Friday, January 07, 2005

masih menghitung jam

Aku ngan kengkawan masih dok lepak kat library, rasanya kalau aku baca Al-Quran dekat nak khatam dah (lebih2 plak) Ada member dah dipostingkan ke sumber manusia, at least takde ler boring cam aku. Ada yang dapat tukar ngan member lain ke SUK negeri. Aku masih nunggu lagik. Dengar2nya Isnin depan. Assignment masih tak siap2 lagik huhuhuhu

Malam ni nak balik Klang jumpa anak. Rindu aku kat teruna aku sorang tuh. Rasanya inilah masa aku nak ajar dia minum formula sebab aku rasa cam dah tak larat dah dok pam susu, simpan susu, deliver susu etc. Lagipun lepas nih mesti aku banyak outstation kemana2, sedih memang sedih tapi nak buat camne. Kesian anak ibu kena minum susu lain. Ibu akan cuba jugak beri Arief susu ibu sedaya mungkin. That is a promise.

Esok ada Hari Keluarga BPSM JPM kat Port Dickson, aku tak pergilah sebab tak rasmi lagik jadi ahli department. Lepas kat umah main ngan anak jerlah.

Ralat :
Punya besar tempat aku lepak nih cuma satu jer PC... hampeh!

No comments: