Monday, February 28, 2005

Rojak

Sabtu lepas lepas kerja aku naik bas ke Temerloh. Terima kasih encik driver, turunkan aku kat R&R Temerloh. Abang dah tunggu. We headed to Seri Malaysia Temerloh. Being a budget hotel, the facilities can do lah.. cuma lantai tak berkarpet ngan bunyi kat luar kedengaran jelas. Mujurnya ada government rate eheh. Lepas 4 tahun aku reside kat Pahang, tu lah kali pertama actually masuk bandar Temerloh. Lepas check-in, pi makan, pi jumpa urusetia kejohanan dan pi tido. Esoknya tuh abang terlibat ngan Mountain Bike Challenge, kejohanan tertutup Pahang jer.

Semalam sehari suntuk di Tasik Chantin. Hujan sebelah pagi buat semua menggeleng kepala tengok trek perlumbaan. Licin sungguh. Masa race pun kebanyakan pelumba menarik, menyorong dan mengangkat basikal. Aku tukang buat result seperti biasa. Oh.... semalam jugak birthday abang yang ke 31. Tua sudah laki aku hahahaha.. cuma belikan sehelai faded jeans. Aku insan yang masih tak berduit.

Sebelah petang bertolak balik ke Klang. Aku drive all the way. Kesian kat baby besar aku, kepenatan sehari mengadili perlumbaan. Pulak tuh jem lepas terowong Genting Sempah sebab pembaikan jalan, menggeletar lutut menahan clutch. Takper, sekali sekala. badan jer dalam kereta, otak aku dah kat rumah emak, dah mengingat baby kecik aku. Sampai rumah pukul 6 petang, teruna aku tido plak....

Itulah cerita hari-ini-aku-buat-apa sepanjang ujung minggu.


Terunaku sayang

Esok 3 Mac. Teruna aku akan genap setahun ikut tahun masihi, teknikalnya ler. Kena tunggu 3 tahun lagi nak celebrate birthday. Dia dah pandai berjalan. Aku pulak terlebih eksaited. Biasalah first time mum kan. Pulak tuh teruna aku duduk ngan neneknya, sekali seminggu aku tengok, sekali nampak dah berjalan ke arah aku.. pricelesssss


Kerjaku sayang?

Pagi tadi ada Majlis Perutusan dan Penyampaian Amanat Ketua Pengarah. Aku pergi tadah telinga pastu balik. Ingat nak pi jamuan ringan, hampeh... ramainya umat.

Pengarah minta buat powerpoint presentation untuk meeting esok. Hmmmm bila nak study? bila nak carik point? bila nak scan data? bila nak susun data? nak esok? banyak aku menyungut, patutnya nak berblogpun tak de masa kan :D


Aku dah dapat jiran. Tak ler rasa cam dok 8 orang dalam gua.

Friday, February 25, 2005

Benda Senang

Kenapa banyak sangat benda senang yang kita susah sangat nak buat. Kalau aku senaraikan mungkin haus jejari aku menekan kibod.

Susah sangat ke nak UCAP TERIMA KASIH?

Susah sangat ke nak UCAP BOLEH TOLONG SAYA?

Lagi sekali aku tanya, susah sangat ke?

Kalau dah mengaku diri tuh professional, bertaraf pegawai maka please behave like one. PLEASE....
Memang tak kenyang kalau orang berterima kasih pada kita, memang tak bertambah jumlah dalam akaun, tapi sekurang-kurangnya bertambah senyuman, bertamabah motivasi untuk buat yang lebih baik. Kalau camnilah berterusan, sampai bila pun Takkan berjaya kempen nilai murni tuh.

Ok aku dah luahkan rasa terbuku di hati. *humming*

Start petang nih dataran putra tutup sbb malam esok ada Fund Fair artis menda ntah utk mangsa tsunami. Aku maleh nak pegi. Esok nak ke Mentakab. Punya lama aku tak naik public transport, esok boleh masuk diari 2005.

Tuesday, February 22, 2005

Cuti-cuti Angah

Hujung minggu yang best. Kebetulan abanga da di Kl untuk Lumba Basikal KL Carnival sempena Hari Wilayah. Aku amik kesempatan bercuti semalam sementara abang ada nih.

