Monday, March 31, 2003

Aku rasa pening2 lalat pagi nih.. bangun awal sbb kena jaga exam.. pstu sbb dah biasa terkejar2 hari ni aku rasa pelik pulak sbb aku cuma lepak dalam opis. Aku cuma berkunjung ke jurnal orang lain... aku tak start mendokumenkan isi2 pelajaran. Esoklah nampaknya. Aku declare hari ni sebagai cuti untuk aku. Cuti daripada berfikir dan cuti daripada beban tugas. Kira cam hadiah untuk diri sendiri walaupun atas meja ni penuh dengan tutorial dan kuiz yang perlu ditanda.
Gelodak kepala yang sarat

Satu malam jer sebenarnya aku stay kat Agro Resort Semuji untuk minggu orientasi palajar baru, tapi aku rasa lama giler sbb aku tak berapa sihat. Semer ok..sempatlah aku gi tengok burung unta kat situ ehehhe. Rate yang dibagi pun ok. Ada pakej menunggu durian daripada Jun sampai September. Pehtu ada trek ke Air Terjun Bekelah.Aku ingat kalau dalapang dan keadaan mengizinkan aku nak ajak member2 pergi sama. Lepak dalam hutan, mandi air terjun, tak de bunyi kereta, tak de bau asap, tak de komputer... aku boleh merehatkan kepala aku yang dah sarat sangat ni. Nak join?

Minggu depan aku tak de kelas langsung yeahaaaa... aku amik cuti dari Khamis sampai Ahad. Aku nak balik kampung. Mungkin abang hantar je.. masa nak balik abang amik ler pulak. Ada antara GJ central yang dekat ngan Klang? Jum kita gi makan...

Penat
Aku rasa mulut aku nih asyik mengucap perkataan yang sama setiap hari. Tapi memang aku penat. Aku rasa kalau pengsan tu satu pilihan, aku dah pengsan dah.Banyak sungguh kerja yang aku kena buat sorang. kalu aku tak buat takkan ada orang lain yang ringan tangan nak tolong. Aku pulak jenis tak pandai nak menyuruh... masing2 dah besar, patut tau tanggungjawab sendiri. Aku cuma boleh sabar jerlah kan. Walau aku demam sekali pun aku kena jugak gagahkan diri untuk buat. Aku kena sabar untuk beberapa waktu lagi... aku cubalah juga.


Asyik2 Aku
Mungkin sebab mereka percaya kebolehan aku untuk handle sesuatu tugas. Tapi kalau dah selalu sangat aku pun boring juga. Aku rasa bukan aku sorang jer yang boleh.. ramai lagi. Mungkin juga sebab aku ni jenis yang tak pandai berkata tidak.

Aku : "Ada tak sesapa yang boleh gantikan angah untuk pergi ke ....."
Dia : "Ala ngah... bukan kena buat apapun.. pantau student jer, bukan kena bangun pepagi handle student

Indahnya kata kata...kalau dah senang tolongler gantikan aku.


Rumahku Syurgaku?
Aku rasa cam tak relevan jer statement tuh. Rasa cam nak menjerit jer....


Friday, March 28, 2003

Suka ngan bebudak tak? Aku suka sangat ngan bebudak. Aku suka layan budak, manjakan budak. Suka tengok gelagat diaorang. Masa Noni kecik dulu aku bela cam anak (mak aku kata). Jadinya sampai sekarang, Noni rapat sungguh ngan aku. Tak kisahler anak sapa, kalau datang rumah ker, kalau aku pergi rumah orang ker, asal ada budak jer aku suka melayan. Alhamdulillah aku dikurniakan suami yang juga suka ngan budak.

Adik ipar aku ada 3 orang anak. Budak2 ni rapat & manja ngan abang. Masa aku bertunang dulu, anak bongsu adik ipar aku ni (Adam) baru 2 bulan, sekarang dekat 2 thn dah. Aku pun biasalah, mmg layan jer kehendak dia. Sampai sekarang Adam rapat ngan aku. Hilang penat kat opis kalau dapat layan dia. 2 orang abangnya, Kimi 6 thn, Faridz 4 thn, pantang nampak abang, mmg tak lakuler mak ayah bebudak tu ehehee.

Budak2 ni panggil abang Pok Yang instead of Pak Long. Aku ni jadi ler Mok Yang. Asalnya adik bongsu abang pelat, tak pandai sebut Lan, sebut Yang.. lekat sampai tua. Aku mmg tak kering gusi kalau dengar bebudak nih bercakap. Ada jer cerita. Kengkadang menyoal sampai aku tak terjawab.

