Sunday, November 30, 2008

Esok Peksa Wehhhh

Perlumbaan tamat tengahari tadi terus kami ke Shah Alam sebab ada kenduri sket kat rumah penceramah. Orang nak bagi makan free kan.. rezeki jangan tolak beb...

Overall aku rasa perjalanan race ok. Hari ni aku banyak buat synchronization maklumat antara sekretariat dan komisar-komisar lain ngan pengurusan dokumen. Macam berterabur jadi sebab aku kan buat pengurusan kan... guna la pengalaman untuk senangkan penghasilan result yang lebih sistematik...Kalau semalam aku banyak atas trek, hari ni aku banyak duduk dalam kabin sekretariat.

Nak ngambik gambo pun tak sempat walaupun angan-angan aku nak snap gambar. Memang tak sempat...kang nampak tak serius buat kerja plak kan... aku kan ketua komisar ehehehe kena jaga disiplin....

Ni aku ngan Sharon kat kabin sekretariat. Dia bertugas sebagai towkay result. Dia ni terlibat secara langsung ngan Le Tour De Langkawi. Boleh la aku bodek dia kalau nak ikut bukan sebagai komisar kan...
Dari kiri Azura (corner judge), Nadia (time keeper), Aku (ketua komisar) ngan Maslina(judge). Nadia ni macam Sharon... dia towkey Logistik kat Le Tour De Langkawi. Azura baru abis belajar dan Maslina ni kerja ngan PKBM. Aku akan bodek Maslina untuk pergi duty sekali ngan hubby aku...

Kami kena pakai t-shirt MILO huhuhu... terasa yang amat la macam budak sekolah....takper la... belasah jek ..

Esok exam.... Ya Allah...terangkanlah hati dan fikiranku untuk menjawab dengan tenang. Aminnnn

Saturday, November 29, 2008

Gelapnya Aku!!!

Hari ni mula praktikal kat acara trek. Aku ditugaskan sebagai Chief Commissaire (ketua komisar) untuk Kejohanan Lumba Basikal Remaja Sport Excel Sirkit 3. Aku menepek kat Chief yang betul la...at certain point of time in the race aku buat jugak keputusan. Acara pun aku pinda atas sebab-sebab tertentu. Petang hujan jadi sambung esok la...

Tapi panas yang amat la kat Velodrome Cheras tuh!!! hitam aku nih ha!! takper.....ilmu punya pasal..macam la aku ni putih pun kan ehehe... rata2 aku kenal... Mahadzir Hamad ngan Shahruneza Razali ada bawak team memasing. Daud Ibrahim, Rosman Alwi pun ada... Zahrah Anuawar, adik Haidar Le Tua pun ada... tak la aku terbangak2 tak kenal sapa2 kan...

Tapi aku kontrol laaaaa... aku kan ketua komisar hehehehe

Banyak benda aku belajar. Dalam buku, ikut abang, tengok TV memang tak sama ngan bila dah kena bertugas. Walaupun cuma praktikal, seboleh mampu aku nak buat bebetul. Ada peluang aku nak pegi ke peringkat antarabangsa. Kat Malaysia ni cuma ada 2 orang je komisar wanita antarabangsa.

Lepas ni jugak boleh la aku ikut abang pergi race sebangai official jugak. Jimat tau duit penganjur sebab dah jimat 1 bilik ehehehe... yang terdekat untuk aku buat praktikal kedua ialah road race piala tengku mahkota kat pahang.

Ada yang tanya aku kenapa nak sangat jadi komisar lumba basikal. Aku bukannya rider dulu. Jawapan aku mudah....inilah satu cara untuk aku ngan abang spend time together without anak2. Omputih kata if you cannot fight them you join them... lagi satu appraisal tahunan aku boleh la up sikit sebab ada keterlibatan di peringkat kebangsaan. Nampak la multi tasking kan...

Ada pulak yang cakap aku ni asyik la nak bertepek ngan laki. Aku pun jawab.... aku nak bertepek ke, nak melekat ke dah sah2 dia tu laki aku.... yang betepek siang malam bukan laki bini, yang anak dara bertepek ngan laki orang, yang bini orang betepek ngan laki orang tu semer tak tegur plak..... daripada orang lain amik kesempatan betepek ngan laki aku... baik la aku yang betepek ye tak? hahahahahaha

Angah!!!!!! pi study!!!!!

