Wednesday, August 10, 2011

RAMADHAN DAY 10

Ramai kengkawan aku tepon/sms/email/message tanya apsal ngan entry aku sblm ni. Hish takde apa2 lah..bengang ngan cencurut sebenarnya. Kotor, busuk dan menyusahkan..susah la wei nak halau. Korang ni semua speku la haha..

Hujung minggu yang super best di rumah mak. Semua adik beradik berkumpul. Biasa la bila aku balik mesti aku yang jadi Chef. So malam pertama aku masak gulai nenas ikan masin / ayam goreng / sotong paprik. malam kedua masak soto dan telur ikan tumis kuning. Seronok tengok orang makan dan enjoy the food. pakcik aku pulak datang moreh lepas terawih. Meriah!

Malam Isnin tu aku ngan adik aku buat jem nenas. 50biji nenas ngkauuu..1 periuk besar tapi leas masak tinggal suku periuk jek. sebab dia ni dapat tempahan dekat 3000 biji thn ni. Aku amik la sebekas sebab cadang nak buat juga sikit. tak beli pun nenas tu, amik kat kebun pakcik aku jek. Hish tahun ni kan aku nekad nak buat kuih sendiri. dapat 6 jenis ngam2 bekas kuih aku cukup lah.

Kan aku cakap nak makan popia kan..hambek tiap hari memang ada. Kenyang makan popia je aku.

Dan bila dah duduk adik beradik dekat2 nak raya ni, sayu la bila teringat arwah ayah. Sempat la menitik air mata huhu..sedih untuk adik bongsu kami sebab sempat 7 tahun je ngan ayah. Itu pun 2 tahun akhir tu ayah dah sakit. So tak banyak memori dia. Hargai la mak ayah sementara derang ada. Esok2 dah takde nak menyesal pun tak guna *pesanan khidmat masyarakat*

Anyway, semalam bertolak balik Kuantan lepas habis mesyuarat kat MIECC, The Mines. Sampai Kuantan pukul 7. Berbuka kat kedai je la...

Masuk rumah dengan hati yang sangat lega sebab rumah sangat bersih dan kemas. Sinki pun bersih. Bilik pun teratur. Baju pun dah berbasuh, tinggal lipat je. Terima kasih abang sebab rajin tolong sekarang ni. Ringan sikit beban kerja rumah. Harap sampai bebila la ye. Nanti boleh bagi upah spek Oakley satu.

Riefqi buat perangai plak mlm tadi. Meragam, menangis tak tau punca. Buat apa semua tak kena. Pagi ni aku pergi pejabat macam zombie!

Feeling2 pemain bowling negara haha

Tuesday, August 09, 2011

PERGI JAUH JAUH

Shuuuhhhh pergi lah jauh-jauh, kamu tidak diperlukan. Sudah-sudah lah jadi parasit dalam kehidupan aku.

Sudah aku minta kau pergi dgn cara baik tapi kau enggan, mahu aku guna cara kasar dan menyakitkan?


Sent from Yahoo! Mail on Android

Wednesday, August 03, 2011

RAMADHAN DAY 3

Semalam berbuka dengan nasi beriani. Abang makan nasi kukus, Arief makan kueytiaw, Adneen makan semua, amik sikit2 dari plate ibu dan ayah. Riefqi aku dah suap makan sementara tunggu berbuka. Dah kata nak masak?

Aku masak lepas isyak. Masak nasi, sotong goreng kunyit, telur goreng dan sayur air. Derang la makan. Aku banyak minum jer pun.

Kat Pasar Ramadhan semalam takde apa yang menarik perhatian. Oh cuma aku singgah gerai yang jual kuih tradisional. Abang beli kuih seri muka yang guna pulut hitam. Sedap juga.

Esok aku kena ke Rompin untuk pelarasan peruntukan bina baru dan baikpulih gerai dan bengkel. Malasnyeeee laaaaaa..tapi dah kerja aku tak perlu la komplen. Boleh singgah Pekan beli murtabak mengkasar untuk berbuka.

Oh petang semalam aku tengok tv sementara nak nunggu waktu berbuka, program Ch00p kat tibisemilan tu. Ada la pasal pemenang yang ditaja acara cukur jambul anak dia. Cuma aku sikit terkilan dengan bebelan pengacara tu pasal aqiqah. Aku rasa dia ingat majlis cukur jambul ngan aqiqah tu sama kot eh?

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” Hadis Riwayat Tirmidzi. ---MIA MAHAN FACEBOOK

"...Sabda Nabi "Al-Ghulam murtahin bi 'aqiqatihi" maksudnya "setiap anak itu terbayar cagarannya(kpd allah) dgn aqiqah".Aqiqah ni kena buat sbg tanda syukur kita kpd Allah dpt anak." --- FIRDAUS AZIZAN FACEBOOK

Ok adat cukur jambul tu.Bolehla utk bagi tetamu feeling2 potong rambut baby sikit2.Tapi yg lebih baik cukur habis rambut baby,ditimbang dan dinilaikan dgn emas dan duit tu disedekahkan kpd fakir miskin. --- FIRDAUS AZIZAN FACEBOOK

Dah jadi amalan parents sekarang untuk buat majlis cukur jambul secara besar besaran tapi tak buat aqiqah. Walhal Aqiqah tu yang penting. Aku tak kondem pun, sebab Aqiqah kan amalan sunat. Ini cuma pandangan aku. Kan lebih bagus buat secara sederhana dan laksanakan Aqiqah serentak. Pun dah ramai yang buat cara camni. Ramai sahabat2 aku yang duduk jauh dari parents ambil pendekatan yang mudah. Pergi tempat ternakan yang buat Aqiqah dan hantar semua daging tu ke rumah anak-anak yatim.

Setakat 3 anak ni alhamdulillah memang aku buat Aqiqah sekali dengan majlis cukur jambul. Yang cukur rambut habis dan timbang setara emas dan derma tu aku tak buat lagi.

Personally sebagai ibu bapa yang beragama Islam, perkara2 macam ni kita perlu ambil berat. Niatkan dari awal kandungan untuk buat Aqiqah. InsyaAllah akan mudah. Aku pun kumpul duit sikit2 untuk beli 2 ekor kambing. Kalau kita boleh berhabis untuk bayar Astro, beli telefon mahal, beli produk baby berjenama, apa salahnya kita berhabis sekali untuk setiap anak dengan laksanakan Aqiqah untuk menunjukkan betapa bersyukurnya kita kepada Allah sebab kurniakan kita ni anak kan..

Apapun kena la juga tengok kemampuan kita. kalau ada kekangan kewangan takpe. Kalau mampu laksanakanlah.

Renung renungkan dan selamat beramal..


Tuesday, August 02, 2011

RAMADHAN DAY 2

Berbuka puasa semalam dengan kari daging, ayam goreng, sayur campur dan sambal belacan. Aku masak sayur campur jek. yang lain mak mertua buat. Pukul 10.00 balik rumah.

Abang cakap tahun ni nak meronda pasar Ramadhan. Tahun lepas kan aku memasak je sebab tengah sarat mengandung, tak larat aku nak tawaf Pasar Ramadhan. Cadangan yang baik tapi aku tetap kata nak masak. Beli sejenis dua kuih ok. Atau sejenis lauk. tak nak membazir. Tau la bulan puasa ni semua nampak sedap. Cuma akan pergi juga untuk galakkan Arief berpuasa. Semalam pun penuh Alhamdulillah.

Sepanjang Ramadhan ni kurang sikit aku pergi site. Tapi kena pergi la juga yang mana2 penting. Projek2 yang nak tergelincir ke lewat jadual tu kena pegi jugak. Minggu depan ada pembentangan cadangan projek gerai dan bengkel kat The Mines. Itu peluang baik untuk lepak lama kat Klang haha..

Ramadhan ni jugak rutin aku berubah. Semua kerja yang aku siapkan dari balik kerja sampai nak tidur akan aku siapkan masa bangun sahur. Harap la Riefqi tak terjaga. Sebab kalau dia terjaga sure nak meleseh.

Harap juga tahun ni aku dapat perform terawih. Dengan budak kecik 9 bulan ni, ada keterbatasan untuk aku ke masjid. Sedaya upaya akan cuba buat di rumah. InsyaAllah.

Sungai di Kaki Gunung Ledang. Abaikan kegemukan aku.
Selit la gambar sikit hihi..saja buat kenangan kan. Ye cik senah, beg yang aku gantung kat pokok tu original tote atienne aigner. Ye..memang aku guna isi diapers anak je..ko mampoo? Motif tulis? dah asal aku pakai je dia kata barang capalak, asal aku guna je kata aku menunjuk..tak pe lah.

Seronok main pasir, pandai plak tak masuk mulut
Yer ini adalah trening untuk baby itik jadi anak2 itik berjaya mcm abang ngan kakak. Memang rilek si botak ni dalam air. Walaupun ada rambut, best pulak panggil dia botak haha..kan aku ada cakap makcik tu kata tak elok..alaaa makcik anak omputeh tu rilek je pun..

Anak-anak itik
Haaa ini anak-anak itik hodoh kesayangan aku. Hish dah besar nanti jadi angsa yang cantik. Macam aku!

Petang ni kita pergi Pasar Ramadhan Indera Mahkota 2. Dah macam JJCM plak ye..

Monday, August 01, 2011

SEMPAT LAGI

Sempat aku menggodeh benda2 ni ujung minggu lepas. Saja je ngabiskan stok tepung roti ngan baki choc ganache dan sosej. Tak kang..mereput dalam peti ais plak haha..

Bun sosej dan bun coklat. Sebenarnya ada seloyang aku buat bun kosong dapat 16 biji. Bun sosej buat 7 batang pastu bun coklat tu 5 bijik. banyak jugak dapat untuk 500gm tepung kan. Aku suka bakar kasi hitam sikit crust tuh..best. Aku uli ngan tangan jek. Masih dalam mood berangan nak beli breadmaker mcm Arena hihi.. Bawak pegi rumah adik ipar dan kenduri ramai2 sambil gosip2 panas haha..

Abang kata lenkali boleh buat bun kacang/kaya dll. Nanti la lepas raya.


Ini projek Blonde Brownies. Actually benda ni teksture dia antara muffin ngan kek. Mcm shortcake gitu. Yang ni aku guna almond dan letak mini choc chips baki buat muffin ari tu. A bit sweet. Lenkali kena kurangkan sikit gula.  Aku buat dalam loyang 8 inci. Sedap lemak2 gitu. Sesuai kalau nak buat hidangan cepat untuk majlis.

Anak2 pun suka sebab banyak kacang. Abang kata banyak sangat kacang. Dah nak buat 2 versi? boleh blah haha..

Aku dah buat edaran pun utk tasting. Kiranya kalau ada sambutan boleh la jual jugak. Ni jual siap potongkan nih.

Eh..selamat berpuasa dan berbuka puasa. Petang ni aku berbuka kat rumah adik ipar aku. Hish..aku kan kakak ipar yang baik, mesti la derang sayang kat aku. Derang lagi sayang aku dari abang derang tau. Rasuah je ngan good food hahaha..