Monday, August 29, 2011

SALAM AIDILFITRI 1432H

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin untuk semua...Ikhlas dari angah sekeluarga.

Dah sampai Klang semalam. Hari ni rilek. Esok masak nasi minyak je. Ketupat, rendang rusa, kuah kacang masak mlm raya kedua since biasanya rumah kena serbu masa raya kedua tu...

Have a splendid raya everyone..

Sent from Yahoo! Mail on Android

Wednesday, August 24, 2011

ANAK DAN BUNGA

Masuk blog jojoe..sedih ngan berita pemergian adik dania yang mengidap lukemia. Alfatihah untuk arwah. Aku sejak jadi ibu ni mcm tak boleh dengar berita2 pasal anak2 sakit, pasal anak2 kena dera, pasal anak2 kena buang..apa saja la berita menyedihkan pasal anak2. Aku tak boleh bayangkan kalau benda2 tu jadi pada aku. Aku takut aku tak kuat. Aku sangat hormat pada ibu2 yang diuji Allah dengan dugaan yang maha berat ni..macam mawar, viruspadu dan lain2 ni..Ya Allah berikan lah mereka kekuatan untuk menghadapinya Ya Allah..

Dania sayang..
Damailah di sana
Di sisi Penciptamu
Doa kami mengiringi
Pemergianmu..

Apalah sangat dengan apa yang aku lalui ni kan..Belajar bersyukur Angah oiiii!!!! setakat diduga dengan 3rd person tu apa lah sangat..Belajar bersyukur Angah ooiiiii!!!!

Cerita Lain...

Tepek gambar kemboja cina yang tengah mekar berkembang kat porch rumah. Dah 3rd batch dah bunga ni..Ini hutang ngan cekna..Aku beli murah gila kat Simpang Pelangai, bentong masa site visit. Sambil menyelam minum air katanya..

Warna Merah..sepasu RM20 jer.

Warna pink lapis-lapis..RM30 jer..
Aku survery harga pokok saiz ni kat Kuantan..harga shoot up to 100-200 hengget ngkauuuuuu..kalau aku beli bebanyak pastu bisnes, jual dalam 100 je sepasu..huih makcik kayooo..tu dah kira kos pengangkutan segala dah tu..

Monday, August 22, 2011

EKSOTIK

Hujung minggu yang ceria walaupun Riefqi demam sikit dan pegi nebulizer 2 kali. Sapa cakap aku tak pandai jaga anak memang aku tampo mulut dia nanti.

Haaa tajuk adalah berkaitan menu berbuka dua hari nan silam ye. Aku beli daging rusa sekilo RM25 je. Pastu abang dapat lagi ikan sebarau. Rasanya sekilo puluh2 ringgt gak la kalau beli. Menu adalah seperti berikut *mati la propa

Sabtu
Daging Rusa masak lemak cili api
Daging rusa goreng
Telur dadar
Kobis tumis kicap
Sambal belacan

Ahad
Ikan sebarau 3 rasa
Daging rusa goreng
Sup sayur
Telur masak kicap (for kids)
Sambal belacan

Pastu aku buat cookies jugak. Sabtu buat cornflakes madu ngan choc chips cookies. Pastu semalam aku buat tat nenas guna resepi yang tambah creamcheese tu. Memang lemak berkrim.

Semalam jugak pagar baru dipasang. Baru la cantik sikit. Lepas ni nak letak autogate plak. Feeling2 kaya sket haha..simple can murah juga, nanti la amik gambau.

Jumaat ni aku dah start cuti raya sampai la Selasa 6/9 nanti. Sengaja amik lama. Nak bercuti2 Malaysia..menghangatkan apa yang patut dihangatkan hihi..

Ya Allah..aku bersyukur atas nikmat ini ya Allah. Aminnnn

Memang betul sangat, bila kita sandarkan bahagia pada Allah, bahagia itu akan menjadi milik kita. Bila kita redha dengan dugaan dan ujian dari Allah dan sabar menghadapinya insyaAllah pahit yang kita rasa akan manis akhirnya..aku berdoa agar bibit2 kemanisan yang sedang bertunas ini akan bercambah dan subur akhirnya...insyaAllah.

Tepek gambau kuih raya buatan sendiri sikit..hihi

cornflakes cookies

crunchy nestum cookies
chocolate chips cookies

Pineapple cheese tart
Percubaan pertama semenjak hidup di muka bumi haha...anak2 tak sakit perut tu kira ok lah. tapi aku betul2 suka tat keju nenas ni..lemak berkrim..lembut gebu je...

Thursday, August 18, 2011

EKSIDEN & START PROGRAM ANAK ANGKAT

Lama aku tak memblog. Cerita banyak. Masa je tak mengizinkan. Kerja banyak derr.

