Monday, June 21, 2004

Korang tau tak jenang (dodol) kerasik? kalau dodol guna tepung pulut,jenang kerasik atau sesetengah tempat panggil wajik sirat pakai pulut yang dikisar. Jenang nih makanan tradisional masyarakat Jawa, hmmm agaknya rumah rudy minggu nih ada tak kuih nih ek?

Entry nih untuk Andin yang kepingin buat sendiri jenang kerasik nih aku sengaja post kat sini, mana tau ada insan lain yang nak rasa sama. Sukatan bahan-bahan dibawah nih masih tradisional, ikut cara emak aku sukat. Ni yang basic, kalau nak tambah atau kurangkan sukatan, pandai2 sendirilah ek.

Bahan-bahan

2 kilo beras pulut
3/4 kilo gula pasir
1 paket gula merah (paket standard dikedai)
sedikit kapur makan
5 biji kelapa

Cara menyediakan

1. Cuci beras pulut hingga bersih dan toskan (jangan direndam)

2. Gaulkan beras pulut dengan sedikit kapur (warnanya akan bertukar sedikit kuning)

3. Beras pulut tu kemudiannya digoreng tanpa minyak (4 -5 kali gorengan) sehingga keperangan.

4. Setelah sejuk (selepas 4-5 jam)kisarkan beras pulut tuh, jangan halus sangat, cukup sekadar hancur.

5. Parut kelapa dan dapatkan santan pekat mengikut nisbah berikut: air (1 setengah bekas aiskrim warna putih) untuk dapatkan santan sebanyak 3 bekas.(resepi nih tak perlukan santan cair)

6. Panaskan santan, masukkan gula merah dan gula pasir, masak hingga gula larut dan minyak pecah sedikit.

7. Masukkan beras pulut yang telah dikisar tadi dan gaul hingga sebati, tunggu dalam 5-10 minit dan boleh diangkat. (masa tak terlalu lama sebab beras pulut dah sedia masak)

8. Sediakan dulang berlapik daun pisang, masukkan jenanag tadi dan tekan padat.

9. bila sejuk, potong dan sedia dihidang.

Jenang nih boleh tahan selama 3-4 hari dalam suhu bilik dan lebih seminggu dalam peti sejuk.

So Andin, trylah buat.. good luck..


No comments: