Saturday, May 12, 2012

TRAVEL WITH KIDS

Aku ada kat Klang ni. Emak ada kat sini. Bagi cuti sebulan balik kampung. Ujung bulan 5 ni balik JB semula lah.

Smlm kerja half day je, lps meeting aku terus balik kemas baju. Sumbat2 mana tercapai je la sbb balik pun kejap sangat kan.

Ambik kids kat nursery and and off kami bertolak ke Klang. Ya..aku ngan anak2 je. Singgah isi minyak, beli jajan sikit, pasang cd upin ipin.

Riefqi pun well behaved, sampai kat Bentong semua tidur. Bagus! Lagi senang aku bawak kereta.

Jalan pun clear..sampai kat Jalan Duta sikit jem, sampai damansara dan lepas sikit dari Subang mmg jem la..aku sampai rumah emak pukul 6.30

Emak punya la happy nampak cucu2 dia. Adik aku pun terkam anak2 sedara. Kira suprise la sbb mmg aku tak bagitau aku nak balik pun. Kalau tak memang stgh jam sekali mak aku tepon kang..hihihi

So hari ni ngan esok aku amik alih tugas jaga emak.

Esok petang abang pun habis race kat KL, jadi aku amik je dia kat mana2 pastu balik Kuantan terus. Wahhh mithali sangat aku! Laki balik race pun berjemput bagai!


Sent from Yahoo! Mail on Android

Wednesday, May 09, 2012

MUDAHKANLAH URUSAN PERKAHWINAN

Baca paper hari ni pasal statistik orang bujang berumur 25 tahun ke atas kat Msia ni, kenapa tak kawin2 lagi. Yang lelaki faktor utamanya adalah kekangan kewangan. Yang pempuan banyaknya sebab takde calon sesuai. pastu ada lah faktor lain macam kerjaya, dah selesa hidup bujang dan faktor keluarga.

Tak dinafikan memang semua faktor tu betul. Sapa tak nak kawen kan..kalau tak de halangan semua pun nak kawen dan hidup bahagia bersama suami/isteri dan anak2.

Cuma nak luahkan kegusaran sikit pasal faktor2 penyumbang statistik ni je sikit especially bab kewangan tu. memang kalau kita tengok sekarang ni belanja perkahwinan boleh dapat sebijik kereta! Kita mulakan dengan hantaran kahwin koman2 pun sekarang ni RM10K...sepuluh ribu ringgit okay!, campur pulak dengan barang2 hantaran yang boleh menjulingkan biji mata yang melihat, dengan persediaan baju, pelamin, katering, cenderahati dan sebagainya lah..memang menyesakkan poket!

Budak2 baru grad umur 23 kot eh..dapat kerja starting dalam RM3K lah katakan..pastu nak bayar hutang belajar, nak beli kereta, nak bagi mak ayah, sewa rumah, makan/minum, minyak kereta, simpanan bla bla..tingal seposen bila ujung bulan. Waduhhh..berapa tahun baru dapat kumpul duit hantaran? Baru duit hantaran, belum lagi kenduri kendara kan....pulak tu tekanan kiri kanan untuk wedding of the year..wahhhh terus sign personal loan!

Kahwin plak feeling2 artis, semua nak yang ngetop! ya ongkosnya pun ngetop jugak lah..permintaan keluarga pun mengarut2 gak..taknak kalah ngan wedding anak cikjah kampung sebelah.

Aku sampai terpikir kebanyakan majlis perkahwinan sekarang ni banyak membazir. Banyak perbelanjaan yang sebenarnya tak perlu pun dibuat sebab nak nampak gah. Seronok majlis sehari, orang puji2 lebih2 pun seminggu dua tapi yang menanggung susah, menanggung kos tetaplah pengantin dan family kan. Esok2 anak dah berderet utang tak selesai lagi pastu gaduh laki bini ungkit itu ini..sendiri yang susah. Orang lain tengok je la..

