Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

NURSING IN PUBLIC VS NURSING PUBLICLY

NURSING IN PUBLIC = MENYUSUKAN ANAK DI TEMPAT AWAM
NURSING PUBLICLY = MENYUSUKAN ANAK SECARA TERBUKA
SEBELUM MENULIS SILA FAHAMI 2 TERM OF REFERENCE NI.. SEBAB TANPA PREMIS YANG KUAT UNTUK MENULIS.. TULISAN KITA ADALAH SAMPAH YANG PERLU DIBAKUL SAMPAHKAN..


4 November baru ni aku ada tulis 1 post kat Laman Rasmi Galaksi rentetan postings dan komen kat Kumpulan Ibu Menyusukan berkaitan reaksi/gestures spontan pengacara rancangan tu masa Kiah Propa bergosip pasal artis yang menyusukan anak dan terdedah la asetnya. Posting aku tu mendapat pelbagai reaksi dari beratus komen terkemudia dan hampir 2000 likes.
Penerbit rancangan pun dah jawab tapi ia tidak menjelaskan isu yang diketengahkan iaitu Menyusukan anak di tempat awam sepatutnya tak perlu jadikan gosip dan reaksi/gestures geli geleman apengacara adalah keterlaluan. Aku pun dilabel sebagai PENCETUS KEKELIRUAN...apakah!!! Well aku dah sampaikan apa yang aku rasa, berdasarkan pengalaman aku menyusukan ketiga2 anak. Up to them to nilai lah. Walhal boleh je ketepikan gosip tu.
 
Kemudian kecoh pulak di Mix.FM. Dalam banyak2 benda yang annoying dimata masyarakat ialah breastfeeding in public. Again thread komen panjang berjela dengan mereka yang setuju dan tidak, yang menyokong dan membantah. Isu di situ ialah dalam banyak2 benda kenapa breastfeeding jugak yang dihighlight. Sedangkan boleh je ditapis sebelum on air.
 
Rentetan itu ada lah blogger yang pada aku hanya menangguk di air yang keruh..pada pandangan aku bertujuan menaikkan rating blog je pun. mengambil kesempatan daripada isu yang tengah hangat dengan membuat entry atau entries dengan tajuk sama. Menulis dengan berpaksikan pandangan sendiri tanpa mengetahui pucuk pangkal isu yang diketangahkan dalam laman Rasmi galaksi dan Mix.fm dan tanpa mengetahui apa itu sebenarnya NIP dan mengapa ibu2 di Malaysia ni NIP. Ofcourse dengan entry yang sebegitu akan generate outburst dikalangan ibu2 yang menyusukan anak mereka di tempat awam.

Kumpulan yang memperjuangkan hak ibu2 untuk mendapat bilik2 yang sesuai untuk menyusukan anak dipersoalkan tujuan mereka kerana mengadakan flash mob. Itu kan cara untuk menunjukkan betapa ramai ibu yang menyusukan anak perlukan bilik2 berkenaan. Wondering whether blogger tu study atau tidak? Sama juga dengan cara menghantar petition ke  pejabat menteri..ia cuma 1 cara.
 
Gambar ibu2 yang menyusukan anak di dalam majalah keibu-bapaan dijadikan bahan bukti untuk menunjukkan ibu2 itu tiada rasa malu (tiada secebis pun aset kelihatan) Dangkal bukan? Ofcourse ibu2 juga terasa hati dan mempersoalkan cara pakaian menjolok mata dalam majalah2 hiburan..tidak pula dikatakan tak tahu malu (dosa?) Bukankah ianya dalam majalah keibu bapaan? majalah yang menyokong penyusuan ibu..kalau aku ketengahkan gambar2 breast dalam jurnal2 perubatan bagaimana agaknya? eh.. mungkin blogger itu tidak membaca bahan ilmiah :P

Tapi ye lah.. kalau tujuannya untuk menaikkan rating benda2 seperti ini perlu ada untuk tarik pembaca. so sad kan..
 
Ada juga blogger wanita yang buat entry juga tidak menyokong NIP. Pendapat dan keselesaan masing2 aku tetap hormat cuma agak terkilan dengan pandangan yang menjurus seolah2 ibu2 yang NIP ni mengaibkan diri sendiri. Come on... jangan overgeneralize people just because u tak buat benda sama. so sad kan..nak susukan anak dengan botol ke, nak berlari2 cari surau ke, nak cari nursing room ke..up to individuals cuma jangan condemn ibu2 yang ambil keputusan memilih menyusukan anak di tempat awam.
 
NIP is common is western countries. Sampai tahap sapa2 yang menidakkan hak ibu untuk menyusukan anak di tempat awam boleh didakwa! Itu di negara barat. Semangat ini yang kita ambil. Semangat bahawa penyusuan susu ibu adalah fitrah, menyusukan anak di tempat awam adalah perkara biasa sebab makan itu juga fitrah. Aku percaya takde ibu kat Msia ni yang NIP macam wanita barat.. bare it all gitu. Ibu2 kat Msia ni akan sebaik mungkin menutup aset mereka. Sampai ke satu tahap terer, org tak tau pun dia tengah menyusukan anak! Jadi apa yang pelik sangat?
 
Tak selesa tengok baby melekap kat dada ibu di tempat awam? Come on lah..ini lah yang dikatakan 1 class facilities tapi 3rd class mentality. Pandang tempat lain je..simple!

Persoalan yang aku ingin lontarkan ialah.. mereka2 yang menolak mentah2 NIP ni faham atau tidak apa sebenarnya NIP ni? Kenapa ibu2 ni NIP? Keperluan setiap anak dan setiap ibu tak sama, tahap konfiden antara ibu2 juga tak sama. Pada ibu2 yang konfiden NIP teruskan lah, pada yang tak konfiden takpe..banyak cara lain utntuk susukan anak juga.
 
Ingin aku lontarkan soalan.. ada ke ibu2 yang menyusukan anak secara terbuka sampai jadi polemik dalam banyak posting dan entries? Kenapa isu sekecil ini dipandang besar? Kalaupun tak setuju dengan apa yang diperjuangkan tak bolehkan cuma angguk dan diam. yang memperjuangkan memang loud and clear memperjuangkan atas banyak reason yang selama ini diketengahkan. Sebab mereka rasa kesannya, mereka mengalami kesukarannya untuk menjalankan amanah Allah ini.
 
Ingin aku tanya sekali lagi kepada yang membantah.. apakah premis anda pada bantahan itu?
 
Malu? bukan anda yang perlu berhati2 membuka cangkuk bra untuk menyusukan anak..
Bukan budaya? Adakah menampakkan lurah dendam dan alur punggung itu budaya kita?
Not islamic compliance? bolehkah anda beri saya bukti?
Menarik pandangan org? anda ada kawalan untuk mengawal pandangan orang jika tiba2 anda terjatuh?
terikut2 barat? Mengapa tak boleh ambil yg baik dari barat? yang buruk2 pun dah banyak kita ikut..
boleh pakai botol? Kenapa menyusahkan diri?
masuk surau kan boleh? anda yakin dalam surau orang tidak melihat?
 
Jawablah persoalan2 aku ni..

Tuesday, September 04, 2012

SAKIT PERUT

Ya sakit perut..cirit birit..hazab idop aku semalam. Sampai amik cuti.

Sepanjang ujung minggu aku ngan kids je sebab Abang bertugas kat Dungun. Ada race. Malam tadi baru balik. Tak best betul la duduk kat rumah dengan ramai pekerja tengah siapkan rumah. Nak free style pun susah. Endup banyak abiskan masa kat tingkat atas je lah.

Boss pulak call Menteri nak turun Maran ngan Kuantan, jadi kena sediakan laporan prestasi projek semasa. Aku pun berangkut la ngan bebudak pegi opis hari Sabtu tu. tinggalkan Qiqi kat Taska. Lepas siap semua pi makan tghri kat rumah adik ipar haha.. tak senonoh punya kakak ipar ye.. pastu anak2 sedara aku ikut balik tidur umah. Ada gak kawan anak2 aku.

hari Ahad pun adik ipar aku call ajak lunch kat umah dia. Wah..rezeki jgn ditolak ye..selamat ayam aku amsuk freezer balik.

Adik ipar aku bagi hadiah..1 set pyrex prepare and bake. Alhamdulillah rezeki aku lah. Seronok la aku nak membako pie ngan lasagna atau makaroni..sblm2 ni bakar dalam loyang je.. nak hidang kena alih.. lepas ni boleh bakar terus hidang lah..
Dah rasmikan pun.. buat pie daging, ngabiskan stok daging kisar, cendawan ngan kentang. Tak sempat ngambik gambau semua dah selamat masuk perut. Aku kan spisis pemalas..jadi kulit pie tu aku guna roti pratha segera je.. rangup jek..sedap! kalau nak buat pie apple tak boleh la..nanti buat lagik aku tepek gambar lah..

Pastu dalam sakit perut aku buat jugak Kek Creme Caramel. Si Arief nak. Layankan lah.. dia la yang tolong aku sikit2. Sebab nak cepat maka buat la layer tebal2..biasanya untuk jualan aku buat nipis2 pakai kaler yang cantik2 mcm purple, pink, biru.. ni kaler Arief pilih n dia yang mix dengan bancuhan kek.. bagi anak2 hepi..

Ni pakai loyang 8 inci. Arief suka karamel tu tebal jadi aku buat 1 1/2 adunan lah. Adunan kek tu plak aku kurangkan ke 3/4 adunan. Ni bakar style water bath. Aku suka makan sejuk2. Heaven!

Renovation rumah dah hampir siap. Bumbung ngan siling pun dah siap. So lepas ni pasang tiling, buat table top pastu pecahkan dinding dapur asal. Lepas tu buat kabinet dapur pulak. Barang2 pun dah sampai dari Klang. Gila jauh aku beli kan.. dah kalau abeza harga sampai 60 hengget 1 barang.. baik la aku beli kat Klang, byr transport baru 30 hengget.

