Friday, May 16, 2008

Gambar mahu berbicara

saja nak menempek gambar2 dalam simpanan... biarla gambar yang berbicara ewahhh

Adneen posing dengan basikal abangnya. Ini basikal ke 3, sebenarnya ada lagi satu baru beli minggu lepas warna gold. Baru betul mountain bike la.. Yang ni abangnya panggil moto dan dah kecik untuk dia, lutut berlaga handle dah..



Arief yang suka buat memek muka memacam kalu snap gambar. banyaknya gambar menganga nampak anak tekak. Motif? lu pikir la sendiri


Muka nakal anak dara sorang ni.. sebenarnya dok melangkah nak terkam ibu. Pantang nampak telefon nak capai jek la


Ni masa Adneen admit 3 hari sebab penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) Kat wad pengasingan. Masa ni suhu dia 39.7. Panas sangat. Blisters kat tangan ngan kaki pun dah banyak. Dalam mulut berbelas la.


Tidur yangtak berapa lena. Kesian dia... Dekat seminggu tak makan. Cuma menyusu jer. Mujur menyusu badan jadi tak la sakit sangat mulut dia kan. Susut sangat badan dia lepas kuar hospital tu.

Korang boleh tidur posisi camni? Abang boleh jek... layan Tom Tom Bak terus tertidur. Ibu surrender la nak ngangkat budak 22 kilo nih.. "Ayaaaaahhhhhhhh tlg angkat abang"


Baik punya landing adik ehehhe.. abang rilek jer. Mujurnya abang ni jenis tak kisah adik kacau dia, lebih2 pun dia beralih jer la.. tak pun dia cakap "ibu, amik la adik ni abang nak tengok tv la"

Anak dara tunjuk bakat terpendam, nak tolong mengemas la tu... Ibu takpandai kemas kan.. suara nenek dah boleh dengar kat depan dah masa nih muahahaha

Donut Big Apple yang syiok. Masa ni aku ngan member se opis tengah tension buat kerja pilihanraya, so pi la Subang Parade yang cuma di sebelah opis aku nih jer.. melantak donut nih.. camne nak kurus tell me?

Hubby aku masa Semuji-Sungai Lembing Community Ride 4 Mei arituh. Yang mana satu? Yang botak dan kurus tu laaaa...

Abis... mananya gambar aku? Aku kan pemalu.....

Che'gu....cikgu....guru....

Macam kata Luna.. banyak sungguh hari memperingati satu-satu benda ni kan... Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih, the list goes on la... so today is the day to appreciate teachers and their role in teaching/educating all of us. Unless kita tak pi sekolah la.. then again who says they are the only teachers we have in our lives... formally yes..we have many many more teachers who teach us outside the four walls of classroom....
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU YANG PERNAH MENGAJAR ANGAH DARI SEKOLAH RENDAH, MENENGAH DAN UNIVERSITI.....
SELAMAT HARI GURU JUGA PADA KENGKAWAN BLOGGER YANG MENYAMBUTNYA
When I said we have many many more teachers who teach us outside the four walls of classroom....I mean everyone and everything...this is my list.. yours?
My lovely mother teaches me how to be a good wife and a good mother to my children through examples she shown, the advices she offered, the way she brought us up. She teaches me how to be a bood in law too...by simply saying "bila kawen bukan dengan anaknya saja tapi dengan seluruh keluarganya"
My husband teaches me the meaning of love. We got enggaged after 2 months knowing each other.. and got married a year after. Love after marriage la ni. I was still learning to love him when we were pronounced husband and wife...and how time flies.. This year 6 tahun. There are times when we gaduh2 manja.. normal la..eheheh. Abang ajar aku pakai jeans. Yes people... pakai jeans.. which now is the must have item la..kitaorang pi bundle jek
My children teach me how to be patient by throwing tantrums, by getting sick, by all the classic behaviour of children of their age. I passed the test with flying colours muahahaha.. takde anak2 aku lebam sana sini la kan... I am blessed with a boy and a girl. Abang is very protective of his sister and adik is very manja with her big brother... they teach me the concept of unconditional love.. accepting all strength and weakness of the one we love. I might not be the world's best mother but I am their mother and they accept me the way I am kan....
My life, my experience and my mistakes are the best teachers ever... I learned a lot... happenings in my life buat aku lebih matang, buat aku berfikir lebih dalam sebelum bertindak..but hey I'm just an ordinary human being... sometimes I stumble...shit happens man!
In the line of work... my subordinates are my teachers, I might be their boss but their knowledge and experience concerning work... I salute them. Takde derang ni.. tak berfungsi la unit aku.
I was a lecturer in a college a full 4 years before I joined the government. Like I said before.. I can teach (very well?) but it's not my cup of tea. It takes passion and love of teaching to make one a good teacher...but that 4 years has taught me a lesson on handling people.. you know... camne nak tackle perangai dan masalah bebudak tu.. Which I'm using now to tackle my staff's perangai dan masalah jugak la... in order to make them working comfortably with me..to make sure they deliver their job efficiently...macam ucapan plak la ekekekeke
Whatever pun.... everyone and everything can teach us something when we ponder upon it. Tayar kereta pancit boleh ajar kita camne nak tukar tayar kan...pertengkaran husband and wife boleh ajar kita cara tolak ansur...tinggal berjauhan boleh ajar kita jadi romantik *wink*
HAPPY TEACHERS DAY!!!

