Friday, January 29, 2010

WEEKEND PLAN

Adik beradik ipar aku ajak ke Gambang Water Park esok. Sesi hooray2 macam 2 minggu sudah. Aku tak dapat nak join sebab anak dara aku masih batuk dan selsema. Lagi pun dah plan nak pegi Sungai Lembing esok sbb abang nak buat final inspection untuk trek dan test trek sekali. Aku ngan anak2 boleh jugak lepak kat anak sungai kat situ. One with nature katanya.

Adik aku pun ada sekali. Ye la sekarang ni budak sekolah yang duduk asrama kana balik rumah hujung minggu. Seronok la anak2 aku. Aku pun tumpang seronok sbb ada baby sitter hahaha

Ahad ada Mountainbike Race kat Trek Taman Bandar, Indera Mahkota. Aku mungkin pergi buat lap scoring ngan result. Tolong kawan-kawan. Ya.. aku bukan sahaja pandai berkayuh, aku jugak boleh mengadili perlumbaan (sesi self promo haha)

Aku tengah tunggu satu benda. Hujung minggu depan baru dapat keputusan. Tak sabar nih haha..

Thursday, January 28, 2010

ROMBONGAN

Hari ni tak macam biasa. Senang sungguh kejutkan Arief daripada tidur. Ye la member nak pegi rombongan Tadika. Untung kan, kecik2 dah dapat pegi rombongan. Ibunya ni dulu darjah 5 baru dapat pegi..ke Melaka.
Arief ikut rombongan Tadika ke Pameran Dinasour kat Yayasan Pahang. demand nak pakai kasut haha..sebelum ni takdenya nak pakai kasut.
Adneen macam biasa la, mesti muka sedih masa aku hantar pegi taska. Petang taknak balik plak. Sibuk main gelongsor ngan kawan kawan. Senang betul dia berkawan.
BERITA
Macam-macam cara akhbar tulis berita untuk pancing pembaca, untuk tingkatkan jualan kan. Kengkadang aku rasa macam tak patut pulak. Tak boleh la nak tulis kat sini contoh2 tajuk tu kan. Nanti kena saman fitnah plak hahaha. Ye la, blog sekarang bukan macam blog dulu..Zaman dulu2 tulis blog suka hati je, takde siapa ambil peduli pun sebab tak ramai tahu kewujudannya. Tak ramai tau betapa suatu hari nanti ia akan main peranan besar macam sekarang kan..
Baca entry Kak Pnut pasal lelaki menangis. Zaman sekarang ni air mata sapa pun dah susah nak percaya. Bab mintak maaf pun sama jugak. Minta maaf 8 juta kali tapi tetap buat salah yang sama. Maaf tak boleh pakai.. air mata pun tak bleh pakai.
Esok adik aku datang. Sekarangkan budak asrama kena balik ujung minggu. So rumah aku la yang paling dekat dengan Kuala Rompin tu. Bagus betul haha, pucuk dicita ulam mendatang. Kebetulan aku ada program ujung minggu ni. Boleh minta tolong dia babysit anak2 aku.
SOALAN
Camne aku nak yakinkan bos yang projek yang dicadangkan oleh satu agensi ni memang tak boleh berjaya, based pada projek yang sama sebelum tu la.
Situasinya camni. Bela ayam kampung 400 ekor. Lepas 3 bulan, 300 ekor dijual dengan harga RM1400. Kos makanan ayam selama 3 bulan tu RM1200. Maknanya pengusaha tu cuma untung RM200 saja. Kalau dibahagikan 3 bulan tak sampai RM100 pun kan. Tu baru kos nampak, kos sembunyinya lagi camne? Dengan tujuan asal untuk bantu tambah pendapatan, memang tak bertambah la pendapatannya kan.
Aku dah suarakan pada pegawai terlibat. Tapi jawabnya projek tu berjaya sebab cuma beberapa ekor je ayam yg mati. I was like...WHAT? Tujuan bela ayam tu sebab nak tengok daya tahan ayam ke nak tambah pendapatan orang kampung?
Alahai...

Wednesday, January 27, 2010

SELF PROMO

Tunggu kemunculan wajah-wajah ini dalam salah satu majalah sukan sempena Hari Wanita yang akan disambut... meks glem kejap noks...






Boleh la feeling2 artis kan...

Monday, January 25, 2010

SANDIWARA DUNIA

Cerita 1 :

"Saya tak pernah jumpa lelaki sebaik dia, saya selesa dengan dia, saya cintakan dia bla bla bla"

Very gullible kan. Cik Adik..kalau dia betul seorang lelaki yang baik, dia takkan buat camtu pada isterinya. Dan cik adik, kalau dia boleh buat camtu pada isterinya, tak mustahil dia boleh buat benda yang sama pada awak. Jangan sentap bila orang label awak sebagai pemusnah rumahtangga orang, perampas suami orang sebab memang itu yang telah awak lakukan..


