuh maknanya isteri dia nih ada sikit bengong. Seronok duduk kat situ dengan angin sepoi2 bahasa, tengok scenery Sungai Kuantan.

Lepas dapat baby, aku lepas tekanan dengan tengok muka teruna aku masa aku nurse dia, masa dia tidur. Very calm in his deep sleep. Hilang segala serabut otak. Abang komplen dia kurang laku berbanding dulu hahahaha.

Sekarang ni duduk sorang2 kat sini, aku lepaskan tekanan dengan memandu. Aku akan memandu ikut suka kemana-mana jer. Usually aku end-up balik Klang jumpa anak. Walaupun aku tau keesokannya aku harus bangun awal dan memandu balik ke sini.

Tuesday, March 01, 2005

Terunaku 1 tahun

Semalam tak terasa lagi, but I kinda feel it today. The feeling that says, by right today is my son's 1st birthday, a strange feeling..not sad.. I can't name it. It's just strange knowing your son was born today, last year..takde tarikh nak celebrate this year. People can say, well just celebrate it on 1st March. It just wont be the same as 29th February right. Mother's feeling jer nih.

HAPPY 1st BIRTHDAY MUHAMMAD MIFDZAL ARIEF MAZLAN