Friday, March 25, 2011

HUJUNG MINGGU

Rasanya sekejap sangat masa berlalu sekarang ni. Alih2 dah Jumaat. Minggu depan ada 2 meeting peringkat negeri aku kena pegi wakil boss. Bersedia je la tadah telinga ya. Biasalah bila keje kat tempat yang bagi peruntukan dan buat projek nih. memang selalu kena bantai dalam meeting. Kang tak bagi langsung kang haaa..

Ahad ni aku nak pegi Kuala Rompin. Staff kat opis ni kawen. Makan angin la sekali sekala kan. Serabut jugak asyik terperuk kat rumah.

Oh esok nak kena spring clean rumah. Macam rumah tinggal pun ada aku rasa haha..kengkadang tu bukan sebab malas tapi sebab penat. Aku butakan mata je la..sehari dua kan. Aku pun nak rehat juga ye tak. Ada la cik anon yg cakap aku malas. Cakap la apa nak cakap. Malas2 aku pun kat rumah sendiri. Tak menumpang harta orang. Pandai sangat cakap aku malas, dah tu dia rajin sangat jagakan hak aku. Bangang! Sendiri mau ingat la..

Bulan ni dah start bayar CCT 8300. Tak la terasa sangat sebenarnya. Cuma kena selalu ingat jangan bertangguh, jangan tertunggak. Sebab harta sendiri dan guna sendiri ofcourse ingat la ye tak. Takde la mcm cik anon..harta orang dia yang bangga dapat naik. Double bangang! oh sebab dia ingat itu harta org yang ajak dia naik yang punya. Malammmm sikit!!

Aku memang tengah sentap! tak puas hati pegi repot polis.

Thursday, March 24, 2011

APA YA

Update stail Oren haha

Malam Ahad nan silam, teman seperjuangan dalam skim datang umah dengan suami dan anak2 dia. Aku sampai tak boleh recall bila last kami jumpa. yang pasti dah lebih 4 tahun sebab itu la first time aku bersua ngan anak2 dia.

Aku masak dinner simple. Gunai nenas ikan masin, ayam goreng dan sayur rebus. Pastu aku bake chocolate chips muffin. Bekalkan untuk ci comel Yasmin dan Izah.

Tak puas jumpa sekejap sangat. nanti la ada peluang boleh jumpa lagi. Sebelum dia ni fly ke Swiss lah.

.....................................................

Semalam result SPM keluar kan. Adik aku dapat 1 A, dan selebihnya B+ dan ada 1C juga. Haih leceh la nak menyebut result SPM sekarang ni. Zaman aku dulu. Pangkat 1 ***agregat. Senang kan.

So sekarang ni kena cari kursus yang bersesuaian dengan result dia lah. Minat kena tolak tepi kalau keputusan tak bersesuaian kan. yang penting pasaran kerja bila grad nanti.

.....................................................

Ahad lepas aku balik Klang sebab Isnin tu ada meeting kat HQ. Bawak Adneen dan Riefqi sekali. Arief aku tinggalkan ngan ayahnya. Bukan tak harap tapi Adneen ni kang malam mencari aku plak kang. Riefqi ofcourse la terlampau kecik. Pastu masih BF kan. Aku pun pergi ngan driver, jadi senang lah.

....................................................

Masih bertungkus lumus menyiapkan Laporan Kehadiran Mesyuarat sepanjang minggu lepas dan minggu ni. Adehhh..

....................................................

Ahad ni buat majlis birthday Arief. Sekalikan dengan 2 sepupu dia. Buat kat Mcdonald Telok Chempedak. Senang cerita kan. Sah2 bebudak dapat goodies haha...dasar ibu malas piang..

Friday, March 18, 2011

SEBOK

Huh aku sangat sebok! tiap hari ada meeting. Selasa ngan unit perumahan, semalam ngan Pejabat Daerah Kuantan, tadi ngan Pejabat daerah Temerloh, Isnin depan kat HQ, Selasa plak pelarasan soalan dewan..semua pun ada laporan, semua pun ada tindakan susulan..pensan! Sapa kata kerja gomen ni rilek meh sini aku seligi sorang2.

Esok kawan baik aku nak datang umah. Yeay! sebelum dia berangkat ke Switzerland sambung Master nih. Lama tak jumpa roomate aku masa kat DPA nih. Wah boleh start berangan holliday on ice kat Swiss nih haha..