Bulan ni Qiqi dah 23 bulan. Lagi 1 bulan je untuk melengkapkan 2 tahun penyusuan dia. Rasa sebak la pulak sebab lepas ni nak wean off dia kan..rasanya tetap la buat mcm abang kakaknya dulu.. tak offer tapi tak elak. Dia nak aku bagi, dia tak mintak aku buat bodoh je la..cara cold turkey memang aku tak buat lah..bukan senang nak hilangkan kebiasaan dia selama 2 tahun kan..so bagi lah masa supaya emosi dia tak terjejas. Oh nanti la aku buat entry khas pasal wean off baby nih.. memikirkannya je aku dah sebak huhuhu.. anak ibu dah besar!!

Thursday, June 07, 2012

NURSING IN PUBLIC (NIP)

Menyusukan anak adalah tanggungjawab ibu yang tak mengira masa dan tempat. Breastaurant adalah dibuka 24 jam. Allah ciptakan buah dada untuk memberi makanan pada anak. Bukan untuk perhiasan dan ditenung oleh mata2 yang tidak berhak.

Satu dilema pada ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu untuk memberi anak makan (ofcourse dengan buah dada) di tempat awam. Banyak mata2 yang memandang dengan pelik. Aku sendiri pun tak terkecuali. Tapi ada aku kesah! Anak aku lapar. Budak kecik tau ke kalau disuruh tunggu kejap?

Ada beberapa postings kat FB, dan beberapa blog entries pasal isu ini. Ada yang rasa tak selesa bila terpaksa berhadapan dengan situasi dimana ibu tengah menyusukan anak. Yang lelaki pandang dengan imaginasi yang macam-macam, yang perempuan pandang dengan "yek eleh..mcm takde tempat lain nak susukan anak" Eh..ibu tu susukan anak ngan breast kau ke? pandanglah tempat lain..Simple. Yang korang plak rasa tak selesa apsal?

Yang aku nak ketengahkan ialah mentaliti masyarakat kita pasal isu ni. Kita terlalu memandang negatif sesuatu yang sangat positif. Ibu menjalankan tanggungjawab tak kira masa dan tempat, dengan aurat yang tertutup. Kenapa dipandang serong? Bukankah ibu kita juga pernah menyusukan kita suatu waktu dahulu?.

Sesuatu yang negatif pula selalu dipandang sebagai biasa. Anak2 dara berpakaian seksi, nak tersembul breast tu keluar, nampak lurah dendam segala, berkepit pula dengan boipren..tak pula dipandang serong. Kenapa?

Untuk mendapatkan keyakinan menyusukan anak ditempat awam ni amat susah ok. Tak semua ibu mampu melakukannya. Ramai ibu yang terhalang dek suami tak mengizinkan (takpe itu hak suami untuk melindungi aurat isterinya), juga ramai yang tak yakin. jadi terpaksa cari nursing room (kalau ada..itu pun kadang2 dipenuhi bapak bapak orang yang menunggu isteri beri botol susu pada anak..kamon lah!!), cari surau, kat tepi tangga, kat restaurant yang agak tersorok dsb. Sebab nak elak pandangan orang. Aduhai..sampai begitu sekali..

Tapi para suami pun sebenarnya boleh beri kerjasama dengan sokong isteri, cover sikit masa isteri nak bagi susu kat anak. Cukup bagus isteri tu nak susukan anak dengan susu sendiri. Dah la free, korang tak payah bangun malam membancuh susu, tak payah keluar duit beli susu, support isteri nak menyusukan anak pun susah? Bukan sikit yang marah isteri bila anak nangis nak susu..haih..

Bila timbul pula komen2 dalam FB oleh kata-kata nakal yang berimaginasi macam2..lagi la susah nak praktikkan NIP ni. Betul juga sebab rata2 yang bagi komen2 camni ialah mereka yang takde pengalaman. tetapi itu jugak tak menghalalkan perlakuan jelik tu ya adik2.

Untuk ibu2 menyusukan yang tengah cuba nak prektik NIP ni..teruskanlah..bukan salah pun. Anggap je la mata2 yang memandang serong, yang rasa tak selesa tu macam kentut. bau busuk kejap je. Sekarang ni dah banyak rekaan baju menyusu yang menutup aurat, tak payah menyelak pun. Dah banyak gadget mcm sling, mobby wrap, nursing cover dan poncho untuk kita tutup mana yang patut. pakai towel kecik pun boleh.

Aku sekarang ni NIP openly. Asal cover dengan baik sudah. Korang nak pandang sampai terkehel leher pun silakan, nak duduk sebelah aku tanya ke kutuk ke sinis ke silakan jugak. Aku tak kesah. Aku cuma jalankan tanggungjawab aku sebagai ibu. yang penting suami aku izinkan, aku jaga aurat dan anak aku kenyang.

Tak malu ke? Apa aku nak malukan..bukan aku yang tayang betik ranum sana sini semua orang nampak. Patutnya yang tayang betik ranum tu yang malu. Patutnya yang bayangkan macam2 tu yang malu. Aku dapat pahala nyusukan anak, korang dapat apa?



Monday, May 21, 2012

TROUBLE SHOOT : SUSU MERUDUM



Gambar di atas adalah hasil pumping 3 kali pada 18 Mei 2012. Anak aku pada ketika ini berusia 19 bulan..ye..baby purba konsepnya. Semua sesi pam adalah dibuat dalam xtrail sambil memandu. Aku outstation 2 hari ke Putrajaya (17-18hb). Sesi pertama 18hb tu dari rumah mak ke Putrajaya. Pastu meeting. Abis meeting terus balik. Singgah isi minyak kat Gombak, pasang gajet dan pam lagi. Sesi 3 kat rnr Maran. Brhenti utk pasang gajet je, elok suction dah ok aku drive terus. Berhenti tepi jalan lepas 20 minit utk simpan susu. Jadi aku jimat sejam masa perjalanan. Sampai Kuantan terus amik anak2.

Ok sebenarnya nak cerita pasal masalah susu merudum. Aku pun biasa camtu. Bukannya semedang dapat banyak. Masa period mmg susu aku jejas sikit. Mujur stok frozen banyak. Itu la pentingnya stok.

Ada banyak sebab susu merudum. Yang aku listkan ni punca paling utama lah.

1. Tak pegang pada konsep demand and supply.

Pam tak konsisten atau selang masa antara sesi tu terlalu lama. Paling ideal ialah 2-3 jam sahaja. Kurang demand equals to kurang supply. Simple. Kebanyakan ibu akan pam bila rasa breast bengkak. BIG NO! sebab bila breast rasa bengkak itu adalah petanda kita dah terover masa (selang masa lama sangat) Bila biar lama2 susu akan kurang sebab apa? Sebab kurang demand. Jadi jangan tunggu breast rasa bengkak baru nak pam. Breast bengkak bukan petanda banyak susu. Pam lah ikut jadual walaupun rasa breast masih lembik.

Masa kat opis pun camtu jugak. Pastikan pam ikut time. Walau seteruk mana jadual kerja kita..CUBA untuk pam walaupun sekejap. Untuk pastikan susu sentiasa dihasilkan. memangtak dinafikan ibu2 yang kerja on call mcm nurse atau doktor susah nak buat tapi kena CUBA. No harm to try kan..Bentuk jadual pam sendiri. Sebab perjalanan BF kita ni semuanya unik dan tersendiri. jadual aku takkan sama ngan jadual orang lain. Bila dah dapat pattern..please adhere to that pattern.

2. Keadaan ibu. Penat, stress, tak ambil air yg cukup, diet, period atau pregnant.

Semua di atas adalah penyebab susu merudum? Kenapa? Camni..penyusuan berkait dengan hormon iaitu prolaktin (hasilkan susu) dan oksitosin (gembira) Bila kita penat, atau stress hormon jadi tak tentu arah, tak rembes dengan banyak. Tell me kalu kita penat / stress kita boleh happy ke? Tentu tak kan..jadi bila mengepam dalam keadaan camtu camne production nak banyak? Lepas tu bila tengok susu sikit kita lagi stress, bila main stress susu lagi la sikit..

Kadang2 susu merudum ni juga bagi kita signal yang kita ni sebenarnya penat dan perlu rehat. Kita tak sedar sebab dah terbiasa dengan rutin hidup kan. Jadi camne nak atasi? Simple..kalau penat kita rehat, kalau stress kita cari jalan untuk distress. makan coklat pun boleh buat kita happy. Tengok gambar anak ke, tengok movie ke..ikut kesesuaian lah..

Ambil makanan dan air yang mencukupi untuk buat badan kita bertenaga. Supplement pun ok. Aku pun amalkan GnC.

Tapi kalau period ngan pregnant tu tak dapek la den nak nolong. Aku sendiri pun susu kurang sikit kalau period. Haaaaa masa ni la pentingnya ada stok yang mencukupi. Jadi masa dalam pantang dan awal2 bulan kelahiran anak tu rajin2 lah buat stok ya.

3. Pam tak sesuai. Kengkadang suction menyakitkan. Pumping x optimum.

Kesesuaian pam pun main peranan walau tak besar. personally aku rasa double pumping adalah lebih baik dari segi stimulation dari single pum. Sebabnya? Masa LDR kan rasa dua2 belah tapi kalau kita guna single cuma sebelah yang dapat banyak kan..padahal masa LDR tu la susu memancut2 keluar..

Pilih pam yang sesuai dengan penggunaan kita. tak semestinya pakai yang ribu-riban boleh dapat hasil banyak. kalau jadual mengepam ke laut pakai la pam apa pun tak jadi jugak. Asalkan kita selesa ngan suction pam tu ok dah.

Teknik untuk banyakkan susu semula

1. Cari punca susu merudum dan atasi punca tu.

Buat postmoterm beberapa perkara. Jadual mengepam bagaimana? Kedarat ke kelaut? Pastu tengok diri kita ni penat ke stress ke? Bila dah dapat punca sila lah cari jalan atasinya. Kalau sebab pam tak konsisten kita konsistenkan semula.