Wednesday, May 14, 2008

Blogger Berkursus?

On the way ke pejabat semalam aku dengar FlyFM pagi show...so one headline the deejay highlighted pasal cadangan satu universiti untuk buat satu course for bloggers or bloggers to be on the right way of reporting things/ethical matters/susunan ayat -grammar and such.... well aku tak sempat nak tengok dan baca sendiri artikel tu but what came accross my mind was... dah takde kursus lain nak buat ke? I sound very negative I know... but being a blogger for 6 years.. I dont need that kind of course for several personal reasons... referring to WHY I BLOG IN THE FIRST PLACE...
Admit it, most of us write to keep us sane, writing ordinary stuff happen in our lives, and most of us write using colloquial language - bahasa pasar la- pesonally kalau nak tulis dengan penuh tatabahasa baik aku tulis thesis ke, kertas seminar ke kan... and who would ever read my entries kalau aku tulis camtu given most of my blogger friends menulis macam bercerita.... baik aku baca Dewan Siswa ke, Newsweek ke... get it?
Memang blog ni bermacam jenisnya, ada yang macam aku jenis tulis la apa nak tulis pun dan aku banyak tulis pasal kehidupan aku sebagai seorang isteri, ibu, pekerja dan anak dan mungkin kengkadang I touch upon issues yang aku rasa agak menarik. Ada blog yang memang ada tujuan spesifik dalam politik ke sosial ke apa.... Personally aku rasa kalau nak buat course pun kena la course yang boleh curb problem of slanderous blogs.. yang mengapi-apikan apa2 sentimen yang tak patut dsb. Again who will enroll? And again.. it might not be a course at all.. it can be in a form of seminars or awareness campaign creatively designed of course.
I write for the therapeutic effects my jurnals bring to my emotional being. I need a place to let go my angry, to share my happiness, to spill out my sadness to whatever I feel I need to write...do I need a course for that? and I believe most of my blogger friends will agree. Can the course instructor tell me how to report my feelings in a very structured sentences that my readers will laugh and cry with me? Naaaaahhhh... for a simple reason that when one writes from the heart it will touch the readers' heart too....
Keep in mind that blogs ni dah lama... Most of my friends in Gengjurnal have been writing blogs since late 90s and early 2000...most of them are professionals in their line of work...and the blogs hu-ha only started like 1 or 2 years back. Blogs have become a phenomenon and used in such a way that some people are afraid of the effects... now.. buat apa nak takut kalau tak salah ke apa kan.... and if those people can take it easily, can take it maturely that we have the right to voice out our feelings and opinion.. how nice it will be...
True.... lots and lots of blogs orang tulis tapi khalayaknya ramai ke? Sometimes I bloghopped to blogs which is said to be pro this and that but looking at the comment box... ZERO! yup maybe orang cuma baca jer macam aku buat tapi tak komen... that is an indication bahawasanya blog tu tak ramai pembaca pun.
I really want to know the reason behind the suggestion. If it's what I have at the back of my mind and I would say kita ni takut pada benda yang kita tak tau sebenarnya.
So what say you?

