Tuesday, December 18, 2007

Milestones

Nak ikut style Oren memblog ehehehe

Arief

Anak bujang aku ni dah pandai sangat dah. Baru-baru ni ikut ayah dia pergi memancing. Dia plak memang dah pandai casting. Dapatla ikan haruan saiz sederhana. Abang cerita memang anak bujang ni sendiri yang layang pancing tu, karau kekili dan daratkan ikan haruan tu. Abang cuma perhati dari dekat je. Ikan haruan tu aku goreng dan anakbujang aku ni dengan happynya makan ngan kicap. "Abang la yang gayuh (karau) pancing ikan ruan ni ibu". Masa aku siang ikan tu dia siap tanya, "ibu... ikan ruan tu tak sakit ke ibu potong dia?" aku pun cakap " taklah... sebab abang nak makan"

Sekarang ni dia dalam training tak pakai diapers waktu malam. Tapi memang rombongan ke bilik air tu kerap la. Nak memujuk dia kencing pulak memang payah. Boleh plak jawab "alaaa ibu kan kerja dengan boss.. beli la pampers abang.. abang kan belum big boy.. nanti dah big boy abang kencing la kat bilik air tu'

Alhamdulillah, dia memang manjakan adiknya. Pantang memangis sket habis satu rumah kena leter. Kengkadang aku biarkan jer, suka dengar mulut dia menceceh ekekekeke "tolong la nek.. adik abang tu dah nangis tu.. nanti dia muntah sapa susah kena lap... nanti suruh abang tak pandai laa.."

Tak sabar tunggu 2 bulan lagi untuk birthday bash dia yang pertama.

Adneen

Anak dara aku ni. Okey...dah mula buat pondok dan mula merangkak setapak dua. Gigi pun dah 2 batang tumbuh, sebelah bawah. Sekarang ni sekali sekala akan kedengaran la suara angah terjerit sebab kena gigit arrghhhh..tapi tak pe sebab aku memang nak breastfeed dia macam abangnya, tahan jer la kan. nampak macam dia nak start gigit tu aku peluk la dia biar dilepaskan.

Ahad lepas aku biarkan dia atas comforter depan tv. Aku pun buat la kerja ofis yang terpaksa dibawa balik. Tiba2 aku dengar Adneen menjerit. Aku check tengok dalam tangan dia ada tebuan. Yes... tebuan. Dengan gelabah aku cuma capai tudung dan bawak pergi hospital. Turn out that dia pun ada allergy to stings macam aku. Mujurnya mild la sebab dia dah dapat antibodi aku dari penyusuan. Cumanya aku terkilan sket sebab boleh jer la kes emergency camni disuruh tunggu. Aku takkisah kalau aku yang kena sengat tu. Ni baby umur 7 bulan! kalu dibuatnya allergy tu teruk sampai tutup salur nafas ke, serang jantung ke hapa? Akutau dia allergy sebab muka dia dah start merah dan naik bengkak. Aku dengan rasa tak bersalahnya gunakan la kerja aku. Baru la terhegeh2 nak tengok Adneen then and there. Aku rasa tak best la sebab masih ada double standard. Abis kalau yang datang tu mak aku yang cuma suri rumah bawak aku masa kecik dulu tak dilayan ke? Hari ni dia dah ok. bengkak tangan dah surut dan dia pun tak meragam dah.... aku bagi banyak2 susu badan untuk kurangkan sakit dia.. breastmilk do wonders!!

On pemakanan dia plak... jadual makan masih macam biasa la cuma aku dah tambahkan jenis makanan dalam menu dia. Bubur pun aku dah tambah ngan tauhu lembik, tukar ganti ayam, ikan dan daging. Dessert pun dah start bagi bite size fresh fruit. Biskut pun dah makan. Aku bagi biskut merry jek.

Ada yang tanya aku cammana masak bubur tu, blend dulu ke kemudian? Aku tak blend pun. Rahsianya..... gunala slow cooker. Pagi sebelum pergi kerja tu aku masukkan 2 sudu beras, beberapa potongan kecil ayam, sayur dan 3 jam kemudian dah sedia untuk dimakan. Aku pakai slow cooker Pensonic 0.6 liter. Harga RM 48 jek. Masa dia 6 bulan aku lebihkan air dan masak dalam 4-5 jam. Semakin dia besar aku kurangkan air dan masa masak.

Aku

Banyak kerja hujung2 tahun ni. Minggu ni kena settle Laporan Prestasi Tahunan kakitangan. Pening jugak na bagi markah kan. Nak adil dan dalam masa yang sama appreciate kerja mereka.

Cuti dari bulan 1 sampai 3 kena beku. Jadi minggu ni last la aku cuti. Ini bermakna cuti aku tahun depan ada 62 hari! carry forward 32 hari dari tahun ni. Tahun ni pun aku cuti guna yang tahun lepas punya. Banyakkan cuti aku.....

Aku dapat peluang jadi sekretariat untuk Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia bulan Januari nanti. tapi terpaksala tolak sebab cuti dah beku huhuhu. Sedih laaa sebab boss dah bagi green light dan abang pun pegi gak...

Monday, December 10, 2007

Kisah Silam untuk Hari Ini

Ini cerita minggu lepas. 2 hari (selasa ngan rabu) aku MC sebab tonsilitis menyerang lagi. Hari Isnin memang dah rasa semacam tapi ofis aku jadi hos perhimpunan pagi kat peringkat negeri kena la gagahkan diri jugak. Tekak aku dah rasa semacam dah pun. Hari Selasa aku hilang suara, dah macam nak demam bagai jadi pegi la klinik. Dapatla rehat 2 hari. memandangkan cuma tekak aku yang sakit maka aku sempat la jalan2 cari pasal ke Carefour Klang. baru nak pergi padahal dah berbulan start operasi. Kebetulan plak memang nak cari stroller untuk Adneen.

Nak dijadikan cerita kan, aku pun sekonyong2 bawak anak2 pergi masuk outlet Anakku apabila tiba2 didepan mata berdiri manusia yang aku cuba elak untuk bertemu, yang aku cuba lupakan, yang aku cuba padam dari CPU aku nih haaa...alahaiii mendidih plak darah aku masa tu. Mujur ada abang kat situ jadi aku cover jek la kan..abang bukan tau cerita silam aku. Aku rasa dia tak payah tau pun.

Tak payah tertanya2 la, aku bukan nak sorok pun. Aku terserempak ngan ex-boypren daaaa... siut betul.Tengah berdiri kat stroller baby dia (oooo dah dapat anak rupanya) Muka dia pun nampak terkejut. Aku pandang tepat muka dia dengan muka seposen pastu aku buat2 tak kenal jek. Bini dia pun macam terkejut jek nampak aku.Dia pun buat tak kenal jek. Lantak laaaa...aku buat bodoh jek.Not worth my time la nak berbasa basi ke hapa. Aku ke hulu kehilir mencari barang Adneen yang mana sesuai dan buat mereka cam tak wujud jek. Derang keluar dulu dari outlet tuh. Terer gila aku berlakon.

Betul benda tu dah lama sangat dah. 8 tahun dah pun. In fact hari selasa tu la pertama kali aku terserempak berdepan ngan dia. Adala sekali dua terselisih kereta. Tapi ni la Angah.... aku boleh maafkan tapi aku takkan lupakan....sori bebanyak.Macam terbayang2 jek benda2 dia reka cerita sebab nak selamatkan diri and put the blame on me. Hampeh!

5 tahun weh...bercinta kononnya la.. sejak lepas SPM tuhhhh..sehidup semati kunun..aku kat sini dia kat sinun. Aku kan masuk matrik pastu main campus.Sorang awek masuk line, hilang melayang janji semua. Aku kenal plak tu awek tuh. Biasa la berborak bila aku gi tempat kerja ex-boy aku tuh dulu. Bila tanya tak de apa2. Last2 terbongkar, buleh cakap selama tu anggap aku macam adik. Buleh kaaaaaa...buang masa dan tenaga aku jek.Pastu yang best... tinggalkan aku bodoh jek... no goodbye no nothing... hilang terus. Tau2 dah bertunang dah. Itu pun member aku bagitau. Mujur aku tak mereng ehehehe

Tak per la.. dah takde jodoh kan..aku pujuk diri. tapi semakin lama peristiwa sedih tu aku lalui, semakin masa berlalu banyak hikmah yang Allah tunjukkan pada aku. Alhamdulillah. Kalau aku jadi ngan dia pun banyak sangat pengorbanan yang aku kena buat, dan aku yakin aku akan jadi Angah yang bukan macam Angah sekarang dari segi pemikiran dan perjalanan karier.

Aku ingat masa tuh aku final year, masa dia takmo kat aku dulu laaaaa.. aku pulun study dan aku habis belajar awal satu semester dari rakan2 lain. Aku pulun kerja dan aku jadi kurus phewittttt!!! tak pe... dia takmo aku... beratur yang lain nak kat aku ekekekeke (statement over nih!)

Aku kira bertuah la dapat rasa pengalaman bercinta dan putus cinta. Dan jugak aku dapat rasa seronoknya bercinta lepas kawin (aku kenal husband aku 2 bulan jek, terus tunang). Aku jadi manusia yang lebih menghargai rasa sayang tu, aku jadi lebih appreciate benda2 kecik yang husband aku buat untuk aku. Hatta pasangkan ubat nyamuk masa nak tidur. Ya kengkawan... aku memang tak pernah dah pasang ubat nyamuk sebab abang kata nanti aku susah nak handle anak sebab kena basuh tangan dulu.

Alhamdulillah, dengan putus cinta Allah tunjukkan bahawa dia bukan jodoh aku. Mungkin jugak ia jawapan kepada doa aku, istikharah aku sebab aku macam tertanya2 betul ke dia untuk aku sebab banyak la plak aku kena comply ngan permintaan dia kalau nak kawen. Dan soalan aku terjawab dengan datangnya awek tu kan. Cuma aku ambil masa panjang untuk memahami sebenarnya Allah ada perancangan jodoh yang lebih baik untuk aku. Ya laaaa masa tuh dalam denial stage kan.

Tu la... Aku nak lelaki yang kurus dan tinggi, yang suka pakai casual jek, yang romantik.. dan alhamdulillah aku dapat. Pas tu boleh lak aku terpikir.. camne la aku boleh terbercinta ngan mamat tu dulu ekekekekeke... kurus tapi rendah, mat smart dan tak de la nak cakap sayang ke hapa kat aku. Alaaaa dah benci kan semua buruk jek.

Setahun lebih lepas clash tuh abang jumpa aku, lepas 2 bulan kenal kami bertunang. Haaaaa... ni lagi best. Mamat tu nikah hari yang sama aku bertunang. The best closure ever don't you think?
Tak kisah la... entry yang panjang lebar ni sebenarnya cuma nak mengiyakan teori. Memang cinta pertama tuh tak boleh dilupakan biarpun yang ada dalam otak ni cuma perasaan meluat dan sikit menyampah. Sayang tu dah takde dah.

Bila balik rumah petang tu aku terfikir balik kan bagus kalau masa aku terserempak tu, aku gelak2 pergi kat dia dan tegur macam jumpa kawan lama. Agaknya camne la reaksi dia kan. Nampak aku pun muka kalut semacam. Helllooooo aku bukan anak pontianak laaaaa.

"Hai.. lama tak jumpa.. kenalkan ini suami ngan anak2 saya.. ooo ada baby.. berapa bulan dah..sapa nama.. comel.. masih mengajar tempat sama ke.."

atau

"Laaaaa idup lagi ke awak.. saya ingat dah mati..."

atau

"kuat lagi jodoh kita ek.. asyik terserempak jek (pastikan husband tiada disisi ekekekeke)

AKU SAKIT TEKAK MASA TUH...SUARA TAKDE.. TAPI KALAU KORANG ADALAH AKU.. APA KORANG AKAN BUAT ATAU CAKAP DALAM KEADAAN TERSEREMPAK TUH?

Tuesday, November 27, 2007

Adneen pictures at 7 months

PICTURES SPEAKS LOUDER THAN WORDS..





Pictures speak louder than words.....

Friday, November 16, 2007

Bangun Tidur

Aku ok dah. Hati masih sakit la tapi aku cuba berfikiran positif. Susah-susah sangat aku ignore je kewujudan makhluk Allah itu.
Memang lama gile aku tak update kan. Aku dihambat bebanan kerja yang amat la banyak. Balik pun lewat jek. Kalau boleh claim OT, dah kaya aku agaknya. Ni aku kaya cuti jek la.
On my children. Minggu ni kedua-dua permata hati aku tak sihat. Isnin lepas pun aku amil EL. Walaupun sepatutnya aku kena jaga booth pejabat kat hari Kualiti peringkat Negeri. Mujur la boss ok.
Abang Long kena tonsilitis. Baru 3 tahun. Kesian dia sakit tekak nak menelan. Mujur doktor bagi ubat macam gula2 tuh. Aku pun ada tonsilitis dan biasanya aku kurangkan rasa sakit tekak tu dengan makan aiskrim. Kali ni aku bagi can la kat dia makan aiskrim sket. Suka sangat la anak teruna aku tuh.Anak dara aku plak buat pertama kalinya demam. Tak la panas mana tak tengok dia merengek2 tuh kesian gak kalau nak tinggalkan.
On Adneen's milestones. Semalam aku terperasan yang dia dah ada sebatang gigi yang baru muncul dari gusi, tak nampak lagi tapi kalau raba memang terasa. Agaknya sebab tu la demam. Dia dah pandai berguling2, maju kedepan belum lagi dah pandai angkat dada dia, kengkadang buat pondok. Nak terus merangkak agaknya.
Aku dah mula bagi dia makan bubur ngan bilis dan carrot. jadual makan dia macam abang long jugak masa seusia. Bangun dalam pukul 9 pagi dia minum EBM 4oz. Lepas tu rilek2 main dan makan bubur dalam pukul 10.30. mandi dan tidur. Bangun lepas tu minum EBM lagik 4oz. Selang 2 -3 jam makan bubur lagi. Sambung tidur lagi. Bangun minum EBM 4oz dan sebelum mandi petang dia makan dessert. Biasanya buah yang aku kukus dan lenyek campur ngan EBM. Biasanya aku sampai rumah sebelum atau sejurus maghrib tu dia dah tidur. Adneen akan bangun dalam pukul 9.00 malam untuk susu dan main kejap. Lepas tu dia tidur balik dan bangun 2 kali untuk susu. Sekali dalam pkl 2.00 dan sekali lagi pkl 5.00. Camtu la rutin dia.
On penyediaan makanan, aku dah mula la rutin mengukus, merebus dan menyimpan makanan. Buat masa ni aku bagi bubur + bilis + sejenis sayur (carrot/kentang/kobis bunga) Lepas ni akan ajar makan stok ayam plak. Dessert plak buah pureed apple dan pear atau pisang fresh yang aku campur ngan EBM.
Berat sekarang 7 kilo lebih. Ok lah tuh. Jgn besar sangat. janji milesone setara ngan umur aku ok dah.
Abang Long plak aku dok perasan milk intake dia dah makin kurang. Kalau dulu 6 tin pediasure sebulan, sekarang ni dalam 5 tin je. Sehari 2 -3 kali menyusu. Ada jugak yang cakap ngan aku Arief dah besar dah tak payah la menyusu guna botol (yup! anak aku masih pakai botol susu bukan feeding cup) Aku tak kisah. Asalkan dia nak minum susu biarla dia nak pakai botol sampai bila pun. Tau la dia nak berhenti nanti. Diapun baru 3 tahun. Saiz badan jek macam 5 tahun.

Friday, October 26, 2007

PUTUS HARAP

AKU SEMAKIN PUTUS HARAP! END OF THE STORY!!!!
I GAVE THIS PERSON CHANCE AFTER CHANCE TO CHANGE BUT THIS PERSON TAKE IT FOR GRANTED. TOO MANY CHANCES AND I WAS BEING TOO SOFTHEARTED.
I DONT KNOW WHAT TO DO. ALL I HAVE IN MY MIND NOW IS TO GIVE THIS PERSON A TIGHT SLAP ON THE FACE AND CHASE THIS PERSON OUT OF MY LIFE (IF I HAVE THE CHANCE AND COURAGE THAT IS) LORD!!!! I'M BEING A SOFTHEARTED ME AGAIN!!!!!!

Tuesday, October 09, 2007

Selamat Hari Raya

Pejam celik pejam celik lagi 3 hari jer kita akan menyambut Raya. Alhamdulillah cuti aku Boss dah approved. Makanya aku akan bercuti dari 16-19 Oktober 2007. Aku sengaja tak ambik cuti sehari awal sebab rumah aku dekat jer. Lagipun bukan ada banyak persiapan nak buat pun kan. Masak pun sikit jer, sebelah malam pun boleh.

Aku akan balik Kuantan raya ketiga. Mungkin singgah rumah Big Boss dulu kat Selayang. Lepas tu singgah menyinggah la sepanjang perjalanan tuh. So kalau aku bertolak pagi mungkin petang la baru sampai Kuantan.

Baju raya

Tahun ni kami sekeluarga akan pakai baju warna baby blue. Malam tadi aku shopping kat Klang Parade mencari baju anak2. Aku disahkan gila ahahahahaha bila rambang mata menengok baju budak pompuan. Skirt memangla banyak yang cantik2 tapi malangnya anak aku tu botak. Buruk benor la kalau pakai skirt. Jadi carik la seluar jenis ropol2 sket kan. Untuk abang long plak macam biasa la, seluar 3 helai dan t-shirt 4 helai. Cukup la rasanya sebab 2 3 bulan lepas pun dah belikan baju dia. Seluar abang long saiz 6 tahun. Baju plak saiz 4 atau 5 tahun. Anak aku kan macam aku ekekekeke...... saiz gedabak. All in all beratus jugak la habis... baju budak2 lagi mahal dari baju mak bapak budak kan...

Untuk aku dan abang cuma sepasang baju melayu dan baju kurung jer. Aku boleh pakai baju kerja jer. Bukan orang tau kan. Abang macam biasa la ngan seluar jeans dan t-shirt. Hmmm.. lagi pulak tak lama lagi semua penjawat awam negeri akan pakai uniform kan. Tak payah la aku buat baju banyak sangat lepas nih. Jimat duit dan tak pening kepala nak pakai apa.

Kuih Raya

Tahun ni aku tak beli walau sebiji pun kuih raya. Alhamdulillah la, banyak aku dapat kat opis nih. Cuma kena beli kerepek dan kekacang jer la.

Ucapan Raya
Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang menyinggung rasa.
Ikhlas :
Mazlan
Haslina
Muhammad Mifdzal Arief
Adneen Humaira

Thursday, October 04, 2007

Soklan Puasa ngan Raya

Untuk tidak menghampakan rakan seperjuangan kese’ptd’an aku si Tariq menariq tertariq tariq affendi *matila kena hempuk* maka aku pun menjawab la tag oleh beliau berkaitan puasa dan raya nih. So here goes…

1. Sejak bila anda mula berpuasa penuh
Seingat ingat aku la aku mula puasa penuh masa darjah 3 kot. Memang lambat la, aku ingat mak aku janji kalau puasa penuh sebulan nanti emak belikan cekak rambut bunga2, pergh…. Masa tuh tuh la aksesori paling cantik pada aku. Bila dapat tahun tuh tidur pun takmo bukak.
2. Pernahkah anda ponteng puasa dan apa alasannya.
Pernah ponteng… selalu pun ekekekeke..Aku ingat lagik aku ngan geng2 akan beli jajan masa sekolah agama waktu petang pastu makan bawah surau…. Yer.. BAWAH SURAU. Padahal waktu rehat tu dah pukul 4 dah. Bebudak mana la tau piker kan. Peliknya kalau cuti aku tak la ponteng puasa plak, takde la curi2 minum air paip ke, air kolah ke hapa…kat rumah lagi sivik kan..

3. Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun?
Maka menjadi satu kerugian jika TIDAK bermain bunga api dan mercun. Ni nostalgia sikit nih. Masa kecik2 dulu, masa arwah ayah masih ada… masa nak main bunga api yang cap kucing tuh (batang besi tuh la..) ayah akan ambik pelepah pisang dalan 2 jengkal pastu dia cucukkan batang besi tuh, pastu cucuhkan kat api, baru bagi aku main. Pastu dia duduk kat pangkin sambil hisap rokok. (air mata aku dah meleleh dah ni.. nampak dek staff malu jek..) Kang dah habis sebatang dicucuk lagi sebatang, dicucuh dan bagi kat aku…. Camtu la sampai aku puas main. Mercun tak main sebab ayah kata bahaya.

4. Juadah apakah yang menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka?
Aku akan pastikan ada Tau Fu Fa setiap kali berbuka. Memang tak pernah miss la. Errrr…. Korang tau ke tau fu fa tu apa? Alaaaa.. yang air soya macam agar2 dalam air gula tuh laaa… memang dari aku kecik sampai la sekarang. Lepas tu aku suka popia. Tak kira la basah ke goreng.

5. Lagu raya manakah yang anda suka?
Aku suka lagu Rafeah Buang. “Kini tiba masanya berhari raya, muslimin dan muslimat sembahyang bersama, menyembahkan diri pada yang kuasa, bermaaf dan maafkan diantara kita” Memang terasa la syahdunya suasana raya nih.Lagu sekarang ni mengarut jek, nyanyi ntah hapa2. Artis sekarang nyanyi lagu lama pun aku tak feel.

6. Tahun ini anda beraya di mana?
Tahun ni buat pertama kalinya aku akan beraya di Klang, rumah mak aku, setelah 5 tahun berumah tangga. Boleh refer entry aku sebelum ni la akan sebab musababnya tuh. Memang teruja la tahun nih.

7. Pernahkah anda bertugas dihari raya?
Tak pernah. Tapi bertugas sampai hari akhir puasa tuh memang tiap tahun la. Memang aku jer la yang tinggal kat opis masa last day tuh. Sebabnya aku nak cuti lama lepas raya. Tahun ni pun sama. Bukan nak masak berkawah pun, dan bukannya nak balik kampong jauh pun kan..

8. Apakah kenangan paling manis di hari raya?
Raya kalau nak kira semuanya kenangan manis. Sejak dah kawen ni kan paling manis sure la masa first time beraya ngan suami. Cewah… romantik gitu. Pastu beraya ngan anak plak kan, lengkap dah keluarga kecik aku. Lagi satu masa aku hadiahkan emak rantai tangan, masa tahun pertama aku kerja. Aku dah janji ngan diri sendiri nak belikan emak barang kemas sebab sejak aku ni kecik sampai la aku kerja, emak memang takde seurat barang kemas pun. Tengok wajah emak yang senyum tuh.. priceless…Sayang emak…

Wokeh dah selesai aku menjawab.


