Aku seorang Penceramah
hari ni ada program motivasi untuk pelajar2 baru. Aku diberi tanggung jwab untuk handle satu slot bertajuk Realiti Kehidupan Kampus. Ermmm.. ingat nak cakap jer tapi takut boring. Jadi aku buat bentuk gerak kerja. Harap berjaya ler slot aku. Teringat pulak kehidupan aku di kampus dulu. Hahahaha banyak ko kurikulum daripada kurikulum. Lebih aktif berpesatuan. Tapi kan, yang aku perasan, kebanyakan graduate yang cemerlang ialah mereka yang aktif berpesatuan dan bersukan. Mereka lebih open minded and multi task people. Itu pendapat aku.
Bengkel Abang
Nampaknya aku terpaksa lupakan hasrat nak balik kampung minggu ni. Maaf sahabat, plan kita ditangguhkan ler. Ramai pulak yang hantar kereta untuk di cat semula. Itu punca rezeki abang, jadi aku mengalah. Mungkin balik minggu depan, kalau ada rezeki dan umur panjang. Memanglah ada pekerja, tapi abang jenis yang suka turun padang supaya kerja cepat siap. Supaya customer puas hati dengan hasil kerja bengkel abang.
Baru2 ni abang make up semula sebuah kereta mini. Mula2 sampai warna merah. Buruk sungguh, ke tahap tukun tiruan ehehe lebih2 pulak aku :P. Lepas di cat semula, atas warna hijau keemasan, bawah warna coklat keemasan, tambah dengan moulding warna chrome, dan ada beberapa benda lain ler... cantik pulak kereta mini tuh. Owner kereta pulak sporting, tak kisah berbelanja asal hasil memuaskan.
"Sekarang cam tukun tiruan tak?"
"Tak dah.. sekarang lagi cantik dari kelisa dah bang" erkkkk... terkena aku :D
Friday, June 06, 2003
Thursday, June 05, 2003
Membeli Impian
Aku dah lama impikan benda tu. Alhamdulillah hari ni aku berjaya juga membeli impian. Sebuah handycam tajuk Sony. Tahniah kepada aku. Terima kasihlah geng, bagi pendapat dan penjelasan pada aku untuk buat pilihan. Aku ni rabun perkara2 begini :D
Santapan minda
"Ilmu itu kehidupan hari daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan. Dengan ilmu manusia punyai darjat yang tinggi" - Imam Al-Ghazali
Atom : Debu yang amat halus mengandungi zat kemikal. Menurut kajian sains, debu paling halus adalah seperti Elektron, Nukleus, Proton dan Neutron. (Firman Allah dalam 34:22)

Wednesday, June 04, 2003
Alhamdulillah, staf tempat aku yang menderita sakit buah pinggang tu dah selamat menjalani pembedahan. Salah satu bueh pinggangnya terpaksa dibuang. Doktor yang merawatnya kata, mujur dia dibawa kehospital. Kalau dibiar, malam tadi mungkin malam terakhir dia. Itu ramalan doktor, Hanya Allah yang tentukan hidup mati seseorang kan.
Sakit
Semalam aku menziarah salah seorang staf yang sakit. Pergi dengan 4 orang yang lain. Sampai kat sana dah ramai staf lain melawat. Terbaring di dapur ditemani isteri yang air matanya tak henti mengalir. Sakit buah pinggang rupanya. Pada aku dia sepatutnya berada di hospital. Isterinya membuka cerita. baru beberapa hari keluar hospital atas permintaan emak ayah, nak berubat kampung katanya. Doktor dah cadangkan untuk hemodialisis tapi ditolak emak ayah staf tu, atas alasan tak berapa percaya perubatan moden. Aku pun ikut sedih bila dengar, bila tengok dia yang tersekat2 pernafasannya. Sakit dada kiri katanya. Mungkin jantung pun dah terjejas. Aku bukan pakar.
Kami beramai2 cuba memujuk emak ayahnya, benarkan dia ke hospital, mana mungkin sembuh dengan berurut dan sapu bedak sejuk berjampi. Diagnosis doktor pun dah sahkan penyakit. Bukannya penyakit misteri yang tak terurai dek kepakaran doktor. Mula2 keberatan tapi selepas beberapa waktu, kendur juga orang tua berdua tu. Alhamdulillah. Kawan aku telefon ambulan dan kami berlima ikut ke hospital menguruskan pendaftaran. Cuma isterinya saja yang mengikut ke hospital. Aku jadi sedih sebab nampak macam family dia buat tak endah je. Ini mungkin sangkaan aku saja. Bila selesai semuanya, kami berlima balik ke ofis.
Di zaman serba moden ni masih ada lagi yang berfikiran camtu. Bukan tak boleh untuk cuba rawatan cara kampung, tapi tengok jenis penyakitlah kan. Cuba kedua2nya. Itu pendapat aku. Kalian bagaimana?
CAY 8386
Kilometer tercatat di meter dah 85k. Masa aku beli bulan Januari lepas meter tu mencatat 60k. Jauh sungguh perjalanan aku kan. dah sampai masa untuk tukar timing belt. Terbanglah RM aku dekat 1k. Takpelah. Duit bukan segalanya, masa aku decide nak pakai CAY tu pun aku fikir faktor keselesaan, pemanduan dan keselamatan yang dia offer. and these things don't come cheap. I rest my case.
Balik Kampung
Hujung minggu ni aku nak balik Klang. Dah sebulan tak balik. Rindu pada emak dan Noni. Rindu sangat. Akan singgah ke Wangsa Maju, memenuhi undangan walimah sahabat. Selamat Pengantin Baru.... hajat dihati nak jumpa sahabat aku yang satu tu. Nak kenalkan dia pada abang. Aku tau dah jadi hajat dia sejak beberapa bulan lepas. Insyaallah, ada rezeki kita jumpa ok.
Rencam
+ Sempat bersembang pasal beberapa perkara yang menjengkelkan fikiran dengan member aku. Rilekler geng.
+ Hajat hati nak tengok Finding Nemo tapi tiket habis huhuhuhuhu
+ Aku diminta jadi result manager untuk Pahang Mountain Bike Extreme Challenge 21 dan 22 Jun. Abang punya pasal ok jer.
+ Tak sangka akan terbaca pasal pengakuan berani mati. Tak pikir ke tanggapan orang? sakit betullah budak tuh!
+ Nak amik cuti lagik