2. Cuba teknik POWER PUMPING ATAU TANDEM PUMPING

Disamping konsistenkan jadual, cuba kaedah power pumping ( 10 minit pam, 10 minit rehat selama 1 jam) setiap hari dalam masa seminggu dua. Ini untuk hantar signal pada otak yang kita demand lebih susu. memula tu pam angin biasalah..teruskan juga. hasil bukan lah hari yang sama ya..lepas few days akan nampak hasil insyaAllah.

Boleh juga cuba kaedah tandem pumping. Sambil susukan anak tu pam yang sebelah. Macam kelakar kan..tapi berkesan.

3. Be positive

Sila berfikiran positif. Bila pam dan dapat tak sebanyak yang diharapkan jangan la cakap "ala sikitnya susu aku / susu aku tak banyak / susu tak cukup " apa saja yang negatif lah..cuba kita berlapang dada dan bersyukur dengan rezeki kita untuk hari tu..kang stress susu sikit lagi la susu taknak keluar.

Jangan bandingkan hasil kita dengan ibu yang lain. Sebab umur anak2 kita tak sama, keperluan anak2 kita pun lain. Kalau ibu lain dapat banyak tu sebab usaha dia nak dapatkan banyak. Jadi kita kena usaha juga. Ambil contoh aku sendiri lah..ada kawan yang cakap "Angah..susu ko masih banyak ek walau anak dah besar" Ye betul..masih mencukupi untuk anak aku..tapi tengok juga camne aku usaha untuk menten hasil..yang tau nature kerja aku camne tentu faham kan. hasil yang kita dapat tu adalah cerminan usaha kita betul tak?

Kalau tengok gambar stok ibu2 lain tu jgn rasa down pulak sebab stok kita sikit. Itu rezeki dia kan..kalaupun stok kita tak sebanyak tu tetap cukup untuk anak kan..jadi buat apa nak rasa down?

4. MILKBOOSTER????

Ramai ibu..dari pemerhatian aku lah..terus percaya bulat2 yang certain makanan dan minuman boleh bertindak untuk menambah susu. Betul..memang sesetengah tu dikatakan dapat menambah susu badan TAPI ia patut diambil seriring dengan semua cara yang aku dah sebut kat atas tu tadi. DEMAND AND SUPPLY tetap yang paling utama. Makan la sekebun makanan ke selaut minuman ke kalau pam tak konsisten tetap la hasil kelaut jugak. Siap pakaian dalam pun boleh banyakkan susu? Logiknya dimana?

Supplement yang diambil sebenarnya buat ibu rasa lebih bertenaga, dan ini sebenarnya yang diperlukan untuk hasilkan susu. Jangan mudah percaya dengan MILKBOOSTER sebab hasilnya tak sama untuk setiap ibu. nanti cuba pastu gagal stress pulak..lagi la susu malu2 nak keluar. SO PLEASE OBSERVE PUMPING AND FEEDING CONSISTENCY FIRST. Jangan sebab percaya sangat sampai dapat penyakit lain pulak.

Meminjam status seorang ibu " Seorang LC (Lactation Counselor) kata baby yang hasilkan susu ibu, bukan ibu itu" maknanya apa tu? maknanya kan bila baby hisap susu ibu maka susu akan terhasil lagi . Bila ibu kosongkan breast susu akan terhasil lagi. Jadi milkbooster sebenarnya ialah hisapan bayi dan pumping. Again DEMAND AND SUPPLY

Jadi..bila kita rasa susu macam merudum please trouble shoot the problem first. Macam yang aku cerita berjela2 kat atas tu haaa...jangan terus cakap susu tak cukup maka kena beli formula milk. Takkkk..aku tak cakap pun yang formula milk tak bagus. Kita semua nak yangterbaik untuk anak. Jadi usahalah untuk atasi kemeruduman susu ibu dahulu. Lepas dah usaha sedaya mungkin dan bertawakal, kita kena redha lah kalau perjalanan breastfeeding kita sampai tahap tu je. Itu rezeki yang Allah dah tetapkan untuk anak kita kan.

YANG PENTING USAHA!

Selamat mencuba :))

Tuesday, May 08, 2012

TERKEJAR-KEJAR

Maka bermula episod terkejar-kejar dipagi hari dan dimalam hari seminggu ni sebab abang pegi Jelajah Malaysia. Alaaahhhh macam tak biasa haha..so macam biasa jugak bila abang takde ni aku akan masukkan terus semua beg sebelah malam. Kecuali handbag ngan coolerbag susu Qiqi la. Petang balik kerja terus cuci baju, sambil tu memasak, lepas solat maghrib makan, layan bebudak buat homework, tidurkan Qiqi dan lepas tu sediakan keperluan hari esoknya dan sidai baju pulak. Lepas tu solat isyak dan tidur lah. Ulang sampai abang balik.

Sebab biasanya aku buat bekalan utk abang ngan kakak ke sekolah mereka mcm pelik kalau takde bekal. Jadi sebab kan aku terkejar2 kan..minggu ni aksi menapau akan dilakukan. Biasanya aku bawa bekas kosong pastu singgah kat memana gerai dan tapau la apa2 bebudak nak. Isi je dlam bekas yang aku bawak tu. Simple. Kang dalam polisterin hancur plak, kuih dalam plastik kang penyek plak. Jadi baiklah bawa bekas sendiri disamping usaha green the earth. Kengkunun nampak la aku ni ibu mithali hahaha..ok tak kelakar. At least ada gak effort aku utk bekalkan anak makanan.


ON BREASTFEEDING AND PREGNANCY

Ok..biasa kan kalau kita pregnant dan masa tu kita tengah menyusukan anak, orang akan suruh kita berhenti menyusukan anak tu. Bila kita tanya orang tu akan kata tak elok. bila kita tanya apsal tak elok, dia tak boleh jawab (padahal orang tu tak pernah menyusukan anak pun..oh apakah!!)

Sebenarnya penyusuan masa mengandung boleh je dilakukan dengan syarat ibu sihat, mampu dari segi fizikal dan mental sebab ibu perlukan nutrient untuk support 3 orang iaitu ibu, abak dan kandungan.

Kegusarannya adalah kerana bila penyusuan, ada contraction pada rahim disebabkan pengeluaran hormon oksitosin. Ramai pada kita tak tau yang hormon oksitosin ini juga dirembeskan, malah lebih banyak!!! semasa kita 'bersama' suami dan kita pun tak stop 'bersama' suami semasa mengandung kan? Ye la..aktiviti gembira..hormon gembira tentu lebih banyak hahahaha...Jadi ini bermakna tak perlu ada kerisauan jika kita nak terus menyusukan anak walaupun semasa mengandung. Cuma ianya bergantung juga kepada keadaan ibu lah ya..ketahui tahap kesihatan dan kemampuan.

Semasa kandungan semakin membesar, kebanyakan ibu akan mengalami kekurangan susu. ini lumrah sebab badan sedang bersedia untuk anak dalam kandungan jadi hormon prolaktin yang menghasilkan susu dah tak jadi suara majoriti. Study juga menunjukkan kandungan susu ibu yang mengandung ada lebih sodium, jadi rasanya agak masin. Jadi mungkin anak akan wean of sendiri sedap susu dah tak sedap agaknya.

Pengalaman aku sendiri. Aku masih menyusukan anak2 sehingga kandungan mencecah 4-5 bulan. Lepas tu mereka sendiri tak nak. Walaubagaimanapun umur mereka masa tu dah dalam peringkat wean of pun sebab dah lebih 2 tahun. Aku tak offer tapi kalau mereka nak aku bagi je. takkan nak berhentikan cold turkey plak. Kesiannn...

So disini lah pentingnya pengurusan stok ebm. Dalm masa peralihan anak utk berhenti menyusu badan ni, stok ebm adalah sangat membantu. Aku selang selikan sbm dengan pediasure untuk biasakan mereka dengan rasa susu lain. Try fresh milk tapi bolayan..so dalam sebulan dua tu stok ebm adalah mencukupi untuk cater keperluan anak2. Ini pengalaman aku lah..

Jadi makngah adalah tutup operasi Breastaurant selama beberapa bulan je sebelum sambung operasi dengan pelanggan lain pulak. Tapi pelanggan lama tak nak sambung langganan...takpe dah lebih 2 tahun pun kan.

Ada juga ibu yang teruskan penyusuan dua anak selepas bersalin (tandem nursing). Kalau anak sebelum tu bawah 2 tahun sangat digalakkan walaupun nutrient susu ibu adalah untuk cater si adik. Tak jadi masalah. Susu ibu is always the best!

Tuesday, April 17, 2012

MASTER IN BREASTFEEDING

Ahad lepas qiqi dah 18 bulan. Alhamdulillah dia masih menyusu ibu sepenuhnya. Dan yeay! Dah dapat master dah. Lagi 6 bulan utk dapat phd. Semoga dipermudahkan baki perjalanan ini.
Gambar kat atas tu hasil tuaian ke 4 mlm tadi kat rnr gambang. Berhenti solat dan makan, balik dari meeting kat putrajaya. Total smlm ialah 21oz daripada 4 sesi pam.
7.30am - dlm xtrail, buat power pumping (4oz)
1.30pm - kat hq (7oz)
5.30pm - dlm xtrail (5oz)
8.30pm - rnr gambang (5oz)
Sejak 2 minggu lepas aku buat power pumping sekali setiap hari. Nak upkan production semaksima mungkin..sebab...sebab..sebab..
..
..
..
..
Aku cadang nak concieve ujung2 tahun ni, jadi nak pastikan qiqi ada bekalan ebm mencukupi andainya bila dah peknen dan dia taknak direct feeding dah. Masa peknen susu makin banyak sodium kan..so kalau la dia wean of..sekurang2nya dia boleh minum stok ebm sebulan dua..sblm kenalkan dengan freshmilk atau formula milk.
Haha..planning tak hengat! Tapi ye la...aku dah tua, next year dah 36thn. So kalau nk baby ni la masanya pun..kot2 terlekat awal hikhik..qiqi masih boleh consume ebm kann...
Oh...emak dah makin stabil. Sebab dia happy kot eh...jumpa anak2...harap makin stabil dan boleh discharge cepat..
Oh dan another story...aku renovate rumah hihihi...nambah hutang!
Sent from Yahoo! Mail on Android

Monday, March 26, 2012

SAWANG

Lama gila tak update blog. Kerja aku sangat memakan masa aku. Biasalah bila seorang wanita yang ada keluarga tu bekerja. Penat menang double atau triple lah.. Update pendek2 aci lah ye..

1. Kunjungan Makcik Oren sefamily

Seronok menerima kedatangan tetamu. Oren called kata dah sampai Tol Kuantan. Pi jemput dia dan lepak kat rumah je lah. Selamat datang ke teratak humble ai..

Aku naik atas kejap untuk mandi, sekali aku tengok Arief, Muhammad ngan Naufal tengah solat maghrib berjemaah. Terharu beb!

Masak dinner yang sangat marhaen..sup ayam, sayur tumis ngan ayam goreng je. Sayur fresh dari Cameron Highland hihi. Bebudak main kat hall. Cepat sungguh derang serasi. Kesian aku tengok muka ore yang kepenatan. After dinner aku layan la bebudak tu semua main PS2, tengok kartun sambil aku buat chocolate muffin ngan kek. Dekat2 pukul 12 malam aku hambat semua sekali tidur..Garang makngah haha..

Pagi Sarapan mi bodoh je..patutnya aku ikut sekali ke Kemaman tapi sebab abang dapat jemputan kat Rompin, maka terpaksa lah aku ikut encik suami kan. Bekalkan sikit untuk makan kat perjalanan. Lepas salam2 bagai..makcik Oren pun bertolak..aku pun siap2 lah nak ke kenduri.

Oren ajak bergambar tapi keadaan aku sangatlah sheksi haha..

2. Hilang / kena culik / ikut boipren

Ok ini tak best. kebelakangan ni timbul balik kes budak ilang, kena culik dsb. Dan yang paling bangang rupanya ikut boipren. kamon laaaa umur baru 15 tahun, tetek pun tak abis tumbuh lagi boleh la ada boipren dan ikut jantan tu pulak. Yang jantan tu umur 26 la..30an la..apa ke bodoh ye? Ni kalau adik aku ni memang parah aku kerjakan..seriously! Mak ayah nangis2, risau keselamatan dia, sampai masuk berita bagai. Nyusahkan hampir semua orang. Tetiba sbb tekanan? Ke sebab gatal tak pernah kenal jantan? Haih!

Dan aku turut rasa sedih bila baca akhirnya rangka hangus tu ialah Di*rang. Ya Allah apalah budak sekecil tu tau..apalah salah budak sekecil tu. Dia sebaya Adneen ok! Cuma aku tak berapa nak faham kenapa mudah sangat lepaskan anak keluar rumah seorang diri? Mereka terlalu muda. Ambil la iktibar dari banyak kes yang dah berlaku ni. Jangan lah mudah sangat lepaskan anak walaupun kat area yang kita biasa sebab bahaya tak kenal tempat. Biarlah anak menangis jangan kita yang menangis sebab kehilangan anak. Ya memang ajal dan maut tu ketentuan Allah tapi kita sebagai manusia perlu sedaya boleh mengelakkan perkara2 yang boleh dielak. Sentiasa lah beringat. Selalu ingat kunci grill, kunci gate. Aku ni pun terasa gak mcm mengongkong anak, hatta nak naik beskal kat kawasan taman pun aku temankan. dah nak buat camne..kalau anak aku ilang, orang cuma boleh simpati je..

Selalu gak aku tengok kat padang permainan, mak bapak sibuk baca paper/main tablet dan lepaskan je anak2 main. Banda ni kalau nak berlaku sekelip mata je..

Aku ingat dulu masa Adneen kecik, aku guna gadget ni..apatah nama aku tak ingat..ikat tangan dia dengan tangan aku. Wahhh aku dituduh jaga anak mcm jaga anjing. Takpe la..tuduh la sesuka hati, sekurang2 nya aku berusaha untuk elak anak hilang kat tengah2 orang ramai. Aku pastikan aku letak namecard aku dalam poket seluar Arief. Kot2 la terpisah ke kan..dan sekarang ni dia ada handphone ofcourse dengan limited time usage.

Moh la kita beringat..nak dapat anak bukan senang wei!! Dah dapat tu sila la jaga elok2. Suami ilang boleh kawen lain. Anak ilang mana nak cekau? Kot dapat anak lain pun takkan sama.

3. Sharing moments - Breastfeeding

Ok yang ni cerita happy. Aku dapat jemputan oleh DBKL untuk share kisah aku menyusukan anak. Spesifik menjurus pada cara aku meneruskan breastfeeding dengan kerja aku yang camni. It will be on the 29th ni kat Perpustakaan Kuala Lumpur. Sharing is caring kan.

Pegangan aku mudah..

"JANGAN JADIKAN BREASTFEEDING ALASAN UNTUK TIDAK MENJALANKAN TUGAS YANG DIBERIKAN DAN JANGAN JADIKAN KERJA SEBAGAI ALASAN UNTUK TIDAK BREASTFEEDING"

Aku harap sangat perkongsian ilmu yang sedikit ni akan membawa perubahan pada minda yang bakal mendengar. Oh...khalayak adalah ibu2 muda dan expecting mothers. Kalau ilmu yang aku bakal sampaikan ni diamalkan oleh 1/3 dari mereka pun insyaAllah aku dapat juga pahala selagi ia diamalkan..

Ni kena asah balik skill pensyarah ni...

Thursday, January 12, 2012

SEGAR

Tengah buat paper cadangan pembaikan projek dan tetiba otak tepu..jadi mari kita layan blog. Otak orang dah berumur mmg cepat tepu haha

2 hari ni hujan je manjang, sedap sungguh dok bawah selimut tebal sambil dipeluk dan memeluk. Malas nak bangun pegi kerja hokay..nak mandi pon malas. Tapi boleh ke nak bermalas malasan?

Anyway..bila musim hujan camni, harga ikan adalah melambung. Ikan kembung RM16 sekilo. Boleh dapat ayam sekor setengah. Tapi sebab tekak abang kan tekak Pantai Timur, maka beli la jugak. Masak singgang, masak lemak, buat sambal ikan dengan mangga muda, goreng bla bla bla..Puas hati tau walaupun mahal sebab ikan kat sini fresh. Beli kat Pasar Ikan Beserah. Ikan2 kat situ memang baru didaratkan.

Last week beli ikan kembung sekilo, selar besar tu sekilo, kerisi 6 ekor, ikan barat (sebut loghat kelantan sket) dan habis RM60. Balik rumah aku masak singgang ikan kembung, goreng ikan kerisi ( jgn buang sisik,belah belakang, rendam air garam) pastu buat sambal ikan ngan mangga muda tu. Abang tambah 2 kali! Untung dapat aku jadi bini kan..pandai masak! *sila muntah hijau*
Tengok punya segar ikan, mata jernih, badan kilat.
Biasanya sampai je rumah terus aku siang semua, bahagikan ikut portion sekali masak dan frozen kan. yang mana cadang nak goreng tu terus aku lumur garam kunyit. Nanti nak goreng defrost dalam microwave, campak dalam kuali. Jimat masa kan..dan rasanya masih sangat ok.

Tu yang kalau aku balik Klang tu aku jarang nak membeli ikan..bukan la sombong tapi tekak tak berapa nak lalu derr..

SUSU OH SUSU

Ni cerita Riefqi plak lah...kat taska sekarang ni cuma minum 2 botol je tapi dah up ke 4oz. Cikgu kata bagi 3oz dia mcm tak cukup tapi nak panaskan 2 botol terus dia tak habis. So cikgu ambil dari botol yang lain topup.. kesian pulak kat sikgu..jadi aku buat la 2 botol 4oz bawak bekal. Kalau tak cukup nanti dia telefon lah. Agaknya dah besar, dah banyak makan, dah banyak main. Pastu dak riefqi ni asal masuk kereta menyusu, asal menyusu masuk kereta.

Cikgu cakap dia tidur sampai pukul 10 camtu, bangun minum sebotol, pastu main, makan tghri pastu tidur. Bangun tidur lagi sebotol dan makan lagik. Petang aku amik dah. Selalunya ada cikgu panaskan susu sblh petang tapi asyik tak habis sebab dah nampak aku. Jadi baik tak payah membazir. Umur 1 tahun lebih ni susu cuma sebagai pelengkap je, jadi aku tak risau orang kata minum sikit sangat ke hapa. Sebab balik je memang selang sejam la menyusu. Selalunya aku yang offer sebab rasa nenen dah penuh. Berat dowh bawak haha..malam2 pun dalam 3 kali dia bangun menyusu.

Jadi hasil tuaian kat opis adalah surplus, masuk freezer buat stok lah. Sekarang ni 3 kali perah aku boleh dpat purata 20oz. Memang banyak berlebih kan, tapi takpe. Dah banyak kali jadi stok ini la penyelamat waktu2 kritikal mcm masa period. Sebab aku ni kalau period susu adalah merudum sket. Oh..aku dah period buat pertama kalinya pada bulan lepas. Maknanya kena la berhati2 semasa aktiviti..eh..

Oh dia lebih suka chilled EBM banding gan frozen, jadi aku memang bekalkan yang chilled saja.

MAKANAN ANAK

Aku dah tak masak bubur untuk Riefqi sebab gigi geraham dia dah ada 4 batang dan dia pun ingat diri sendiri dah big boy..nak makan family food. Maka dia sekarang makan nasi (nasib la satu family makan nasi lembut sket), aku cuma masak sup dia je. Biasanya aku buat sup sayur (kentang/karot/kobis bunga/brocoli etc) yang aku potong bite size, yang dia boleh pegang dan suap sendiri. Campur jugak ngan isi ikan / isi ayam / tofu telur etc) untuk aku suapkan. Jadi budak ni biasanya akan pegang sayur2 tu suap sendiri sambil aku suap nasi ngan kuahnya. Tau la budak besar ni kan cerdik nak suap sendiri. So the trick works.

