Tuesday, February 09, 2010

LOMPAT KELAS

Baca paper pasal cadangan kementerian untuk benarkan student darjah 1 lompat kelas ke darjah 3 di sekolah berprestasi tinggi (SBT). Untuk bebudak yang otaknya geliga. Kebanyakan budak darjah 1 sekarang ni dah lancar membaca mas aumur 5 tahun lagi. Anak aku pun dah lancar membaca. Sekarang ni tumpu pada maths ngan BI.

Aku sokong langkah ni untuk elak budak boring, dan kalau bebudak ni memang boleh catch up dengan study apa salahnya kan.

Cuma harapan aku pendekatan ni bukan saja akan dipraktikkan di SBT tapi juga di semua sekolah rendah lain. Ramai budak cerdik kat sekolah2 biasa jugak. Aku pun nak anak aku lompat kelas kalau dia berkemampuan kan.


CUTI

Minggu ni nak balik Klang. Sejak bawak anak2 balik Kuantan awal bulan 1 lepas, ni la kali pertama nak balik jumpa nenek. Cuti panjang ni seronok sikit kan. Bawak sekali adik aku yg sekolah kat Kuala Rompin. Jangan anak bujang aku taknak balik Kuantan lepas tu sudah la.

Friday, February 05, 2010

MAIN MAIN

Malam ni Jabatan aku anjurkan bowling. Aku pegi tengok je la bagi sokongan sebab bowling ni antara game yang aku tak berapa enjoy. Lagipun lama tak jejak kaki kat Kuantan Plaza tu. Abang pun kata ok so lepas maghrib ni pegi la kejap bawak anak2.

Esok cadangnya nak ke Sungai Lembing lagi, nak checkout homestay/chalet untuk MTB Challenge bulan depan. Duduk kat rumah pun bosan jugak kan. Sementara aku masih tak mabuk2 ni hehe

Sekarang ni aku enjoy main masak-masak. Tengok apa ada dalam fridge/kabinet dapur pastu aku try masak ikut resipi suka hati aku. Biasanya improvise resipi sedia ada la. Most of the time menjadi. Alhamdulillah. Anak2 aku pun enjoy makan. Aku pun happy.

Banyak cuba resepi Kak Pnut yang ringkas dan sedap dan berkhasiat. Sementelah barang senang dapat. Jangan tak tau, Giant tu seberang jalan rumah aku je.

Few days back aku bakar ayam, ada lebih so aku hiris nipis2, tambah mayo ngan thousand island pastu sumbat dalam roti pita. Licin.

Minggu ni nak try buat meatloaf plak. Sure takde leftover sbb boleh simpan dan perangat dalam microvave untuk sumbat dalam tortilla atau roti pita atau bun burger atau makan begitu saja.


BILA AMARAH MENGUASAI DIRI

Tentu ramai yang dah baca paper pasal seorang suami yang menetak kepala dan tangan isterinya dengan pisau pemotong daging sebab isterinya lambat balik. Isteri tu tengah pregnant 5 bulan. Kejadian plak disaksikan anak. Tak sempat isteri ni nak jelaskan sebab dia balik lambat terus kena tetak.Paper tadi cakap 3 jari dapat diselamatkan dan 1 jari terpaksa dibuang untuk keselamatan dia dan baby.

Tak lama dulu berita seorang isteri dijumpai mati dalam almari. Suspeknya si suami. Makwe suami tu pun kena tahan reman.

Mengucap panjang aku bila baca cerita-cerita begini. Bagaimana boleh sampai tahap camtu? Bukan ke isteri tu patut dilindungi? Kalau salah sekali pun takkan sampai begitu sekali tergamak buat pada ibu anak2 dia kan...

DONIA OH DONIA

Thursday, February 04, 2010

BAJU JUMAAT

Semalam Arief merengek nak baju jumaat. Aku pelik gak, apa bendanya baju jumaat tu. Rupanya nak pakai baju melayu pegi sekolah hari Jumaat. Aku tak bawak balik sini la plak semua baju melayu dia. So petang ni kena meround bandar la cari baju jumaat anak bujang aku ni. Masa2 camni ada ke jual baju melayu ye?

Terima kasih atas ucapan tahniah yang aku terima sepanjang hari semalam via blog, sms, facebook, email. Berita cepat tersebar kan. Ada juga yang tegur aku kenapa announce awal2 sangat, nampak riak la katanya.

Jawapan aku mudah. Ini blog aku, ini catatan kehidupan aku. Aku tak rasa pun aku buat announcement. Aku punyai sahabat yang sangat supportive, jadi apa salahnya kalau aku kongsi kebahagiaan ini dengan mereka. Bukannya aku blasting sms bagitau satu dunia, atau tulis status "aku mengandung 5 minggu" kat facebook. Lepas aku keguguran bulan 7 thn lepas, salah ke kalau aku rasa sangat gembira dengan kehamilan aku kali ni?

Apa-apa lah.. aku dah penat layan manusia camni. Manusia yang menyusahkan kepala hotak aku, yang memporak perandakan hidup aku. Aku anggap je la mereka ni seperti anjing yang menyalak bukit. Dah puas menyalak diam la mereka. Bukit tetap utuh camtu jugak.

Wednesday, February 03, 2010

REZEKI 2010

5 weeks and counting..

Alhamdulillah, Aku bersyukur atas kurniaan rezeki dari Mu ini Ya Allah.

Friday, January 29, 2010

WEEKEND PLAN

Adik beradik ipar aku ajak ke Gambang Water Park esok. Sesi hooray2 macam 2 minggu sudah. Aku tak dapat nak join sebab anak dara aku masih batuk dan selsema. Lagi pun dah plan nak pegi Sungai Lembing esok sbb abang nak buat final inspection untuk trek dan test trek sekali. Aku ngan anak2 boleh jugak lepak kat anak sungai kat situ. One with nature katanya.

Adik aku pun ada sekali. Ye la sekarang ni budak sekolah yang duduk asrama kana balik rumah hujung minggu. Seronok la anak2 aku. Aku pun tumpang seronok sbb ada baby sitter hahaha

Ahad ada Mountainbike Race kat Trek Taman Bandar, Indera Mahkota. Aku mungkin pergi buat lap scoring ngan result. Tolong kawan-kawan. Ya.. aku bukan sahaja pandai berkayuh, aku jugak boleh mengadili perlumbaan (sesi self promo haha)

Aku tengah tunggu satu benda. Hujung minggu depan baru dapat keputusan. Tak sabar nih haha..