Monday, May 12, 2008

Rezeki dan Redha

Aku selalu percaya konsep rezeki dan konsep redha. Mak pun selalu pesan selalu percaya pada rezeki yang Allah dah janjikan untuk kita. Memula susah nak faham tapi bila lama2 difikirkan dalam kehidupan aku selama hampir 31 tahun ni memang betul kalau kita faham dan nak faham konsep rezeki hidup kita akan sentiasa happy. Mak kata lepas kita usaha bersungguh2 tapi kita tak dapat apa yang kita impikan itu bukan rezeki kita dan kita kena redha. Kita kena redha yang rezeki kita sampai tahap tu je la. Usaha lagi jangan putus asa.
Aku bersyukur dalam usia aku sekarang aku dah dikurniakan rezeki yang bukan sikit. Alhamdulillah aku dah boleh take it easy dalam mengejar karier, aku dah boleh tarik nafas lega sebab dah ada suami dan anak2. Itu rezeki aku. Tapi aku tinggal berjauhan dengan suami sebab bak cari rezeki. Jadi aku mesti redha. AKu happy ke? YES aku happy because I choose to be happy...
Mak kata jugak jangan mengeluh bila rasa kesempitan tapi tukar dengan rasa redha. Masa aku kat Putrajaya dengan seorang anak dulu memang rasa sempit sket sebab duit habis travelling dan sewa rumah. Bila pregnant anak kedua aku fikir camne nak buat both ends meet.. Alhamdullillah aku ditukarkan ke jawatan sekarang. Gaji tak bertambah tapi rezeki yang Allah janjikan untuk baby baru aku dengan mendekatkan jarak perjalanan dari rumah ke ofis. Aku dapat channelkan duit yang sebelum ni habis kat jalan je kepada keperluan baby baru. Itu kan rezeki kan...
Bila rezeki bertambah dengan kenaikan gred, itukan rezeki... kereta pulak jadi masalah... jadi terpaksa amik kereta lain. Kena redha la bila duit tu dichannelkan ke arah situ plak ek...
Dah jadi rezeki abang kerja secara freelance untuk buat events dan dia sibuk sangat. Kami cuma jumpa sebulan 2 atau 3 kali saja. Mak kata aku kena redha sebab dah itu cara dia cari rezeki untuk keluarga. Allah datangkan pada kami suami isteri rasa sayang yang lebih sebab sekali sekala jumpa kan... itu aku anggap rezeki untuk emosi aku. Sometimes I do feel down but then again my mum said... happy tu pilihan kita.. jadi pilih la...
Dulu aku mengajar kat kolej. Aku boleh la mengajar but I dont feel right. Teacing is not my cup of tea. I like to manage things... thus I applied for my job now. Kalau nak jadi rezeki kan... sekali cuba dah lepas semua ujian. tapi kalau dah bukan rezeki kita kat situ memang takkan dapat. Aku bersyukur juga. Tapi tu la... grass is always greener on the other side kan... nampak macam best jer kerja aku ni...itu perspektif orang luar yang buat perbandingan. Bagi kami yang dah duduk kat kerusi ni membuat kerjanya memang hazab laaaaaa.. nak kena maki ke, nak kena hamun ke memang muka ni la. Aku pernah buat lawak kat staf aku.. kalau ada la elaun maki aku rasa memang aku dapat paling banyak. Takper la.. aku anggap kalau dah ini rezeki aku maka kenala hadapi rencahnya pulak.