Malam Ahad kami sekeluarga buat majlis sambut hari lahir Arief. Tak jemput tetamu pun, pakcik makcik dan sepupu sepapat Arief aje. Yang paling best, kawan seperchattingan aku, Ana datang bersama suami dan si comel Alya. Dari Keramat bertandang ke Klang memeriahkan majlis. Alya cuma muda 10 hari jer daripada Arief. Ada harapan jadi menantu aku eheh. Sampai sesat2 Ana dan suaminya mencari rumah aku. Kalu tak jumpa maunya tido hotel. Nanti aku uploadkan gambar2 di sini.

Abang cengkelat kejap dari race sambut hari lahir Arief, pehtu bergegas semula ke KL. Tak kisahlah kan.

Hari Ahad aku berjalan2 carik pasal ke Pantai Remis, Kuala Selangor. nak dibandingkan ngan jujuran pantai kat Kuantan mmg tak boleh sebab sebelah sini pantainya berlumpur tapi scenery memang cantik. Seperti biasa tak sah kalau tak buat anak jadi model. Teruna aku nih plak mesra alam, habis di babainya akak2, makcik2 yang ada kat situ. Diorang pun pakat2 gelak ke dia. Aku nak ngambik gambo dia, dia plak dok sebuk perati teritip ngan umang2. very observative... very good. Pakcik aku... sebuk mengira layang2 tersangkut kat pokok ru. Tapi yang tak best.. ada jugak hamba Allah yang tak tau malu dok ber'tenet' celah pokok, celah batu.. tak hirau orang lalu lalang. Anak sapalah agaknya....buat malu mak bapak jer. Kalo dah kemaruk sangat baik kawen jerlah.

Semalam family outing.. bawak anak jenjalan, sebelah petang abang balik Kuantan ngan bestpren dia. Sungguh tak best perasaan masa tuh. Bilaaaaaaaaaaaaalah aku nak dapat balik state nih?

Thursday, February 17, 2005

Anak Ibu...

Tahniah pada Rudy dan Insyirah atas kelahiran putera sulung mereka. Dan seperti biasa... ucapkanlah selamat datang pada kehadirannya dan selamat tinggal pada tidur yang nyenyak untuk 2 tahun akan datang, at least..

Arief anak ibu..

Hari ini 17 February bersamaan 8 Muharram, Muhammad Mifdzal Arief bin Mazlan dah genap setahun (ikut tahun Hijrah). Memandangkan anak aku takde birthday tahun ni kalau ikut tahun Masihi, aku akan meraikan ulang tahun kelahirannya ikut tahun Hijrah sahaja. Sayang anak ibu.

Dalam masa setahun jadi ibu ni banyak suka duka aku alami, sakit bersalin itu lumrah, kalau ditanya bagaimana sakitnya sampai sekarang aku pun tak dapat nak jawab. Memang sakit. Dan sekarang aku faham perasaan ibu bapa yang hatinya disakiti anak2.

Membesarkan seorang bayi sendiri, tanpa pertolongan ibu yang berpengalaman menjadikan aku lebih sabar, dan miraclenya, perjalanan hidup aku, jadual hidup aku lebih tersusun.. penat itu jangan cakaplah. Tapi betul kata mereka, penat camnepun akan hilang bila dapat menatap wajah anak.

Demam, sakit pening anak kecil memang memeritkan. Bayi cuma tahu menangis kan, sedaya upaya aku cuba cater to his needs. Alhamdulillah. Tak pernah Arief didatangi penyakit yang teruk, demam atau selesema tuh perkara biasa.

Kalau ada perkara yang paling membahagiakan aku pastinya sebab aku berjaya eksclusively breastfed Arief lebih 10 bulan. Baru2 nih lepas aku dapat kerja baru dan Arief dok jauh ngan nenek dia, aku terpaksa beri formula juga pada dia. Memang agak susah sebab dia tak nak terima.. lama2 alhamdulillah bolehlah walau intake sehari tu tak banyak mana. Aku masih supply EBM, aku masih menyusukan dia bila balik 2 kali seminggu ke Klang. Arief pun masih mahu susu ibu. Pandai anak ibu...

Bulan ni genap setahun aku bergelar ibu, satu perasaan yang amat manis. Teruna aku pun dah pandai bertatih setapak dua... what more could I ask? I feel blessed to be able to experience motherhood.

Arief sayang, ibu sentiasa berdoa agar Arief jadi insan yang berguna bila besar nanti. Ibu sentiasa berdoa agar Arief jadi anak yang soleh bila besar nanti, yang boleh mendoakan kesejahteraan ayah dan ibu di'sana' nanti.

Apa? Adik Arief... nanti dulu, biar Arief puas bermanja dengan ibunya....

Wednesday, February 16, 2005

hantam sajalah

Aku bagi satu pendapat hari ni kat satu Yahoo Group.. teruk aku kena hentam ngan member2 dalam tuh, yang jenis umur tua perangai bebudak.. aku cukup terhibur hahahahaha... it's interesting to see how people can react to an opinion.. hantam sajalah labu.. aku tak cedera pun. Salah aku jugak kot, mind set aku tak sama ngan depa...

Sunday, February 13, 2005

Cuti dah habis?

Aku bertugas hari ni, rasa cam duduk kat Terengganu plak. Tak perlah. aku menurut perintah. Abang masih kat sini so amik peluang mintak dia hantar. Aku malas drive, lagipun boleh nyambung tido dalam kereta. Sekreteriat kat Aceh balik minggu depan sebelum diganti ngan team lain. Kayo ler member aku... jgn lupa belanja kami nih.

4 hari yang menyeronokkan buat aku sekeluarga, pergi jalan2 carik pasal ke Sunway Lagoon hari Khamis lepas. Bawak bebudak ramai, jadinya cuma jadi guard bebudak jerlah. Teruna aku cukup syok main air. Nampak dia dah kesejukan.. naik kejap, pastu masuk air balik. Sempat tido lagi, mujur neneknya ikut, ayah ngan ibu amik kesempatan jadi bebudak pulak, main itu ini, cuba itu ini. Lama tak berseronok camtu. Gambar akan diupload kemudian.

Bawak pulak aik2 ipar aku ke Cash Conveters, ke Putrajaya petang Jumaat, sebab mereka tak pernah sampai sini. Teruna akuu dah terlentok kepenatan dah, Kat sini kan ke cuaca panas, maka berlenging jerlah. Rasanya mau bergulung filem habis. Alamanda tak singgah, dah lewat lagipun sesi merabak poket laki dah berlangsung kat Cash Converters siangnya eheh..

Minggu depan aku outstation ke Penang. Rasa best plak sebab outstation yang first nih. Kena buat briefing jer. Mujurnya sebelum ni aku mengajar jadi gelabah kat depan tuh tak delah, cuma aku kena belajar gaya orang gomen address audience and pendekatan yang digunapakai masa presentation. masa swasta dulu main redah jer, protokol2 ni tak main. Sekarang 24-7 protokol. Aku lemas sungguh.

Aku dapat prank call. memang kureng asam punya caller. Dedulu aku cuma akan letak balik telefon, sekarang mintak mahap bebanyak. I learn from someone that in order to scare the prank caller off is by being one. Nak sangat cakap benda lucah, nak sangat kacau orang.. berjaya jugak aku buat prank caller tuh letak telefon. I'll spare you the details. But I felt disgustedlah ofcourse. Aku pelik sungguh ada jugak manusia tak betul camtuh.

Tarikh adik aku bertunang sama plak ngan tarikh best friend aku kawen. Camne nih ek.. ehpren kalau aku tak daat pujuk adik aku tuko tarikh, aku ikut ko masa sambut menantu nanti ek. I don't wanna miss ur wedding.

off for some data collection

Tuesday, February 08, 2005

holiday

Esok start cuti panjang. Tapi aku cuti 4 hari jer. Ahad ni kena bertugas kat bilik gerakan uwaaaa.... boring. Saya yang menurut perintah kan.. so tak perlah. Cadangnya nak balik Klang petang nih tapi bila mengingat balik peristiwa jem teruk masa nak balik raya haji lepas, kensel plan. Aku balik esok aje. Abang ngan adik2 dia sampai esok, nak pergi jalan-jalan cari pasal ke Sunway Lagoon, kira family gateway ler bila dah campur sekali ngan family aku. Ada government rate tak? Hari Jumaat dan Sabtu nak pergi jalan-jalan carik bahagia plak eheh. Arief cayang.. dok ngan nenek ya...