Kengkadang aku bagi pasta ngan sup. Kengkadang angin rajin mariiiii aku buat la macaroni n cheese ke, spegeti ke, atau homemade chicken fingers ke, begedil ke...cuma begedil adalah dibakar.

As for kudapan plak, dia makan buah, roti, biskut dan favourite budak ni ialah tamar. Anak2 aku suka tamar. Jangan tak percaya, sebulan adalah 2 kilo!

Ada je yang cakap ala bakpe la susah2 masak bagi untuk baby ngan budak kecik ni, bagi je nestum / makanan kita tu kan senang. Ye memang susah sikit tapi aku kan mak dia. Dah tanggungjawab aku la buat semua ni kan. Bukan tak boleh bagi nestum masa dia baby tapi aku nak anak aku makan natural food, yang aku sediakan sendiri. Dah besar camni aku masih masakkan lauk lain sebab aku tak letak garam dalam makanan dia. Aku cuma letak bilis kisar. dan sup tu aku guna stok ayam/bilis yang aku sediakan sendiri. Kesian kat dia..buah pinggang belum mampu nak proses semua tu.

Terpulang la pada masing2. Nak bagi apa pun kat anak. Cuma boleh tak hormat pilihan aku sebagaimana aku tak pernah persoal pilihan orang lain dalam membesarkan anak.

Anak2 yang besar tu bawa bekal ke sekolah / tadika. As simple as sandwich / sosej roll / muffin / nugget..kalau rajin sket nasi goreng. Biasanya malas hahaha..Biasanya aku sediakan as requested a night before lah.

Bila tengok anak seronok makan, membesar dengan sihat hasil susu ibu dan masakan ibu..rasa puas sangat. Korang tak seronok ke tengok baby camni? Aku mesti la seronok dah anak aku! kaannnnn

Wednesday, December 21, 2011

KERJA OH KERJA, TUNANG DAN SUSU

Makin lama makin jarang pulak aku update ya. Hidup rutin sangat la huhu..Hari ni ada la masa senggang sikit lepas siapkan laporan bulanan Prestasi Fizikal dan Kewangan projek2 Kementerian.

Kelmarin aku bertolak ke Lipis lepas office hour ngan Juruteknik aku. Sebab dah gelap dan hujan agak lebat, jadi aku decide ke Lipis ikut Hulu Dong / Benta instead biasanya ikut batu Malim / Tersang. Sebab jalan ikut Hulu Dong ni besar. tak la seram sangat haha.. Sampai Lipis, Boss aku dah siap bookingkan bilik dan tengah tunggu kat restoran, siap orderkan makan lagik. gila best Boss aku kan!

Semalam lepas sesi taklimat, kami pegi melawat few projects. Singgah kat Kg, Sempadan, Kg Sungai Berjuang, Kg Peruang kat Benta Lipis. Lunch kat Jerantut. Pastu terus ke Mentakab tengok Projek Tadika. Baru balik Kuantan. Sampai rumah dah lepas maghrib. Gila penat nak mampos! Boleh ke aku komplen? senyum je la..

Hari ni pukul 8 dah terpacak kat opis. Siapakan laporan. Esok ada meeting sebelah pagi kat Temerloh pastu aku nak pegi tengok projek bina rumah kat Kg. Bangau Parit ngan Projek Bekalan Air kat Kg Rumpun Makmur.

Lusa meeting kat Rompin pastu nak tengok projek Gerai baru take off kat Janglau ngan Sepayang. Lepas tuuuuuuuuuu baru boleh bercuti dengan senang hati.

Oho..11 Disember lepas, adik ipar aku bertunang dengan adik kepada biras aku..pening tak? Kira Abang kawen ngan kakak, adik kawen ngan adik la ni. Jodoh kan. Semoga selamat ke jinjang pelamin lah insyaAllah. Tempoh 8 bulan je, hantaran RM10K serba satu.



Lepas sarung cincin tunang. Senyum lebar mak mertua aku nak dapat menantu baru. Ni memantu perempuan kedua selepas aku nih.
Susu aku agak berkurangan la lately. Aku rasa sebab aku penat sangat. Bila penat otak pun penat, bila otak penat susu pun malu-malu nak keluar. Few days ni aku pam at deficit la. Cikgu pulak cakap Riefqi minum susu banyak. Dah 2 minggu ni aku tambah stok ke Taska. 4 botol. Tapi aku tak risau sangat. Masa ni la bersyukur sebab ada stok beku dalam freezer. Jadi susu untuk Riefqi masih cukup. Dah 1 tahun 2 bulan. Aku ada 10 bulan je lagi untuk accomplish misi penyusuan ni. Doakan perjalanan aku dipermudahkan.



Ni tuan punya susu, sebok nak tolong ibu punggah EBM. Habis dikecahkannya ais tu penuh sedapur. Pastu gelak2 sebab tangan sejuk haha. Ayah la tukang mop dapur lepas tu.


Ini la rutin aku setiap kali balik dari outstation, pindahkan EBM dari botol le storage bag. Sebab pegi 3 hari je aku tak bekukan EBM. Walaupun plastik tu boleh isi sampai 12oz tapi aku cuma isi 3oz je. Ngam2 sekali feeding. Senang nak cairkan.

Ok nak pam susu plak..

Friday, December 16, 2011

KEMBANG DAISY

Masih cerita bunga yang tak la berapa nak banyak. Tetap happy sebab dah nampak hasilnya. Harus lepas ni aku cari lagi anak benih.

Masa awal-awal kembang, warna mcm tak berapa nak cantik, Aku ingat camtu je la warna dia.

Ni dah kembang sepenuhnya kot. Warna bunga tu makin pekat, cantik la pulak kan.

Orang lain sekebun tanam bunga ye tak..aku ni sepasu dua pun heboh hahaha..takpe, heh sepasu ke seratus pasu ke effortnya sama tau.

Ok cerita pasal aku la plak ye. Minggu lepas tu kan aku henyak buat siasatan untuk bantuan rumah ke 3 daerah sekali gus. Malam baru sampai rumah. Sempat la aku ngambik gambar gedik2 kat jambatan gantung kat Kg Aur Gading, Lipis..ferrrr seram je terbuai2. Oh dan sempat juga singgah Bentong pekena durian. Nyaman sehhh...

Mrasaaa durian D24 RM8.00 sekilo. Mkn ngan driver aku nih..last2 makan 3 ulas je. Isi tebal.
Pastu 3 hari aku berkampung kat Persidangan DUN Pahang. Isnin sampai Rabu kursus kat PD. Semalam meeting dan hari ni pulun kerja kat opis la..tinggal dekat 2 minggu koooooo...pening kejap aku nak sorting dan delegate kerja kat staff.

Tapi mampu gak update blog ye? Kelassssss..

Oh. Masa kat PD aritu aku sebilik ngan staff aku. Saja ajak sebab aku tak suka duduk sorang-sorang. Dia pun nyusukan anak juga. Jadi sesi mengepam secara berjemaah la. Abang cakap aku imam kahkahkah..Her first experience la transport EBM segala. Aku kan boss yang baik. Aku la tukang susun susu dia dalam bekas, letak ais dan seal terus. Baru uruskan EBM aku pulak. Takpe..bagi sokongan pada ibu yang tengah bersemangat. Bawak bekas yang kita biasa isi nasi panas tu je pun. Apa salahnya, boleh juga janji boleh kekalkan susu sejuk.

Sepanjang kat sana aku memang tak berapa sihat. Jadi aku rasa susu aku agak merudum. Cuma sangat bersyukur tetap cukup untuk keperluan Riefqi. Kiranya takde la surplus stok. Cukup-cukup ganti stok yang dia guna kat Taska tu je.

Sejak semalam aku lepak ngan anak-anak je. Abang pegi KL, ada kejohanan Basikal Trek Piala Asia kat Velodrom Cheras. Aku plak masih tak berapa sihat. Mujur ada Arief tolong aku tengok-tengokkan adik-adik dia.

So hujung minggu ni akan dipenuhi dengan aktiviti berkisar kain baju. Yang nak dibasuh, disidai, dilipat, disimpan, digosok. Tengok yang belum berlipat pun aku rasa nak nanges huhuhu...ada gak aku hello adik ipar aku pinjam bibik kang haaa..

Minggu depan hadoiii..Isnin petang bertolak ke Lipis sebab Selasa ada taklimat. Rabu nak ke Pekan dan Jumaat ke Rompin sebelum whooshh ke JB, bercuti2 Malaysia. Kot sempat nak seberang ke Singapura. Kot sempat la..Cuti Krismas ni takut manusia mcm ulat plak. Serabut aku.

So guys happy weekend ya..


Thursday, December 01, 2011

POWER PUMPING DAN MASAK

Lagi update pasal breastfeeding, pun sebab ada yang bertanya, pun dijawab berdasarkan pengalaman.

Power pumping ni sebenarnya satu method pengepaman untuk boost up milk supply. Boleh dicuba untuk ibu-ibu yang rasa susu merudum atau yang nak relaktasi (part ni cerita kemudian hari lah). Setakat ni aku tak buat sangat power pumping sebab production susu adalah ok. Tak la mencurah2 macam ibu lain. Just ok untuk keperluan Riefqi.

Ye la kengkadang kita ni terikat dengan jadual kerja yang ntah hapa-hapa sampai jadual pam pun lari. Bila jadual lari maka otak akan dapat signal lain lah. Like "oooo baby tak nak susu so tak perlu produce" Jadi disinilah pentingnya PP nih bila kita nak naikkan jumlah susu untuk keperluan bayi.

