Thursday, November 08, 2012

RV OH RV

Masih berkisar pasal amateur baker...aku lah tu haha..

Tadi siapkan tempahan 2 kawan sekerja. Sorang nak wholecake utk bg kat baby sitters kat taska pastu sorang lagi nak 12 cuppies utk anak dia. 

Boring la plak asik tabur crumbs..kali ni letak rama2 plak lah..


Sent from Samsung Galaxy Note

Wednesday, November 07, 2012

MENYAPU SAWANG

Wah!!! sebulan tak update blog. nak kata sibuk ye memang sibuk. Takde cerita pun ye..malas pun ye jugak. Well.. kengkadang rasa malas tu datang dan aku pun layan..blog berabuk.

Rasanya aku enjoy sangat baking semanjak 2 menjak ni. Sebab bisnes kecik2 pun ye dan sebab aku rasa mcm therapy pun ye.. tengok proses menjadikan tepung mentega dan gula jadi sesuatu yang sedap dan cantik dan ramai enjoy makan. Itu adalah kepuasan. lebih puas dari dapat beg baru *eh beli beg ke? haha..

Sila lah layan gambar hasil keras tangan kat dapur ni.. amatur tapi ada aku kesah! Yang penting rasa mau sedap!
Ini redvelved belum letak topping ngan choc walnut brownies

Pai epal yang anak dara rekues

Choc Moist dengan choc ganache utk raya haji

Kek Karamel. Yang ni Cekna tempah

Red velvet cuppies pun cekna tempah..dengar2 10 biji dah lepas ke UK!

Choc walnut brownies..yang ni member kat temerloh tempah

Ok.. esok boleh cerita pasal perkembangan renovation rumah plak. Apa? blom siap?

Iya belum siap.. camni lah bajet sendu.. buat slow2 kekdahnya..

Monday, October 15, 2012

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD NADZHAN RIEFQI


Hari ni ulangtahun kedua kelahiran Qiqi. Sekejap sangat masa berlalu dah 2 tahun usia Qiqi.

Hari ini juga genap 2 tahun Qiqi disusukan dengan susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah..Allah beri peluang dan kekuatan pada ibu untuk menyusukan Qiqi selama ini.

Ibu berdoa agar Allah beri ibu kesihatan yg baik supaya ibu boleh terus membesarkan dan memberikan didikan yang sempurna kepada Qiqi insyaAllah..

Ibu sayang Qiqi..permata hati ayah dan ibu..

Sent from Yahoo! Mail on Android

Sunday, October 14, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Bertambah setahun usia..Alhamdulillah..

Ucapan selamat hari lahir dan ciuman sayang dari suami dan anak-anak yang diterima detik 12.00tgh malam tadi adalah hadiah paling berharga untuk aku...

Tahun ini double celebration..tapi itu entry yang lain akan diceritakan..

Sekarang mahu menyambut hari bahagia bersama orang tersayang.


Sent from Samsung Galaxy Note

Tuesday, October 09, 2012

INGATLAH...

Ketiadaan perkataan untuk menggambarkan betapa jeliknya perilaku sesetengah dari kita..

Ingatlah...jangan nanti perilaku itu diwarisi anak atau diri sendiri memgalami apa yang diperbuat pada orang..

Allah itu maha melihat..maha mengetahui..dan Dia sentiasa berada di pihak yang benar.

Sampai bila mahu menongkat langit? Takkan kemana perginya.. Cukup2 lah dosa2 yang telah dilakukan. Bertaubatlah sementara masih ada peluang...


Sent from Samsung Galaxy Note