Friday, August 01, 2008

Shopping Raya

Tahun ni tema warna biru muda. Abang bagi duit dan aku membawa diri menyopping. Untuk abang dan anak bujang, kain polos saja beli kat Maya Silk Shah Alam. Aku suka kainnya yang ada texture.. beli 7 meter terus untuk 2 orang tu.
Untuk aku, kebetulan singgah menyinggah kat SACC Mall masa lunch, Pi la merewang dalam Gulatis dan nampak satu kain chiffon yang sangat menarik pada mata aku. Harga pun not bad lepas diskaun, dapat free lining lagi. Sambar terus la..
Untuk anak dara aku, kain kapas saja.. budak kecik mana selesa pakai baju kurung lama2 kan.. so belikan la buat syarat saja untuk sama kaler ngan mak, pak dan abang..
Aku sangat teruja tengok baju bebudak pompuan kat Parkson. Amat teruja nak membeli tapi tahan la nafsu sikit ekekekeke...sure comel anak dara aku dilaramkan nanti kan.. dia pun dah dapat kaki.

Commissaire

Semalam abang called. Nama aku naik untuk kursus Commissaire bulan 11 nanti, gunakan kuota negeri Pahang. Alhamdulillah. Kalau dari tahun 2000 aku ikut Kejohanan Lumba Basikal sebagai urusetia la, liason officer la, accomodation officer la, protocol la, memacam laaaa... kalau aku lulus kursus dan exam tu nanti, ada la peluang aku join kejohanan lepas ni sebagai commissaire macam abang.

Sure ada yang akan tanya commissaire tuh apakebendanya... wokeh.. bahasa mudahnya pengadil lumba basikal la.

So kursus 8 hari kat Melaka. Buleh ajak abang kot ek.. jadi cikgu tuition aku. Tapi hubby aku garang kalo mengajar. even ajar aku naik basikal pun garang jugak huhuhhu... atara sebab aku takmo belajar berenang ngan dia. Tapi sebab nak lulus kena la jugak tution dari sekarang. Kena download rules and regulation terkini dari UCI nih... HARUS LULUS!

Basic knowledge of all rules and regulations aku dah tahu sebab selalu sangat ikut abang pegi kejohanan dan menempek masa derang buat result semua. Banyak kena belajar hal2 teknikal especially trek ngan mountain bike, road aku dah boleh kot... benda2 macam lap scoring, communique yang aku kena tuition lebih...

Ada tak peluang jadi commissaire masa Jelajah Malaysia 2009 bulan Januari nanti? tunggu jer laaa

Bulan Outing

Bulan ni aku akan banyak keluar opis. Best jugak sekali sekala bertukar angin kan. Duduk terperuk mengadap kerja pun senak juga kepala. Lagi pulak dalam bulan 7 ni aku naik turun Balai Polis bagi statement dan bukti atas kes penipuan tanah. Tandatangan aku dipalsukan untuk transaksi tanah yang 7 angka harganya. Takper... aku anggap pengalaman la. Dengan masalah dalaman aku sendiri yang alhamdulillah aku dapat juga tangani.

Jadi minggu depan aku akan menemuduga orang selama 4 hari. Dekat jer kat Putrajaya. Janji keluar dari opis ehehehe...last aku jadi panel masa pregnant 7 bulan.. bulan 2 tahun lepas.

Lepas tu 19 - 21hb aku pergi Kursus Perundingan Berkesan kat Intan Kiara. Tahun ni baru 5 hari aku berkursus, at least kena ada 2 hari lagi. Tak cukup 7 hari setahun kang LNPT tak bagus plak.

Yang pasti aku nak lupakan hal kerja hakiki aku kejap.... in a way to keep my sanity in check.

Breastfeeding Week

1 sampai 7 Ogos 2008 ialah minggu penyusuan ibu sedunia. So happy breastfeeding and continue the effort sampai ke titisan terakhir....