Majlis yang WAJIB iaitu MAJLIS AKAD NIKAH dah jadi majlis tempelan je sekarang  ni. Highlightnya majlis bersanding tu lah. Walhal majlis akad nikah tu la yang pentingnya kan.

Apa salah dipermudahkan urusan perkahwinan tu. Kalau urusan rumahtangga pun senak, masak air pun hangit, mesin basuh ngan peti sejuk pun tak boleh beza tak payah la letak sampai 10K..kalau pelamin ciksenah mak andam pun sama cantik ngan pelamin wedding planner tersohor, guna je la ciksenah. Kalau kemampuan tu pakai beg carlo rino takpayah la berpinjam duit sebab nak beg LV. Kalau sememangnya mampu tak salah pun..bukan lah kata suruh ala kadar sangat tapi ukurlah baju dibadan sendiri. Kalau dah ketahap membebankan tu tak patut lah.

Mak ayah pun permudahkanlah urusan perkahwinan anak2. Kalau nampak anak2 dah gatal gelenyar nak berlaki berbini tu bagi la green light. Untuk elak perkara maksiat kan.

Yang pasal takde calon sesuai tu pun aku agak setuju jugak. Lelaki dah tak ramai. Jantan banyak. Perempuan dah tak ramai, betina banyak. Tapi kalau jantan dapat betina tu sesuai..melungkup dua2 sekali. Tapi kalau sendiri tak usaha cari calon mana nak jumpanya..pempuan sekarang pulak ramai berjawatan tinggi, takut lelaki nak dekat hihi..berkawan lah, bila dah berkawan tu tapis2 lah untuk jadikan calon. Sbg contoh dah tau laki orang jangan layan, dah tau minah tu perangai agak huduh, cari la lain. Main rembat je pun tak boleh kan..bukan macam pilih ikan kat pasar. Eh pilih ikan pun susah tau!

Perkahwinan ni kan sunnah RasulAllah..tapi perlu la kena pada caranya..permudahkan urusan perkahwinan bila dah dapat calon terbaik, dah dapat restu keluarga..biarlah perkahwinan tu dimulakan dengan berkat bukan beban hutang..

Wah...dah macam ustajah!



Tuesday, May 08, 2012

TERKEJAR-KEJAR

Maka bermula episod terkejar-kejar dipagi hari dan dimalam hari seminggu ni sebab abang pegi Jelajah Malaysia. Alaaahhhh macam tak biasa haha..so macam biasa jugak bila abang takde ni aku akan masukkan terus semua beg sebelah malam. Kecuali handbag ngan coolerbag susu Qiqi la. Petang balik kerja terus cuci baju, sambil tu memasak, lepas solat maghrib makan, layan bebudak buat homework, tidurkan Qiqi dan lepas tu sediakan keperluan hari esoknya dan sidai baju pulak. Lepas tu solat isyak dan tidur lah. Ulang sampai abang balik.

Sebab biasanya aku buat bekalan utk abang ngan kakak ke sekolah mereka mcm pelik kalau takde bekal. Jadi sebab kan aku terkejar2 kan..minggu ni aksi menapau akan dilakukan. Biasanya aku bawa bekas kosong pastu singgah kat memana gerai dan tapau la apa2 bebudak nak. Isi je dlam bekas yang aku bawak tu. Simple. Kang dalam polisterin hancur plak, kuih dalam plastik kang penyek plak. Jadi baiklah bawa bekas sendiri disamping usaha green the earth. Kengkunun nampak la aku ni ibu mithali hahaha..ok tak kelakar. At least ada gak effort aku utk bekalkan anak makanan.


ON BREASTFEEDING AND PREGNANCY

Ok..biasa kan kalau kita pregnant dan masa tu kita tengah menyusukan anak, orang akan suruh kita berhenti menyusukan anak tu. Bila kita tanya orang tu akan kata tak elok. bila kita tanya apsal tak elok, dia tak boleh jawab (padahal orang tu tak pernah menyusukan anak pun..oh apakah!!)

