Sabtu lepas lepas kerja aku naik bas ke Temerloh. Terima kasih encik driver, turunkan aku kat R&R Temerloh. Abang dah tunggu. We headed to Seri Malaysia Temerloh. Being a budget hotel, the facilities can do lah.. cuma lantai tak berkarpet ngan bunyi kat luar kedengaran jelas. Mujurnya ada government rate eheh. Lepas 4 tahun aku reside kat Pahang, tu lah kali pertama actually masuk bandar Temerloh. Lepas check-in, pi makan, pi jumpa urusetia kejohanan dan pi tido. Esoknya tuh abang terlibat ngan Mountain Bike Challenge, kejohanan tertutup Pahang jer.
Semalam sehari suntuk di Tasik Chantin. Hujan sebelah pagi buat semua menggeleng kepala tengok trek perlumbaan. Licin sungguh. Masa race pun kebanyakan pelumba menarik, menyorong dan mengangkat basikal. Aku tukang buat result seperti biasa. Oh.... semalam jugak birthday abang yang ke 31. Tua sudah laki aku hahahaha.. cuma belikan sehelai faded jeans. Aku insan yang masih tak berduit.
Sebelah petang bertolak balik ke Klang. Aku drive all the way. Kesian kat baby besar aku, kepenatan sehari mengadili perlumbaan. Pulak tuh jem lepas terowong Genting Sempah sebab pembaikan jalan, menggeletar lutut menahan clutch. Takper, sekali sekala. badan jer dalam kereta, otak aku dah kat rumah emak, dah mengingat baby kecik aku. Sampai rumah pukul 6 petang, teruna aku tido plak....
Itulah cerita hari-ini-aku-buat-apa sepanjang ujung minggu.
Terunaku sayang
Esok 3 Mac. Teruna aku akan genap setahun ikut tahun masihi, teknikalnya ler. Kena tunggu 3 tahun lagi nak celebrate birthday. Dia dah pandai berjalan. Aku pulak terlebih eksaited. Biasalah first time mum kan. Pulak tuh teruna aku duduk ngan neneknya, sekali seminggu aku tengok, sekali nampak dah berjalan ke arah aku.. pricelesssss
Kerjaku sayang?
Pagi tadi ada Majlis Perutusan dan Penyampaian Amanat Ketua Pengarah. Aku pergi tadah telinga pastu balik. Ingat nak pi jamuan ringan, hampeh... ramainya umat.
Pengarah minta buat powerpoint presentation untuk meeting esok. Hmmmm bila nak study? bila nak carik point? bila nak scan data? bila nak susun data? nak esok? banyak aku menyungut, patutnya nak berblogpun tak de masa kan :D
Aku dah dapat jiran. Tak ler rasa cam dok 8 orang dalam gua.
Monday, February 28, 2005
Friday, February 25, 2005
Benda Senang
Kenapa banyak sangat benda senang yang kita susah sangat nak buat. Kalau aku senaraikan mungkin haus jejari aku menekan kibod.
Susah sangat ke nak UCAP TERIMA KASIH?
Susah sangat ke nak UCAP BOLEH TOLONG SAYA?
Lagi sekali aku tanya, susah sangat ke?
Kalau dah mengaku diri tuh professional, bertaraf pegawai maka please behave like one. PLEASE....
Memang tak kenyang kalau orang berterima kasih pada kita, memang tak bertambah jumlah dalam akaun, tapi sekurang-kurangnya bertambah senyuman, bertamabah motivasi untuk buat yang lebih baik. Kalau camnilah berterusan, sampai bila pun Takkan berjaya kempen nilai murni tuh.
Ok aku dah luahkan rasa terbuku di hati. *humming*
Start petang nih dataran putra tutup sbb malam esok ada Fund Fair artis menda ntah utk mangsa tsunami. Aku maleh nak pegi. Esok nak ke Mentakab. Punya lama aku tak naik public transport, esok boleh masuk diari 2005.