Tuesday, October 02, 2007

Mencuri Masa

Datang awalpagi semata2 nak mengupdate blog... adakah aku blogger tegar? Tegar ke tidak aku baru terperasan yang bulan September lepas merupakan ulang tahun ke 5 blog aku nih. 5 tahun tuh haaaaaa... bila aku baca balik catatan2 lama aku dapat tengok sendiri perubahan cara aku berfikir, bertindak, handle things selari la dengan usia aku yang makin lanjut ni kan.
Memula aku menulis dulu tahun 2001 kat tripod, pastu aku tukar ke blogspot tahun 2002. Dulu aku tulis pasal isu semasa. saja beri pendapat aku yang tak seberapa. Join Gengjurnal dan ada jugak aku join program mereka. Ramai kawan aku dapat.
Bila dah pregnant dan jadi ibu aku kenal pulak blogger di kalangan ibu-ibu. Aku kenal IV dulu tapi melalui Ummikusayang, chatting, jumpa sampaila dia ada blog sendiri. We sahare the same passion that is breastfeeding.Lepas pada tu aku kenal ramai lagi ibu-ibu. Seronok dapat tahu perkembangan anak masing-masing. Compare cara penjagaan dsb. Akuingat masa open house rumah IV, aku dapat jumpa Kak PB, Nik Ha ngan Uda.
Sekarang ni blog aku adalah tempat aku mencatat dan merekod perjalanan hidup seorang wanita, anak, isteri, ibu, pekerja bernama Angah. Semua catatan secara santai pasal aku ddan kehidupan aku. Tak de dah aku menulis pasal isu yang panas ke, ulas berita ke hapa. But hey, this is my blog suka hati aku la kan ehehehe
Bola Sepak v/s SPM
Pagi ni dengar berita kat Radio. Negara yang tercinta ni akan hantar skuad bawah 19 tahun ke satu pertandingan bola sepak kat mana ntah, tapi luar negara la. Kebetulan bertembung ngan SPM dan ada 7 orang pemain sepatutnya amik periksa tuh. Tapi mereka dah dikecualikan daripada amik dana akan diberi sijil jugak.
Aku terdiam kejap lepas dengar berita tuh. Aku pun dah heran yang mana lagi penting sekarang ni. dalam pada kita melaung-laungkan kepentingan pendidikan, berlaku jugak perkara camni kan. Pihak berwajib sendiri yang set priority pada bola sepak. Pada aku biarla bebudak tu amik periksa macam budak lain jugak. Apa boleh main bola sampai tua ke? Aku masih tak nampak ada pemain bola kita yang hidup senang lenang lepas bersara. Sukan pun penting tapi pelajaran kan lebih utama. MALAYSIA BOLEH? ntah.....
BUKA PUASA
Aku dapat banyak jugak jemputan buka puasa. Tapi adalah satu dua jer yang aku pergi. Kesian anak2 aku kat rumah. Ibunya sedap2 makan kat luar, anak2 kat rumah dok ternanti2 ibu ni balik. Biarla nak cakap aku tak pentingkan organisasi ke hapa, kalau aku takde kat organisasi tu bebila masa boleh replace ngan orang lain. Tapi aku sebagai ibu ada replacement ke? Aku cakap sebagai IBU ek.... bukan sebagai isteri muahahaha.... jauhkan la huhuhu.
RAYA
Buat pertama kalinya dalam kehidupan berumah tangga aku, aku akan beraya kat Klang tahun ni. Raya ketiga baru balik Kuantan. Mujur abang ok jer. Alasan aku mudah. Sekarang aku dok kat sini baik la raya kat sini dulu, boleh cuti lama kat Kuantan sana. Memang eksited la kan. Adik aku yang baru kawen pun besar kemungkinan akan raya kat sini jugak.
Aku rindu suasana beraya ngan family sendiri. Masak ketupat ngan rendang, kuah kacang. Kat Kuantan aku masak stail sana la, nasi minyakke, nasi dagang ke, pastu buat ketupat daun palas. Tahun ni aku buat jugak la kat Klang ni sebab abang mana biasa makan ketupat nasi ngan rendang jek. Kena la cari daun palas, kat mana ada?
Baju anak2 pun aku tak beli lagi. Mungkin hujung minggu ni kot. Untuk anak teruna aku memang tak de pilihan la. Seluar, t-shirt, kemeja. Untuk anak dara aku memang rambang mata tengok oooiiiiii.. tapi aku kena kawal nafsu la kan. budak tu terlentang jek. Tunggu la dah pandai berjalan boleh la nak melaram.
ANAK-ANAK
Anak teruna aku dah mula puasa (kononnya ehehe). Tak mo makan nasi sebab puasa kata dia. Tapi minum susu ngan makan jajan nak. Pantang adiknya training meniarap dia yang suspen lebih. Pernah jugak menangis tengok adiknya terkial2 ahahahaha.... very the protective la abang long nih..
Anak dara aku dah 5 bulan jumaat lepas. Berat dah 7.4 kg. Semangat yang amats. Alhamdulillah amsih exclusively breastfeed. Bulan puasa ni pun stok susu aku sama jer macam tak puasa. Rezeki Adneen la kan. Milestones dia agak lambat berbanding abang dia. Dah 5 bulan nih masih terkial2 nak meniarap. Boleh dah telangkup tapi tangan tak lepas lagik huhuhu... berat bontot la dik.
Mengagah tu memang kerja dia la. Kengkadang aku tergelak jugak sebab pikir ni aku yang agah dia ke, dia yang agah aku. Bulan depan dah boleh makan. Start la rutin aku iaitu merebus, menstim, melecek, menyimpan makanan anak dara tuh nanti. Macam abangnya jugak aku akan start ngan pisang dulu sebab tastenya ada sikit sama ngan breastmilk. Pastu boleh bagi nasi blend, dan seminggu sekali kenalkan ngan buah-buahan dan sayur-sayuran. Hopefully dia akn besar cam abangnya, makan semua benda. Senang ibu.
Dalam pada mencuri masa berjela entry aku ehehehe.. sekali sekala lepas gian kan. Oh ya.. Big Boss decided nak bagi aku elaun tanggung kerja jugak. Alhamdulillah... rezeki anak.

Wednesday, September 26, 2007

Menjenguk kejap

Aku amat la sibuk sekarang sebab aku kena handle 2 unit kat opis aku nih. Ketua unit lagi satu tuh pegi buat Diploma 6 bulan macam aku dulu. Masalahnya aku menanggung kerja gred lebih rendah. Buleh ke dapat elaun tanggung kerja? Atau adakah aku akan kerja untuk percuma? Dah sebulan dah. Penat yang amat la kan.

Minggu depan plak Ketua Setiausaha Negara nak buat lawatan ke opis aku nih sempena lawatan dia ke negeri. Lagi la satu hal plak kena prepare.

Jadi memang blog ni akan mengumpul sawang buat beberapa ketika.

Selamat berpuasa semua.

Monday, September 10, 2007

Update la jugak

Aku pun menulis balik setelah 10 hari tak mengupdate. Cerita tak banyak pun. Meh aku cerita satu persatu

MERDEKA
Tahun ni aku merdeka kat Kuantan. Lama Tak balik kampung. Kebetulan abang pun baru balik dari Bangkok makanya bertolak balik la kami anak beranak ke Kuantan. Merdeka tahun ni macam tahun-tahun lepas jugak la. Aku tetap rasa tak meriah dan aku tetap rasa aku tak Merdeka. Aku nak merdeka dari hutang piutang. Sapa2 ada duit nak bayarkan hutang aku?

Kat Kuantan macam biasa aku mesti menebeng kat Hai Peng Kopitiam. Dengan abang dan member2 basikal dia la. Adneen muka konfius jek macam biasa ehehee... berbaby kecik tak menghalang aku pegi meronggeng tau. Pulak la tak payah bawak botol susu. lagik la mudah kerja ibu.

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
Macam pekerja gomen yang lain. Aku pun pi la amik periksa tuh 3 ngan 4 hb 9. Memang pegi buta-buta jek tak study satu benda pun. Mana nak ada masa study wehhh... Baru nak bukak buku rujukan, nota ke hapa ada jek orang nak jumpa, ada jek dokumen kena settle, ada jeeeee la benda lain. Kat rumah takpayah cerita la. Memang tak pegang buku la kan. So tawakal je la.

Kertas umum kira boleh la. Yang mana boleh goreng aku goreng, yang mana boleh kukus aku kukus la ahahahaha. Kertas Khusus ada sikit problem la. Ada jugak calon yang keluar tak sampai setengan jam periksa mula. Mujur la ada 2 soalan pasal Tanah. Boleh la jugak aku jawab sebab bidang kerja aku sekarang. Yang lain tuh gamble jek la. Lulus aku bersyukur, tak lulus amik balik la, bukan kena bayo pun kan.

BULAN PUASA
Lagi 2 hari lagi nak puasa kan. BIlik aku ni dah penuh dengan buah Tamar orang bagi. Alhamdulillah. Tak payah beli. Ada je jemputan majlis tahlil tiap minggu daripada banyak pihak. Yang mana boleh pegi aku pegi. Yang mana nampak macam tak relevan tuh aku kirim salam jer la.

Tadi dapat email pasal Tamar cap Mother yang dikatakan tak halal dengan alasan dicelup dengan Holy Water, disebabkan gambar depan tuh dikatakan Virgin Mary. Aku agak sceptical dengan email-email camni. Bukan ke busuk buah tamar tu kalau rendam dalam air secara logiknya. Isu holy water ni pun satu jugak. nanti la aku cerita pengalaman aku kerja dan mendengar ceramah Ustaz Ayub (bekas paderi dan pengampun dosa antarabangsa) pasal isu nih.

Thursday, August 30, 2007

Caca Merba

Lama aku tak update kan. Au teramat sibuk sebab aku menanggung kerja unit lain. 2 unit untuk dijaga dengan nak entertain public lagik, dengan dokumen yang kena keluar banyak giler, dengan meeting serata alam tuh. Aku balik dari ofis tepat jam 7 malam tiap-tiap hari. Kesian anak2 aku. Pukul 8 malam baru nampak ibu, pukul 11 dah tidur. Nak buat camne kan dah kerja. 6 bulan la camni campai pegawai terbabit balik dari berkursus.
Kelmarin ke LCCT amik abang. Mujurnya aku sebab flight awal. Tak la buruk menunggu kat airport yang kurang kerusi tuh. Kesian abang 2 minggu kat Bangkok tak jumpa nasi. Adalah nasi tapi was-was katanya. Bantai makan maggi ngan biskut jek la. Aku dapat baju kotor jek ahahahah... tak per lah benda apa pun yang ada kat sana tuh... semua ada di Malaysia kan. Naik jek kereta terus menghala ke Putrajaya carik nasik. Amik kau 2 pinggan dia belasah makan.
Hari ni aku nak balik Kuantan. Dah 2 bulan tak balik. Hopefully tak jem la jalan kan. Cuti hujung minggu yang panjang. Ingat nak carik Tini, lama tak jupa dia.
Alhamdulillah gaji aku yang pending 2 bulan dah release. Boleh la menarik nafas lega. Boleh la settle mana2 hutang yang tertunggak. Lemas aku bank dok call tanya payment kereta. Tak paham2 cakap melayu la plak kan. Aku dah kata bila cek dah clear aku bayar la. Tiap hari jugak la tepon tanya benda sama. Apa bengong sangat? Nak aku cakap bahasa Timbuktu agaknya.
Nak ucap tahniah jugak la pada ex-boipren aku. dapat baby girl lepas 6 tahun kawen. Nanti aku hantar kad. Aku ni baik.... tak hold grudge *bluehhhh* Tapi pikir2 balik nak jek aku bakar rumah dia ahahahaha...
Anak dara aku dah mengiring dengan jayanya, tinggal kepala jek tak lepas. Berat kot ek? Abang long dulu tak sampai 4 bulan dah meniarap dah. Tak kisah la. Kuat berborak dengan abangnya. Dengan aku hampeh tak layan. Dia cuma kenal breast aku jek huhuhu. Pi klinik baru nih, alhamdulillah sihat. Berat 6.7kg.
Anak teruna aku haaaaaa....sibuk nak pegi sekolah. merengek2 nak pegi sekolah. Baru 3 tahun nak sekolah apa? Pening kepala ibu layan wehhhh...

Arief : Ibu, abang want school
Ibu : Abang small lagi, next year abang big, go to school la.
Arief : want school la ibu macam bibik Iya.
Ibu : Eh cerita sponge Bob la... jom watch
Arief : *lupa kejap cerita sekolah*

Kat LCCT hantar abang ke Bangkok. Sila ignore saiz aku sekarang

Kenduri kat rumah Pakcik aku... budak botak pakai cekak so cute
Ni abang long kemaruk main.. 4 kali round tuh huhuhu

Muka boring tak tau buat apa kat Airport

Wednesday, August 22, 2007

Campur-campur

Hari ni dah 22/8 kan. Lagi 9 hari jer nak sambut merdeka. Aku masih tak terasa bahangnya. Ntah... iklan kat tv pun tak berapa meriah kan. Aku suka iklan Sarjan Saunders kat TV 3 tuh. Cute jek budak pompuan tuh ehehe.. imagine my Adneen camtu in years to come, sure cute.

Ahad lepas aku hantar abang ke LCCT. Dia ke Bangkok ada kursus for International Commissaires. Penuh semacam jek LCCT. Cuti sekolah kot la kan. Adneen macam tak selesa jer, merengek jek sepanjang kat sana. Last2, aku balik lepas abang check in jek. Sampai rumah abang call kata flight delay. Sokmo delay la Udara Asia tuh.


Isnin lepas aku pergi kursus sehari pasal Strata Act kat J.W. Marriot. Aku memang teruk laaaa.. aku rembat tuala kecit2 kat toilet tuh ahahahaha... SATU saja ek... Aku mengconcludekan, lepak kat hotel sederhana bintangnya adalah lebih syok daripada lepak kat hotel yang tinggi bintangnya.


Hari ni nak kena bawak anak dara aku tu pegi klinik. Routine check-up la. Alhamdulillah masih la exclusively breastfeed. Haaaa... aku baru dapat tau makan tapai pun boleh tambah susu. maka aku cuba la makan. Memang betul la, bertambah pengeluaran. Adneen consume sikit2 jer kalau nakbanding ngan abangnya. Aku cuma letak 3oz jer sebotol. sepanjang aku kerja aku tinggalkan 5 botol. Cukup la.



Ini stok susu aku. Yang warna biru sebelah tu techni-ice. My ayam and ikan have no palce to stay ehehehe.


Adneen nak masuk 4 bulan dah. Bila aku cakap anak aku tak makan lagi, ramai ayang tanya kenapa. Aku cakap la sebab susu aku pundah cukup untuk tumbesaran dia sampai 6 bulan nanti. Aku tak salahkan yang bertanya tu sebab kebanyakan mereka tak de exposure. Bila aku cakap susu akan makin bertambah kalau kita rajin perah dan bagi baby nurse, macam tak percaya plak diaorang.





