Sunday, March 25, 2012

NO LAIN?

Errr...tukar nombor lain ke tukar orang lain ke tambah orang lain?
Lantak! Sendiri cari masalah..sendiri setel!
Sent from Yahoo! Mail on Android

Friday, March 16, 2012

TELEFON BARU


Sony Xperia X10 yang abg bg masa anniversary tahun lepas rosak speakernya. Tadi abang bagi aku HTC Dezire Z sebagai ganti.

Thank you bang...

Oh aku kat JB ni. Cuti 2 hari. Ngabiskan masa ngan emak.

Aku masih dikekang masa untuk add you guys as author kat blog lagi satu tu. Nanti ya. Kot susah sangat kita buat closed group kat fb je.

Nak cerita pasal kedatangan makcik oren ke teratak aku pun x sempat lagik nih..

Ok chow dulu..nak explore tepon baru hihi. Sementara qiqi tdo ni.

Sent from Yahoo! Mail on Android

Friday, March 09, 2012

BERHENTI

Ya..berhentilah kacau aku. Takde maknanya..kalau dah bertahun2 pun ko masih gagal..agak2 ko akan berjaya tak? *tetiba teringat lagu Jamal Abdillah ngan Malique -aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu cukup kau tahu yang aku maafkan kamu jadi teruskan hidup jangan sebut namaku-*

Ok STOP!

Esok Makcik Oren datang..aku yang eksaited hihi. Last jumpa dia aku rasa tahun 2008 kat hotel Armada.

Minggu depan aku kerja 2 hari je. Aku nak balik JB jenguk emak. Aku tak cerita pun kat sini yang mak aku kena mild stroke. Dah stabil alhamdulillah. Since minggu depan cuti sekolah maka boleh la duduk sana lama sikit. Bawak cucu jumpa nenek bagi dia gembira sikit kan.

Pastu aku kena hadir Bengkel Penilaian Outcome 4 hari dari 19-22hb. Kebetulan pulak kementerian buat kat Cherating jadi tak payah la aku bermalam kat sana. Alhamdulillah. Projek untuk lawatan kerja pun dah decide.

Pastu Jumaat tu terus sambung outstation ke Pulau Tioman. Nak buat pemantauan untuk projek jalan, rumah ngan gerai. Angkut sekali suami ngan anak2 sebab hujung minggu kan. Mixing work with pleasure katanya. dan yang aku boring..mentang2 nak pegi Pulau Tioman wahhhh ramai pulak offer diri nak ikut. Masa aku buat pemantauan kat daerah2 pedalaman tu takde pulak yang bukak mulut nak ikut kaannnn..boleh blah ler.. limited invitation to HQ Officer jer.

Pastu masuk opis semula mesti pengsan tengok kerja bertimbun atas meja kan hahaha

Ok..cerita gembira pulak. Alhamdulillah dengan kenaikan 13% gaji dan RM50 elaun COLA. Rezeki anak2. Boleh la tambah anak ye hihihi...maknanya kena tambah 13% performance kerja juga. banyak jugak naik tu..musti banyak jugak PCB. Tapi akan aku infaqkan sedikit insyaAllah..sebab dalam setiap rezeki kita tu dah tertulis sedikit rezeki untuk orang lain kan. The more u give the more you get..

Dan 29hb ni aku dapat jemputan untuk sesi perkongsian penyusuan ibu bekerjaya kat DBKL. Specifically pengalaman ibu2 yang banyak outstation mcm aku lah. Alhamdulillah semoga perkongsian ni dinilai sebagai dakwah juga kan..sedekah ilmu. kalau dimanfaatkan ilmu tu aku pun dapat share insyaAllah. Boss pun dah beri pelepasan sebab jemputan rasmi melalui ketua jabatan. Kena asah skill public speaking semula. Sebab sekarang ni skill membahan kontraktor je yang aku ada.

Eh dah pukul 5 lebih. nak balik, nak makan sate.



Thursday, March 08, 2012

BIRTHDAY PRESENT

Yup! Katil itu ialah birthday present utk abg. Tapi kan aku cerdik, beli hadiah yg aku pun boleh guna haha

Sent from Yahoo! Mail on Android

Sunday, March 04, 2012

KATIL BARU

Dengan lafaz bismillah...aku merasmikan katil vono saiz king yg baru sampai tengahari tadi.

Puas hati nak bergolek hahaha.

Oh lepas ni kena serbu ausino plak cari stok cadar ngan comforter. Yang aku ada semua saiz queen.


Sent from Yahoo! Mail on Android