Esok start cuti panjang. Tapi aku cuti 4 hari jer. Ahad ni kena bertugas kat bilik gerakan uwaaaa.... boring. Saya yang menurut perintah kan.. so tak perlah. Cadangnya nak balik Klang petang nih tapi bila mengingat balik peristiwa jem teruk masa nak balik raya haji lepas, kensel plan. Aku balik esok aje. Abang ngan adik2 dia sampai esok, nak pergi jalan-jalan cari pasal ke Sunway Lagoon, kira family gateway ler bila dah campur sekali ngan family aku. Ada government rate tak? Hari Jumaat dan Sabtu nak pergi jalan-jalan carik bahagia plak eheh. Arief cayang.. dok ngan nenek ya...
Semalam dapat berita pasal pertukaran ke state. Member aku yang dapat ke Pahang untuk first call ni, tapi dia batch lama. Alamak... abaisler peluang aku nak balik Kuantan. Hopefully ada lagi post kosong kat sana. Dengarnya, kata mereka di state lagi pening kepala. Lagipun Pahang tu kan selalu banjir, makanya kerja bahagian aku nih makin bertimbun ler, dan kata mereka lagi lelaki lagi sesuai sebab banyak ground work... menteri nak melawatlah, tengok relief centre, memacam lagik ler. Tapi pada aku kalau kepercayaan dah diberi, lelaki ke perempuan ke apa kisah kan. Aku take it as it comes lah. Yang penting aku nak duduk ngan family aku, masalah yang datang lepas tu, settle masa tuh ler. Kalau aku dok sini pun tapi kepala dan hati aku kat tempat lain camner nak perform. Bullshit ler benda2 professionalism nih... manusia nih semua interconnected, mana boleh nak pisah-pisah perasaan ngan akal. Kalau dah perasaan tak sihat, akal pun jadi mengong. Dua-dua kena balance baru professionalism tuh boleh apply. Pada aku ler, orang lain aku tak tau. Cuba cerita kat aku kalau ada contoh manusia yang banyak masalah keluarga tapi perform well masa kerja... I doubt ada. Kalu boleh kerja pun muka mesti mandom jer ye tak?
Aku rasa irritated, memula ok jer tapi lama2 aku rasa menyampah. Ada jer benda yang aku tak suka, ada jer benda yang aku tak setuju. Tak compatible lah. Camne nak cakap ek... susahlah. Aku cuba jugak ler ubah... aku cuba. Perasaan aku jer kot. Atau aku taruk harapan tinggi sangat, atau aku letak standard aku. Aku cubalah ni...eiiiii susah betul.
Apa Ada pada CNY
1. Limau - banyak giler, kat rumah pun berkotak-kotak. Ada yang masam ada yang manis. Yang aku suka limau kecik2 jual dalam bonjot2 tuh. Takde bijik, sekali ngap jer settle. Heaven.
2. Prosperity burger - syok. Enough said
3. Bunyi mercun - yang nih tak best. Aku pelik jugak, kalau masa raya banyak betul tangkapan tapi kenapa masa CNY, tum tam tum tam, tebabooooo sana sini orang buat dekkkkk je. Kat kampung aku tuh mercun naga tuh tak henti2 meletup. (I'm not being racist here, just my observation as malaysian- disclaimer)
4. Jalan jem - Mana-mana raya pun mesti jem. hampeh sungguh.
Selamat bercuti, selamat makan angin, selamat memandu.
No comments:
Post a Comment