Kadang-kadang aku jenguk juga blog bersawang ni. Saja membaca semula entries lama. Banyak dah berubah, termasuk cara aku berfikir, years have passed since mula2 tulis blog dulu kan. Lepas tu ada pula akaun facebook, lagi la rumah lama ni makin dilupakan. Sedangkan dalam rumah ni lah aku membesar. Iya secara fizikal juga LOL..
Anyway.. mahu mencoret. Aku berhijrah. Dari yang lama kepada yang baru, Daripada cabaran lama kepada cabaran yang baru. Nak kata pindah sepenuhnya tidak lah, kerana tuntutan kerja maka aku berhijrah ke Temerloh.
Alhamdulillah suami pun setuju untuk pindah sekali. Anak-anak pun tidaklah menunjukkan emosi tidak setuju, malah mereka lebih teruja mulakan hidup di tempat baru.
Selepas Cuti Hari Raya Puasa baru ni bermulalah kehidupan kami di Temerloh ni. Masih dalam proses sesuaikan diri. Masih belum berhujung minggu di sini pun. Tetap memandu balik ke Kuantan pada hari Jumaat dan kembali semua ke Temerloh pada hari Ahad.
Arief tengah fasa akhir untuk persiapan UPSR. Semoga cemerlang duhai anak. Ibu doakan.
Masih menunggu rumah untuk diduduki siap dibaiki. Cepatlah sikit ye.. penat menyewa homestay ni.
2 comments:
MAAF BERBAGI INFORMASI PENTING NIH BERBAGI ITU SEDEKAH
MANFAAT KHASIAT BUAH MERAH PAPUA
Info lengkap dibawah Mampir ke Blog saya yah
>> Kami menyediakan buah merah segar <<
>> Cari tahu manfaat khasiat buah merah <<<
شركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة مكافحة بق الفراش بسيهات
Post a Comment