Ada juga ibu2 yang rajin yang buat PP sekali sehari, setiap hari untuk menten milk supply. Aku malas haha..Aku buat PP bila pergi kursus atau outstation sebab boleh buat 2 kali sehari. Tanpa gangguan lah kiranya.

Agak berbeza dengan pumping biasa yang ambil masa 20-25 minit beberapa kali sehari tu. Secara mudah PP ni ialah pam selama 1 jam iaitu pam 10 minit dan rehat 10 minit, ulang proses sampai 1 jam.

Guna double pump
pam serentak kedua2 breast (of course lah haha) selama 10 minit, pastu rehat 10 minit, dan sambung lagi sampai cukup 1 jam

Guna single pump
Pam sebelah 10 minit dan alih ke sebelah pun 10 minit, ganti2 breast sampai cukup 1 jam. Aku boleh bayang letihnya..

Ok. jangan terkejut bila buat PP ni kita macam pam angin je. Maknanya susu sikit sangat atau tak keluar pun. Takpe..PP ni kan satu cara kita hantar isyarat pada otak untuk suruh hormon hasilkan lebih banyak susu.

Buat sekali dua memang tak nampak hasilnya. Kena buat secara teratur at least sehari sekali selama seminggu atau lebih untuk dapat hasil yang dikehendaki.

Tapi ibu juga kena cukup makan dan minum lah ya..Takde raw material camne nak ada end product betul tak?

Ok dah selesai bab ilmiah..

Bila duduk dirumah pada hujung minggu makanya gatal je la tangan ni nak memasak. Sementelah barang pun ada dan aku ni kalau boleh nak la buat lauk yang berbeza utk makan tengahari dan makan malam kan. Ingat tak aku balik raya haji dulu. Ya Allah tulang lembu masih ada dalam freezer ok! Jadi aku pun rebus buat sup! Abang kata lebih sedap dari yang kat kedai biasa dia makan tu. wah berbunga hati bila dipuji kahhhhh..
Untuk sup ni aku guna resepi ala2 soto sikit. Tambah serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar, sos tiram sikit dan guna batang seleri / daun ketumbar utk naikkan rasa. Memang terangkat! tambah pulak penyek lada dan perah limau.

Pastu petang sikit aku menggodeh muffin pandan, sementelah ada orang tempah kan, aku buat la adunan lebih sikit utk kudap petang2. Pastu goreng kentang cicah mayonnaise. Woii bila nak kurus camni kan? Takpe la..kang aku kurus takde plak orang tu bahan nak kutuk aku..

Muffin pandan ni aku buat guna santan dalam kotak tu. lebih sedap dan aroma lebih best berbanding guna susu. Atas rekues, aku letak almond slice atas tu, kengkadang aku  letak gak choc chips..ikut permintaan la. jgn mintak hias dgn daun pandan sudah haha..

Thursday, November 24, 2011

BREASTMILK HANDLING MASA OUTSTATION

Oh bisaa..tajuk omputih uolss haha..

Ok ada ibu dan bakal ibu yang bertanya, camne ye nak handle breastmilk masa travelling / kursus / outstation. Ok la adik2..meh makngah tolong jawabkan ye..mcm biasa ini yang makngah amalkan lah. Lain ibu mungkin lain pulak cara dia kan.

Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira masa nak buat persediaan bila kita outstation.

1. Tempoh dan jarak dari rumah.

Mula-mula kena tahu yang EBM boleh tahan tanpa dibekukan selama 3 hari dalam fridge biasa. Bukan chiller. Jadi kalau tempoh keseluruhan outstation adalah 3 hari (dari pergi sampai jejak kaki ke rumah) tak perlu la bekukan EBM tu. Dan better simpan dalam botol, kalau dalam storage bag nanti pecah pulak masa nak travel balik rumah kan.

Kalau tempoh adalah melebihi 3 hari ada dua pilihan untuk mommies. Kalau ada chiller kat tempat outstation tu maka masih tak perlu bekukan. Tapi tak boleh lebih 5 hari lah ye. Dan kalau nak bekukan juga, boleh la bekukan sebahagian EBM, iaitu hasil perahan pada 3 hari terawal. jadi baby masih boleh dapat fresh milk dengan hasil perahan hari akhir tu kan. Jadi boleh la bawa sekali storage bag untuk bekukan EBM. Jimat ruang dlm coolerbox masa nak travel balik nanti.

Buat estimation untuk masa perjalanan balik. Ini penting untuk tentukan besar mana coolerbox dan banyak mana ais kita nak guna. Ini bergantung la pada banyak mana hasil perahan kan. Makngah guna 3 jenis coolerbox ikut tempoh dan jarak. Coleman wheeled, coleman kecil dan coleman coolerbag (hand luggage). Kalau masih tak cukup beli je kotak polisterin yang 6 ringgit tu.

2. Recce tempat outstation

Kalau tempat nak pergi tu ada kemudahan peti sejuk sangat la bagus. Kalau takde peti sejuk kat bilik nak buat camne? Jangan panik. Buat survey kat keliling kawasan tu. Mula2 kitchen hotel. Boleh je tumpang. Setakat ni takde masalah. Cuma kena masuk sendiri dalam kitchen tu dan letak sendiri EBM. Kalau boleh letak dalam bekas lain dulu. beli la tipuware utk elak bau lain masuk dlm susu kan.

Kalau la tetiba tak boleh. Tak perlu risau jugak. Pengalaman makngah yang selalu outstation ni..boleh je melilau2 kat area berdekatan. Restoran, kedai runcit, pasaraya hatta rumah orang pun mesti ada peti sejuk kan. Boleh la minta tumpang. Buat muka kesian sikit, sure akan ditolong. Makngah pernah je tumpang kat peti aiskrim kedai runcit. Cuma kena pastikan tulis la kat botol or storage bag tu "susu ibu / breastmilk/ moms milk"  etc..janji orang paham dan takkan usik.

Incase of tak dapat jugak nak tumpang..kena la beli ais dan simpan dalam coolerbox je. 24 jam masih tahan lagi sejuknya..provided mommies kena rajin la tukar ais ok. Tapi jarang2 lah tak boleh tumpang kat mana2 kan.

3. Naik pengangkutan awam

Pun takde masalah. itu la pentingnya pemilihan coolerbox. Beli la yang beroda. Senang nak mengangkut kan. Lets say naik bas. Takde masalah untuk kita bawak naik atas. Cakap je ngan driver elok2.

Kalau naik flight. Domestic flight takde masalah ngan EBM Cuma declare dan letak label FRAGILE. Kalau nak balut ngan bubble wrap pun boleh, nak balut guna clingwrap pun boleh. Makngah biasa tulis besar2 "BREASTMILK - PLEASE HANDLE WITH CARE"

4. Keperluan botol, icepack dan storage bag

Adalah bergantung pada hasil perahan harian yang biasa tambah dengan jumlah anggaran perahan waktu malam sampai pagi. Ye..malam sampai pagi. Kena juga bangun tengah malam dan pam okay mommies..sebab anak kita kan menyusu waktu malam. Makngah akan bangun setiap 2 jam sekali untuk pam. Macam zombie dah haha..so agak2 la berapa ya. kalau tak cukup boleh je guna storage lain kan. makngah pernah guna botol mineral pun. Balik nanti transfer lah. Dan kalau guna storage bags tu, bekukan flat ok. supaya tak makan space coolerbox.

Icepack pun optional sebenarnya. makngah gunasepenuhnya  dalam coolerbag yang handluggage dan guna campur ngan ais dalam coolerbox. Untuk menten susu sejuk lebih lama.

5. Masa nak travel balik

Susun selang seli, tindih menindih antara ais, icepack dan EBM. Biar sekata sejuknya. Tabur garam dam tutup ngan tuala. Again untuk kekalkan suhu sejuk.

6. Camne kalau travel berhari-hari tapi tak stay 1 tempat?

Sangat tricky kan..rule tetap sama..tengok berapa hari keseluruhan. kalau tak perlu bekukan susu maka kena la buat kerja packing and repacking EBM tu dari coolerbox ke fridge ke coolerbox semula. Kalau perlu bekukan..maka bekukan lah. Travelling sekejap mungkin akan cairkan sikit yang beku tu tapi takpe. Bukan cair semua jadi boleh bekukan semula.

Worst senario..ni makngah pun pernah ni. Susu hari 1 sampai 3 tu makngah bekukan pada hari ke 3 di tempah singgah tu. Tumpang bekukan kat rumah one of the staff tempatan. Dan sambung ke tempat2 lain lagi selama 2 hari (tak perlu bekukan lah) lepas 2 hari tu, singgah semula kat rumah staff dan ambil yang beku tu bawa balik. Banyak kerja, penat tapi do I have any other choice? nope!

Ni je yang teringat buat masa ni..kang tambah lagi la..

Ni stok beku masa kursus kat PD.Yang besar tarikh 4hb tu bekukan kat kitchen hotel. Isi 9oz. Yang 5hb masa bawa balik baru bekukan 3oz je satu plastik. Yang lain dah selamat masuk perut Riefqi haha

Tuesday, October 18, 2011

HAPPY BIRTHDAY RIEFQI DAN DEGREE IN BF

Sabtu lepas Riefqi dah pun berusia setahun. How time flies! Dan ibu pun dah dapat degree in breastfeeding *pat on my back* Alhamdulillah, Allah perkenankan doa ibu untuk terus beri Riefqi susu ibu. Ibu doa Allah permudahkan perjalanan lagi setahun ni.

Jom recap kelahiran bambam ni. 14 Oktober 2010, birthday aku..dah overdue 4 hari, dan kena serah diri kan. So pegi la serah diri. Doktor cek jalan dah 3 cm dah..walaupun tak sakit apa paun. Alhamdulillah. So doktor buat servix massage dan masuk wad. Lepak je la..contraction pun takde. Sampai la malam. Aku suruh abang balik je.