Monday, June 02, 2003
Taman
Tengahari semalam, Lepas makan tengahari, aku baca paper di Taman Esplanade. Aku pun tak tau kenapa abang tetiba jer lencong kereta ke situ. Dekat jer ngan rumah, tak sampai 5 minit. Anyway, makan tengahari di benteng, seronoknya sambil makan ditiup angin Kuala Sungai Kuantan. banyak juga orang memancing, tapi rezeki ikan duri saja hehe.
"Kenapa masuk sini pulak?"
"Saja nak tengok apa speselnya tempat nih"
"ikut abanglah"
Kat Taman tuh memang ramai orang. Tapi jumlah yang bertenet lebih ramai daripada jumlah keluarga yang bawak anak2. Aku pun pelik dengan bebudak nih. Dah tak ada segan silu lagi. Baik bertudung atau tidak, sama saja. Aku pulak yang malu tengok adegan agak terlampau di tengahari buta. 3 minggu lepas kalau tak silap aku, lebih 200 remaja diangkut dengan trak polis dari Taman Esplanade nih. Malam minggulah katakan. Yup, malam minggu biasanya aku ngan abang keluar. tengok midnight ker, jenjalan ker apa ker, Taman tu mmg penuh dengan kereta dah modified, motor, remaja lelaki dan perempuan lepak2. Pakaian tak usah cakaplah. Aku rasa nak jadi dermawan sumbangkan kain pada mereka. Dan aku percaya kebanyakan daripada mereka nih pelajar IPTS kat sini. Sedihlah tengok anak bangsa aku. Kesian mak bapak kat rumah..
"Ayang, jom balik, tengok tv kat umah lagi best. Menyampah abang tengok perangai bebudak nih. Baik kawin jer"
"Jom"
Info RM 5 sebulan
Aku pelanggan Ma**s. Aku subscibed 2 info via sms berharga 5 ringgit sebulan. Yang pertama Reuters. Aku dapat info terkini sebelum berita tu muncul dalam berita TV. Menarik, cuma malas dengar message beep berkali kali sehari ihiks. Lagi satu ialah infoIslam. Lagi aku suka. Banyak benda baru dalam pelbagai bidang yang aku tau. Aku sharelah kat sini ek. Mana tau boleh diguna pakai.
"Gua-gua dijadikan Allah sebagai contoh bagi manusia membina rumah atau bangunan mengikut sistem sains teknologi. Kisah Ashabul Kahfi dirakamkan Allah dalam 18:9"
"Fungsi gunung : sebagai paksi dan penghalang daripada gempa bumi. Gunung2 bersambungan kerana gerakan dan geseran plat2 bumi yang membentuk daratan seperti yang ternyata dalam surah 21:31"

Subscribe to:
Posts (Atom)