Cakap pasal kerja ni jugak la... kengkadang aku menanah jugak bila browse web dan forum bila ada calon2 yang dah terpilih untuk Assesment centre boleh cakap "aku nak test market jek.. bukan betul2 pun" tak elok macam tu.. kalau tak serius nak satu-satu kerja baik tak payah mohon sebab in a way dah block rezeki orang lain yang betul2 nak kerja tu kan.
Part anak pulak.... Alhamdulillah aku dikurniakan sepasang anak.. itu rezeki Allah untuk kami suami-isteri. Ada dikalangan kengkawan aku yang teringin either anak perempuan or anak lelaki tapi tak dapat. Aku selalu kata redha dengan apa yang kita dapat sebab Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Mungkin apa yang kita nak tu tak elok sebenarnya sebab tu Allah tak beri. Kalau kita tanamkan konsep redha dalam kehidupan seharian dalam masa yang sama usaha untuk apa yang kita impikan.. InsyaAllah... happy hidup ni walaupun ada masalah yang kita tengah hadapi.
Mak aku pesan lagi sebenarnya rezeki yang Allah beri pada kita tu ada hak orang lain jugak ke atasnya. Jadi berikan la hak tu. Personally aku buat potongan gaji untuk bayar zakat. Tak banyak.. aku potong dalam 20 hengget jer sebulan walaupun sebenarnya tak sampai tu pun yang kena bayar. Aku fikir hari2 pun aku belanja 20 hengget ntah kat mana2. Biarlah 20 hengget sebulan tu dapat tolong sesiapa yang perlukan. Disamping membersihkan pendapatatan kita kan...
Motif aku cerita pasal rezeki dan redha ni sebab aku nak pujuk diri huhuhuhuhu.... telefon hadiah abang masa aku pregnant tu jatuh dalam lubang tandas semalam. Terus kong! Sampai semalam jer rezeki aku dengan telefon tuh. Aku kena redha la..... abang gelakkan aku masa aku call dia... takper.. mungkin ada rezeki lain aku nak beli tepon lain nanti kan....*buat aksi manja sket pastu cakap manja2 sket pastu mintak telefon baru*
HARI IBU
Semalam double celebration macam tiap-tiap tahun jugak. Semalam ulangtahun ke 57 mak aku. We had makan2 session jer... and a small hadiah for her. Abang cuma wish selamat hari ibu which is good enough for me....
PLAN HUJUNG MINGGU
Khamis ni aku akan ke Kuantan untuk Kejohanan Lumba Basikal Piala Menteri Besar. Aku towkay protokol. Abang Pengarah Teknikal. Akan berada kat sana sampai Isnin. Kanak2 ribena tinggal ngan nenek. So will be 4 solid days for Mr and Mrs Mazlan.... mixing work with pleasure.. I likeeeee....