Ramai orang kata muka anak2 aku serupa. Aku pun rasa camtu jugak. Aku cakap ngan abang kalau nak tengok muka adneen masa umur 3 tahun, pakaikan Arief tudung ahahahaha.. (cute jek anak teruna aku pakai tudung kan.... hubby aku membebel ekekekeke)

Thursday, August 16, 2007

Adneen Humaira pictures

Presenting Adneen Humaira to all aunties and uncles of blogland. Melambak lagi sebenarnya. Nantilah ek.. ni episod pengenalan jek.

Abang long dukung adik masa umur seminggu rasanya



Beberapa ketika selepas dilahirkan. Botak anak aku yang ini.



Yang ni rasanya masa 2 bulan lebih

Yang ni masa balik cucuk umur 3 bulan


Yang ni minggu lepas kot

Wednesday, August 15, 2007

Kenangan

Kenangan ada banyak jenis kan. Ada yang manis, yang masam, yang pahit, yang menyakitkan hati, yang macam-macam lagi la. Selalunya bila kita buat sesuatu, atau bila bercakap pasal sesuatu mula la terimbau balik kenangan lama kan. Aku cukup senak, rimas, menyampah kalau terimbau kenangan lama yang menyakitkan hati. Kenangan yang melibatkan hati jugak la. Eeeeiii aku nak buang jauh2 kenangan tu tapi tak boleh. Tetap la ada.


Semalam emak bagitau aku orang tu dapat baby girl lepas 6 tahun kawen. Aku cuma jawab "ye ke? alhamdulillah" Terus la terimbau saat-saat aku sakit hati, membawa hati, memujuk hati dek kerana orang tu la. Hampeh sungguh mamat tu wehhhhh... ingat aku sampah ke main buang2 jek. Sampah pun orang buang dalam tong sampah tau! Takper.... aku masih menang. Anak aku dua ahahahahaha(angah memang vindictive kengkawan sekelian)


Walaupun aku bahagia sangat sekarang dikurniakan suami dan anak2, kengkadang aku masih boleh rasa sakit hati, marah, dendam bila teringat orang tu. Ya Allah, tolong la hamba mu ini membuang perasaan tak best ni jauh-jauh. Aku rimas laaaaa


Cerita best plak laaaa... tahniah kepada Oren atas kelahiran baby boy. Selamat berpantang ek. semoga kelahiran baby ni bawa sinar bahagia untuk keluarga ko.


Cerita kerja pulak... satu kerja hakiki aku pun akutak buat hari ni dek kerana melayan public. Nak menyorok macam semalam pun tak sempat huhuhuhu. Tapi takpe Boss besar dah keluar memo kebenaran overtime. Aku nak overtime la, boleh kumpul cuti untuk raya nanti. Nak claim duit tak layak.

Tuesday, August 14, 2007

Sibuk ke?

Aku rasa aku dah penat cerita pasal kerja, tapi tu la yang aku cerita pun muahahaha... hari ni ada dua meeting sepanjang pagi sampai la tengahari. Aku plak dengan sesuka hati mintak excuse ngan boss masa meeting sebab nak pegi pam susu. Pedulikan la ahli mesyuarat. Lepas 20 minit aku masuk balik. Boss tanya aku awat lambat sangat, pi mana? aku ngan muka seposen cakap "saya pegi pam susu" Boss aku kata "oh ok" Tapi lepas meeting yang first tu dia tanya aku plak " awak pam susu?" Aku jawab plak "ha'ah boss, anak saya tak minum susu tepung, dia minum susu saya jek" sebelum aku berlari2 mak budak ke meeting yang satu lagi ehehehe..takdenya aku nak segan dah walaupun boss aku tu lelaki. At least dia akan faham komitmen aku yang satu nih.
Lepas waktu lunch plak aku tengok meja aku dah penuh dokumen untuk tindakan. kalau aku tak selesaikan makanya akan tertunggak la kan, jadinya aku mengambil langkah drastik dengan menyorok dalam bilik aku dan sorting dokumen2 tu ikut kepentingan. Aku dengar jugak ada suara2 merdu diluar nak jumpa aku. Aku pesan kat CC cakap aku takde ahahahaha.. sungguh la jahat aku hari ni. Tapi tu la kalau tak buat camtu, baru nak bukak fail, nak tengok dokumen ada jek orang nak jumpa.... bila masa nak siap kan. Padahnya ada jugak, nak batuk pun susah weh.. kang terdengar plak ekekekeke
Ujung minggu ni adik aku balik. Lama gak tau jumpa dia lepas dia kawen bulan 3 lepas. Nak pujuk hati la tu. Kesian adik aku, keguguran. Kandungan nak masuk 5 minggu. Takpe la dik, takde rezeki lagi. Aku faham perasaan dia sebab aku pun pernah alami keguguran bulan 4 tahun 2005 dulu.
Teruna aku sekarang dah lebih independent. Aku nak mandikan pun dia taknak, nak pakaikan baju pun dia takmo "abang dah big boy la ibu, Adneen small girl ibu dukung la" Banyak la benda yang selama ni aku dok buatkan untuk dia, dia nak buat sendiri. Apart from being proud because my son is learning to be independent, somehow I feel sad for not able to manja-manjakan dia. Nak peluk, cium, gomol dia pun susah sekarang ni. Bila dia nak susu, aku suakan pipi baru la nak cium. Rasa macam tak best la.... but I have to accept the fact that milestones for 3 years old memang camtu la, nak cari identiti sendiri kan. Tapi tu laaaaa.... aku susah la nak terima anak aku nak jadi big boy dah. Camne la bila tiba masa dia nak masuk sekolah nanti ek..
Kengkadang aku layan senaman poco2 kat rumah sambil dukung anak dara aku yang beratnya 6.2kg tuh. Teruna aku dengan inesen buleh cakap "ibu nari2 ni sebab ibu tu dah gemuk laaa, dukung abang pun tak larat" huhuhuhuhu anak aku!!! memang aku gemuk pun sekarang ahahaha...
Anak dara aku plak dah mula menyembur-nyembur. Adehhhhh rambut aku pun dah gugur dengan banyaknya. Zasssss aku potong rambut minggu lepas. Tunjuk ngan hubby via video call, dia cuma cakap "hmmmm" jek. Approve ke tak lantak la.
Dah pukul 6 nih... nak kena sambung sikit lagik kerja, balik sekarang pun takde faedahnya sebab jem kat depan sekolah adik aku.

Monday, August 13, 2007

Cerita Biasa

Minggu yang baru. Cerita yang lama. Esok ada meeting semua unit, kena lapor progres. Tak jadi masalah la. Hari Khamis ada rombongan bebudak Law nak belajar pasal urusan2 melibatkan tanah. Haaaaa yang ni masalah skit sebab aku pun baru sebulan jek berkecimpung dalam bidang ni. Makanya kena la aku berlagak pandai ahahahah buleh ka?
Minggu ni rumah aku akan penuh. adik aku balik ngan mertuanya, abang pun balik menjenguk aku dan anak2. Dia akan ke Bangkok 10 hari untuk UCI Commissaire Course. aku dah kirim macam2 dah.
Gaji aku 2 bulan tak dapat sebab transisi aku dari pejabat lama ke pejabat baru. Hopefully minggu ni boleh dapat. Suffer wehhhh... banyak dah tertunggak dah ni.
Semalam round the world aku ngan anak2 menjengah sedara-mara kawen. Tak pegi kang kena cop memacam plak kan. Mujur la anak dara aku tuh steady jek dalam car seat. Mak aku pun ikut tapi sengaja aku latih dia dok dalam tu. Senang sikit.
Bulan depan dah puasa kan? kejap sungguh masa berlalu. Tahun ke 3 la berpuasa tanpa abang hmmm... Soalan cepu berlian... korang dah habis ganti puasa?

Thursday, August 09, 2007

Aku Kembaliiiiiiii

Dah sebulan lebih aku tak update kan... sebabnya ofis baru aku blok blogger/blogspot. Namun setelah aku berbasa basi dengan pegawai sistem maklumat unit aku maka hari ini aku boleh berblog semula. Yeahaaaa!!!! aku happy banget.
Banyak nak cerita sebenarnya tentang kehidupan aku setelah bertambah ahli keluarga ni, setelah bertukar ke pejabat baru dengan tanggungjawab yang pada aku amatlah besar. Nanti lah aku cerita sikit-sikit.
Pasal kerja memang totally new la. Aku kena start from zero. Tapi dah sebulan ni aku rasa ok la jugak cuma masih pening lalat dengan beberapa urusan melibatkan aduan direct public. Ye la masa derang tanya tuh la aku nak refer pada staff yang berpengalaman kan. Hari ni baru ni la aku masuk pejabat. Ada 2 meeting kena attend pagi dan petang. Tangan aku masih berbau kari masa aku pegi meeting sebelah petang ahahahaha..
Aku pun nak cerita pengalaman aku (yang kedua sebenarnya) breastfeed anak dara aku tuh. Alhamdulillah Allah permudahkan usaha aku, banyakkan air susu aku. Sekarang ni aku boleh la pam everage 20 - 25oz kat pejabat. Adneen cuma consume dalam 15-20oz jer sepanjang aku kerja so aku masih boleh buat stok dalam masa yang sama la. Memandangkan dapat bilik kat opis baru ni maka senang sikit la nak mengepam tu kan. Asal aku tutup blind jek staff pun dah tau takkan kacau.
Memula ada jugak nipple confusion, aku cuba 2 3 brand puting jugak. Akhirnya anak dara aku tu guna NUK. Tak kisah la mahal sikit pun janji dia nak guna. Oh ya, I'm letting go 2 Pigeon bottles (7oz) with peristaltic teats. Masa beli RM 27. Aku nak jual dalam RM15 je satu. Kalau nak bagitau ek. Kot la sapa2 ada guna jenis tu. Anak dara aku takmo pakai la. Abang dia dulu ok jek.
Gambar Adneen Humaira memang banyak tapi cable telefon aku rosak. Kena beli card reader baru boleh upload. Dah 13weeks dah umur dia. Berat 6.2kg. Muka sebijik abang long dia la.
Ok till then....miss you guys a lot laaaaaa

Tuesday, July 03, 2007

Kerja... kerja...

Hari kedua kerja. Semalam balik sampai rumah dalam pukul 6. Adneen tengah tidur. Aku sempat la mandi dan solat. Dalam 6.45 dia bangun. Aku terus susukan. Seronok tengok ekspresi muka dia masa feeding. Nampakkelam kabut jek sebab seharian minum EBM dengan botol. Mana nak best kan.
Alhamdulillah semalam dapat la 20oz susu kat ofis. Cukupla untuk Adneen masa aku kerja. Simpan 4 oz untuk stok. Macam abangnya, aku determine untuk exclusively breastfeed Adneen. Kalau abangnya dapat 18 bulan, aku nak Adneen sampai 24 bulan. Kalau cakap pasal breastfeeding ni memang aku suka sangat. IV pun share the same passion on breastfeeding ngan aku. kan IV kan... Maka akan bermula balik la rutin aku mengepam susu untuk 2 tahun akan datang ni. Tak per.. alah bisa tegal biasa kan...
Sekarang ni aku dalam usaha mendapatkan berat badan asal sebelum pregnant. Target aku tak tinggi. Dapat turun 3 kilo sebulan pun dah kira bagus. Baru minggu ni aku cuka produk HL yang kawan aku syorkan. Belinya dah dekat sebulan. Start kerja ni baru cuba. Tengokla hujung bulan ni camne hasilnya. Harap memuaskan la. Tapi aku percaya, aku sendiri kena berdisiplin. Guna la mana2 produk pun kalau makan tak jaga, tak besenam memang takkan berkesan la. Aku plak jenis tak percaya ngan kebanyakan produk pelangsingan badan. memangla kurus tapi aku takut yang turun berat tu sebab hilang air jer. Bila berhenti makan, naik mendadak berat.
Bersalin kali ni aku pecah rekod sendiri la. Masa abangnya dulu aku start outstation masa dia 3 bulan. Kali ni baru 46 hari aku bersalin dah kena pergi kursus wajib 4 hari yang cuma ada 4 siri jer untuk batch lantikan 2004. Pergi la jugak. Menangis aku first night teringatkan Adneen. Camne la di nak tidur malam tu. Abangnya rilek jerla sebab dah biasa kena tinggal. Dalam kursus tuh aku cuma hadiri kelas jek la, mana2 program jasmani aku minta excuse. Dibuatnya bentan tak pasal jek nanti. Balik hari Khamis tuh, memang tak lepas la aku peluk cium dua2 permata hati aku.
Minggu depan sepatutnya aku kena berkampung di Tanjung Malim selama 3 minggu. Tapi dapat call kata tak jadi. Bersyukurnya aku Ya Allah. Rasa bersalah betul pada anak2. Rasa macam lebih pentingkan kerja plak. tapi bila difikirkan balik semua nih unttuk kelangsungan hidup mereka jugakkan. maka redhalah...
Abang long (panggilan anak teruna aku sekarang) memang protective. Membebel kalau ibu lambat tengok adik yang menangis, membebel kalau ibu lambat pakaikan pampers adik, membebel kalau ibu lambat dukung adik. Lagi membebel kalau ibu lambat buatkan susu abang long ahaahaha... Aku tengah belajar juggle uruskan 2 anak. Mujur jugak tinggal berasingan dengan suami, kurang satu tugas melayan suami plak (jahat sungguh angah nih). Cuma agak terasa, kalau la suami ada disisi boleh la mintak tolong layan si abang. Sebulan dua nanti dapat la rentak. Ramai lagi kengkawan aku yang boleh buat. Aku tentu boleh.
Cakap pasal baby girl plak... aku dah terasa excited yang most of my friends cakap. Ye lah pasal nak membeli baju budak pompuan yang bermacam pesen. Aku ada la beli beberapa pasang. Bila pakaikan kat baby,aku sendiri gelak tengok anak dara aku sebab kelakar. Adneen ni rambutnya kurang, nipis jek, pakai plak baju ropol2 ekekekekek.. kelako. Nanti aku upload gambar la ek.
Nak pi mengepam kejap... esokla sambung...

Monday, July 02, 2007

I'm back!!!!

I'm back alhamdulillah. 2 bulan dok kat rumah main ngan baby. Ni kat opis masih menunggu surat posting ke pejabat hakiki. Nak cerita apa ek.. ok start ngan cerita ahli keluarga baru la..
Adneen Humaira binti Mazlan
Anak dara aku ni lahir 28 April 2007, jam 8.55 pagi, seberat 3.4kg. Bersalin kali ni alhamdulillah.. dipermudahkan Allah. Aku terjaga pukul 5.00 pagi sebab rasa contraction. 6.30 pagi pergi hospital, bukaan dah 4cm. Masuk wad kejap. Pukul 8.30 dah 8cm tapi ketuban masih intact. Doktor pecahkan dalam 8.45 pagi, 10 minit lepas tu Adneen Humaira pun tengok dunia. Tidur sepital semalam, balik la rumah. Ni dah 2 bulan Adneen dah 5 kilo lebih. Injection minggu lepas demam la 2 hari.
Gambar akan upload kemudian. Cerita pun takde sangat selain jaga anak dan sangap sebab takde internet. Till then.

Tuesday, April 24, 2007

Floating

Hari ni hari kedua floating kat office baru ni. Sejak mula keja gomen 3 thn lepas ni dah kali ke 4 floating tunggu penempatan nih. Nak buat camne kan dah memang camtu aturannya. Camne pun aku bersyukur la, pepagi rilek jek nak ke pejabat. Sepanjang minggu ni pun abang ada kat sini jadi drebar ehehe..

Banyak nak cerita, nak makan kejap. Kang sambung la

Friday, April 20, 2007

Apa2 je la

Aku datang lewat ke opis semalam, sebab bangun lambat. Ya aku bangun lambat. Sedar2 dah pukul 7. Alamakkkkkkk!!!! Bersiap dan ke opis. Opismate call ingat aku dah bersalin ahahaha.. sampai kat opis punyalah aku terharu, kengkawan seopis buat majlis perpisahan untuk aku. Terharu sungguh rasanya. Rasa macam celebriti plak. Dah dekat 3 tahun kat Jabatan ni. Oklah tolak 6 bulan buat DPA. banyak pengalaman pahit manis bekerja kat sini. Ye lah benda yang aku deal memang khusus jadinya kalau nak sakit kepala memang sakit kepala sorang2 la huhuhu

Malam tadi aku tidur di rumah sewa. Saja nak bermanja2 ngan housemate. Aku masak tomyam seafood, paprik ayam dan telur dadar. Aku kan tukang masak kat rumah tu. Penyewa baru pun aku dapatkan. Member aku stay kat Jabatan asal sebab ada kekosongan jawatan.

Aku call teruna aku mlm tadi. Punya la dia mengamuk sebab aku tak balik. Mak cakap sampai dekat Maghrib dia tunggu depan pintu. Adehhhh rasa bersalah la plak... bukan apa, ada banyak benda aku nak kemas kat rumah sewa. Bila dah kemas senang hubby aku nak angkut.

Ibu : Abang buat apa?
Arief : Abang tunggu ibu la, bila nakbalik?
Ibu : esok ibu balik la, ibu kemas rumah
Arief : esok hari jumaat ek, ibu balik ek?
Ibu : ha'ah ibu balik hari jumaat.
Arief : alaa, susu abang dah habis la (auta jek budak ni, 12 tin aku beli arituh)
Ibu : ye ke dah abis?
Arief : ye la, ibu balik beli susu abang, beli kereta spoiler yang tinggi tu.
Ibu : mana ada duit.
Arief : ada dalam beg ibu tu.
Ibu : esok ayah balik tanya ayah boleh beli tak
Arief : ayah kata boleh la
Ibu : mana abang tau
Arief : ayah cakap beli kat Giant
Ibu : ok esok ayah balik ibu tanya
Arief : abang nak kencing. I love you
Ibu : ok pi kencing, suruh bibik cebukkan
Arief : nenek laaaaaa (aku dengar dia campak gagang dan lari sambil jerit nenekkkkk!!!!!)

Hubby sampai malam ni, lewat sebab ada meeting kat Bera untuk Lumba Basikal Piala Tengku Mahkota. Seperti biasa la. Kensel plan nak dinner sensama huh! Esok la breakfast sensama.

Wednesday, April 18, 2007

Hijrah

Jumaat lepas aku dapat surat arahan pertukaran jawatan dan tempat bertugas berkuatkuasa 23hb April 2007 (Isnin depan). Aku anggap ini rezeki yang Allah kurniakan untuk kami sekeluarga, rezeki yang Allah janjikan untuk baby yang bakal melihat dunia bila-bila masa saja ni.

Ada duka dalam suka juga masa dapat arahan. Suka sebab Aku akan kerja di Shah Alam, dekat dengan anak-anak setelah hampir 2 tahun tinggal berasingan dengan teruna aku. Kalau selama 2 tahun ni cuma 2 kali seminggu je jumpa dia, mula minggu depan aku akan tinggal serumah semula dengan anak aku. Klang - Shah Alam tak jauh mana. Aku bersyukur Ya Allah. Ini rezeki baby dalam kandungan. Kalau penempatan aku masih di Putrajaya aku akan berulang setiap hari dari Klang ke Putrajaya, yang kalau dikira perbelanjaannya hampir RM700 sebulan (minyak dan tol). Sebab berulang? Sebabnya aku nak exclusively breastfeed baby aku macam abangnya dulu.

Duka juga sebab aku dan anak-anak tetap akan jauh daripada abang untuk beberapa tahun akan datang, kecuali aku minta dan merayu pada Jabatan berkenaan untuk ditukarkan ke Pahang. Abang kata dah dapat kat Shah Alam pun dah cukup baik sebab aku tak payah penat2 badan, tak payah penat2 otak fikirkan macam2 benda, terutamanya pasal anak dan perbelanjaan. Belanja pun dah kurang sikit, boleh channelkan ke benda lain. Setakat jumpa sekeluarga tu kita boleh usahakan camne lepas ni. Dah 2 tahun boleh survive. InsyaAllah boleh survive juga nanti.

Kengkawan aku pun majoritinya bertukar Kementerian dan Jabatan. Aku sebenarnya tak bersedia sangat nak menggalas tanggungjawab baru di tempat baru. Dengan suasana dan bidang kerja yang sangat berbeza. Di pentadbiran persekutuan lain, di pentadbiran negeri tentu lain. But I'm up to the challenge. InsyaAllah kalau pandai aku bawak diri, aku akan berjaya juga tak kiralah kat mana dicampaknya aku. Doakanlah survival aku ditempat baru....

Friday, April 13, 2007

Cecampur

Ya Allah, seminggu aku cuba publish entry tapi tak dapat2. Hangen sungguh la rasanya. Takper, dalam pantang nanti aku update puas-puas sebab aku masukkan line internet kat umah mak aku. Mengong kalau tak de rasanya.

Thanx kengkawan yang sms aku, yang tepon aku tanya keadaan, dah bersalin ke belum semer. Oren, Nik Ha, Ady, Cqa.. Aku belum bersalin lagik, masih drive Klang-Putrajaya-Klang hari-hari dengan jayanya.

Minggu depan abang balik terus kata dia. Nak ngantar, ngambik aku tiap-tiap hari. Alhamdulillah. Aku tak suruh dan aku tak minta tapi kalau dia nak dengan senang hati aku terima. Memandangkan jadual lumba basikal dia pun dah diadjust ikut tarikh due date aku sampai la aku habis pantang, I'm gonna have my husband all for myself this 2 months ehehehe.. lepas tu 2 bulan la tak jumpa sebab dia nak ke Dubai untuk acara Duathlon yang bakal dianjurkan.

Bila cakap pasal due date, aku tak ikut sangat due date yang diberi masa first antaenatal checkup sebab benda tu based on 28 days cycle. Lain wanita lainlah cyclenya kan. Doktor bagi aku tarikh 20hb 4, iaitu minggu depan. Tapi bila aku kita mengikut cycle aku, dengan ambil kira lutheal phase tarikh yang aku dapat 26hb 4. Bila scan pun baby matang 26hb 4. Persoalan aku ialah, adakah aku akan dianggap overdue lepas 20hb tuh? Sedangkan kat mana2 page yang aku tengok pun lepas 42 minggu baru dianggap overdue. Bukan apa, banyak sangat kes aku dengar lately yang induce, yang c-sect sebab 'kes overdue'. Eiiii seriau aku dah. Aku ni berdoa supaya dapat normal.

Oh ya... nak ucapkan tahniah pada best friend aku Tini, yang dah selamat melahirkan Damia Izzati minggu lepas di Kuala Terengganu. Dah jadi mama nih, jadila mama yang baik untuk baby. Say goodbye to good night sleep for at least 2 years wokeh ehehehe

Friday, April 06, 2007

Saje cerita

Ini cerita hari Ahad lepas

Aku ngan mak nak pergi muyi (lawat orang lepas bersalin) kat Meru. Jadinya aku ikut jalan dalam yang akan tembus ke traffic light di Pekan Kapar. Aku pelik jugak apasal banyak sangat kereta hari tu. Tak kisah la. Nak dibuatkan cerita, sampai kat trafic light tu rupanya jam teruk gila babi nak mampus (maaf bahasa kasar amat). Tak bergerak langsung ok. Lampu plak tak berfungsi. Rupanya Ahad lepas tu ada perayaan untuk mereka yang beragama Hindu. Aku tak salahkan perayaan tu, aku salahkan pihak berkuasa yang tak pantau keadaan kat situ. Dekat setengah jam tak bergerak langsung.

So.... dengan bengang dan machonya aku dail nombor Ibu Pejabat Polis Klang, kebetulan aku nampak nombor kat papan tanda tepi jalan tu.

Polis : Selamat Petang IPD KlangAku : Selamat petang.. saya (nama aku) dari (jabatan aku) kebetulan ada kat Kapar ni. Jem teruk sangat ni, dah dekat sejam tak bergerak langsung.
Polis : Ya puan, ada perayaan kat situ
Aku : Saya tau, masalahnya takde anggota trafik bertugas suraikan lalu lintas ke? Lampu isyarat tak berfungsi ni.
Polis : Ya puan nanti saya maklumkan pada pegawi berkenaan.
Aku : Ok. 15 minit lagi saya telefon semula.
Polis : Err... ok puan. terima kasih
Aku : Sama-sama

10 minit lepas tu aku nampak sekonyong-konyong seorang pegawai polis berpangkat ASP datang menyuraikan lalu lintas. Haaaaaa... memang cepat tindakan. Ini aku puji. Aku call semula IPD Klang cakap terima kasih. Bila aku balik dari Meru dalam 2 jam lepas tu ada 3 buah motosikal trafik kat area tuh. Smooth jek jalan.

Yang aku rasa nak tegur ialah, keadaan jem teruk gila babi nak mampus tu betul2 depan balai polis. Kemana pergi pegawai ngan anggota kat balai tu? Aku rasa masa aku sampai kat situ dah lama jugak la jem tu kan. Aku rasa masak laaaaaa kena leter ketua balai tuh.