Ada mulut longkang soal aku "apsal ko beli saga, kan gaji ko besau?" eh suka aku la nak beli apa, aku yang bayau. Aku nak beli saga ke, kancil ke, lori ke, bulldozer ke suka aku la..eleh aku tau kang kalau aku beli Alphard kang mulut longkang tu ckp plak "ala nak menunjuk gaji besau la tu beli keter besau" Oh pastu mulut longkang tu soal "apsal beli umah besau2 padahal family ko kecik?" Mulut aku kan PUAKA kan..aku jawab "eh gaji aku kan besau, kena la beli umah besau" SENYAPPPPPPP..bangang!

Oh..Riefqi bambam dah meniarap/telentang. Gusi atas bawah dah bengkak nak tumbuh gigi (huh sure sakit lps nih huhu) pegi klinik checkup 5 bulan. Semua ok. Cucuk pun tak demam. Masih exclusively breastfeed Alhamdulillah. Aku join Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu Daerah Kuantan. Sharing is caring kan..Next week kena bagi talk. Aku suka!!

Tuesday, March 15, 2011

BPA FREE BOTTLES

Baru nak kecoh2..aku dah mula guna tahun 2004 lagik. Sejak aku beranak pertama kali.

But then better late than never kan. Cuma persoalan aku kenapa tunggu sampai 2012. Sepatutnya tiada kompromi kalau dah pasti benda tu membahayakan.

Mungkin akan kedengaran sangat teruk dan tidak bertimbang rasa. Tapi pandai2 pengeluar la nak setel.

Then again benda ni pucuk pangkalnya pengguna. Kalau pengguna sedar dan ambil berat pasal benda ni, dah lama pengeluar botol yang guna BPA gulung tikar. Tapi macam biasa jugak..sikap takpe tu masih tebal. Selagi tak disogok dengan berita menakutkan berkaitan kesannya pada kanak2 takde la kesah.

Sama la dengan semua barangan pun. Kuasa pengguna main peranan.

Tapi siapa la aku untuk persoal pilihan masing-masing? Eh ada yang aku boleh persoal..yang tu next chapter..

KEMBALI BERAKSI

Seminggu lojing kat Klang sebab kena sepina mahkamah kes tanah tu la. Ni cerita kelakar seram. Apa la bengong aku tengok sepina tu tak teliti. Aku ingat cuma 8hb je. Jadi aku bawak cuma sehelai baju kurung. Baju anak2 pun cuma 4 pasang sorang sebab plan nak balik Kuantan terus hari Rabu tu. Sekali 8-11 Mac daaaa....menggagau aku! mujur ada lagi belen baju kurung kat rumah emak. Aku siap beli tudung baru 4 helai kat depan LHDN Jalan Duta tu. Lain kali baca betul2 ok!

Ramai tanya aku camne aku drive Kuantan-Klang dengan 3 anak. The youngest being 4 months old! Jawapan aku..aku dah mula drive dengan anak2 kecil sejak Adneen berusia 5 bulan. Masa tu Arief dah 3 tahun lebih. Senang je sebenarnya. Aku travel ikut masa dia nap paling lama waktu siang. Atau travel malam yang sah2 dia akan tidur. Pastikan dia selesa dalam kereta. That means baby carseat kena selesa. Suhu kereta pun main peranan jugak. Sejuk sangat pun tak boleh. Takde aircond lagi la out of the question. Rocking motion kereta bergerak tu kan mcm dia dibuai2 kan..so insyaAllah ok la dia. Cranky sikit2 tu adat la.

Masa bawa Riefqi Isnin lepas, aku bertolak pukul 3.00 ptg. Dia tidur elok je. Berhenti untuk menyusu di Hentian Lanchang, Hentian Genting Sempah dan lepas tol Jalan Duta. Pastu sampai Setia Alam dia cranky sket. Jadi aku drive sambil susukan dia. (DISCLAIMER : aku tak bangga buat camni ok. aku tau bahaya. kalau tak yakin jangan buat. ) Abang ngan kakak layan CD je. bagus jugak pasang TV kat kereta haha..oh..Arief kata "kereta ni tak laju la ibu..baik pakai FIAT" aduh anakku jangan compare la sayang oiii.. (nampak sangat ibu kaki rempit ye )

Dah alang2 sampai hari Jumaat kat mahkamah kan, jadinya aku terus la lepak umah emak sampai Ahad. Abang pun abis race Jelajah Malaysia kan. Ahad tu aku drive ngan anak2 sampai Gombak amik abang. sampai Kuantan tengah malam. end of story.

Masuk opis dan mengucap panjang tengok tray in aku huhuhu...but then whats new kan..

p/s : aku tak sedap hati la..apa la nak jadi lagik lepas ni..biasanya instinct aku betul..haih!