Thursday, November 27, 2008

Bakal Komisar?

Ni hari ketiga aku berkursus untuk jadi komisar. So far aku ok jer sebab dah biasa ikut kejohanan. Road race aku ok masuk trek macam confuse. Harap2 lulus la....

Esok start praktikal kat Cheras 3 hari. Belasah jek la mana yang boleh. Isnin ada ujian bertulis ngan lisan. Lepas tu aku kena hadir praktikal 4 kali kejohanan, 2 trek dan 2 road untuk dapat sijil penuh komisar. Boleh cengkelat kot ek.... bawak cikgu tuition sekali bertugas ehehe...

Ni bertenet guna ID ngan password student UPM yang sangat baik hati. Thanx dik...nanti akak belanja makan..

Sekali sekala tinggalkan kerja pejabat best jugak kan... release tension sket. Tapi balik pejabat esok masak la aku setel dokumen atas meja tuh.... harap la tak melimpah sampai bawah meja....

Friday, November 21, 2008

TIADA TAJUK?

Aku tak tau nak update apa... hidup aku sangat rutin..
CAY 8386
Ok la.. Fiat Marea aku dalam bengkel tengah tukar enjin. Dah tahun ke 7 aku pakai kereta nih. memang takde masalah langsung. Bila jangka hayat enjin dah rasa macam nak expired, daripada aku buat overhaul baik la tukau terus. Beza harga pun tak banyak. Jadi Marea aku tu dah dapat enjin Alfa Romeo 2.0 Twin spark. Sekali ngan tukar brake drum belakang jadi disk pastu tukau cermin depan yang dah crack (kan garaj runtuh atas kereta aku 2 tahun lepas). Sebagai bonus.. tukar kaler kereta terus. CAY 8386 aku akan pakai kaler dark blue.
Jangan tanya pocket damage aku...sebab aku nak tulis ehehehe... total cost tak sampai 10k pun sebab bengkel enjin tu bengkel best friend dan bengkel cat tu sendiri punya ahahahaha...so kuar modal barang sajer la.. upah member tukar enjin pun sap sap sui jek...
Kursus Kepengadilan (Komisar)
Mcm yang aku cakap aku akan hadiri kursus ni minggu depan. Big Boss pun dah approved cuti. MSN hantar permohonan cuti tanpa rekod tapi sebab kursus tak berkaitan ngan bidang kerja maka Big Boss kata....... pastikan takde pending work dan ambil cuti tahun kalau cukup. Kedua-duanya beres. Lagipun tempat kursus masih dalam kawasan jajahan takluk... no problem kalau ada keperluan mendesak pun.
Expectation sangat tinggi la... reason being hubby aku pun a komisar himself. Cikgu tuition yang sangat strict ok! Takper bang.... lin buat sungguh2 ek....
Kayuhan Sangap
Kayuhan aku minggu ni sangat sangap sebab petang asyik hujan dan kerja aku banyak kat pejabat. Kan Big Boss takmo pending work kan... jadi kayuh atas trainer jer la. Sangat boring! Kanak2 ribena plak bekelintau keliling kaki, kang sekejap nak susu, sekejap nak mandi, sekejap nak segala macam benda. Tapi aku tau... anak2 aku nak perhatian sebenarnya. Dah kerja sehari suntuk, balik umah kelek basikal... mau tak hangen ehehehe....Tapi sebab coach aku sangat strict maka tak boleh ponteng. Dalam pada tu aku pikir jugak... bukannya aku nak wakil Malaysia ke hapa kan! Then again very important kalau aku nak ikut hubby main off road, climb bukit bagai... tak kang satu hal plak menyeret aku kuar hutan tu semer.
Mainan Baru
Angah sekarang tak sama ngan Angah yang dulu. Angah sekarang adalah pemilik HTC Diamond Touch Pro. Tak tau apa bendanya... sila la berhubung dengan encik gugel. Sangat teruja dapat mainan ni sebab dah lama mengidam.... ini pun hadiah pada diri sendiri sebab dah bekerja dengan jayanya... bought it with hard earned money beb...
Dalam pada tak tau nak update apa... berjela gak ek...

Thursday, November 20, 2008

FUN RIDE SEMUJI-SUNGAI LEMBING

For all mountain bikers... jom join next year....