Monday, September 20, 2010

SHORT ENTRY

Hari pertama ke opis, terus pi mesyuarat kat pejabat Tanah Kuantan.

Cerita raya yang biasa2, cuma seronok sebab tahun ni semua adik beradik dapat berkumpul. dapat juga ambil potret keluarga. Adik ipar aku memang photographer..untung hehe..nanti aku nak tepek kat sini..

Ada juga cerita tak berapa best masa raya ke-empat yang membuatkan hati aku kembali terusik. tapi takpe..not worth my time lah nak pikir2 semua benda tu. If its meant to be then its meant to be..kalau tak maka tak lah...

Anak2 pulak bersilih ganti tak sihat. Penangan cuaca panas kat Klang dan main bunga api tak hingat dunia la kot. Demam, batuk dan selsema.

Nak tepek gambar anak2 lah..yang adik ipar aku amik. Ye..anak2 aku memang comel dimata aku. Mereka berdua ni la sumber kekuatan aku dalam hidup ni...





Kandungan aku dah 37 minggu. Dan dah 2 bulan jugak berat aku tak naik2. So tetapla kenaikan sebanyak 6kg sepanjang pregnant ni. Minggu lepas pi scan. Berat baby approximately 3.1kg at 36 weeks. So tolak tendang terajang mungkin berat lepas bersalin nanti lebih ringat dari sebelum mengandung dulu. Makcik suka hehe...

Tuesday, September 07, 2010

SALAM AIDILFITRI

Hari ni hari terakhir kerja. Esok lepas berbuka akan bertolak balik ke Klang. Patutnya tahun ni giliran Kuantan tapi abang ajak raya kat Klang. I happily obliged hehe..

Balik esok banyak gak bekalan aku bawa. Ada daging rusa untuk dibuat rendang dan ofcourse ketupat daun palas ibu mertua yang superb itu.

Dikesempatan ini Angah menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa, tersalah kata disepanjang perkenalan kita dalam ruang maya ni. Semoga Aidilfitri tahun ni membawa seribu satu kebaikan kepada semua. InsyaAllah.

Yang akan balik kampung, berhati2 la di jalan raya ok..


SALAM AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN DARIPADA KAMI SEKELUARGA

MAZ*LAN
HAS*LINA
A*RIEF
AD*NEEN

Monday, September 06, 2010

RENCAM

Entry cacamerba, campur2 kekdahnya..

Iklan Raya TV*3

Terkejut aku tengok iklan raya tahun ni. Raya ke Krismas? Siap terbang2 Pak Aji tu..Rasanya dah heboh pun satu Malaysia kan. Aku pelik gak, untuk stesen Tv yang dah bertapak berpuluh tahun takkan banda kecik camtu pun tak terfikir kan. Sensitiviti masyarakat kena jaga. Aku suka iklan Petro*nas. Kreatif macam biasa. Iklan Ma*xis buat aku sebak. Tapi kenapa iklan tibi tiga camtu? alahaiiii

KEK


Semalam aku berbuka kat umah adik ipar. Asyik buat creme caramel je, macam boring plak eh..jadi aku pun buat chocolate moist cake. Disebabkan aku malas buat versi bakar, maka aku buat versi kukus dalam cup yang comel2. sekali tak cukup cup laaa..lebihan adunan tu aku buat dalam loyang je. Alhamdulillah licin. Seronok bila makanan yang kita masak tu habis dimakan.

Lepas buka aku lepak ngan mak mertua aku sambil adik2 basuh pinggan mangkuk. Hahaha derang ni baik ta, bagi can kat mak buyung ni. So aku lepak la ngan ummi sambil dia buka daun palas nak buat ketupat. Aku order dah 3 kilo. So Rabu ni aku bawak balik pulut yang dah siap dikukus. Aku cuma perlu bungkus je dalam daun palas tu dan masak kejap. Walla..ketupat yang superb. Ummi punya ketupat tahan lama. Setakat 3 hari masih elok tak berlendir.

Dalam pukul 10.30 mlm baru gerak balik rumah, lepas bebudak puas main bunga api ngan sepupu2 derang. Aku ngan abang..kejar tengok Astro Super Sport, ada Tour De Spain. Oh cakap pasal basikal ni kan..kasut roadbike aku dah sampai yeahooo.. Bontrager women specific design. Harga RM740. Early birthday present la kiranya hehe...tak sabo aku weh nak kayuh..

Rumah

Perabot dah masuk sikit2 ikut kemampuan la. Langsir pun dah beli, yang ready made je dari Kam*dar. Ni bahagian depan bila masuk je rumah. Tempat abang ngan member2 dia lepak. Kerusi tu aku beli clearance stock RM300 je. Divider + console tu pun sama, buat tutup ruang bawah tangga tempat simpan basikal. Konsep minimalis kan.. Bunga tu ihsan adik ipar aku hehe..

Nanti aku snap gambar ruang tamu maha simple aku plak..pun dapat set sofa promotional price. Memang berbaloi.