Dan aku jugak terpaksa menyalahgunakan kuasa (aku guna nama jabatan) sebab aku tau kalau aku buat aduan sebagai civilian memang lambat la nak dapat respon. Hmmm... double standard di mana2 kan. Sama jugak masa aku nak buat blood test anak aku. Ada ke suruh tunggu 2 minggu untuk keputusan. Masa tu kalau anak aku nak mati, dah mati pun!. Boleh je dapat dlm masa 2 hari result blood test lepas aku salahguna kuasa. Eiiiii.. aku tak heran la kalau ada kes2 bantuan lambat lagi lepas ni.

Resepi kuah laksam

Ni member aku kat PSDC mintak. Untuk menunaikan permintaan aku letak la kat sini. Sila improvise mengikut selera. Aku hentam jer ikut selera aku.

Ikan sekilo (rebus dan asingkan isi - ikan selayang lebih sedap)
santan dari 2 biji kelapa (ikut la nak pekat ke cair)
4 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
Sedikit halia (dikisar)
2 kiub pati ayam
sedikit lada hitam kisar

2 cara masak kuah. Samada ditumis dahulu bahan kisar atau terus campurkan semua macam masak gulai. Tapi angah prefer cara kedua sebab tak berminyak. Tambah gula dan garam secukup rasa.

Monday, April 02, 2007

Al-Fatihah- Engku Ruhil Salwana

Minggu lepas dapat call dari kawan aku mengkhabarkan teman se course masa kat UIA dulu koma sebab blood clots pecah di otak. Ini kali kedua ada blood clot dalam otak teman kami ni. Pertama kali dulu dah buat pembedahan. Setiap hari akan ada update pasal teman kami ni. Ye lah kami bukannya ramai. Dalam 30 orang jer satu intake. Hari Sabtu dapat update keadaan teman kami ni dah stabil dan doktor akan jalankan pembedahan dalam 1 hingga 2 hari. Pagi Ahad jam 5.30 pagi aku dapat call. Somehow aku dah jangka berita yang akan aku dapat. Teman se-course aku Engku Ruhil Salwana telah kembali ke rahmatullah dalam usia 31 tahun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Al-Fatihah...

Aku ingat-ingatkan balik, baru beberapa minggu lepas aku berborak panjang dengan arwah. Aku panggil dia Wie. Seronok dia bercerita tentang tugas baru dia, mengajar di MRSM Kuala Terengganu, lepas habis buat Master. "Ni nak tunggu buat kursus dalam cuti ni Angah" dia cakap. Sebak aku ingat-ingatkan balik bila aku usik dia pasal jodoh. Wie kata siapa lah nak kat dia sebab dia bukan cantik. Aku cakap orang baik cam dia ramai orang nak. Macam biasa Wie cuma gelak.

Aku teringat jugak, lepas grad dan aku mengajar di Kuantan. Wie dapat kerja di Kolej Yayasan Pelajaran Mara. Dia tumpang rumah sewa aku sampai dapat rumah sewa sendiri. Pagi aku hantar dia, petang aku ambik. Sampai dia beli kereta. Kengkadang waktu lapang kami jumpa minum2, makan2... sampailah dia berhenti kerja sebab nak sambung master. Husband aku pun dah kenal baik dengan Wie sebab kalau kereta dia ada problem, dia akan datang bengkel.Majlis perkahwinan aku pun Wie datang jugak.

Sejak zaman belajar, sampai zaman mencari kerja dan zaman bekerja perhubungan persahabatan tak pernah putus. Kadang-kadang aku contact Wie, kadang-kadang Wie contact aku. Cuma tak berjumpa je. Sepanjang kenal, Wie memang seorang kawan yang amat baik. Walaupun sikit pertolongan kita hulurkan, Wie ingat dan sedaya boleh dia cuba balas pertolongan tu. Lembut tutur katanya, manis orangnya.

Damailah di sana
Di sisi Pencipta mu
Tenanglah di sana
Menanti hari abadi

Doa kami mengiringi
Pemergianmu..

Al-Fatihah....

Wednesday, March 28, 2007

Dilema Rumahtangga?

On the way ke ofis tadi aku dengar Radio Era. Topik pagi ni pasal dilema rumah tangga. Menarik jugakla isu ni. Cuma dari pendengaran aku pemanggil2 yang mengadu dilema rumahtangga mereka tu tak la bermasalah sangat, cuma kebanyakannya masih dalam adjustment period. Kebanyakan yang menelefon tu baru kawen beberapa bulan. Ada jugak la yang dah 4 - 5 tahun. beberapa "dilema" yang diutarakan pagi ni, yang aku rasa bukan masalah pun...
1. Suami tak romantik, dan si isteri ni beralih arah, baru kawen 5 bulan rasanya
2. Isteri tak pandai bergaya, malu si suami berjalan dengan dia, baru kawen beberapa bulan jugak.
3. Isteri nak duduk dekat ngan mak dia, pun baru kawen beberapa bulan..
Now pada aku benda2 di atas tu bukanlah masalah. Cuma komunikasi kurang. Itu masalah mereka sebenarnya. Setakat tak romantik, tak pandai bergaya, nak duduk dekat emak alaaaaa benda kecik la.... ajarla suami jadi romantik, start la romantik2. Bawakla isteri pi shopping, belikan majalah fesyen ke, apa ke... Komunikasi tu penting. Masa bercinta tak pulak komplen ye tak?
Yang aku rasa betul2 dilema masa dengar pagi ni mungkin ada 2 (yang sempat aku dengar laa)
1. Suami dia malas kerja, semua terbeban atas bahu dia. dah bertahun camtu.
2. Suami dia panas baran. Baru beberapa bulan kawen dah tinggi suara, maki hamun.
Aku takde idea camne nak solve problem camni sebab aku tak hadapi kedua-duanya. nak bagi nasihat pun tak boleh sebab mereka yang berada dalam situasi tu jer yang tahu sebab musabab. Tapi takpatut betul la sorang mamat yang bagi sms ni, adake dia suruh si isteri tu mintak cerai...tapi kalau dah itu cara penyelesaian terbaik, yang akan menyenangkan kedua2 pihak, yang akan jamin kehidupan lebih baik untuk si isteri.. mungkin jugak kan.. Wa Allahu A'lam..
Yang aku boleh kata, dah berumah tangga ni ke la belajar bezakan mana satu masalah dan mana satu bukan. Macam 3 contoh pertama aku rasa masalah derang tu ialah komunikasi dan adjustment period. Kes tak romantik dan sebagainya tu hasil masalah komunikasi tu sebenarnya.
Aku pun sehabis daya cuba elak benda2 kecik mengganggu keharmonian rumah tangga aku. Yang mana aku boleh settle sendiri aku settle la, yang mana aku rasa hubby aku macam silap aku cuba cakap. Memula memang susah, dah lama jadi mudah. Lebih baik suarakan daripada dipendam jadi barah. Lelaki ke, perempuan ke kalau dah namanya manusia memang pelupa. kena diingatkan selalu. Aku sendiri pun, kalau hubby aku tak tegur apa yang dia rasa silap, aku mungkin anggap benda tu ok, tak de apa2. Baru 5 tahun bergelar isteri, banyak yang aku kena belajar.
Lagi pulak perkahwinan jarak jauh macam yang aku lalui sekarang. Kalau nak ikut risau, nak ikut buruk sangka dan memacam benda negatif lain, mau aku upah spy intip hubby aku ahahaha... Aku cuma pesan kat dia jangan setia pada aku tapi setia pada diri dia dulu. Setia pada akad yang dia dah ucap, janji yang dia dah buat masa ambil aku jadi isteri. InsyaAllah kalau datang pun individu lain yang 10 kali ganda lebih solid daripada aku, dia tetap takkan layan. sapa tak sayang laki oooiiiiii....

Tuesday, March 27, 2007

9 months

Dah 36 minggu. Kejap je kan. Aku rasa baru jek bagitau abang dia akan jadi ayah sekali lagi. Tu pun kena bagitau berkali2 sebab dia cam tak percaya ahahahaha. Beg pun dah sedia dalam kereta tu. Kot sakit senang menghala ke hospital. Aku tak amik cuti awal pun sebab pejabat aku ni sepelaung jek dari hospital.

Anak aku pun excited semacam dah. Ada 2 bijik kereta dia dah letak tepi untuk adik dia. Kereta Mcqueen (watak dalam Cars) ngan satu kereta hotwheel warna merah. Layan jek laaaa..

Aku tengah bergelumang dengan kertas kerja, bukan satu tapi empat! ya empat kertas kerja yang perlu dibereskan sebelum bersalin. Sungguh baik hati boss aku huhuhuhu.. tak kisah la, bukan tak biasa pun kan.

Hari ni nak pergi anteanatal check-up. Malam tadi aku timbang sendiri kat umah. Tak naik berat aku. Sebab dah full term kot ek. Braxton hicks pun makin kerap dah ni. Aku takut tak cukup 40 minggu jek nanti. Takkisah jugak la, tau la baby bila dia nak tengok ayah, ibu dan abang...

Monday, March 26, 2007

Ralat

Terasa ralat bila
1. Patut pergi beronggeng ngan Kak Wani kat Alamanda Jumaat lepas tapi terpaksa kensel sebab pergi Jabatan Penerangan. Tak sempat nak sampai Putrajaya semula. Alahaiii.. bila lagi ada peluang ek..
2. Wedding member yang memang aku beriya2 nak pergi jatuh pada tarikh yang sah2 aku dah dalam pantang. Kirim hadiah jek la nampaknya.
3. Benda yang aku harap dah settle tak boleh settle disebabkan benda kecik yang boleh diselesaikan dalam masa 5 minit kalau manusia itu boleh berfikir.
Tapi aku happy sebab projek membeli belah merabak poket telah pun berjaya dilakukan dengan jayanya hari Sabtu lepas. Memang besar lubang kat poket kami suami isteri. Tapi takpe lah. Sementara ada duit. Ada sale kat Parkson Klang Parade. Baju baby memang murah yang amat. Aku pun memborong la kan.
Untuk teruna aku pun banyak jugak aku belikan baju kat Reject Shop. Tak.... bukan tak mampu nak beli.... sebab utamanya ialah saiz. Kalau aku beli saiz 4 atau 5 tahun untuk Arief, maka sampai ke lutut la labuh baju tu. Nampak macam baju pinjam plak. Baju untuk 3 tahun kat Reject Shop tu cantik je dia pakai. Ngam2 je ngan badan dia. Harga pun separuh dari jenama biasa bebudak. Material pun cantik. Aku tak pedulik la jenama ke hapa, janji pakai selesa and it's a good bargain. Mak low maintainance, anak2 kena la ikut sekali ehehehe...
Cakap pasal maintainance, sure ada yang biasanya habiskan duit untuk particular things kan. Kalau aku, memang aku sanggup berhabis untuk kasut dan sandal. Jaga kaki... kan kaki banyak saraf penting kan, nak bawak badan yang berat ni lagi huhuhu... jadi untuk Arief pun sama la. Aku tak kisah la beli sandal budak harga dekat RM100 asalkan dia pakai selesa. Mujur la hubby pun sama. Amiinnnn...
Maintainance cadar aku pun boleh tahan la. Aku memang suka kumpul cadar, comforter dan yang sewaktu dengannya. Hubby aku pun boleh fobia kalau aku sebut Aussino ahahahaha.. alaaa dia jugak yang sedap tidur memalam. Alah membeli menang memakai.
Lagi satu.. jam tangan. Beli bukan selalu kan. Jadi memang akan keluarkan sejumlah besar duit kalau nak beli. Setakat ni jam yang aku rasa berbaloi aku beli ialah Seiko kinetik untuk hantaran kahwin dulu. Besar gedabak warna biru. Pelik jer orang tengok hantaran masa tuh eehehehe.. lantak laaa aku nak pakai. Sampai sekarang elok lagik. Tapi pi kerja ni pakai la yang senonoh sikit ikut tuntutan keprofesionalan.
Hubby aku plak akan berhabis duit untuk basikal dia la. Pastu cermin mata hitam (both untuk santai dan cycling) dan seluar jeans. Aku rasa jeans dia lebih dari 20 pasang. Walaupun seluar bundle tapi sebab consider collective items jadi memang dia berhabis la. Aku tak kisah la... duit dia, dia yang penat cari biarla dia belanja ikut suka. Janji tanggungjawab pada aku dan anak2 dia tak lupa sudah.
Part baju harian ke, baju jenjalan ke, baju raya ke memang aku sekeluarga tak kisah. Janji boleh pakai dan selesa.
Korang camne?

Wednesday, March 21, 2007

Planning

aku nak....