Semalam dapat berita pasal pertukaran ke state. Member aku yang dapat ke Pahang untuk first call ni, tapi dia batch lama. Alamak... abaisler peluang aku nak balik Kuantan. Hopefully ada lagi post kosong kat sana. Dengarnya, kata mereka di state lagi pening kepala. Lagipun Pahang tu kan selalu banjir, makanya kerja bahagian aku nih makin bertimbun ler, dan kata mereka lagi lelaki lagi sesuai sebab banyak ground work... menteri nak melawatlah, tengok relief centre, memacam lagik ler. Tapi pada aku kalau kepercayaan dah diberi, lelaki ke perempuan ke apa kisah kan. Aku take it as it comes lah. Yang penting aku nak duduk ngan family aku, masalah yang datang lepas tu, settle masa tuh ler. Kalau aku dok sini pun tapi kepala dan hati aku kat tempat lain camner nak perform. Bullshit ler benda2 professionalism nih... manusia nih semua interconnected, mana boleh nak pisah-pisah perasaan ngan akal. Kalau dah perasaan tak sihat, akal pun jadi mengong. Dua-dua kena balance baru professionalism tuh boleh apply. Pada aku ler, orang lain aku tak tau. Cuba cerita kat aku kalau ada contoh manusia yang banyak masalah keluarga tapi perform well masa kerja... I doubt ada. Kalu boleh kerja pun muka mesti mandom jer ye tak?

Aku rasa irritated, memula ok jer tapi lama2 aku rasa menyampah. Ada jer benda yang aku tak suka, ada jer benda yang aku tak setuju. Tak compatible lah. Camne nak cakap ek... susahlah. Aku cuba jugak ler ubah... aku cuba. Perasaan aku jer kot. Atau aku taruk harapan tinggi sangat, atau aku letak standard aku. Aku cubalah ni...eiiiii susah betul.


Apa Ada pada CNY

1. Limau - banyak giler, kat rumah pun berkotak-kotak. Ada yang masam ada yang manis. Yang aku suka limau kecik2 jual dalam bonjot2 tuh. Takde bijik, sekali ngap jer settle. Heaven.

2. Prosperity burger - syok. Enough said

3. Bunyi mercun - yang nih tak best. Aku pelik jugak, kalau masa raya banyak betul tangkapan tapi kenapa masa CNY, tum tam tum tam, tebabooooo sana sini orang buat dekkkkk je. Kat kampung aku tuh mercun naga tuh tak henti2 meletup. (I'm not being racist here, just my observation as malaysian- disclaimer)

4. Jalan jem - Mana-mana raya pun mesti jem. hampeh sungguh.

Selamat bercuti, selamat makan angin, selamat memandu.

Friday, February 04, 2005

Sure Jamn

Esok LTdL sampai sini, aku terfikir, camne nak gi office esok ek.. sure jalan tutup, takper ada alternative jalan lain. Pastu kalau ETA pukul 2 lebih, sure jem nak balik. Takkan nak memeruk kat opis kan. Adalah lebih baik aku join the crowd tapi panas ler plak... look how it goes ler.

Mlm tadik makan kat RASA Alamanda, hot plate yang tak sedap tapi mahal giler. On my way out from C**4 aku terserempak ngan kawan masa kat U dulu. Mei nama dia, aku tinjau2 takut salah orang, memang tak salah. Mei masih ramah cam dulu, siap ingat nama penuh aku lagik. Mei nih bertudung walaupun bukan Islam sebab dah terbiasa bertudung di UIA. Pernah jadi PTD kejap, tapi berhenti, tak sesuai ngan jiwa katanya. Miss U ler Mei. Borak punya borak, kesian roomate aku menunggu. Lenkali boleh jumpalah kan. Balik rumah aku terus zzzzzzzz penat ler. Manjang penat.

Aku nak beli papers kat C**4, mahal mak aiihhhhh. beza sampai RM7. Kat Econsave Kapar tuh baru RM34, kat sini sampai RM41. Ada statement kata kalau tempat lain lebih murah, bawak bukti dan beza harga tuh akan dibayar 2 kali ganda. Lumayan tuh. Tuh ler kengkadang hypermarket nih bukannya murah mana pun, cuma kepelbagaian barangan ler boleh harap. Kat G** lagi teruk, harga pada rak lain, bila kat cashier lain plak. Aku report buat dunno jer.. memanglah tak banyak sangat beza tapi itu baru aku sorang, kalau sehari ada 5000 pelanggan, sorang sengaja tersalah charge RM1, dah RM5000. Kalau seminggu, sebulan, kan dah menipu namanya tuh.

Dah sebulan lebih kerja gomen, aku masih takde baju batik. Punyalah teruk padahal tau benda tuh wajib. Siap ada pekeliling lagik. Nasib boss ok.

Pukul 3 pagi tadi adik aku call, dia masuk spital sebab sakit kepala sampai pengsan kat tempat kerja. Aku cukup risau bila diberitau sakit sebelah kanan jer. Takut indication penyakit lain cam darah tinggi atau kidney problem. Emak masih tak tau lagik sebab mungkin adik aku kena tahan untuk determine sakit apa jer. By evening kalau tak discharge jugak kena bagitau emak ler. Kesian adik aku, dahlah sorang2 kat JB, jadi pulak benda camni. Sabar dik, harap2 takde apalah.