Ahad lepas aku berbuka kat Restoran. Tengah nak menyuap adik ipar call. Ayah mertua ngan sorang lagi adik ipar, Yah,  eksiden kat Jabor dalam perjalanan balik Kelantan. Ayah patah bahu, adik plak patah tangan ngan concussion.  Pastu luka2 dan lebam2 lah.

Kisahnya nak mengelak diri langgar kereta depan yang brek tetiba, jadi ayah elak ke kiri, tau la bila brek mengejut atas crusher run, jadi ayah terbabas ke kiri dan menjunam ke gaung. Kereta total lost. Mujur ayah bawak Rexton. Kalau tak aku tak tau la camne nasib dia ngan Yah.

Lepas buka lebih kurang, aku pegi umah kat Tanah Putih sementara abang pegi hospital since Yah pun dah naik ambulan. Malam tu juga buat CT Scan. Alhamdulillah takde brain injury cuma blood clot dan bengkak. Esoknya tu aku pegi tengok kat spital. Aduhai sedih sungguh la, doktor terpaksa sedate dan ikat dia sebab bila sedar je dia meraung, meracau pastu cabut habis wayar2.

Setakat hari ni stabil dah. Ayah pun ok. Cuma sebab dia pun dah tua mesti kadar penyembuhan dia slow sikit ye tak. Aku doa sangat2 semoga dia ngan Yah cepat sembuh. Moga takde side effect ke apa. Ye la..aku ni dulu tak rapat ngan ayah sendiri. Bila dapat ayah ngan mak mertua yang best, yang layan aku lebih dari anak sendiri mesti la aku cherish all the moment kan.. Tolong doakan juga ye..

Cerita lain, Riefqi dah 10 bulan. Alhamdulillah. Lagi 2 bulan aku dapat la degree in brastfeeding ye. Aku doa semoga perjalanan BF aku ngan Riefqi dipermudahkan. Dalam bulan puasa ni ada drop sikit production. Perkara biasa lah tu. Masa2 ni la stok EBM sangat-sangat main peranan. Setakat ni masih tak luak sangat la sebab sebelum ni pun production melebihi keperluan harian alhamdulillah.

Sehari dua ni dia demam. Complete package ngan batuk dan selsema. Perut pun nampak kembung . Ada la nak aquire new skills ye..dan 2 malam jugak la tidur aku tak tentu hala. Macam zombie rasanya. Ragam budak2 nak membesar yek..

Semalam berbuka puasa dengan gulai kawah (walaupun aku masak guna kuali haha), daging goreng, telur masak kicap untuk hero ngan heroin, ikan sebarau goreng. Pastu aku buat lepat pisang ngan cengkodok pisang. Sendat! Hari ni berbuka kat Restoran Santai, Tanjung Lumpur. Anjuran opis.

Berkaitan Program Memberi dan Kemudian Lupakan mcm entry aku yang lepas tu, sebenarnya aku tak la buat dia dalam skala besar. Aku seronok sebab ramai yang tanya aku camne nak mula, camna nak join, camne nak start. Alhamdulillah..moga ramai lagi anak2 yang kita boleh tolong ubah nasibnya ye..

Actually program ni aku tak la buat secara beramai2 dan korang boleh buat sendiri pun sebenarnya. Sebab kalau boleh biar lah kita buat diam2 je..InsyaAllah..

Ok.. camne nak buat. Memula pilih la mana-mana sekolah yang dirasakan sesuai. Mcm aku, aku pergi sekolah lama aku. jadi senang nak berbasa basi dengan Guru Besar. Bekas pelajar datang kan hiks..

Lepas tu straight to the point je la cakap apa tujuan kita datang, dan minta kerjasama dia untuk dapatkan cikgu yang dia percaya. Ye la kita nak amanahkan duit kan.

Kemudian minta kerjasama dia dan cikgu tu untuk kenalpasti calon anak kita. Kriteria terpulang pada kita la. Macam aku ni, aku nak anak yang datang dari keluarga susah yang mak ayahnya memang rajin usaha untuk keluarga. Aku taknak keluarga yang susah dan malas.

Bila dah dapat, aku minta lagi cikgu ni untuk inform family dia tanpa bagitau siapa aku. Tapi terpulang la pada masing2 kalau nak jumpa straight ngan mereka pun ok. Aku purposely taknak sebab kan dalam kampung aku. Tau je la mulut orang, kang jadi fitnah plak. Kita nak buat benda elok pun dijaja seantero kampung kata kita ni macam2.

The rest mcm yang aku cerita tu lah. Sekali sekala aku bali kampung, aku jumpa cikgu tu dan tanya pasal kemajuan study dia. Ada la sedikit kontrak bodoh di situ yang mana kalau pelajaran dia down atas sebab2 dia malas ke hapa..bantuan akan dihentikan.

