Friday, February 21, 2014

MACAM MACAM CERITA

Eh.. aku tak cerita ke Arief dah sunat? Tu la banyak sangat yang berlaku kan.. sampai tak ingat. Well Arief dah sunat 13 Disember lepas. Dah bujang dah kira tu ye.. Alhamdulillah takde komplikasi, speedy recovery. Ibu handle bab makan. Ayah handle bab birdy. Selamat 1 hal.

Kakak pun ok lah setakat ni, insiden2 hilang alatan menulis tu biasa la. Takpe ibu dah prepare sebeban dah.

Abang Chik dah masuk tadika. Balik nyanyi2 lagi sekolah. Dah kenal bunyi huruf. Ok lah tu untuk budak umur 3 tahun lebih.

Ok cerita anak-anak dalam perut. Balik dari Klang 13 januari lepas aku masuk spital 3 hari sebab bleeding. Pastu sambung MC 2 minggu. Suspen gak sebab baru 32 minggu. Kena dexa jab 2x yang sangat la sakit dan arahan bedrest. Ok bedrest tu aku suka. Tapi kalau dah namanya ibu.. susah la nak bedrest bebetul kan. Ada je hek itu hek ini..

Alhamdulillah dah 37 weeks. Kalau twins ni dah kira menunggu hari je dah. Berat babies as yesterday ialah 3.0kg dan 2.9kg. Serius aku rasa dah berat sangat sekarang. Tapi megik jugak. Sebab berat keseluruhan kenaikan kalau nak kira dari berat sebelum pregnant ialah 4.3kg saja haha.. Tapi ye lah sebab kan berat turun masa mabuk teruk tu kan.. so kita kira dari buat buku laa.. 6.7kg. So nanti babies lahir otomatik aku lagi reingan beberapa kilo dari sblm mengandung. Harap la boleh makin kurus sebab nak uruskan 2 babies serentak. Jgn makin gemok udah.

Sekarang ni agak payah nak lena. Baring mengiring pun sakit telentang apatah lagi. So end up tidur macam duduk. So keterujaan nak bersalin 2 anak tu kadang2 hilang. kaki pun dah macam kaki gajah. Teruk sangat edema.

tapi takpe lah.. sekejap je lagi InsyaAllah.
 
My goodness, barangan bayi sekarang ni memang mahal kan. Habis ribu2 pun dapatnya alahai mcm belanja ratus2 je.
 
Sekarang ni dalam rangka menyelesaikan kerja-kerja pejabat dan serah tugas pada anak buah sikit2. Ye la nak cuti lama kan. Lepas raya baru masuk opis semula. Walaupun 3 bulan adalah cuti tanpa gaji tapi takpe. Tak sanggup rasa nak mula kerja lepas tu bulan puasa pulak. Kang masuk pejabat ntah pukul berapa dengan keadaan yang lebih dari zombie.

Tahun ni dengan azam baru untuk istiqamah bawakan bekal untuk anak2 ke sekolah. Mahal sangat makanan kat kantin. Nak beratur lagi.. takpe lah. Ibu buat sendiri. Homemade food dengan kasih sayang untuk anak-anak. Setakt ni anak2 suka bawak bekal. Bahagia je rasa bila balik rumah derang cakap sedap ibu masak.
 
Ok.. pencarian MPV. Dalam otak ada la beberapa model yang mencuri perhatian. Tengok la bajet lepas bersalin nnt camne. End of the day budget juga yang akan menentukan model apa yang mampu aku beli dan bayar.