Pukul 12.30 pagi ada contraction. Ada darah jugak. Aku rilek lagi..timing selang 10 minit, dalam pukul 1.30 pagi dah selang 5 minit, panggil nurse. cek jalan dah 6cm. Air ketuban still intact. Masuk Labour room. Tukar baju, lepak atas katil ngan mesin ctg tu..****cerita biasa dalam labour room, sakit ilang sakit, sakit ilang sakit**** 2.30 pagi doktor pecahkan air ketuban, dan sekali push baby seberat 3.6kg pun tengok dunia.

Doktor bersihkan sikit dan terus letak atas dada untuk bonding dan breastfeeding. Subhanallah..terus baby cari susu. Sambil doktor setel down south tu la..kali ni takde epesiotomy, cuma a small tear saja. Datang doktor lelaki dan azankan baby. Minum milo stgh gelas. Dah setel semua. Pukul 4 pagi, aku dah ada dalam wad semula. Naik kerusi roda je..Kuat gila aku ye kahkahkah..dulu masa Arief ngan Adneen naik katil sorong tu.

Aku baring kejap sambung breastfeed, call abang. Ofcourse dia terkejut aku bagitau aku dah bersalin. Watu abang sampai Aku tengah tidur dengan baby. A kiss from husband..Akak katil depan aku pun terkejut gak sebab mlm tadi aku masih pregnant..pagi dia bangun aku dah kempis. Sebab tak dengar aku sakit katanya..Dah takkan aku nak menjerit kan..Arief pun datang gak..dia belek2 adik dia.."terima kasih ibu bagi abang bb boy" oh syahdu..

Lepas zuhur aku balik dah. Itu la cerita kelahiran Muhammad Nadzhan Riefqi yang simple..

Ibu bangga dipilih untuk jadi ibu pada adik, Ibu doa agar adik membesar dengan baik, menjadi anak yang soleh, yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu di alam kubur nanti. Aminnnn..

Aku buat la sikit birthday party untuk Riefqi Sabtu lepas. Gigih aku bake Red Velvet Cake tau..Panggil adk beradik abang je pun. Haaaa aku pun dapat hadiah birthday tau..

2 Layers Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting
Happy Birhday to you Riefqi!!

Ibu pun dapat hadiah kain pasang ngan tudung dari adik2 ipar.

Thursday, September 22, 2011

KEPERLUAN BREASTFEEDING - EDISI COOLER BAG DAN BOX

Ok..kita cerita lagi pasal keperluan untuk penyusuan ibu, terutamanya keperluan bagi ibu-ibu yang bekerjaya. kali ni aku nak cerita spesifik pasal cooler bag. berapa banyak kita perlu, apa nak isi dan sebagainya.

Basically kita perlukan 2 cooler bag/ box. 1 untuk bawa ke pejabat dan 1 lagi untuk hantar susu ke pengasuh atau taska.

Sepanjang arena penyusuan aku, ada beberapa cooler bag / box yang aku guna untuk transport EBM. Semuanya ada fungsi sendiri. Setakat ni aku pernah pakai jenama MLO, MEDELA dan COLEMAN.

Yang 2 ni adalah MLO. Yang kiri tu saiz besar dan yang kanan tu saiz kecil. Camne aku gunakan?

Saiz Besar
  • Bawa ke pejabat
  • Muat sekali dengan pam. Masa ni aku guna pam MODU
  • Guna Icepack MLO dan bawa botol secukupnya lah
  • Tahan hampir 12 jam. bergantung pada berapa banyak letak icepack. Aku letak 3 je.

Saiz Kecil
  • Untuk bawa susu ke taska
  • Actually muat 6 botol
  • Guna 2 icepack MLO
  • Tahan dalam 8 jam sebab icepack cuma 2 kan. Ok lah sesuai dgn masa anak kat Taska pun
Aku kan pakai pam MEDELA FREE STYLE. yang didatangkan lengkap dengan coolerbag, botol dan chiller. Tapi personally aku tak suka sangat sebab tak tahan lama chiller tu. hala ke petang dah kurang sejuk. kalau jenis punch in pukul 8, punch out pukul 5 tepat takpe kot..aku pakai sekejap je dan aku revert back guna MLO yang besar mcm gambar atas tu.

Untuk keperluan travel pulak aku ada 2 coolerbox Coleman. Yang paling kecil dan yang sederhana (ada roda). yang kecil tu aku gunakan kalau pegi site tapi balik lewat malam. Dan yang beroda tu aku guna kalau outstation few days lah..

Ok. Ini coleman box yang beroda tu. Dengan keperluan asas untuk travel. Aku tambah ais jugak tapi tak la curah dalam tu..aku masukkan ais dalam plastik dan susun selang seli ngan susu.

Few days back masa pegi kedai pancing kawankan abang, ada sale coolerbox cap coleman. Cantik, 2 tingkat dan sangat murah) jadi abang belikan. Lagipun aku nak compare tahap sejuk tu berapa lama. dari pemerhatian guna 2 hari ni
  1. Kemas dan bentuk cantik
  2. Sejuk tahan lebih 12 jam dengan guna 3 icepack saja. Pukul 9 malam sampai rumah semalam, icepack masih ada yang beku (tak sepenuhnya cair, aku isi pukul 6.30 pagi)
  3. Harga tak tau tapi abang beli RM30.


Ni rupanya bila dah tertutup kemas. dat tingkat bawah tu ada lining PVC boleh keluarkan untuk bersihkan.

Tingkat atas, muat2 letak bateri dan aksesori Medela FS

Tingkat bawah, boleh letak maksimum 8 botol. Aku letak 4 dan 3 icepack.

Ni la rupa keseluruhan beg.
Jadi sekarang ni aku guna balik handbag aku yang cantik2 *motif bagitau?* dan aku guna coolerbag ni untuk kat pejabat dan outstesen juga sebab tetap memten sejuk walaupun lebih 12 jam dah.

Since aku tak pernah guna jenama lain maka adala keterbatasan untuk aku bagi review ya. Aku teringin nak beli Fridge on the go tu. Yang tak perlu pakai icepack tu hihi..

Thursday, August 18, 2011

EKSIDEN & START PROGRAM ANAK ANGKAT

Lama aku tak memblog. Cerita banyak. Masa je tak mengizinkan. Kerja banyak derr.

Ahad lepas aku berbuka kat Restoran. Tengah nak menyuap adik ipar call. Ayah mertua ngan sorang lagi adik ipar, Yah,  eksiden kat Jabor dalam perjalanan balik Kelantan. Ayah patah bahu, adik plak patah tangan ngan concussion.  Pastu luka2 dan lebam2 lah.

Kisahnya nak mengelak diri langgar kereta depan yang brek tetiba, jadi ayah elak ke kiri, tau la bila brek mengejut atas crusher run, jadi ayah terbabas ke kiri dan menjunam ke gaung. Kereta total lost. Mujur ayah bawak Rexton. Kalau tak aku tak tau la camne nasib dia ngan Yah.

Lepas buka lebih kurang, aku pegi umah kat Tanah Putih sementara abang pegi hospital since Yah pun dah naik ambulan. Malam tu juga buat CT Scan. Alhamdulillah takde brain injury cuma blood clot dan bengkak. Esoknya tu aku pegi tengok kat spital. Aduhai sedih sungguh la, doktor terpaksa sedate dan ikat dia sebab bila sedar je dia meraung, meracau pastu cabut habis wayar2.

Setakat hari ni stabil dah. Ayah pun ok. Cuma sebab dia pun dah tua mesti kadar penyembuhan dia slow sikit ye tak. Aku doa sangat2 semoga dia ngan Yah cepat sembuh. Moga takde side effect ke apa. Ye la..aku ni dulu tak rapat ngan ayah sendiri. Bila dapat ayah ngan mak mertua yang best, yang layan aku lebih dari anak sendiri mesti la aku cherish all the moment kan.. Tolong doakan juga ye..

Cerita lain, Riefqi dah 10 bulan. Alhamdulillah. Lagi 2 bulan aku dapat la degree in brastfeeding ye. Aku doa semoga perjalanan BF aku ngan Riefqi dipermudahkan. Dalam bulan puasa ni ada drop sikit production. Perkara biasa lah tu. Masa2 ni la stok EBM sangat-sangat main peranan. Setakat ni masih tak luak sangat la sebab sebelum ni pun production melebihi keperluan harian alhamdulillah.

Sehari dua ni dia demam. Complete package ngan batuk dan selsema. Perut pun nampak kembung . Ada la nak aquire new skills ye..dan 2 malam jugak la tidur aku tak tentu hala. Macam zombie rasanya. Ragam budak2 nak membesar yek..

Semalam berbuka puasa dengan gulai kawah (walaupun aku masak guna kuali haha), daging goreng, telur masak kicap untuk hero ngan heroin, ikan sebarau goreng. Pastu aku buat lepat pisang ngan cengkodok pisang. Sendat! Hari ni berbuka kat Restoran Santai, Tanjung Lumpur. Anjuran opis.

Berkaitan Program Memberi dan Kemudian Lupakan mcm entry aku yang lepas tu, sebenarnya aku tak la buat dia dalam skala besar. Aku seronok sebab ramai yang tanya aku camne nak mula, camna nak join, camne nak start. Alhamdulillah..moga ramai lagi anak2 yang kita boleh tolong ubah nasibnya ye..

Actually program ni aku tak la buat secara beramai2 dan korang boleh buat sendiri pun sebenarnya. Sebab kalau boleh biar lah kita buat diam2 je..InsyaAllah..

Ok.. camne nak buat. Memula pilih la mana-mana sekolah yang dirasakan sesuai. Mcm aku, aku pergi sekolah lama aku. jadi senang nak berbasa basi dengan Guru Besar. Bekas pelajar datang kan hiks..

Lepas tu straight to the point je la cakap apa tujuan kita datang, dan minta kerjasama dia untuk dapatkan cikgu yang dia percaya. Ye la kita nak amanahkan duit kan.