Tuesday, February 22, 2005
Cuti-cuti Angah
Hujung minggu yang best. Kebetulan abanga da di Kl untuk Lumba Basikal KL Carnival sempena Hari Wilayah. Aku amik kesempatan bercuti semalam sementara abang ada nih.
Malam Ahad kami sekeluarga buat majlis sambut hari lahir Arief. Tak jemput tetamu pun, pakcik makcik dan sepupu sepapat Arief aje. Yang paling best, kawan seperchattingan aku, Ana datang bersama suami dan si comel Alya. Dari Keramat bertandang ke Klang memeriahkan majlis. Alya cuma muda 10 hari jer daripada Arief. Ada harapan jadi menantu aku eheh. Sampai sesat2 Ana dan suaminya mencari rumah aku. Kalu tak jumpa maunya tido hotel. Nanti aku uploadkan gambar2 di sini.
Abang cengkelat kejap dari race sambut hari lahir Arief, pehtu bergegas semula ke KL. Tak kisahlah kan.
Hari Ahad aku berjalan2 carik pasal ke Pantai Remis, Kuala Selangor. nak dibandingkan ngan jujuran pantai kat Kuantan mmg tak boleh sebab sebelah sini pantainya berlumpur tapi scenery memang cantik. Seperti biasa tak sah kalau tak buat anak jadi model. Teruna aku nih plak mesra alam, habis di babainya akak2, makcik2 yang ada kat situ. Diorang pun pakat2 gelak ke dia. Aku nak ngambik gambo dia, dia plak dok sebuk perati teritip ngan umang2. very observative... very good. Pakcik aku... sebuk mengira layang2 tersangkut kat pokok ru. Tapi yang tak best.. ada jugak hamba Allah yang tak tau malu dok ber'tenet' celah pokok, celah batu.. tak hirau orang lalu lalang. Anak sapalah agaknya....buat malu mak bapak jer. Kalo dah kemaruk sangat baik kawen jerlah.
Semalam family outing.. bawak anak jenjalan, sebelah petang abang balik Kuantan ngan bestpren dia. Sungguh tak best perasaan masa tuh. Bilaaaaaaaaaaaaalah aku nak dapat balik state nih?

Thursday, February 17, 2005
Anak Ibu...
Tahniah pada Rudy dan Insyirah atas kelahiran putera sulung mereka. Dan seperti biasa... ucapkanlah selamat datang pada kehadirannya dan selamat tinggal pada tidur yang nyenyak untuk 2 tahun akan datang, at least..
Arief anak ibu..
Hari ini 17 February bersamaan 8 Muharram, Muhammad Mifdzal Arief bin Mazlan dah genap setahun (ikut tahun Hijrah). Memandangkan anak aku takde birthday tahun ni kalau ikut tahun Masihi, aku akan meraikan ulang tahun kelahirannya ikut tahun Hijrah sahaja. Sayang anak ibu.
Dalam masa setahun jadi ibu ni banyak suka duka aku alami, sakit bersalin itu lumrah, kalau ditanya bagaimana sakitnya sampai sekarang aku pun tak dapat nak jawab. Memang sakit. Dan sekarang aku faham perasaan ibu bapa yang hatinya disakiti anak2.
Membesarkan seorang bayi sendiri, tanpa pertolongan ibu yang berpengalaman menjadikan aku lebih sabar, dan miraclenya, perjalanan hidup aku, jadual hidup aku lebih tersusun.. penat itu jangan cakaplah. Tapi betul kata mereka, penat camnepun akan hilang bila dapat menatap wajah anak.
Demam, sakit pening anak kecil memang memeritkan. Bayi cuma tahu menangis kan, sedaya upaya aku cuba cater to his needs. Alhamdulillah. Tak pernah Arief didatangi penyakit yang teruk, demam atau selesema tuh perkara biasa.
Kalau ada perkara yang paling membahagiakan aku pastinya sebab aku berjaya eksclusively breastfed Arief lebih 10 bulan. Baru2 nih lepas aku dapat kerja baru dan Arief dok jauh ngan nenek dia, aku terpaksa beri formula juga pada dia. Memang agak susah sebab dia tak nak terima.. lama2 alhamdulillah bolehlah walau intake sehari tu tak banyak mana. Aku masih supply EBM, aku masih menyusukan dia bila balik 2 kali seminggu ke Klang. Arief pun masih mahu susu ibu. Pandai anak ibu...
Bulan ni genap setahun aku bergelar ibu, satu perasaan yang amat manis. Teruna aku pun dah pandai bertatih setapak dua... what more could I ask? I feel blessed to be able to experience motherhood.
Arief sayang, ibu sentiasa berdoa agar Arief jadi insan yang berguna bila besar nanti. Ibu sentiasa berdoa agar Arief jadi anak yang soleh bila besar nanti, yang boleh mendoakan kesejahteraan ayah dan ibu di'sana' nanti.
Apa? Adik Arief... nanti dulu, biar Arief puas bermanja dengan ibunya....

Wednesday, February 16, 2005
hantam sajalah
Aku bagi satu pendapat hari ni kat satu Yahoo Group.. teruk aku kena hentam ngan member2 dalam tuh, yang jenis umur tua perangai bebudak.. aku cukup terhibur hahahahaha... it's interesting to see how people can react to an opinion.. hantam sajalah labu.. aku tak cedera pun. Salah aku jugak kot, mind set aku tak sama ngan depa...
Subscribe to:
Posts (Atom)