Yang penting cuba sedaya upaya, 2 bulan ke 2 tahun ke itu rezeki anak masing masing. Asalkan sudah cuba sedaya upaya.

Wednesday, July 30, 2008

Angah & Co di Hujung Minggu

Sepanjang sebulan lebih yang lepas ofis aku ni ada sukan antara rumah. Satu ofis dibahagikan 4 rumah pastu main la memacam sukan. Dan disebabkan ada syarat pertandingan dimana pegawai kena sertai... aku boleh la dikatakan main semua permainan termasuk bola tampar, bola jaring, futsal, dart dan boling.
So Jumaat lepas aku main boling. Acara terakhir la sebelum Hari Keluarga Ahadnya tu. Main kat Sunway Pyramid Megalanes. Abang amik aku kat opis dah petang benar dah, tapi sampai kat Sunway Pyramid tu sempat lagi pi shopping. Abang belikan aku kasut sukan baru. New Balance yang dapat sangat berpatutan lepas 50% diskaun. Thanx a lot. Aku pun emmang perlukan sangat la kasut sukan baru sebab kasut aku tuh dah nak tercabut tapak dah...
So main ler boling 3 game. Jangan tanya la performance aku muahahaha.. boleh laaaaa. Abang layan snooker sambil tunggu mem habis game ni. Sampai dekat pukul 11 gak la baru abis. Habis jer lontaran terakhir aku terus balik, tak tunggu abis gamenya...
Hari sabtu pi shopping plak untuk anak2. lama sungguh tak beli baju untuk abang ngan adik. So sesi perabis duit kat Klang Parade. Kan sale kan.... sambar la beberapa helai untuk adik di Parkson pastu beli sandal adik jugak kat Al-Ikhsan. Untuk anak bujang aku.. kena pegi Reject Shop untuk cater saiz dia tu. Untuk Ayahnya sehelai cargo pant untuk kerja commissaire ngan jaket juga.. beli kat Ready 2 Suit jer. Untuk ibu cuma sepasang setokin huhuhuhu... takper semalam dah beli kasut sukan kan..
Malam Ahad tidur kat Kiara sebab esoknya tu nak ke Family Day opis aku kat Sunway Lagoon. Program separuh hari jer. Lagi separuh jari acara bebas. Berapa kali aku pegi Sunway Lagoon ini tahun? kira la sendiri muahahaha. Tak kisah la... yang penting acaranya bukan tempatnya kan..sengaja tidur kat Kiara sebab dekat ngan tempat kejadian. kena sampai pukul 8 tuh haaaa.. cleaner sunway lagoon pun tak bangun lagi kot..
But all in all we had fun. Well I had fun watching my staff having fun. Ada la sesi sukaneka bagai. Ada jugak clown buatkan belon bentuk macam2 untuk bebudak kecik. Ada lukis2 muka. Aku duduk jek kat tepi tengok anak2 buah aku main segala neka sukaneka sambil jaga anak dara aku yang merenyam nak main air.
Acara yang ditunggu2 ofcourse cabutan bertuah la. Tahun ni hadiah paling grand is Sony Home Theatre. Aku dapat dinner set jek. Rezeki jugak tu.. sapa nak bagi kan..
Lepas puas anak2 aku mandi manda.. we went back to Kiara around 2.00 and leisurely lepak2 depan TV dan tido ekekekeke.. bebudak penat main air kan. Dapat susu, kena aircond terus lena ngan mak pak sekali..
Dalam pukul 6 camtu pergi stroll kat taman. Layankan jer la bebudak tu main. Adnen baru dapat kaki, puas la mengejar. Malam aku tak larat dah nak masak, so pegi la pasar malam TTDI pastu mamam dan memasing tidur awal.... penat la semernyer kan..
Tu la kejadian di hujung minggu. Penat tapi berbaloi. Oh yer... aku bercuti Isninnya ehehehe...