Cerita 2

"Saya dah sah jadi isteri dia, saya tak peduli apa orang nak kata, saya kahwin ikut syarak, kalau saya matipun bukan mereka yang usung mayat saya"

Amboi...riak sungguh pernyataan kan. Hilang sudah imej islamik yang dibawa selama ni. Cik adik..tau ke nanti mati kat mana dalam keadaan bagaimana? Kalau mati dirumah takpe la, kalau mati eksiden kat highway? Mereka2 tu la yang akan uruskan mayat awak tau..


Cerita 3

Pasal seorang isteri (seorang guru) yang ditangkap basah bersama kekasih hati. Memang salah apa yang dibuat tu. Berlaku curang kepada suaminya. Cuma kenapa ceritanya sampai 2 page dalam paper semalam? Kenapa kisah suami orang yang ditangkap basah dengan awek (of course curang la kan) ada la 10 baris ayat je dalam paper.

Kesalahannya berbeza ke? Dosa dan balasannya lain ke?


Cerita 4

Pasal anak-anak buang bapak kat tepi jalan. Memang nak jadi tanggang moden derang ni semua. Tapi cuba kita lihat dari perspektif yang lain pulak. Kenapa anak2 ni sanggup buat camntu? Ada cerita lain disebaliknya ke?

Aku ingat satu kes bapa yang hidup merempat kat stor surau. Lepas disiasat rupanya si bapa ni meninggalkan isteri dan anak2 yang masa tu dalam lingkungan 5 tahun kebawah sebab ikut perempuan lain.

Ada sorang sahabat yang juga seorang penceramah bebas pernah cakap " Jangan terkejut kalau suatu masa nanti anak-anak derhaka pada kita, mungkin kita pernah derhaka pada anak-anak suatu masa dahulu"


Moral daripada cerita di atas ialah?

Thursday, January 21, 2010

RED TAPE

Aku cuti 2 hari sebab anak bujang ada appointment kat Klinik Ortopedik, lepas tu anak dara plak demam selsema. Kalau dah namanya ibu ni, cuti tahun memang habis sbb anak2 jer la.

Nak cerita pasal redtape yang dah sinonim dengan hospital kerajaan. Aku antara golongan yang setia ke hospital kerajaan sebab kos yang rendah (free pun haha..bawak GL jer) dan aku tengok peralatan/doktor/ubat-ubatan pun way better. CUma yang aku masih terkilan ialah sistem.

Ok aku bagi contoh masa anak aku kena x-ray. Lepas dah siap xray, bila aku tengok filem tu yang di x-ray ialah wrist bukan elbow. Aku bagitau tukang x-ray tu tapi dia kata kena refer doktor sbb order untuk wrist. Fine..lepas ambil nombor giliran (yang ni aku puji sebab cepat dan beri keutamaan utk kanak2) masuk la jumpa doktor. Dan doktor pun akui memang silap bg order. That means aku kena repear x-ray ok..

Pegi la balik tempat x-ray. Aku kena ambil nombor lagi! Masa tu 1025 dan nombor aku 1049! Logik yang aku fikir, kenapa aku kena ambil nombor lagi sedangkan yang silap tu bukan aku. Kerani kat situ kata dah prosedur kak...My point is simple, kita buat prosedur ke, prosedur buat kita. Kenapa takde pengecualian bagi kes2 tertentu?

Aku yang dah hangen jumpa balik doktor tu mintak cepat. Ye la.. kata rakyat didahulukan kan kan kan..memula macam reluctant tapi last2 dia pegi jugak cakap kat tukang x-ray tu. So dapat la buat terus.

Masuk balik bilik doktor, tak nampak plak ikut kedudukan yang doktor tu nak. Adoyai.. kena repeat lagi x-ray. Kali ni aku mintak doktor tu sendiri masuk bilik x-ray cakap kat tukang x-ray kedudukan camne dia nak. Aku kesian kat anak aku. Kali ni ambil nombor utk syarat prosedur je.. aku kan sangat persistent kan haha..

Kali ketiga masuk bilik doktor, lepas cerita sikit2 sejarah perubatan anak aku, kes dia terus direfer pada Pakar Kanak2, doktor Kamariah namanya. Such a nice doktor. Seems like tulang anak aku ada sikit masalah, masih tak allign betul lagi. Tapi kesan patah dah semakin sembuh.

So from there on, kes anak aku akan terus under her supervision. Dalam sebulan ni tengok dulu samada the bones will allign naturally. If not then another operation will be done to correct it la.

Aku doa jangan la sampai kena operation pulak. Aku doa biar tangan dia sembuh sepenuhnya. Ni aku suruh dia berlatih bengkok luruskan tangan. Aku perasa masa dia tidur tangannya dah boleh lurus. Bila jaga je dia takut2. Hope things will be fine lah ya..