Thursday, January 16, 2003

Malasnya Aku

Semalam aku rasa malas sangat nak masak. Aku tengok dalam peti sejuk ada ikan kerapu. Mesti adik ipar aku amik kat jeti. Akupun masak nasi kemudian aku goreng kerapu tuh dan buat sos masam manis, aku tuang atas ikan. Maka jadilah resepi aku 'ikan kerapu masam manis malas style eheheh. Aku goreng sayur sikit buat syarat. Ngapalah aku malas sangat ek... Abang tak cakap apa2 pun. Mujur dia tu jenis tak memilih, main hentam jer.

Student aku

Aku dah siap marking paper ujian student. Alhamdulillah setakat nih takdelah yang fail. Yang average mmg ramai. Aku tak salahkan mereka kalau subjek English ni dianggap susah. Result SPM mereka pun dah menceritakan segalanya. Tapi aku cuba juga untuk instill rasa suka pada bahasa yang satu ni. Aku cuba yakinkan mereka ia satu aset untuk berjaya di Malaysia. Yang terima ok, yang tak terima tu aku doakan agar terbuka hati. Kadang2 student mengeluh cakap aku terlalu banyak bagi exercise dan tutorial. Memang aku bagi banyak pun.... tapi kalau aku tak bagi, mereka ni ada ke inisiatif untuk beli buku latihan dan buat sendiri. Mungkin jawapan tidak berbunyi esimistik tapi itulah kenyataannya.

Yang paling seronok aku rasa bila ada student jumpa aku dan mereka cuba berbahasa Inggeris. Walau tergagap, walau broken, aku tetap bangga sebab mereka nak mencuba, perasaan malu tu dah berjaya mereka kikis. Dan aku rasa malu nilah sebenarnya yang jadi tembok, jadi halangan untuk mereka bertutur. kalau tersalah cakap takut malu kena ejek dek kengkawan. Takut malu orang kata bodoh, orang kata nak menunjuk. Aku selalu pesan pada student aku....
"buat apa nak rasa malu, at least awak tau juga sikit2. Yang mengejek awak tu tau ker? Biar mereka ejek, biar mereka kutuk... cuba awak jadikan ejek dan kutuk tu sebagai pendorong. Lagi mereka ejek lagi awak nak cuba... esok bila awak dah kerja, dah boleh bertutur dengan baik, saya pasti mereka masih berada pada takuk yang sama."

Yang aku perasan, kebanyakan student ni kurang kritis, kurang analytical thinking. Tu yang bila aku buat soalan berkehendakkan pendapat mereka selalu tak dapat jawab. "Tak de jawapan dalam petikan tu madam" Aku jawab balik ler "pendapat awak memang tak de dalam petikan, ia ada dalam otak, keluarkan dari otak dan tulis, saya akan beri markah" Aku cuba terapkan analytical thinking dalam kelas, aku buat perbincangan isu semasa, aku guna sastera sikit. Tapi ada pulak pihak yang kata "Angah... awak patutnya ajar guna text yang berkaitan dengan kursus mereka, bukan semua ni, saya tak nampak relevannya" Tapi sampai bila aku nak suruh student aku baca dan jawab, dengar konsep dan buat. Aku nak mereka jadi pelajar yang boleh berfikir, yang boleh beri idea sendiri masa menjawab. Entahlah...

Mungkin betul kata mereka..... nak mengajar memang mudah tapi bolehkah kita mendidik? Banyak kekangan yang harus dilalui, yang harus aku lalui..

"good morning madam, we have class now madam or don't have?"
"good morning to you too, yes we do have a class now"


Pesanan untuk suami dan bakal suami

Aku dapat nukilan di dalam email inbox aku. Baik kalu boleh dijadikan panduan kebahagiaan berumahtangga. Yang dah ada rumah tapi belum bertangga pun boley baca juga *wink* *wink*

Apa Yang Dimahukan ISTERI?

wahai suami...
mungkin engkau berteka-teki
apa agaknya yang dimahukan isteri?

mungkinkah...
mahligai mewah tersergam indah?
kereta besar menjalar?
berbungkal emas berlian menyaluti tubuh?
pakaian berjenama mahal?
sanjungan manusia...ah..inilah dia isteri kepada si polan...?

sedarlah wahai suami...
buat seorang yang bernama isteri...
kemewahan tidak akan bererti
ianya tidak akan membawa bahagia
itu semua tidak akan memberi apa-apa makna
tanpamu suami ... di sisi seorang isteri

bagi seorang yang bernama isteri...
biarlah kita hidup bersederhana
biarlah kita berpada-pada dengan apa yang ada
biarlah kita tidak kaya
asalkan...suami senantiasa berada di sisi
sama-sama menikmati apa yang ada
sama-sama mendidik anak-anak...buah cinta kita berdua
sama-sama berkongsi ... erti sebuah perkahwinan

apalah gunanya mahligai mewah
jika penghuninya masing-masing dengan hal sendiri
apalah gunanya kereta besar
jika berseorangan ke sana-sini
apalah gunanya emas dan berlian
jika pulang pagi-pagi...
batang tubuh isteripun sudah tak kau nampak lagi

wahai suami yang sentiasa busy
tak kira siang malam senja dan subuh pagi
bukan sekali dua tapi hari-hari...
cuba letakkan dirimu di tempat isteri
amacam...sanggup?
fikir-fikirkanlah wahai suami...

Umum tentu tahukan bagaimana cara kita menggunakan masa 24 jam
dalam sehari tu? - sepertiga utk mencari rezki, sepertiga utk tidur dan
beristirehat, dan sepertiga lagi utk keperluan2 lain seperti beribadah,
makan minum, berekreasi, serta masa bersama keluarga. Jadi, kalau
suami pun balik ke rumah sampai 4.00 pagi, tu dah kira tak balance
dah - no wonderlah ada kepincangan!

Kepada suami2 or bakal2 suami yang menghabiskan terlalu banyak masa di luar rumah dengan alasan untuk mencari kekayaan buat isteri dan anak2 - padahal, mereka ni dahpun cukup makan/pakai, dah ada tempat tinggal, dah ada kenderaan, pendapatan pun OK, ingat2lah....wang ringgit bukan penjamin kebahagiaan, ia cuma menjamin sedikit kesenangan hidup. Wallahua'lam


No comments: