Tuesday, April 14, 2009

OF IQ AND EQ

Lama rasanya tak bercerita pasal buah hati aku yang berdua ni. Lepas baca entry Nonie, rasa nak menulis pasal anak2 la plak..

Arief makin suka pergi sekolah. Alhamdulillah dah boleh mengeja simple words. Sekarang ni sibuk nak gosok baju sendiri. Susu masih la maintain 5 tin sebulan walaupun dah umur 5 tahun dengan berat 26kg. Sama sibuk jugak kalau aku basuh kain, lipat kain, masak, dan segala kerja rumah yang aku buat. Tapi bagus jugak dalam pada dia menyibuk tu aku suruh la dia eja atau kira.. aku ada cakap tak aku ni cikgu yang bagus (mati la perasan hahaha)

Adneen akan genap 2 tahun hujung bulan ni. Cepatnya masa berlalu. Rasa baru jer aku balik dari hospital mendukung anak dara aku nih. Aku bersyukur sangat dia masih exclusively breastfeed. Kira perjalanan wajib breastfeeding aku akan tamat hujung bulan ni la kan.. mungkin aku akan kenalkan dia dengan Pediasure jugak. Senang kongsi susu ngan abangnya kan.

Milestone plak, Adneen dah boleh cakap sikit2 la. Baru one word stage. Aku tak kisah sebab aku tau lain budak lain la perkembangannya. walaupun masih banyak cakap German tapi itu dah memang fasa perkembangan bahasa dia. Yer.. aku ada cakap tak aku dulu belajar Linguistics (mati la propa lagik..)

Dia pun ikut sama sibuk dengan abangnya. Kengkadang nak gak aku jadi tarzan tapi cepat2 la aku ingatkan diri yang dia nak explore dunia baru, nak perbaiki motor skills, nak berfikir dan dia budak.. tak tau benda apa pun dia buat. Asalkan tak membahayakan diri sudah la. Kalau sepah aku kemas balik.

Ni berkaitan dengan entry Nonie tu la. Aku setuju sangat la yang anak lelaki ke perempuan ke lasak sama jer. Dalam kes aku kan, aku rasa anak dara aku lagi lasak daripada abangnya masa seusia la.

Abang pulak jenis tak kisah adik nak buat apa pun kat dia. Memang tak membalas balik. Lebih-lebih pun dia jerit jer la atau dia beralih ke tempat lain. Jangan orang lain 'tegur' adik dia, mmg kena leter la ngan abang hahaha..

Kenapa aku kata tegur? sebab bila aku marah aku kata aku tegur dia. Aku saja guna positive association/connotation of words. Bila cakap marah kan negative kan..

Dua2 permata hati aku ni pun dah tau kalau aku panggil nama penuh tu maknanya aku nak menegur la tuh hahaha..

Ibu : Muhammad Mifdzal Ariefffff
Arief : ibu nak tegur abang la tu kan
Ibu : ye la...abang buat sepah2 camni kan ibu penat nak kemas, nanti kalau kakak terlanggar kang jatuh sakit la kan, nanti kena pegi klinik la, kesian kat kakak
Arief : ye la abang simpan dalam beg, lepas tu ibu cium abang ye, kena la upah kan
Ibu : ok (dengan bestnya menggomol anak bujang debab tuh hahaha)

Yer.. upah untuk anak2 aku cuma cium saja...untuk semua benda pun upahnya adalah cium. Sebab aku pernah baca anak2 yang mendapat sentuhan dari pelukan/ciuman ibu dan ayah dan jugak melihat kemesraan diantara ibu dan ayahnya melalui sentuhan (yang tak berlebih2 la maksudnya tuh) akan membesar dengan EQ yang bagus. Aku pun rasa camtu sebab dia rasa keperluan emosinya cukup. Actions speaks louder than words kan...

IQ pun penting jugak tapi apalah sangat dikejar kepandaian semata jika jiwa kosong kan. Lebih baik seiring IQ dan EQ. Kalau kita tak pandai mengajar membaca, mengira macam cikgu kat sekolah tak per la, kita boleh terapkan nilai2 kasih sayang, tanggungjawab dsb kat rumah kan.. untuk lengkapkan pakej anak2 supaya dia bersedia nak hidup sendiri nanti.

Aku rasa lebih ramai orang yang berjaya sekarang bukan semata2 bersandarkan IQ saja. Banyak sangat contoh2 manusia2 genius dengan IQ above average yang kecundang dalam hidup kan..

Jadi peluklah dan ciumlah anak2 kita ya...renung-renungkan dan selamat beramal...

Friday, April 10, 2009

BORAK PUNYA PASAL

On the way balik rumah tadi aku call abang sebab roadtax baru tak sampai lagi. Patut dah sampailah kan sbb guna pos ekspres. Jadinya aku bawak kereta dengan cukai jalan yang tamat tempoh. Doa jgn ada roadblock. Dalam sedap nyembang tu tetiba aku terperasan aku dah sampai tol. Tapi aku pelik ngapa lain benau tol nih. Sekali tol Batu Tiga daaaaa..

Camne aku boleh tak perasan aku masuk susur ke Federal Highway? hahahaha Biasanya aku lalu NKVE keluar kat tol Subang terus ke tol Setia Alam.

Sambil masuk lane smart tag aku bgtau abang yang aku salah masuk susur.Abang gelak besar jek la..

Pengajaran daripada cerita di atas ialah jangan leka sangat berborak di telefon semasa memandu. Mujur salah susur pun boleh balik rumah. Kalau masuk susur hala lain tak ke jadi masalah tu.

Wednesday, April 08, 2009

BILA BALIK KUANTAN

Aku bila balik Kuantan mesti akan berkunjung ke Hai Peng Kopitiam. Jangan risau...nama jer Hai Peng, semuanya disediakan oleh orang Islam. Personally aku rasa kopinya lebih sedap dari mana2 kopitiam yang aku pernah pergi. Kopitiam "Bandar Lama" pun tak boleh lawan.. duduk menebeng ngan hubby dan anak2 dipagi hari dihujung minggu... memang best kan..

Masa aku balik Kuantan bulan 1 lepas, sebab nak ke Kemaman untuk PAC M48 tu la... lepas menebeng kat Hai Peng Kopitiam, aku ngan abang pergi kedai basikal. Disebabkan abang lupa letak tiket parking (lenkali ingat ek bang...) maka kena saman parking lah...

Yang best tu... cuba tengok particulars dalam parking ticket tuh...sekarang semua dah tau aku bawak kereta model Tidak Pasti hahahahaha... korang ado?

Aku dah bayar pun saman tuh ya...

Side track... Aku tak dapat join Jelajah Malaysia tahun ni.. waaaaaaa sedih tau. Nak buat camne kerja harus didulukan sebab ni punca rezeki kan. Tahun depan masih ada insyaAllah.. Tapi Piala Tengku Mahkota ngan Sirkit Kebangsaan bulan 5 nih aku pergi..

Minggu depan ada Kuantan Downhill. Ingat nak pergilah bawak anak2.

Wednesday, April 01, 2009

SIKU BURUK

Balik dari Putrajaya Critical Mass terus ke Kuantan. Sampai rumah jam 5 pagi. unload semer, solat subuh dan zzzzz sampai noon..

Sabtu cuma selesaikan hal rumah,pegi kedai basikal tukar bearing basikal road dan tambah chainlink/setting gearing basikal aku. Sebelah malam pun pegi kedai basikal carik skru shoeplate abang.

Ahad aku join ride. Ada satu group dari Selangor datang bertandang. Associated Cyclosportif Trekkers (ACT) buat ride dari Pekan - Kuantan - Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Aku, abang, abg Rahim ikut join atas tiket Persatuan Berbasikal Pahang dan Kelab Le Tua. Perasmian oleh Presiden Persatuan, datuk Hadi. Exco Pelancongan Pahang, Dato'Syafik pun join jugak kayuh.

Rider perempuan cuma aku ngan Kak Tini (pemilik kedai basikal JBS).

Aku ikut group tengah je. Abang ngan abang Rahim escort Dato' Shafik. Boleh salute la Dato' sebab tu la pertama kali dia ride seumur hidup dia dan boleh ride walaupun slow ke UMP. Abang coach sikit la sepanjang jalan tu kan..

Main group mmg dah kat depan sana dah, aku layan jalan jer sambil kadang2 kayuh dengan ahli ACT yang dah pewai sambil tunggu van ambil derang ni.

Nak jadikan cerita tengah sedap layan jalan, masa tu aku belakang Kak Tini, ntah camne aku tergelincir dan jatuhlah aku mencium jalan raya...

Bangun, memula cek basikal ok, tengok tangan luka, siram air bagi pasir/tanah ilang pastu kayuh semula. Aku cakap ngan Kak Tini aku blah dulu sebab nak carik ambulan cepat..so aku mintak abang Zainal tarik terus ke UMP. Lepas cedera baru merempit hahaha..

AKu tak bagitau abang pun. Lepas dah setel letak iodin semer, abang sampai dengan exco, baru aku bagitau. Soalan standard pertama "basikal ok?"..lepas tu baru tengok tangan n lutut bini..

Dah habis semua acara terus pegi Klinik amik jab dan dress wound. Pedih siut!!!! dapat MC 2 hari dan seplastik ubat untuk 5 hari. Tengahari Isnin balik Klang.

Orang yang tengok aku mesti tanya kenapa dan muka jadi pelik bila aku cakap aku jatuh basikal. Ye lah.. mereka tak tau aku jatuh basikal speed berapa kan...ramai ingat aku jatuh motor.

Adat la naik basikal jatuh...

Aku ngan abang lepas sampai ke UMP - sila abaikan saiz yer hahaha..tu tangan kanan ngan lutut aku cedera tuh.. tapi biasalah bukan tak biasa jatuh...menten jer....seronok tau kongsi minat sama ngan suami nih..selain boleh sihatkan badan (aku perlu lebih kurus huhuhu), aku jugak boleh gunakan peluang pergi ride ni utk spend quality time ngan suami. Dan.. dan...dan...control mechanism hahahaha buleh?

PUTRAJAYA CRITICAL MASS # 12

Tarikh : 27 Mac 2009
Tempat : depan Palace of Justice Putrajaya
Masa : 9.30 mlm



Kita mulakan dengan cuaca. Pada hari kejadian cuaca outskirts of Putrajaya memang hujan lebat.Ramai yang call aku tanya nak pegi ke tak. Sebagai pengayuh tegar aku cakap aku tetap pergi walaupun hujan sebab dah ada sejarah kayuhan dimulakan pukul 10.30 malam lepas hujan berhenti.




Aku sampai tempat kejadian. Ramai yang dah tiba.Bagi t-shirt PCM pada Daoh. Axy datang tengok roadbike yang aku nak jual tu. hujan dah start renyai. Pasang basikal dan join the group for sesi borak2 sebalum tunggu pelepasan. Roughly dalam 80 riders ada mlm tu...

Called abang from time to time tanya kat mana. Datang dgn abg Rahim all the way from Kuantan to join the fun. Dia kena jemput Anuar Manan (Nuar) kat MSN dulu so he'll be late. Takper la, better late than never orang putih kata..



Spotted Kakcik dan bala tenteranya, dan ramai regular PCM like toyol, heero, flatfinger.. you know who you are ehehe..aini came and gave her the t-shirt too. (gambar belakang badan jer derang snap huhuhu)

After short briefing from abg man, the ride began. Abang suruh kayuh dulu, he'll catchup later.So aku, aini, apai and Daoh pun kayuh after main group dah lepas dalam 1/2 jam kot..cuaca pun superb!



The actual fun begin lepas PICC. Tak nampak kelibat sorang rider pun. Aku ingat dah sesat dah... abang man came and yup!!! another mess kot eh..tapi aku tak komplen, aku ok jer..kayuh slow2 dengan brother Zailan from Puncak Alam yang first time join PCM.

After sometime nampak la group besar kat depan simpang Alamanda. So regroup and terus kayuh. Mlm tu ikut terus Presint 1. AKu ok jer... walaupun kayuh dengan rear derealur yang ada masalah sket.

Abang called kata dah start kayuh. So aku berenti tunggu abang, Nuar n abg rahim. Ramai rider potong aku ingat aku krem ke, pewai ke.. taakkkkk.. aku tunggu abang. Tapi itulah semangat PCM kan! tanya khabar kot2 ada bantuan diperlukan.

Abang tangkap aku dah dekat dengan susur masuk bulatan Alamanda tu, kebetulan aku berenti kejap tengok sorang rider dari Bangi berenti muntah. Dapat berita ada sorang rider pengsan tapi dah taken care off.

Teruskan kayuhan dan masuk Putra Perdana ikut sebelah JPM terus kat starting point kat depan POJ... sangat slow, enjoying the ride ngan hubby and my baby sitter si nuar tuh hahaha..



Sampai starting sesi bergambar la plak...settle semer pegi makan kat double trouble sebelum bid goodbye to all and hantar Nuar balik MSN. Kereta aku jadi tin sardin hahaha...4 orang kat dalam tu ok.. 4 buah basikal atas rak bumbung tu mmg cam sardin.

I had fun! abg rahim ngan hubby pun dah terjebak hahaha.. next time around abang kata nak bawak satu team Malaysia plak..kalau jadual derang ok la..abang Rahim pun nak angkut tem Le Tua sekali.

After hantar Nuar, we shoot off to Kuantan. Gilir2 drive and reached Kuantan at 5.00 in the morning. Itu lah penangan PCM hahaha... lepas solat subuh tidur mati tak sedar diri sampai noon ngkauuuu...
p/s : gambar kredit pada penangkap2 gambar malam tuh...