Jadi kengkawan, aku alu-alukan kalau nak mulakan program ni..secara individu lah ye..bukan secara terancang mcm program2 besar kat TV, Yayasan sana sini tu. Matlamat aku cuma untuk lihat anak2 yang berpotensi ni dapat peluang untuk ubah nasib keluarga mereka. At least dengan pertolongan yang kecil ni dapat la mak ayah dia tumpukan pada anak2 yang lain kan..insyaAllah.

Friday, August 12, 2011

PROGRAM MEMBERI KEMUDIAN LUPAKAN

Sejak beberapa tahun yang lalu sahabat gengjurnal aku yang seorang ini akan menganjurkan satu bentuk tabung amal untuk disalurkan pada anak-anak yatim di institusi yang memerlukan. Tahun ini beliau anjurkan sekali lagi dan bakal penerimanya ialah anak-anak yatim yang bersekolah di SK Masjid, Temoh Perak.

Jika ada kesudian kalian sila lah melawat blog Bluehikari untuk maklumat lanjut. Berilah dan kemudian lupakanlah..

Aku pernah menulis dulu tentang anak2 yang aku tampung yuran dan belanja persekolahan mereka. Tak ramai. Cuma 2 orang saja. Anak dari golongan susah tapi ibu bapa sangat rajin usaha untuk pastikan anak2 mereka terus ke sekolah. Anak2 ni pun prestasi pembelajarannya samada sangat bagus ataupun punya potensi untuk bagus cuma kekangan keluarga membuatkan anak2 ni tak boleh nak beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran. 2 anak ini dah sekolah menengah pun. Mereka tak kenal siapa aku. Itu syarat yang aku beri pada cikgu yang aku beri kepercayaan untuk uruskan duit yang aku salurkan tu.

Kali ini aku menulis lagi. Bukan maksud aku untuk menunjuk2 atau membangga diri, jauh sekali untuk khabarkan pada semua apa yang aku buat. Tidak sama sekali. Aku menulis sekali lagi sebab aku nak share cara mudah untuk kita bersedekah, cara mudah untuk kita bantu sesama kita secara direct. Menderma melalui akaun ke tabung2 amanah pun bagus, ke mana2 pun bagus tapi personally aku nak tengok impak pada penerima tu. Aku nak anak2 ini dapat pelajaran, berjaya dan boleh ubah nasib keluarga satu hari nanti. InsyaAllah..

Aku dengan rendah diri mengajak kawan-kawan untuk ikut serta. Aku boleh share cara aku buat. InsyaAllah kalau setahun kita boleh tolong seorang pelajar, kalau ada 100 orang buat kita dah boleh tolong 100 pelajar yang nanti akan ubah nasib 100 keluarga. Kita beri mereka pancing supaya mereka boleh makan seumur hidup.

Aku bekerjasama dengan seorang guru dari sebuah sekolah. Minta jasabaik untuk dia cari pelajar yang ada potensi dari darjah 5 atau 6 yang datang dari keluarga susah, yang mak ayahnya jenis berusaha sungguh2 untuk pastikan anak terus belajar. Aku tak nak yang susah sebab malas. Nanti lagi malas pulak dia.

Kemudian aku tampung perbelanjaan persekolahannya untuk tempoh setahun. nampak macam banyak? Tak banyak pun! Yuran persekolahan dalam RM100++ dan sepasang baju/ kasut dalam RM 50. Kemudian setiap bulan aku kirimkan duit belanja sekolah RM50 melalui cikgu tu. Terpulang pada cikgu tu nak beri camne pada anak ni. Untuk anak2 aku ni, cikgu tu bagi RM1 sehari dan lebihnya digunakan untuk hal2 lain yang diperlukan lah. kengkadang beli susu untuk adik pun.

Matlamat aku cuma 1, sekurang-kurangnya mak ayah dia boleh tumpukan perhatian pada keperluan anak yang lain. Ringankan sikit beban mereka. RM50 tu nampak sikit pada kita, ye la makan KFC satu famili pun dah lebih dari tu. Tapi RM 50 pada mereka adalah peruntukan untuk makan 2 minggu!

Tahun ni aku ambil seorang saja. tahun depan tak tau lagi. kalau ada rezeki lebih mungkin lebih la anak2 aku nanti. InsyaAllah. Dan sejak dulu juga memang aku minta sangat cikgu tu untuk tak bagitau siapa aku kepada anak2 ini ataupun mak ayah mereka. Walaupun mereka nak tahu. Biarlah..aku tak nak mereka rasa terhutang apa2. Aku nak tolong dengan ikhlas. Aku nak tengok nasib anak2 seagama dengan aku berubah dengan sedikit pertolongan yang mampu aku bagi.

Ayuh kawan-kawan..kita mula memberi dan kemudian lupakan lah..disamping kita menabung saham dunia, mari la kita menabung saham akhirat juga..InsyaAllah..