1. shopping barangan baby. Memang last minute giler. Bukan tak excited, cuma aku suka tangguh-tangguhkan. Ni dah dekat nakmeletup baru sedar tak cukup lagik... So abang akan balik sini Jumaat ni

2. buat makan-makan sikit kat rumah sewa aku malam esok. Saja-saja jer ngan housemate memandangkan aku akan keluar dari rumah tu. Plan menu cuma soto ngan sedikit buah-buahan jer.

3. beli stok susu dan diapers arief. Memandangkan gaji aku beserta claim bulan ni maka boleh la. 12 tin pediasure dan 5 pek mamypoko xxl. Memang kopak tapi sementara ada duit ditangan ni baik beli. Beringat2 kan...

4. belajar semula pakai bengkung panjang berjela tuh. 3 tahun lepas pakai kan, dah lupa cara yang betul ehehehe

5. tanya-tanya bahagian yang berkenaan berkaitan penempatan baru aku. Mana tau ada rezeki untuk balik state kan. Kalau dikekalkan di jabatan sekarang pun aku tak kisah jugak. Dah 2 tahun berjauhan dengan suami. Aku dah terbiasa. Kenaikan gred ni aku anggap rezeki baby dalam kandungan. Alhamdulillah.

6. buat nota serah tugas cepat2 untuk officer yang akan ganti tempat aku nih. dah dekat nak bersalin ni takut tak sempat. Kang tercangak-cangak plak pengganti aku tuh. Kalau aku masih ditempatkan disini pun masih kena buat untuk officer yang ambik alih kerja aku sepanjang confinement.

7. study (kononnya laaaaaa) masa dalam pantang untuk PTK yang aku tak jadi amik bulan 11 arituh sebab masuk sepital huhuhu

8. balik Klang! aku rindu ngan anak aku. Tapi kereta masih dibengkel. Pergi balik kerja pun tumpang member. Alahaiiii

Monday, March 19, 2007

Gambar lagik


Atas permintaan beberapa kengkawan laaaa.. ni ler gambar masa majlis berinai besar 5 tahun lepas. Tengok la hubby aku yang maintain saiz sampai sekarang. Aku jek makin kembang huhuhu


Perfume Essey Miyaki dan sepasang mug yang abang belikan masa Le Tour De Langkawi. Kat Langkawi kan murah... Terima kasih la abang ek... dapat jugak sebeg baju kotor untuk dicuci ahahaha..

Thursday, March 15, 2007

Entry Bergambar

Beberapa gambar masa perkahwinan adik aku awl bulan ni (adik aku pengantin perempuan)


Malam berinai besar


Teruna aku landing baik punya.. kesian penat main, ibu plak kurang layan.


Majlis hari Ahad. serba hijau


Pengantin veteran. Aku ngan abang jek off colour ahahaha.. 32 minggu tuh.


Mak buyung siapkan sirih junjung. Ada nak tempah?

Tanpa kereta

Kancil aku masih di bengkel, hantar semula sebab bengkel tu repair ntah apa-apa. Makin teruk performance lepas accident harituh. Jumaat lepas aku try start dekat setengah jam tak boleh. Memang dah dekat seminggu camtuh, aku agak masalah altenator. Dah la pintu buat tak kemas, bateri sel kering aku ditukar ngan bateri biasa, hangen satu badan aku nih. dah la buat dengan claim insurans. memangla bukan insuran aku tapi buat la elok2 kan. Nyusahkan aku nak kerja, nak balik Klang bagai.
Jumaat lepas aku balik Klang naik ERL ke KL Sentral pastu sambung komuter ke Klang plak. Abang aku tak boleh nak amik sebab dia kat kampung dah. Dah la kena berdiri sepanjang perjalanan ke Klang tuh. hampeh sungguh attitude Malaysians ni kan. Bukan tak nampak perut aku yang dah memboyot nih. Memang betul sangat la iklan LRT tuh. Memang hampeh. Akibatnya 2 hari aku sakit kaki, bengkak kaki aku.
Minggu ni aku tumpang kawan ke ofis. Disebabkan dia opt WP 3 maka aku lewatla dekat setengah jam setiap hari. Aku WP 2, masuk pukul 8. Tak kisah la, janji aku datang pejabat. Tadi tepon bengkel tu balik, tengah buat pintu. Aku pun bagi la sedas dua. Biarkan, aku customer, laki akupun ada bengkel so jangan la nak perlekeh customer pompuan cam aku.
Tahniah pada MR, dah selamat lahirkan anak perempuan. Aku pun tinggal sebulan jek kalau ikut due. Da aku sekarang ni semoga Allah permudahkan proses kelahiran anak aku. Aku berdoa supaya dapat lahirkan anak aku secara normal macam Arief dulu. Aku berdoa jugak takde apa-apa komplikasi pada baby aku nanti.
barang2 baby pun baru sikit jer aku beli. Arief punya memang semua aku dah bagi kat orang. Abang tanya jugak kenapa aku bagi kat orang, aku jawab senang jek... bukan aku nak bersalin tiap2 tahun. Nak tunggu dapat anak kedua, baju2 tuh semua pun dah buruk sngat rasanya. Baik la aku sedekahkan pada yang lebih memerlukan daripada terperuk kat almari. Cuma barut baby aku simpan. In fact aku akan gunakan barut yang sama yang mak aku gunakan untuk abang sulung aku. Maknanya dah 34 tahun umur barut tuh.
Masa berpantang aku tak risau sebab mak aku memang bidan mengurut. Alhamdulilah. Mak pun dah tak ambil tempahan untuk bulan 4 ni, at least sampai 2 minggu lepas aku bersalin ehehehe.. her daughter comes first laaa. Bengkung yang aku pakai nanti pun jenis tradisional yang panjang berjela tuh la. Ikat yang hujung kat birai tingkap, aku pun pusing dan belit dari ujung sebelah sini. But I tell you memang kemas laaaa...best jek rasa perut. Pakai bedak param, pilis.
Dengan banyaknya kerja kat opis nih, tak sabo aku nak cuti bersalin eheheh.. tapi aku sure masa cuti bersalin nanti aku sure tak sabar nak masuk opis balik.

Thursday, March 08, 2007

Happy Birthday teruna Ibu

Dah selesai kenduri kawen adik aku Sabtu dan Ahad lepas. Aku menag nak war-warkan tapi tak boleh nak publish entry. Tajuk jer keluar. Entah kenapa aku tak tau. Penat menag tak dapat nak cakap la. sampai terlupa aku ni dah 33 minggu dah membawak perut. Sebelah malam baru terasa sakit2. Mujur ada personal tukang urut eheheh.. Ada beberapa gambar nak aku publish tapi macam tak boleh jek. Nanti la aku cuba

Anak aku dah 3 tahun. Kejap jer rasanya. Masih teringat peluk dia kali pertama dulu. Bela dia dari umur sehari sampai la sekarang ni. Aku tertinggal jugak saat-saat penting dia masa aku buat DPA dulu. But I have no regret. Seboleh-boleh aku habiskan quality time ngan dia. masih nak mintak dukung sekali sekala. Aku memang surrender la. Dengan berat 19 kilo tuh, mintak ampun la aku.

Memandangkan tahuan depan baru ada 29 Februari, birthday dia akan kami sambut sungguh-sungguh ahahahaha. Abang kandung aku siap plan nak sembelih kambing. Aku ikutkan jer. Aku plak nak buat/beli 4 biji kek represent 4 tahun birthday dia.Memang la boleh sambut 1 Mac tapi tetap tak sama ngan 29 Februari kan. My son is special in that sense.

Kalau cakap pasal milestones. Alhamdulillah setara ngan usia dia. Speech department plak sangat advance. Tak pelat langsung. Gila pada kereta, boleh kenal parts macam spoiler, bumper, ekzos, skirting, gear, memacam lagik la. Kalau beli kereta mainan mesti nak yang spoiler tinggi. Ayahnya layankan jek. Kena beli badan besi sebab anak aku ni suka jadi pomen. Habis semua nak dibukaknya.

"Ibu duduk sini" (tunjuk seat depan),
"abang duduk sini" (tunjuk seat pemandu)
"abis ayah duduk mana?" ayah dia tanya
"ayah duduk kat bonet la" ahahahahah

Aku tanya dia malam semalam

Aku : Sapa nama anak ibu?
Dia : abang.
Aku : abis Mifdzal Arief kat mana?
Dia : kat kampung dia la.
Aku : kampung kat mana?
Dia : kat Kuantan la
Aku : abis nama abang apa?
Dia : nama abang Mifdzal Arief la
Aku : kata kat kampung dia.
Dia : semalam dah balik dah rumah nenek
Aku : speechless

Doa aku semoga Muhammad Mifdzal Arief Mazlan membesar menjadi anak yang membahagiakan ibu dan ayahnya, yang boleh diharap memikul tanggungjawab sebagai anak. Doa aku semoga kami ibu dan bapanya berpeluang untuk melihat dia membesar menjadi orang yang berguna. Amin.

Thursday, March 01, 2007

Cerita lepas-lepas

Dah habis outstation. Aku cakap kat boss, dah tak mo pergi outstation lagi. Dah tak larat dah. Ini entry pasal cerita 2 minggu lepas.

Kat PD takde apa yang menarik pun. Macam biasalah kalau dah kursus ngan kengkawan satu batch memang havoc la. I did enjoy myself. Aku drive je ke sana. Kelas pagi sampai petang, sebelah malam rilek je kat balkoni hotel. Pukul 11.00 malam tengok Laporan Harian Le Tour de Langkawi. Nampak la muka abang sekali sekala dalam perdana hitam commisssaire 3.

Balik dari PD hari Jumaat. Sampai rumah terus bersilat membasuh baju dan berkemas untuk ke Kuantan plak. Memang la nak bertolak hari Isnin tapi sebab aku mengikut abang ke 2 stage terakhir perlumbaan makanya kena la pack awal. Hari Ahad bawak teruna aku tuh tidur kat Hotel Istana. Isnin balik Klang dan sebelah petang tu balik Kuantan.

Selasa sampai Jumaat menemuduga orang. Satu saranan aku pada calon, tolong la prepare 3 benda sebelum datang temuduga. Pengetahuan mengenai jawatan yang dipohon, isu semasa sedikit sebanyak dan resume tu tolong la yang terkini. Bukan print terus dari jobstreet dan yang sewaktu dengannya. gambar tu tolong la presentable sket. Patut ke pakai round neck t-shirt jek.

Sebelah petang dan malam memang habiskan dengan abang dan teruna kami jer. Puas la merayau carik makan kat bandar Kuantan tuh. Sementelah plak cuti Tahun baru Cina kan, lagi la seronok. Sempat jugak ke Jerantut menghadiri majlis perkahwinan kawan abang. Best friend abang pun balik bercuti. lagi la meriah.

Aku sempat jugak pergi tempat kerja lama, melawat kengkawan. Rasanya ni la kali terakhir aku balik Kuantan sebelum bersalin. Lepas nih rasanya raya la baru balik lagi. Hari Isnin (second day raya cina) aku balik Klang.

Kenduri Walimatul Urus Adik Aku

4/3 ni, hari Ahad, adik aku kawen. jemputla datang ke rumah pada yang berkesempatan. Aku mandur besar ehehehe. Urusan yang dipertanggungjawabkan pada aku pun dah selesai. Cuma urusan remeh temeh menyelesaikan cenderahati untuk tetamu, bunga telur yang masih tinggal. mak aku outsourcekan jer ke rumah anak2 saudara dia. Bijak mak aku.

Cuma yang aku rasa sikit terkilan, tak seorang pak sedara sebelah arwah ayah aku menjenguk muka bertanya khabar, progres kenduri. Bukan la aku nak sangat duit diorang tuh tapi sebagai pak sedara, yang anak sedaranya nak kawen, yang ayahnya dah takde ni, ada la effort nak menolong sedikit sebanyak kan. Tolong tengok tanya khabar pun aku dah cukup rasa seronok. Ni... hampeh! ada tak de esok la masa kenduri datang makan lepas tuh mintak bungkus untuk anak-anak dia.Camne aku nak hormat diorang? Sorry la.. respect needs to be earned!

valentines Day

Aku tak pernah sambut pun. Abang balik dari Le Tour De Langkawi bebaru ni, dia hulurkan pada aku satu bungkusan yang sangat cantik. Bila aku bukak, Ada perfume Essey Miyaki, dia beli kat Langkawi. Thanx abang. Wangi aku cakap kat dia. Rasa macam iklan Mawi ngan Sharifah Amani plak. Aku dapat jugak baju kotor satu beg untuk dibasuh ahahahaha

Birthday Abang

27/2 lepas birthday abangyang ke 33 tahun. Aku dah kering idea nak bagi apa. Rasanya semua benda aku dah bagi. Ada sampai esok jek untuk beli hadiah. Nak bagi apa ek? Seluar jeans ke? Aku tak mampu la nak beli seluar yang dia pakai. Susah2 aku sedia budget soh dia beli sendiri. Tak romantik plak gitu kan. Nanti lah..

Birthday Arief

Hari ni kalau ikut turutan hari memang birthday Arief. Tapi sebab dia lahir 29/2 makanya tak la best sangat nak menyambutnya kan. Anakaku dah 3 tahun. Alhamdulillah. Bila difikir-fikirkan macam tak percaya jer aku dah bela dia, jaga dia, didik dia selama 3 tahun ni. Ibu bukan ibu terbaik dalam dunia tapi InsyaAllah ibu akan jadi ibu terbaik buat Arief.

Tuesday, February 27, 2007

Monday, February 05, 2007

Hari ni rasa tak produktif langsung. Bawak kereta dari Klang pun macam malas je. Sebabnya esok dah nak ke PD untuk kursus dan terus sambung ke Kuantan minggu depan untuk urusan temuduga. 2 minggu la tak jenguk opis. Kepala aku dah terbayang tray 'in' yang penuh ngan memo dan surat dan dokumen untuk tindakan.

Call abang petang semalam, member tengah syok makan strawberry. Jeles aku huhuhu. Dia sampai di Cameron Highland untuk stage 3 Le Tour De Langkawi. Hari ni Gua Musang ke Kota Bharu. Alahai.. rindunya laaaaa...

Anak aku plak, hidung dah start berair balik. Malam tadi dah start batuk. Makanya hari ni kena jengah jugak la klinik untuk initial check up. Takmo la macam hari tu, sampai 3 session nebulizer. Kesian kat dia.

On a lighter note, potty training untuk teruna aku dah berjaya la kiranya. pakai diapers waktu nak tidur je. dah boleh kontrol la keinginan nak buang air tu, masa memula nakajar tu tereksiden la jugak sekali dua, lepas tu dia suka tahan kencing plak, dah nak terkeluar baru lari2 cari ibu. Sekarang dah ok. Dalam perjalanan pun boleh delay la sampai jumpa r&r ke, restoran ke, untuk selesaikan hajat. Aku selalu pesan kat dia masa dia dah nak lena tuh "abang budak pandai, ibu sayang abang, esok nak kencing bagitau ibu ke, nenek ke sebab abanag dah big boy" ampaknya berkesan. Sekarang dia pakai mamypoko pants atau diapers saiz xxl. Huggies xxl dah tak berapa selesa.

Rumah aku dah start sibuk untuk preparation wedding adik aku awal bulan 3 nih. Keliling rumah pun dah mula dibersihkan untuk pasang khemah dan sebagainya. Aku cuma jadi mandur ehehehe. Kerja aku kat creative department la. Aku outsourcekan jek hiasan2 semua tuh kat member yang uruskan perkahwinan aku dulu. Senang. Yang menarik mungkin sebab mak mertua aku offer diri nak masak gulai kawah kelantan. Something new la untuk kenduri berorientasikan tradisi jawa. Kita kan orang Malaysia kan...


Anugerah Bintang Popular

Tengok jugak malam tadi. Aku cukup tak berkenan dengan sesetengah artis ni, Macam masa anugerah artis nasyid popular, patut ke atas stage tu pakai sarung tangan "manala tau kena salam nanti" bengong sungguh! Penganjur pun satu, bagi la penyampai tu semua lelaki ke, atau dari industri nasyid jugak ke...

Ada jugak penyampai yang keras kajung, takde chemistry, atau lawak slapstik yang entah apa2. Aku suka masa Amy Mastura ngan Zainal Alam. Nampak natural.

Misya Omar meroyan atas pentas tu dah diagak. Cuak jek muka Jac masa Misya dok melorot kebawah ahahahaha, feeling la tuh agaknya.

Yang pakai seksi tak payah cakap la. Sendiri mau ingat la kan. Pasal pemenang, banyak yang aku jangka menang, memang menang pun. Popular bukan susah nak agak kan. Aku nak tunggu zaman bila nanti Mawi akan menang anugerah terbaik pulak.

Aku akan ke Port Dickson esok untuk satu kursus sampai hari Jumaat. Minggu depan ke Kuantan pulak untuk urusan temuduga. Jadi blog ni bersawanglah semula sepanjang aku takde kat opis.

Friday, February 02, 2007

sayang anak tangan tangankan?

Cerita aku pi cek kandungan selasa lepas. Dah 28 minggu alhamdulillah. On the way to klinik tu aku hantar mak mengurut orang bersalin dulu, balik dari Klinik amik mak semula. Senang buat check up kat Klinik Desa nih. Setengah jam semua selesai. Ye lah, sekampung tu berapa ramai yang pregnant ye tak. Dengan jururawat tu pun dah mesra. Dia bersalin dulu pun mak aku yang mengurutnya ehehehe

Anak aku bagus sungguh perangainya masa aku nak pergi kerja lepas check up tu. Selalu kalau aku bertolak lewat dan dia dah bangun memang kuat la siren nak mengikut. Hari ni lain plak. Dia buleh suruh aku pegi kerja "ibu pegila keje petajaya, abang ngan nenek aje kat rumah, tak nangis. Hari jemaat ibu balik beli susu abang, beli pampers abang, beli kete abang" Panjang berjela dia bercakap sambil tarik tolak kereta mini dia yang berpuluh banyaknya tuh.

Masa abang nak betolak ke OCM untuk konvoi ke Langkawi, anak aku cool jek. Cuma mintak ayah dia bawak ronda naik kereta. Lepas ronda seround, dapat cashew nuts sepaket, dia pun ok jek babai2 ayah dia. "Ibu, ayah pegi keje basikal kan, esok ayah balik beli roda basikal abang, rosak dah rodanya tu."

Kengkadang aku sebak fikirkan anak aku yang terpaksa tinggal ngan neneknya. Ada ayah, ada ibu tapi tinggal jauh. Kengkadang aku rasa macam aku menidakkan hak anak aku untuk dapat kasih sayang sepenuhnya daripada kami suami isteri. Jadi aku memang manjakan anak. Aku tak kisah orang nak cakap apa pun sebab aku yang berada dalam situasi macam ni. 2 hari hujung minggu sajalah dapat jumpa anak aku, logik la kalau aku nak manjakan dia pun kan. Tetap la ada batasnya.

Alhamdulillah anak aku takde la sampai tahap menangis guling2 tak dapat barang, tantrum ke apa. sebab aku tak tangankan anak, aku tak ajar anak menangis sebab aku tau dia akan jadikan tangisan tu senjata dia untuk dapatkan apa yang dia nak. Aku lebih banyak bagi rasional kenapa dia tak boleh dapat satu2 benda, atau takbolehbuat satu2 benda. Setakat ni aku bersyukur la, pendekatan aku tu berjaya.

Yang aku selalu amalkan ialah bagi nasihat, kata perangsang, doakan dia, bagitau harapan aku pada dia masa dia baru nak lena. aku usap ubun2 dia, baca al-fatihah 3 kali dan aku cakap la apa aku nak cakap. "Ibu suka kalau anak ibu dengar kata ibu / anak ibu ni dah pandai sebab dia tak pakai pampers siang hari, dia nak kencing pun cakap dengan ibu / anak ibu ni bijak sebab rajin tulis, ibu sayang bila abang belajar tulis / ibu doakan anak ibu biar jadi anak yang taat, abang yang jadi pelindung dan sayang adik dalam perut ibu" banyak la yang aku cakap masa dia baru nak lena tuh.

Lagi satu aku suka buat lepas sembahyang, aku dudukkan dia kat pangkuan aku dan doa sama2, aku sebut satu persatu doa untuk dia biar dia dengar dan aminkan sekali. Pendekatan ni mak aku yang bagi. Alhamdulillah sedikit sebanyak terbentuk fikiran dia sepertimana yang aku inginkan. "Ya Allah, jadikanla abang (anak aku) budak yang baik sebab ibu sayang kat abang / Ya Allah, abang ni sayang pada ibu dan ayah dia, bagi abang pandai ya Allah" Aku gunakan bahasa budak2 biar anak aku suka dan nasihat aku tu tertanam dalam dirinya.

Aku jarang sungguh anak aku sebab aku kesian kat dia. Dia budak, apa la yang dia tau. Kalau pendekatan nasihat, rasional yang aku guna sekarang ni berkesan, kenapa aku nak guna cara kasar. Sebab pada aku anak aku cuma akan jadi takut, cuma akan tau kalau buat ibu pukul, kalau buat ibu marah. Pada aku lebih baik dia tau apa kesan pada dia kalau dia buat sesuatu, tak kisah la buruk ke baik. "abang tak mo ikut la bibik, panas nanti abang demam sapa nak jawab" masa adik aku ajak dia main bawah pokok waktu tengahari.

Anak aku la harta aku paling berharga. Aku takkan sia-siakan harta yang satu ni InsyaAllah.

Monday, January 29, 2007

Sayang isteri tinggal-tinggalkan

Abang sampai Klang Sabtu malam Ahad. Semalam hari outing sekeluarga. Kami jalan-jalan cari pasal. Malam tadi dinner kat KL...buleh kaaa.. kes aku cakap kat abang "sedap kalau dapat makan somtam nih kan" tak sangka la plak sampai KL kami pergi, kat tempat biasa la, Medan Tuanku. Lepas tu pergi mengukur tanah kat kedai-kedai bundle. Tak beli apa pun.

Pagi ni abang hantar ke opis. Dia plak ke Shah Alam, lapor diri dan ambil kenderaan untuk Le Tour De Langkawi. Malam ni konvoi ke sana. Kena tinggal lagik laaaaa aku ngan teruna kami. Tapi dah itu kerja dia kan... aku jeles sebenarnya sebab dah tak dapat nak join. Petang ni dia ambik aku dari opis dan aku plak hantar dia ke Shah Alam semula. Biar buang masa, janji ada masa untuk aku mantik-mantik ekekeke

Dengar kata Tour Borneo pun akan dianjurkan tahun ni. Sure tak dapat pergi sebab baby kecik lagik. Tak perlah, aku kirim pua kumbu, ikan kering, madu, mutiara, dan sebagainya saje laaaa.
KL Criterium 11hb Februari ni aku nak pergi menyibuk. Macam tahun-tahun lepas jugak.
Disamping tengok orang berlumba, itula medan untuk aku jumpa kembali circle of friends yang masih aktif dalam acara penganjuran lumba basikal nih.
Esok start drive semula. kena bawak fiat tuh laaa... tak best sebab cc tinggi so aku akan kerugian duit minyak sepanjang 2 minggu nih. Siap jek kancil tuh aku baru lega la. Nak upload beberapa gambar selepas kejadian kemalangan tuh tapi tak buleh nak upload. Hampeh laaa

Thursday, January 25, 2007

Outstation lagik

Semalam dapat 2 surat, aku kena pergi

1. Kursus Pengurusan Kewangan kat Glory Beach Resort Port Dickson 6-9 Februari.

2. Panel Penemuduga di Kuantan 13-16 Februari.

Aku anggap rezeki walaupun aku tau aku akan penat. Inilah kali terakhir nak balik Kuantan sebelum aku bersalin bulan 4 nanti, sementelah pulak terus sambung cuti raya Cina kan. Abang pun baru balik dari Le Tour De Langkawi 11hb tu. So very convenient la trip balik kampung.

Kereta kancil aku masih kat bengkel. baru habis urusan tandatangan beberapa dokumen berkaitan tuntutan insurans. So minggu depan baru boleh keluar agaknya. Sekarang ni aku tumpang member, kaki pun masih sakit.

Aku pun dok sibuk menguruskan majlis perkahwinan adik aku, 3 Mac ni insyaallah. Dia dok di JB nun, jadi aku ni la yang mencari benda2 remeh temeh untuk majlis tu nanti. Aku gunakan khidmat member masa aku kawen dulu jer. Harga pun boleh kowtim, senang sikit. Tapi masa majlis aku akan rehat serehatnya la...

Teruna aku dah elok demamnya. Bronchitis dia pun dah ok lepas kena nebulizer 3 kali minggu lepas. Turun berat dia sekilo. tapi aku tetap laaaa tak larat nak dukung. Aku call emak, dia dah selera nak makan, nak susu, nak main kereta. Hopefully sihat la sepenuhnya. Dengan virus denggi yang agak serius kat selangor sekarang aku cuak jugak la.

Telefon yang aku cakap aku nak beli tu, akhirnya aku beli tepon cap Nokia 6280 jer. Itu yang aku berkenan, itu yang aku mampu. But I like... la nih jadi radio anak aku jek. "Ibu..nak lagi cinta wanita" or "ibu.. abang nak lagu terindah" Alaa lagu Samsons tuh, kenangan terindah.