Sebenarnya penyusuan masa mengandung boleh je dilakukan dengan syarat ibu sihat, mampu dari segi fizikal dan mental sebab ibu perlukan nutrient untuk support 3 orang iaitu ibu, abak dan kandungan.

Kegusarannya adalah kerana bila penyusuan, ada contraction pada rahim disebabkan pengeluaran hormon oksitosin. Ramai pada kita tak tau yang hormon oksitosin ini juga dirembeskan, malah lebih banyak!!! semasa kita 'bersama' suami dan kita pun tak stop 'bersama' suami semasa mengandung kan? Ye la..aktiviti gembira..hormon gembira tentu lebih banyak hahahaha...Jadi ini bermakna tak perlu ada kerisauan jika kita nak terus menyusukan anak walaupun semasa mengandung. Cuma ianya bergantung juga kepada keadaan ibu lah ya..ketahui tahap kesihatan dan kemampuan.

Semasa kandungan semakin membesar, kebanyakan ibu akan mengalami kekurangan susu. ini lumrah sebab badan sedang bersedia untuk anak dalam kandungan jadi hormon prolaktin yang menghasilkan susu dah tak jadi suara majoriti. Study juga menunjukkan kandungan susu ibu yang mengandung ada lebih sodium, jadi rasanya agak masin. Jadi mungkin anak akan wean of sendiri sedap susu dah tak sedap agaknya.

Pengalaman aku sendiri. Aku masih menyusukan anak2 sehingga kandungan mencecah 4-5 bulan. Lepas tu mereka sendiri tak nak. Walaubagaimanapun umur mereka masa tu dah dalam peringkat wean of pun sebab dah lebih 2 tahun. Aku tak offer tapi kalau mereka nak aku bagi je. takkan nak berhentikan cold turkey plak. Kesiannn...

So disini lah pentingnya pengurusan stok ebm. Dalm masa peralihan anak utk berhenti menyusu badan ni, stok ebm adalah sangat membantu. Aku selang selikan sbm dengan pediasure untuk biasakan mereka dengan rasa susu lain. Try fresh milk tapi bolayan..so dalam sebulan dua tu stok ebm adalah mencukupi untuk cater keperluan anak2. Ini pengalaman aku lah..

Jadi makngah adalah tutup operasi Breastaurant selama beberapa bulan je sebelum sambung operasi dengan pelanggan lain pulak. Tapi pelanggan lama tak nak sambung langganan...takpe dah lebih 2 tahun pun kan.

Ada juga ibu yang teruskan penyusuan dua anak selepas bersalin (tandem nursing). Kalau anak sebelum tu bawah 2 tahun sangat digalakkan walaupun nutrient susu ibu adalah untuk cater si adik. Tak jadi masalah. Susu ibu is always the best!

Friday, May 04, 2012

KENANGAN INDAH

Ok please turn on your love mode! Coz mine is on hahaha

Tadi lunch ngan abang, dia pun nak ke Dungun ada mountainbike race esok. Pastu lusa dia akan ke Jelajah Malaysia sampai 14 Mei. Lunch sekali ngan 2 komisar baru yg join esok gak..

So sambil makan nasi beriani, borak la pasal sejarah2 join race basikal bagai..and out of the blue abang bukak cerita pasal how we met hahaha

" Aku pun jatuh cinta pandang pertama ngan mek aku ni masa race ni la...tak tunggu dah...lepas le tour de langkawi thn 2001 tu aku pinang terus" *sambil pegang tangan aku*

Well..a confession like that from a husband infront of his friends is a melody to our ears kan....

Oh suka nak mention, bulan ni wedding anniversary lah...baru 10 tahun...harap our plan materialise lah insyaAllah....