Nak pi Anjung.....

Thursday, February 03, 2005

Tidak Bertajuk

Dapat sms daripada Kak Pnut ajak main boling kat Alamanda, tapi aku tengah bersukaria ngan teruna aku, jadi tak dapat nak join, lenkali aku musti join jugak.

Berulang alik dari Klang ke tempat kerja bukanlah option aku buat masa nih atas sebab tol yang menyenakkan perut. Pergi balik jer RM 11.80. Mampuih. Baik aku menyewa kat sini walau dalam hati tuhan jer yang tahu dok berjauhan ngan anak dan suami.

Le Tour De Langkawi, malam tadi mereka bermalam di Kuantan. Syokler abang... Sabtu nih berkunjung ke mari. Sah2 jalan tutup sedari pagi, aku nak gi kerja ikut mana ek? Tapi ok jugak, ada peluang jumpa member2 lama masa aku pun ikut Le Tour nih. Tahun nih dah naik taraf ke 2.0 hors. Maknanya dah setaraf ngan Tour De France dan beberapa lagi jelajah antarabangsa, aku masih jugak menunggu lebih banyak pasukan professional join jelajah nih. Haraplah penganjuran thn nih ok, kalau tak mahu status diturunkan thn depan. Cuma aku terfikir, Proton T-Bikes tuh pasukan professional ke? Sebab setau aku UCI punya ruling nak bagi pro status nih ketat giler, duit pun banyaklah nak habis. Emmm... mungkin cuma pasukan jemputan cam Telekom All Star dulu tak? Ntah, lupa lak nak tanya abang. Teringat zaman bersama mereka, dekat 2 minggu berkelana... naik hitam kulit, penat giler usung beg naik turun hotel. Tapi pengalaman tuh priceless. Dapat jugak pergi ngan tunang, pehtu ngan suami, dah ada anak nih bersara ler. Cuma pergi di stage2 tertentu tengok perlumbaan. Yang paling aku suka stage di Genting ler. Memang best tengok mereka berkayuh ke atas. Biasanya masa nihlah jersi kuning jadi fragile, sensapa pun ada peluang untuk rampas. Nak tengok kalau2 result LTdL 2002 berlaku semula. 8 stage pegang jersi kuning, sekali kena pintas masa stage 9, terus bertukar badan.

Semalam kena bebel oleh orang dihujung talian, baru aku faham kenapa sesetengah pegawai yang menjawab panggilan boleh hangin. Aku pun dekat nak hangin dah. Satu caller nih marah2 bila aku bagitau yang resit untuk sumbangan Tsunami tuh dikeluarkan satu untuk satu cek. Kesnya dia ramai2 derma guna 1 cek. Aku cuma ikut arahan Treasury MOF. Aku cuma keluar cover letter jer.

Dia : Kalau camtuh saya amik balik lah cek saya..
Aku : Amiklah (dalam hati jer)
Dia : Ni lah masalahnya dengan government officer, MALAS. Bukan susah nak buat resit tuh kan. Camner nih?
Aku : Encik boleh bercakap ngan Puan ***** dari Treasury untuk maklumat lengkap.
Dia : Ni yang saya tak suka ni pass around.
Aku : Puan ***** yang incharge bahagian nih semer, saya hanya menyelaras penerimaan sumbangan dan hantar ke sana.
Dia : Sapa K.S.U (Ketua Setiausaha Kementerian) awak?
Aku :Lerrrr, nak mengadu sampai KSU ke (dalam hati) Bukan KSU encik, kami KSN (Ketua Setiausaha Negara), Tan Sri Samsudin Othman
Dia : Errr... errr.. oklah saya telefon Puan tu... apa nombor?
Aku : ********
Dia : ----- (letak telefon)
Aku : Tadi berani sangat, hampeh!

Hilang ler selera nak makan tengahari semalam. Based on kerja mamat tuh, professional tapi hilang dah keprofessionalannya dalam telefon. Entahlah..... Sabar jer Angah.. belajarlah memendam rasa.

Pagi nih baca paper... buka ruang sastera dan budaya, nampak Tok Rimau. Glamer sekejap yer Tok. Kak Sri Diah nampak lain plak. Lepas nih mesti ramai yang nak berblog ye tak..

Off to sambung paper work...