2 3 hari lepas Kimi tanya aku soalan yang best. Yang tak terjawab oleh aku dan abang. yang sebenarnya menunjukkan dia dah mula memikir logik

Kimi : Mok Yang, bakpe panggil Pok Yang tu Abang? bakpe tak panggil abah cam *mama?
Aku : Sebab Mok Yang bukan mama.
Kimi : Dah, nanti Mok Yang jadi Mama, panggil abah?
Aku : Tak, panggil abang jugak.
Kimi : Abang konon, abang pendek...
Aku : ..........
(*adik ipar aku panggil suami dia abah, jadi Kimi pelik kenapa aku panggil suami aku abang)



Faridz pulak suka tanya benda apa yang aku buat. Masa emak mereka pergi Sabah dulu, abang yang hantar mereka ke Taska lepas hantar aku ke opis. Satu petang tu Faridz tanya aku

Faridz tengok aku siang ikan pun dia tanya jugak.

Faridz : Mok Yang buat apa?
Aku : SIANG ikan.
Faridz : Inikan MALAM bukan SIANG, main-mainlah Mok Yang nih. Cakaplah betul2 buat apa?
Aku : erm...potong ikan, nak masak.
Faridz : Oooo cakaplah...
Aku : Boleh tolong Mok Yang tak?
Faridz : Boleh, boleh.... boleh BLAH!
Aku : (gelak lagi ler)

Kalu aku nak cerita, sampai esok ler. Tapi tulah, aku mmg suka sangat melayan bebudak nih. Ada setengah orang tak tahan ngan kerenah mereka. Cepat hilang sabar. Bebudak ni pulak akan ingat orang yang rapat ngan mereka, yang layan mereka. Tapi aku melayan pun ada had dan batasan, Agak2 lebih tu kengkadang aku tegur juga. Bukan marah, tapi tegur dan terangkan kenapa mereka tak boleh buat camtu. Biar mereka tau aku tegur sebab sayang.


Wednesday, March 19, 2003

+ Minggu lepas aku pergi pulak Tarining of Trainers anjuran BTN. Lepas ni aku akan handle BTN untuk Sistem Saraan Malaysia. Kursus untuk semer pejawat awam sbg syarat untuk kenaikan pangkat dan pergerakan tangga gaji. Satu pengalaman yang aku rasa banyak faedahnya untuk aku.

+ Ramai tanya kenapa aku tak update. Jawapannya senang jer, aku takde cerita. Aku sekarang dalam kemarau idea. Kalau setakat nak tulis apa aku buat dari pagi sampai malam, baik aku tak tulis.

+ Aku beri pendapat tentang satu arahan yang dikeluarkan, aku tak setuju dengan beberapa alasan yang aku rasa konkrit. Aku asa aku tak lupa gunakan bahasa yang sopan.. yelah target audiencenya orang atasan. Aku dapat reply dalam e-mail, biasalah tu. yang luar biasanya ialah email tu ditulis dengan font 16, warna merah siap bold lagik.

" Sila jelaskan bagaimana kerahsiaan soalan pepriksaan akan terjejas jika soalan itu difotostat oleh pensyarah sendiri, dan bagaimanakah boleh dikatakan ianya akan melibatkan banyak prosedur berbanding sebelum ini dimana ianya difotostat oleh unit peperiksaan"

Memula tu rasa cam nak marah ler, tapi lama2 aku rasa cam kelakar pulak. Tanya macam soalan periksa pulak. Tak perlah. Salah aku nak masuk tak ketuk pintu. Lain kali aku akan masuk apabila di suruh sahaja. Aku akan ketuk pintu, bagi salam pastu tunggu sehingga disuruh masuk.

Akan datang : Mok Yang dan anak2 saudaranya


Wednesday, March 05, 2003

Pagi yang indah, 2 Muharram 1424 Hijrah. Semalam hari yang sibuk buat aku. Ada majlis barbeku department di Pantai Balok. Banyak betul makanan. Aku cuma kena sediakan ayam dan ikan untuk dipanggang. Sebelah petang aku ikut abang pergi memancing di Penor. Aku dapat ikan tetanda.. dekat sekilo jugak. Mmg best ah..

Aku pernah tulis pasal kerabu mangga yang aku suka makan kalau balik KL. Ada kat belakang Pizza Hut Jalan Tunku Abd. Rahman. Aku cuba cari di Kuantan tapi tak jumpa. Tapi mlm tadi aku dapat juga merasa yang sedap di sini. Namanya lain. Itu yang buat aku tak jumpa tu. Kat sini dipanggil Somtam rupanya. Lepas nih teruklah abang kena bawak aku gi makan Somtam.

Minggu lepas aku gi BTN sahabat. Lepas nih aku akan gi Training for Trainers pulak. Lepas tu kalau terpilih aku akan jadi fasilitator untuk program BTN. Memula aku reluctant nak pergi. Tapi lepas sehari dua kat kem tuh aku rasa best pulak. KAlau sebelum ni aku membahaskan isu dengan pembacaan, aku belajar daripada peserta yang lebih veteran untuk membahas isu dengan pengalaman. banyak benda yang aku tak dapat daripada buku. Aku rasa seronok. Aku rasa aku dapat menyumbang sesuatu kepasa anak bangsa aku. Tak kisahlah aku bawah bendera mana pun.