Sent from Yahoo! Mail on Android

ADNEEN HUMAIRA IS 5 YEARS OLD

28 April 2007..pukul 5.30 pagi aku rasa tak selesa, sakit pinggang dan ada contraction. Kejutkan emak, sama2 timing contraction sambil borak2. Pukul 6.30 aku kejutkan abang, dia pulak yang melompat dari katil. Bersiap dan terus ke hospital. Laju sungguh abang drive. Risau pulak nanti semua masuk ward. Sampai hospital, urusan itu ini, cek jalan bagai, sempat pulak masuk wad. Tapi ada la dalam setengah jam duduk kat ward tu aku rasa urge to push dan ada darah sikit. Panggil nurse, she checked and I was 8cm dilated. was rushed to dewan bersalin. Air ketuban masih intact. As soon as doktor pecahkan ketuban, and a push, Adneen Humaira selamat dilahirkan pada jam 8.50 pagi. Aku teringat abang cakap "baru nak isap rokok nurse dah panggil cakap ayang dah bersalin..tak sempat nak rasa suspen"

Bermula lah episod baru aku sebagai ibu untuk kali kedua dengan anak perempuan. Alhamdulillah dikurniakan sepasang cahaya mata. Adneen lahir seberat 3.4kg..botak je kepala dia kan..

Anak ini melengkapkan nikmat hidup aku sebagai seorang ibu dan juga kelangsungan usaha aku untuk meneruskan breastfeeding. Anak inu juga seperti abangnya, membesar hanya dengan susu ibu.

Anak ini membesar dalam rahim aku tanpa ayah disisi, dia juga membesar sehingga umurnya 3 tahun tanpa ayah disisi. Cuma berpeluang berjumpa ayah pada hujung2 minggu. Tapi anak ini juga si manja ayahnya..sejuk kata orang kan...makin manja lepas kami sekeluarga berpindah ke sini. Ya..anak itu pengikat kasih kan..

Semakin besar, semakin keletah..emak kata Adneen ni cerminan aku masa kecil. Saling tak ubah..Sekarang memang aku nampak kebenaran kata-kata emak. oh harap dia cuma cerminan aku yang baik..yang buruk tu biar lah aku saja.

Adneen bahasakan diri sebagai Kakak..ye..dia adalah kakak yang garang. tapi sangat penyayang. macam aku juga? Dia juga sangat determine dengan prinsip dan kehendaknya..macam aku juga?


Jika aku dalam kesedihan, kakak tak pujuk aku seperti abangnya, dia cuma akan cakap "sapa la buat ibu ni ye? nak kena ngan kakak ke? Ya..Kakak lebih agresif berbanding abang walaupun gegirl. Untung aku ada serikandi kecil yang sungguh2 pertahankan ibunya ni.

Kakak ni talkative, mudah mesra dengan sesiapa saja yang dia jumpa. Dan dia berani suarakan pendapat dia. Biasa saja kalau dia cakap "ibu ni garang macam kak ros lah" ye..menurun ke kamu lah nak...

Umurnya 3 tahun 6 bulan kakak benar-benar bergelar kakak. sangat penyayang, sangat sabar memujuk adik, cuma kakak cakap "ibu kenapa baby ada bird mcm abang..takde flower mcm kakak, sedih la camni" nanti lah nak..ibu usahakan baby flower untuk kakak ya..



Tahun ini..kakak dah 5 tahun. dah big girl..kakak dah boleh solat pun ikut ibu. Tiap2 malam tugas kakak baca doa tidur kuat2. Abang dan adik tolong aminkan..

Ibu minta maaf tahun ni masih tak sambut birthday kakak sebab nenek tengah sakit. Nanti kita sambut ok. Kita jemput kawan2 kakak.

Ibu bersyukur sebab Allah pilih ibu untuk jadi ibu pada kakak. Kakak adalah hadiah yang tak ternilai yang pernah ibu dapat. Ibu doakan kakak sentiasa dalam rahmat Allah. Sempena birthday kakak ni, Ibu doa semoga Allah beri Ibu kesihatan dan kekuatan untuk terus membesarkan kakak, memberi pelajaran pada kakak. Supaya kakak menjadi umat Muhammad yang boleh berjasa pada ibu dan ayah, pada masyarakat, dan kakak dapat doakan kesejahteraan ibu dan ayah bila kami dah tiada nanti..

Happy 5th birthday Kakak..

Ibu love you so much dear...