Friday, February 21, 2014

MACAM MACAM CERITA

Eh.. aku tak cerita ke Arief dah sunat? Tu la banyak sangat yang berlaku kan.. sampai tak ingat. Well Arief dah sunat 13 Disember lepas. Dah bujang dah kira tu ye.. Alhamdulillah takde komplikasi, speedy recovery. Ibu handle bab makan. Ayah handle bab birdy. Selamat 1 hal.

Kakak pun ok lah setakat ni, insiden2 hilang alatan menulis tu biasa la. Takpe ibu dah prepare sebeban dah.

Abang Chik dah masuk tadika. Balik nyanyi2 lagi sekolah. Dah kenal bunyi huruf. Ok lah tu untuk budak umur 3 tahun lebih.

Ok cerita anak-anak dalam perut. Balik dari Klang 13 januari lepas aku masuk spital 3 hari sebab bleeding. Pastu sambung MC 2 minggu. Suspen gak sebab baru 32 minggu. Kena dexa jab 2x yang sangat la sakit dan arahan bedrest. Ok bedrest tu aku suka. Tapi kalau dah namanya ibu.. susah la nak bedrest bebetul kan. Ada je hek itu hek ini..

Alhamdulillah dah 37 weeks. Kalau twins ni dah kira menunggu hari je dah. Berat babies as yesterday ialah 3.0kg dan 2.9kg. Serius aku rasa dah berat sangat sekarang. Tapi megik jugak. Sebab berat keseluruhan kenaikan kalau nak kira dari berat sebelum pregnant ialah 4.3kg saja haha.. Tapi ye lah sebab kan berat turun masa mabuk teruk tu kan.. so kita kira dari buat buku laa.. 6.7kg. So nanti babies lahir otomatik aku lagi reingan beberapa kilo dari sblm mengandung. Harap la boleh makin kurus sebab nak uruskan 2 babies serentak. Jgn makin gemok udah.

Sekarang ni agak payah nak lena. Baring mengiring pun sakit telentang apatah lagi. So end up tidur macam duduk. So keterujaan nak bersalin 2 anak tu kadang2 hilang. kaki pun dah macam kaki gajah. Teruk sangat edema.

tapi takpe lah.. sekejap je lagi InsyaAllah.
 
My goodness, barangan bayi sekarang ni memang mahal kan. Habis ribu2 pun dapatnya alahai mcm belanja ratus2 je.
 
Sekarang ni dalam rangka menyelesaikan kerja-kerja pejabat dan serah tugas pada anak buah sikit2. Ye la nak cuti lama kan. Lepas raya baru masuk opis semula. Walaupun 3 bulan adalah cuti tanpa gaji tapi takpe. Tak sanggup rasa nak mula kerja lepas tu bulan puasa pulak. Kang masuk pejabat ntah pukul berapa dengan keadaan yang lebih dari zombie.

Tahun ni dengan azam baru untuk istiqamah bawakan bekal untuk anak2 ke sekolah. Mahal sangat makanan kat kantin. Nak beratur lagi.. takpe lah. Ibu buat sendiri. Homemade food dengan kasih sayang untuk anak-anak. Setakt ni anak2 suka bawak bekal. Bahagia je rasa bila balik rumah derang cakap sedap ibu masak.
 
Ok.. pencarian MPV. Dalam otak ada la beberapa model yang mencuri perhatian. Tengok la bajet lepas bersalin nnt camne. End of the day budget juga yang akan menentukan model apa yang mampu aku beli dan bayar.

 

Tuesday, January 07, 2014

Sawang dan habuk

when was the last time I updated this blog?

Tahun 2014. Tahun yang akan beri banyak cabaran baru untuk aku.

- Anak bertambah secara ekspres.
- 2 anak dah bersekolah rendah
- Menyelesaikan urusan yang dah hampir 5 tahun tu.

Doakan lah aku boleh harungi cabaran2 hidup ini dengan sabar dan dengan senyum.

Arief dah darjah 4. Dilantik jadi ketua kelas. Ibu is bangga

Adneen dah darjah 1. Alhamdulillah masuk 1 Arif. Senang nak kejutkan dia tak macam masa tadika. Haritu pun abang je yang hantar masa 1st day. Aku ada appointment dengan doctor pakar. Sebab mati2 ingatkan buka sekolah 6hb. 
Riefqi dah 4 tahun. Masuk tadika. Si katik ibu...
Babies are doing great. Semalam checkup dengan O&G. Berat both babies almost equal at 30 weeks. 1.5kg. Sentiasa doa babies bertahan dalam perut ibu at least sampai 37 to 38 weeks. Biar lahir normal. Sumber kekuatan ibu!

Kalau nak ikutkan due tinggal 2 bulan je tapi masih la tak beli apa2 lagi kecuali cloth diapers dan barut. Hujung bulan ni boleh la mula membeli keperluan. Termasuk sebuah MPV. Amekkaw!!!
 
Akan bercuti selama 5 ke 6 bulan insyaAllah. Sebab 2 babies kan. Bagi can la cuti lama sikit walaupun cuti tanpa gaji. Sila la penuhkan tabung ayam cepat2.

Rezeki anak2 ni memang Allah dah tentukan betul tak? Setiap anak membawa rezeki. Alhamdulillah abang pun dah dapat lantikan dari Majlis Sukan Pahang. Boleh la channelkan pendapatan untuk perbelanjaan keluarga yang makin membesar ni.
 
Sebenarnya aku agak suspend nak memulakan rutin menyusukan anak. Takde pengalaman menyusukan 2 anak serentak kan. Tapi insyaAllah boleh. Kena lebih usaha je.
 
Urusan dengan peguam pun dan selesai setakat initial papers. InsyaAllah aku dah lega2 lepas pantang, babies dah few months nnt boleh proceed legal moves pulak. Once and for all. penat lah drag kes lama2. Lepas selesai kang boleh la nak pegi bercuti seperti yang dirancang hehe.. harap2 la takde masalah dalam pada menyelesaikan urusan ni. Ya Allah berilah aku kemudahan setelah kesusahan. Kegembiraan setelah kesedihan. Walapupun Nampak berterbangan RM takpe lah. janji selesai.

All in all 2013 tahun yang bagus. Biasa lah naik turun dalam hidup ni. macam tak biasa kan...

Saturday, September 07, 2013

IT'S GETTING BIGGER

Ku sangkakan 1 rupanya 2!

Jadi tahun depan kami bertujuh.

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan berganda Mu ini.

Ok ada sapa2 nak sponsor tandem stroller ?

Sent from Yahoo! Mail on Android

Tuesday, August 27, 2013

RAYA

Dah 21 Syawal kot baru nak cerita pasal puasa dan raya. Tak kisah la ye..

Puasa tahun ni sangat lemau. Alahan kali ni agak teruk. Alhamdulillah masih boleh la memasak yang simple untuk keluarga. Tetap tak jejak kaki ke Pasar Ramadhan.

Tahun ni patutnya raya kat Klang dulu tapi tukar plan sebab adik bongsu aku dapat lanjutkan pelajaran kat UNISEL. Jadi raya kat Kuantan dulu pastu cuti panjang kat Klang sambil2 nak uruskan kemasukan dia.

Oh tahun ni aku cuti raya 2 minggu! Since abang pun kena pergi Sabah utk Tour Of Borneo jadi terusla lepak kat Klang je. Senang sekali harung.

Eh.. itu je ke cerita raya? Dah kertu kot eh. Anak2 happy aku pun happy lah juga.


Gambar raya dengan adik beradik abang. 1 family takde sebab beraya umah mertua. Masing2 dah berlengas haha.. tengok la pukul berapa amik gambar.

Tahun ni konsep dwi warna. Aku ngan abang pakai kelabu, anak2 pakai pink. Kebetulan pulak adik ipar sefamili pun pakai kelabu.

Tak terlambat kan nak ucap Selamat hari Raya, Maaf zahir dan batin pada semua...

Wednesday, August 21, 2013

BIGGER

The family is getting bigger... thus the family needs a bigger car (mpv?)

Masih mencari2 model mpv yang mampu milik dan memenuhi ciri2 keperluan.

Dah Nampak duit melayang2 huhuhu...

Tapi kan anak pembawa rezeki kan..

Alhamdulillah.

Aku bersyukur dengan kurniaan Mu ini Ya Allah..

Will be 6 of us next year!