Wednesday, May 07, 2008

Back on Track

Again lama gila aku tak update kan. Hidup aku yang rutin, hari-hari buat benda sama, aku malas la plak nak tulis apa yang aku buat tiap-tiap hari kan. Tak banyak yang berlaku pun.. ada la beberapa events yang best sket kalau nak highlight pun. Sambungan pasal expressed breast milk tu aku akan sambung sehari dua lagik. Nak cerita apa?
Adneen Humaira
Anak dara aku dah setahun umurnya. Alhamdulillah sihat anak ibu. Setahun jugak la aku berjaya menyusukan dia secara ekslusif. Aku bersyukur. Another year to go and I'm all geared up. Milestones quite different ngan abang dia. Buat masa ni masih belajar menyusun langkah, bertatih jatuh. Speech department ok jugak la. Makan tetap la bubur yang ibu masak, cuma tukar2 lauk tiap hari. Macam abangnya Adneen suka makan sayur juga. Her favourite is brocolli. Adneen ni small framed. Berat dalam 9kg je kot sekarang. banyak susut masa dia kena HFMD bulan 3 arituh.
Mifdzal Arief
Anak bujang aku ni makin keletah. Nak pegi school tak habis2. Buat masa ni aku ajar dia sendiri jer. Dah kenal semua huruf ikut susunan dengan baik. Sekarang aku masuk fasa dua plak ajar bunyi huruf. Mujurnya aku dulu belajar Phonetics and Phonology so boleh la guna untuk ajar anak aku. Associating alpabhets with sounds and then spelling words using the sound akan buat anak lebih senang faham. Camne nak cakap ek... ok I-B-U of course la ibu kan. Tapi nak bagi budak 4 tahun faham I+B+U is ibu camne? If I can make him understand that (the sound of I ) + (the sound of B ) + ( the sound of U) is ibu then he can spell all and every word he wants to.
Aku perasan Arief ni ada photographic memory. Aku ajar dia kenal huruf gunakan konsep imej and visualisation. Beberapa contoh la ya. Masa aku nak ajar dia huruf G aku cakap 'C ada ekor' or masa ajar huruf H aku kata 'A kangkang'. R is 'P ada ekor' and V is 'A terbalik'. S is 'ular' so on and so forth... jadi masa dia stumble nak ingat camne nak tulis beberapa huruf aku akan gunakan imej dan association yang dia dah faham tu.
And aku ingat masa ajar nombor pun. 1 is I, 3 is 'B takde tiang', 8 is 'S sambung atas'. These codes so to say terpulang pada parents nak buat camne asalkan anak2 faham.
Sure orang akan tanya.. camne nak buat anak ni duduk belajar kan. Aku takde masa tertentu pun, kengkadang tu dia meniarap jer tepi kaki aku masa aku tengah masak. Aku prompt la for example. "ibu nak goreng fish la.. tapi ibu tak ingat la berapa fish ni.. abang tolong kirakan boleh?" dia dengan senang hati tolong kirakan. Pastu aku tanya plak la benda2 pasal ikan dalam mangkuk ngan kuali like colours, sizes, parts, cause and effects as kalau goreng jadi apa, and simple maths like... "ibu dah letak dalam kuali 3 fish dalam mangkuk tinggal berapa?"
The point I want to make is learning is not necessary duduk diam2 kat meja hadap buku. Everything can be used to teach our children dan aku banyak ajar dia masa aku buat kerja rumah. Libatkan dia dan gunakan apa2 jer within reach. Lagi contoh ka? okay... kan kat dapur tuh banyak label kan.. so kalau kita nak dia ulangkaji bab ejaan contohnya, amik la satu tin sardin dan suruh dia sebut huruf2 tu semua. Shapes and colours.. boleh minta dia arrange fridge atau cawan/pinggan mangkuk segala....
And the most important thing is encouragement. simple gestures like tepuk tangan bila dia betul, puji depan orang, cium ke, bawak jalan ke.... akan boost up minta dia lebih lagi. Aku jarang sangat bagi imbuhan bentuk barang ke apa... banyaknya aku bagi dia rasa seronok. Alhamdulillah aku bersyukur la Arief boleh terima cara aku mengajar tu. Sebab dia tak perasan pun dia tengah belajar muahahahaha... dia ingat tengah memain.
Aku
Apa cerita pasal aku ek... selain kerja opis rasanya takde la. Aku balik Kuantan weekend lepas, sorang2 jer. Suprisekan abang sebenarnya. Well tetiba aku terfikir nak balik Kuantan plak. Aku cakap ngan emak and she said yes. So on Saturday at 5.00 I was on my way driving alone from Klang to Kuantan. Reach my house at 8.30pm and called abang. As expected he was SUPRISED to see me. Saja je tak bawak anak.... mak bapak nak dating. Abang tanya.... "tetiba jer datang ni.." aku cakap "ha'ah... sekali sekala kena spotcheck"
Ahad tuh ada Semuji-Sungai Lembing Funride yang abang anjurkan. Aku pun ikut la saja2 jumpa kengkawan. Isnin balik Klang and since abang pun ada hal nak settle kat KL, aku jadi mem la dalam kereta...
17-19 Mei ni aku terlibat dalam penganjuran Kejohanan Lumba Basikal Piala Menteri Besar kat Kuantan. Kali ni aku jadi towkay protokol. Kerja simple. That fact that aku sebenarnya nak epas rindu buat event and peluang la aku nak dating ngan abang sekali lagik ekekekeke...duduk asing ni kena la guna semua peluang yang ada untuk berdua-duaan kan...
Why am I being so lovey dovey nih? Wokeh.... 25hb ni 6th wedding anniversary kami. Sekejap jer rasanya..... so orang kata the ultimate test of the first five years tu dah lepas la....I'm far from being an excellent wife but I'm on the way......
Khabar yang dibawa angin kalau betul la mungkin membolehkan aku posting ke Kuantan semula...semoga angin itu membawa khabar yang baik untuk aku......sebab aku dah penat jadi weekend wife.. aku nak jadi everyday wife!