Friday, September 03, 2010

KARTUN GANAS

Bila ada kanak2 ribena kat rumah saluran Astro Ceria memang banyak menolong terutamanya bila ibu sibuk kat dapur. Kengkadang ibu join jugak la ngan anak2, just to spend some quality time ngan derang ni.

Banyak gak la kartun yang aku tengok dan naik hafal cuma ada satu kartun yang aku betul2 tak berkenan jaln ceritanya. Asarichan tajuknya. Cerita pasal kehidupan sorang budak pempuan bernama Asari ngan mak ayah dan kakaknya.

Yang buat aku tak berkenan tu sebab banyak sangat adegan gaduh adik beradik tahap sepak terajang melekat ke dinding, ya mungkin boleh dianggap normal kot gaduh adik beradik. Ada gak adegan mak dia sepak adik beradik tu ok!

Memang la cuma kartun tapi aku nampak pengaruh tak baik yang dibawa ke dalam pemikiran anak2 kecik yang tabiatnya suka meniru kan. Tak mustahil bebudak ni akan anggap apa yang dipaparkan tu boleh dilakukan dalam kehidupan bekeluarga yang sebenar. Dibuatnya adegan sepak terajang tu ditiru..aduhai..

Kalau cerita Ultraman lawan rasaksa tu takpe gak.

Jadi aku dah mengharamkan anak2 aku tengok Asarichan. Aku pesan kat Arief kalau ada cerita tu tukar channel kartun lain. Aku pesan kat dia nanti kalau Adneen selalu tengok, dia pun perangai mcm tu jugak nanti, tendang2 adik ngan abang. Semalam aku tengok Arief pantau apa yang adik dia tengok. Lepas abis satu cerita dia tengok info. "Nanti kalau info cakap asarichan, abang tukar ye ibu" "ok abang..camtu la jaga adik" aku cium dia sekali...wah suka sangat dapat upah cium.

Oh..semalam aku MC. Masa antenatal checkup kelmarin, berat aku statik, bp ngan hb rendah. Jadi doktor nasihat supaya tak puasa dan duduk rilek kat rumah sampai hujung minggu sblm cek semula minggu depan. Aku ni degil, duduk sensorang kat rumah pun boring kan. Jadi aku MC semalam je. Hari ni datang opis gak. Cuma aku dah raya la huhuhu....untuk keselamatan anak dalam kandungan, aku redha je la...

Wednesday, September 01, 2010

PELITA RAYA

Gril dah siap pasang. Baru tenang hati bila tinggalkan rumah. Lagi2 nak balik lama ni kan. Untuk RM4k aku puas hati la dengan penghasilan dan pemasangannya.

Semalam sambil nengok derang pasang gril, aku buat creme caramel 4 sarang ( 2 adunan setiap sarang), bawa ke rumah pak mertua aku untuk majlis buka puasa. Selera sungguh aku makan mlm td sebab lauk2 kampung. Singgang ikan aya, pucuk ubi rebus, sambal mangga dan ikan goreng. Ada la menu sampingan lain yang adik2 ipar bawak.

Baliknya beli minyak tanah, semangat nak pasang pelita kan. So dengan gigih la pasang pelita. Tapinya baru pasang 5 minit dah padam. Angin kat kawasan umah aku ni kuat. Malas la plak nak idupkan berkali-kali. Anak2 dah rekues bunga api. Adehh mana la nak cari. Bebudak kan, memang itu la seronoknya raya pada mereka pun.

Tetiba rasa syahdu plak. Teringat arwah ayah yang memang semangat part2 pasang pelita ngan layan anak2 main bunga api ni, sambil dia isap rokok, minum kopi atas pangkin kat umah, nengok2kan anak2 main. Habis sebatang..sebatang lagi bunga api dicucuhkan. Tak pernah diberi anak2 cucuh sendiri. kalau bunga api yang batang besi tu, dia petikkan pelepah pisang untuk cucuk batang bunga api tu. Kalau bunga api tu tak terbakar dia terus buang. takde la try2 cucuh gak. Ya allah, rindunya aku pada arwah..dia meninggal dunia 14 Syawal.

Mak bapak sekarang berapa ramai buat camtu? pantau anak2 masa main bunga api. Yang banyaknya aku tengok anak2 main ikut suka je kat luar rumah. mak bapak dalam rumah tengok TV. Agaknya tu yang tetiba anak lari masuk rumah muka pecah/ jari ilang..nauzubillah. Pengawasan tu yang penting kan.

Alhamdulillah cuti raya pun boss dah approved. Lama gak aku cuti, dari 8-19 September. Sebab utamanya Taska bukak 20hb. Dah mana nak letak anak2 kan. Ada hikmah juga tu. Boleh raya puas2. Pastu ada la dalam 20 hari sampai aku due. Kalau betul sampai due la. Mana tau bersalin awal ke kan. Bukan boleh jangka benda2 camni...

Disebabkan berat aku turun kan..kena la repeat Klinik petang ni..chow!