Kemudian minta kerjasama dia dan cikgu tu untuk kenalpasti calon anak kita. Kriteria terpulang pada kita la. Macam aku ni, aku nak anak yang datang dari keluarga susah yang mak ayahnya memang rajin usaha untuk keluarga. Aku taknak keluarga yang susah dan malas.

Bila dah dapat, aku minta lagi cikgu ni untuk inform family dia tanpa bagitau siapa aku. Tapi terpulang la pada masing2 kalau nak jumpa straight ngan mereka pun ok. Aku purposely taknak sebab kan dalam kampung aku. Tau je la mulut orang, kang jadi fitnah plak. Kita nak buat benda elok pun dijaja seantero kampung kata kita ni macam2.

The rest mcm yang aku cerita tu lah. Sekali sekala aku bali kampung, aku jumpa cikgu tu dan tanya pasal kemajuan study dia. Ada la sedikit kontrak bodoh di situ yang mana kalau pelajaran dia down atas sebab2 dia malas ke hapa..bantuan akan dihentikan.

Jadi kengkawan, aku alu-alukan kalau nak mulakan program ni..secara individu lah ye..bukan secara terancang mcm program2 besar kat TV, Yayasan sana sini tu. Matlamat aku cuma untuk lihat anak2 yang berpotensi ni dapat peluang untuk ubah nasib keluarga mereka. At least dengan pertolongan yang kecil ni dapat la mak ayah dia tumpukan pada anak2 yang lain kan..insyaAllah.

Wednesday, July 13, 2011

MODU DAN FREE STYLE

"Salam, nk tanye cket, ari tu angah beli breastpump modu kan? then, beli medela FS. kenapa? sy nk tahu sbb sy tgh konpius nk beli modu ke FS? sbb kalu suction die sama, sy nk beli modu sbb murah sket. angah tolong wat pilihan utk saya..timakacih.."

Ini soalan yang aku dapat dalam komen. Aku jawab kat sini lah supaya boleh bg manfaat kepada semua ibu dan bakal ibu yang nak invest membeli breastpump.

Ya, hari tu aku beli MODU lepas bateri FS aku pecah berderai tu lah hehe..reason being murah dan kecil jadi mudah juga untuk bawa travel. Alhamdulillah performance MODU ni ok. Suction level boleh pilih. Memang takde automatic 2 phase suction mcm FS tapi aku set manually. Memula guna level rendah, bila dah rasa letdown reflex tu tukar level tinggi yang sesuai. Aku biasa guna level 5. Jumlah perahan adalah lebih kurang FS juga. Bunyi agak keras berbanding FS. Dan yang aku rasa best sebab didatangkan dengan nasal suction. Pernah guna masa anak aku selsema. And it works. Cumanya MODU ni kan guna elektrik. Ada sedikit keterbatasan disitu sebab masih kena cari soket.

Atas sebab faktor kerja yang berkehendakkan aku travel jauh ke kawasan pedalaman dan masa is an essence for me dan aku jugak rasa agak bersalah bila minta driver aku berenti kat memana yang ada soket letrik untuk pumping session dan most of the time agak susah sebab aku masuk pedalaman, dan kengkadang hampa sebab surau or masjid tu soketnya tak boleh guna. dan most of the time aku kena guna Medela Harmony dalam kereta dan sangat tak selesa..ye la kalau dah 20 minit x 4 sesi kan membuang masa perjalanan kan..

Jadi aku pun ambil keputusan untuk beli FS semula. Atas sebab tuntutan kerja. Bukan sebab performance pump. Kat opis masih guna MODU jugak. Kalau on the go aku guna la FS. jadi sekarang ni aku cuma suruh driver pandang depan dan aku pam kat seat belakang dengan guna nursing cover lah.

So Puan Anonymous..pilihan untuk puan beli samada MODU atau FS sebenarnya berbantung pada corak penggunaan Puan. Kalau saya pekerja pejabat yang tak travel, maka saya akan beli MODU. Performance ok, harga berpatutan dan dengarnya car adapter pun akan dipasarkan tak lama lagi. Cuma MODU ni tak didatangkan dengan keperluan BF yang lain macam cooler bag, ice packs dan sebagainya. Botol pun takde penutup.

Tapi kalau kerja Puan menuntut Puan ke sana sini macam saya, dan masa menjadi keutamaan maka FS adalah penyelesaiannya. Beg tote yang didatangkan sekali tu la handbag saya sekarang hihi.

Harap dapat menjawab soalan ya..

Monday, July 11, 2011

BEKAL

 Yang ditunggu dah tiba. 29 Jun lagi aku dah dapat. memang sangat-sangat lega dapat guna semula Freestyle ni. Eh jangan tak tau ada yang kata aku menunjuk2 beli breastpump mahal ni. Lantak la nak kata apa pun kat aku. Dah lali dah. Duit aku, aku punya suka la. Bak kata Oren, ada je parents yang beli baju branded, stroller branded, mainan branded kat anak2 derang. Ada aku persoalkan? Jadi tolong la hormat pilihan aku ok...
 Yang ni bekal Riefqi pegi Taska. Biasanya camni la, ada bubur karot/kentang/keledek/apa je lah..dengan sup ikan/bilis/ayam (tanpa garam/gula/perasa) juga biskut yang aku isi dalam bekas Thermos nih. Sangat praktikal tau bekas nih. Sampai petang masih hangat lagi makanan dalam tu. Aku beli lama dah, masa Adneen kecik lagi. Tak tau sekarang ni ada ke tak jual.

Ni pulak bekal Arief dengan Adneen pegi sekolah/Tadika. Choc chips muffin saiz besar. Persediaan setengah jam je pun. Sambil dukung Riefqi je aku buat haha..

kengkadang tu aku buat juga pizza untuk bekal. Eh tak susah la..guna roti arab ngan sos spegeti je. Topping tu ikut suka anak2 la..pastu tabur cheese. Mozarella mahal aku bantai cheddar jek. Nak lagi seronok biar bebudak je buat sendiri pastu kita bakarkan je. make it fun..mess tu ofcourse la tapi pikir je la quality time yang kita habiskan dengan mereka kan..gambar takde..nanti la kalau buat lagi aku tepek.

Tuesday, June 28, 2011

AL KISAH PAM SUSU- KISAH AKU JUGA

Sejak aku bersalin anak pertama tahun 2004, anak kedua 2007 dan anak ketiga 2010, dah banyak juga pam susu yang aku guna.

1. Medela manual (tak ingat spesifik jenis)
2. Medela mini electric (dah jual)
3. Medela Harmony (masih guna sampai sekarang)
4. Medela PISA (dah jual)
5. Medala FS (bateri pecah)
6. MODU (baru beli)

Banyak kan..dan semuanya Medela. Kenapa? sebab personally aku rasa pam2 ni semua bagus. Tapi pam bagus pun tak menjamin susu yang banyak ok..kalau ibu malas mengepam. Aku ada kawan yang guna pam manual je. Tapi berjaya susukan anak sampai 2 tahun. Aku guna pam manual untuk pam in between feeding je, kalau rasa breast masih ada susu.

Masa aku guna PISA tu aku cuma kerja kat opis je. Takde outstation pun. Dah kerja kat Pejabat Daerah kan..nak kemana pun ye tak.

Aku beli FS sebab nak ringan haha..tak la, sebab kerja aku banyak outstation ke tempat2 pedalaman yang takde elektrik supply. Dan masa is an essence for me. Bila guna FS aku boleh je pam dalam kereta, dalam perjalanan tu kan, dan senang aku pam kat mana2 pun tanpa risau takde soket. Memang la mahal berbanding pam lain, tapi sebab keperluan aku beli jugak. Dan satu saat aku tak boleh lupa bila baterinya terhempas dari tingkat atas rumah. Berderai ngkauuuuu...

Jadi aku beli MODU. Harga adalah suku dari FS. Performance ok. Tapi masalah soket mcm yang aku ckp tadi la. So aku terpaksa bawa juga pam manual kalau2 tak boleh singgah mana2 tempat untuk pam. Maka aku akan pam dalam kereta juga. A bit hassle kan.

Dan..semalam poket aku telah nipis. Aku beli lagi Medela Free Style. Khamis ni dapat. KEPERLUAN aku adalah MENDESAK untuk aku guna balik FS ni. Projek banyak tengah ongoing dan aku banyak outstation. Minggu depan pulak seminggu kena berkursus dengan tajuk Kursus Penjadualan dan Pemantauan Projek.

Kenapa aku tulis semua ni. Sebab aku sikit terasa hati la dengan mulut orang yang mempersoalkan kenapa aku berhabisan duit beli pam2 tu semua, beli cooler bag, beli coleman besar, beli icepacks, beli storage bags. Sebab aku berasa hati bila orang perlekehkan usaha aku untuk pam susu, untuk memasak bubur, puree sayur dan buah,  memasak bekal anak sekolah.

Ini adalah jalan yang aku pilih untuk membesarkan anak2 aku. Aku dah tanam azam untuk besarkan anak-anak dengan natural parenting, aku bertekad untuk besarkan anak2 dengan susu aku sendiri, dengan makanan yang aku masak sendiri. Aku pasakkan dalam otak aku bahawa penyusuan susu ibu dan masak makanan anak sejak anak pandai makan adalah hadiah paling bernilai yang aku boleh beri untuk mereka.

Aku tak minta pun orang puji, aku tak minta orang duit, aku tak minta orang tolong masakkan, aku tak minta apa-apa pun dari sesiapa. Aku cuma minta orang faham dan hormat jalan yang aku pilih untuk besarkan anak-anak aku. Sepertimana aku tak persoalkan jalan yang orang lain pilih untuk besarkan anak-anak mereka.

Ya aku mengadu aku penat, aku letih. Kengkadang aku down. Tapi aku kan cuma seorang ibu yang sedang berusaha untuk beri yang terbaik dalam kemampuannya untuk anak-anak. Kalau tak setuju dengan pilihan aku, tak perlu la beri komen2 yang menyakitkan aku. Cukup la kalau diam dan teruskan dengan kehidupan masing-masing.