Monday, October 15, 2012

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD NADZHAN RIEFQI


Hari ni ulangtahun kedua kelahiran Qiqi. Sekejap sangat masa berlalu dah 2 tahun usia Qiqi.

Hari ini juga genap 2 tahun Qiqi disusukan dengan susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah..Allah beri peluang dan kekuatan pada ibu untuk menyusukan Qiqi selama ini.

Ibu berdoa agar Allah beri ibu kesihatan yg baik supaya ibu boleh terus membesarkan dan memberikan didikan yang sempurna kepada Qiqi insyaAllah..

Ibu sayang Qiqi..permata hati ayah dan ibu..

Sent from Yahoo! Mail on Android

Sunday, October 14, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Bertambah setahun usia..Alhamdulillah..

Ucapan selamat hari lahir dan ciuman sayang dari suami dan anak-anak yang diterima detik 12.00tgh malam tadi adalah hadiah paling berharga untuk aku...

Tahun ini double celebration..tapi itu entry yang lain akan diceritakan..

Sekarang mahu menyambut hari bahagia bersama orang tersayang.


Sent from Samsung Galaxy Note

Tuesday, October 09, 2012

INGATLAH...

Ketiadaan perkataan untuk menggambarkan betapa jeliknya perilaku sesetengah dari kita..

Ingatlah...jangan nanti perilaku itu diwarisi anak atau diri sendiri memgalami apa yang diperbuat pada orang..

Allah itu maha melihat..maha mengetahui..dan Dia sentiasa berada di pihak yang benar.

Sampai bila mahu menongkat langit? Takkan kemana perginya.. Cukup2 lah dosa2 yang telah dilakukan. Bertaubatlah sementara masih ada peluang...


Sent from Samsung Galaxy Note