Wednesday, October 29, 2008

Apa mau update?

Soalan yang menerjah kepala aku setiap kali aku rasa nak menulis tapi tak tau apa nak tulis...hidup sangat rutin, pegi kerja balik kerja. Lepas-lepas raya ni tambah lagi satu program iaitu jalan-jalan rumah terbuka pastu makan-makan. Kat pejabat ni pun lepas satu unit, satu unit lain pulak buat makan-makan.... camne nak kontrol berat badan camni?
TAPI....TAPI.... aku suka sebab berat aku tak naik YEAY!!! ini membuktikan penurunan berat aku bukan la bersifat yo-yo.. Alhamdulillah.
Hmmm... semalam pegi meeting OSC kat MPSJ yang amat aku tak suka sebab lama yang amattttt.
Minggu depan ada Persidangan Pentadbir Tanah se-Malaya kat JB. Aku mungkin pegi ganti chief aku yang dah berpindah ke Kementerian. Huishhh suspen ni nak nunggu chief baru.
25 Nov - 1 Dec ni aku berkampung kat UPM. Ada Kursus Komisar yang aku cakap arituh. Harap2 lulus sebab aku bawak cikgu tuition tau.... laki aku ehehehe....
Serius..otak aku sangat lemau... mungkin kena berjemur kejap...

Monday, October 20, 2008

HADIAH UNTUK ANGAH

Terima kasih atas semua ucapan birthday via all available means. Terima kasih jugak atas hadiah yang diberikan. Dah tua-tua ni dapat birthday gift dari kengkawan rasa pelik plak ehehe..tekaan semua betul. Aku beli rumah setelah buat house hunting dalam jangkamasa yang agak lama.

Hartanah ni aku beli kat Damansara. Tapi Damansara Kuantan la... mana la aku mampu nak beli rumah kat Damansara KL ni ha...Kawasan kejiranan baru buka. Infact unit yang aku beli tu pun dalam fasa 1. Banyak fasa lagi yang akan dibina. But for sure harga akan melambung tinggi kan. Umur aku pun dah 31. Lagi lambat apply loan lagi banyak kena bayar kalau nak hutang habis ngam-ngam masa pencen.
Banyak la jugak kriteria yang aku ambil kira masa nak membeli rumah. Antaranya

- nak buat tempat kediaman ke nak buat property
- tanah tu mesti free hold
- pemaju mesti outstanding
- rumah mesti at least 80% siap
- harga mesti dalam bajet
- kawasan rumah kena ada tanah yang agak besar, so option cuma semi-D atau corner lot
- lawyer pemaju mesti ada good reputation
- kawasan sekitar kena ok
- and some other minor details la kan

Lepas semua benda ni diambil kira ada la 2 3 skim perumahan yang macam penuhi kriteria. Lepas timbang balik banyak lagi details so aku ambil keputusan beli unit ni lah. Satu jek yang tak penuhi kriteria aku.. rumah tu mengadap panas petang. Aku nak yang menadap panas pagi sebenarnya so bila petang redup bebudak boleh lepak kat laman. Tapi takkan sebab tu aku nak lepas peluang ni kan. So decided ambil jugak. Nanti aku tanam pokok besar2 hadang matahari.

Beberapa gambar aku ambil lepas sign agreement segala. Biasanya aku buat penyaksian untuk borang pindahmilik (14A). Aku yang cakap "encik sign kat sini , atas nama ni" Hari tuh aku plak yang diarahkan buat benda yang sama... macam kelakar.

Lawyer tu cerita ngan aku segala macam borang yang aku kena isi dan segala macam prosedur yang aku kena ikut dengan Pejabat Tanah. Aku iya kan jek. Bagusla terangkan pada client. Cuma yang aku tak berapa nak berkenan tu cara penerangan macam aku ni tak sekolah. Abang pun macam tak suka jek cara lawyer tuh. Aku senyum sajalah.

Lepas habis urusan semua, dia mintak kad nama aku kalau ada. Aku pun cari2 mujur ada dalam beg. Aku hulur dan expression muka dia lepas tu was priceless! muahahahahaha... baru ko tau! tu la... don't judge the book by its cover omputeh kata. Prosedur tu semua kerja aku hari-hari okeh!
Pandangan depan. Motor dalam tu bukan aku punya. Budak kontraktor buat kerja agaknya.

Pandangan sisi tak berapa sisi la. Sliding door kat sisi rumah. Rumput dah tanam tapi hidup segan mati tak mau ekekeke... kata pemaju tu kalau nak rumput karpet RM 2 sekaki persegi. Sekali ngan bela sampai hidup segar bugar RM4 sekaki persegi.

Kawasan tanah kat belakang rumah. Aku cadang nak buat kebun sayur sikit-sikit kat belakang tuh. Kawasan tepi ngan depan buat lanskap.

Ini aku saja interprem. Nak masuk tak boleh sebab kunci ngan kontraktor. Aku sempat masuk rumah contoh jek.

Friday, October 17, 2008

ALFATIHAH - MONALIZA BINTI HAMZAH

Isnin lepas dalam perjalanan ke Kuantan. Aku dapat SMS dari Nani, kawan aku. "Mona dah takde". Aku speechless. Cuma airmata je laju sambil otak aku replay kenangan dengan arwah.
Mona kawan satu batch PTD ngan aku, satu jabatan dan satu rumah masa memula berkhidmat kat JPM. Orangnya kecil molek, cantik, baik budi bahasa dan sangat la senang nak mintak tolong dari dia. sangat determined dalam satu-satu kerja yang dia buat.
Lepas dapat posting tetap, aku di Pekan Pahang, dia di batu Pahat Johor. Kami sama-sama Setiusaha Keselamatan Daerah (SKD) masa tu.
Masuk Diploma Pengurusan Awam (DPA) 6 bulan. Dia sidang B, aku sidang C. Tapi masa penggal dua kami sama dalam sidang C. Sekumpulan jugak masa modul BTN.
Lepas DPA posting dia kekal di Batu Pahat dan aku balik ke ibu pejabat di JPM Putrajaya. Tapi tetap berhubungan terutamanya bila aku buat kursus. Seboleh-bolehnya nak bagi geng-geng SKD join sekali sebab mereka ni jarang dapat join program. Mona jumpa dengan suami dia pun dalam satu kursus yang unit aku anjurkan.
Masa aku bertukar ke SUK Selangor, Mona ditempatkan di Jabatan Perangkaan. Dengan sibuk dan segala macam alasan memang tak berhubung sangat.
Tahu-tahu email sampai kata Mona masuk hospital sebab kanser serviks dah tahap 3. Terduduk kejap aku dengar. Bila dia dipindahkan dari Hospital Sultanah Aminah ke HUKM kami kengkawan satu batch jenguk2 dia jugak.
Lepas beberapa cycle radiotheraphy nampak Mona dah semakin sihat. Alhamdulillah.
Minggu lepas dapat email kata condition dia semakin teruk dan tak boleh nak buat rawatan susulan chemotherapy. Updates keadaan dia sentiasa circulated dalam email group dan sms. Terkilan juga tak dapat lawat dia minggu lepas. Cuma kata-kata semangat dan perangsang lewat sms dan panggilan telefon.
Allah lebih sayangkan sahabat aku Monaliza Hamzah. Pada 13 Syawal jam 5.00 dia dijemput Allah ke alam baqa'. Kalau la aku ada di Klang masa tu tentu aku drive ke HUKM untuk menziarah jenazah.
Damailah di sana
Disisi Pencipta mu
Doa kami
Mengiringi pemergianmu
ALFATIHAH UNTUK ALLAHYARHAMAH MONALIZA BINTI HAMZAH (1977-2008)

Monday, October 13, 2008

HAPPY BIRTHDAY ANGAH - IN ADVANCED

Esok birthday aku. Tahun ni umur aku 31. Habis kalendar dah ekekeke. Apa yang dah aku capai dalam masa setahun ni... well... banyak ups and downs dalam hidup aku.

Banyak benda baik berlaku, banyak juga cabaran dan dugaan yang aku hadapi dan lepasi dan masih cuba lepasi dalam kehidupan aku sebagai anak, isteri, ibu, pekerja dsb. Dalam hidup aku sebagai seorang bernama Angah. Tapi semua benda yang berlaku dalam hidup aku sepanjang setahun ni ada hikmahnya. Semuanya membawa pengajaran berguna, mematangkan aku, mambantu aku melihat kehidupan dalam perspektif yang berbeza, membantu aku menjadi Angah yang banyak berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan, mengubah aku menjadi Angah yang lebih berwaspada, yang lebih berhati2.

Ada juga benda yang berlaku yang menggegar perasaan aku sebagai seorang perempuan, seorang isteri. Yang Alhamdulillah berjaya aku tangani setakat ini. Aku berdoa agar aku terus dapat tangani dengan rasional, dengan iman. Dalam masa yang sama aku bersyukur terjadinya perkara ni, setidak-tidaknya aku bermuhasabah, menilai kekurangan diri sebagai seorang isteri, mungkin ada kekurangan aku dimana-mana, yang aku akan perbaiki.

Aku bersyukur dengan semua nikmat yang Allah berikan pada aku sepanjang setahun ni. Dari segi kerjaya terutamanya, kesihatan dan 2 anak yang cerdik dan baik dimata aku sebagai ibu.

Aku bersyukur atas semua kurniaan dan dugaan dari Mu Ya Allah. Aku bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Mu ini Ya Allah.

Untuk emak, aku dah kehabisan idea untuk hadiah. Aku akan cuba juga dapatkan sesuatu untuk hadiahkan emak sempena harijadi aku. Nak bagi barang kemas, barang kemas dia lagi banyak daripada aku ekekekeke... nak bagi kain pasang kang terperuk jek dalam almari.. member aku cadangkan beli cermin mata. Ok jugak cadangan tu kan... among other things dalam otak aku nih..

Abang tanya aku nak apa.. aku plak rasa dah takde apa dah, memacam aku dapat tahun ni walaupun takde sambutan apa2. Aku cuma nak kasih sayang,kejujuran dan kesetiaan dia. Itu saja....Itu la hadiah paling berharga yang suami aku boleh bagi. Intan berlian benda hapa semua aku boleh beli sendiri.

Tahun ni aku beli hadiah yang besaaaaaaaarrrrrr untuk diri sendiri. Sangat besaaaaarrrrrrr. Hari ni aku akan balik Kuantan untuk dapatkan hadiah besaaaaaarrrrrrr yang aku beli untuk diri sendiri nih. Kalau nak teka silakan.... sapa betul aku bagi hadiah sempena birthday aku. Aku balik dari Kuantan Khamis ni aku bagitau....

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Diet aku ke lautan Jumaat lepas. Ni pun kes hormat tuan rumah ni ehehehe.. Aku memenuhi undangan Rumah Terbuka Raya kat 3 tempat berasingan. Dalam masa 2 jam setengah dalam keadaan hujan kejap lebat kejap renyai.
Memula pergi ke Rumah Exco Shah Alam untuk Rumah Terbuka PWN. Makanan yang sangat superb. Lepas jumpa Dato' Arif (tuan rumah) aku ngan member pun menyantap la juadah yang sangat superb. Sebiji durian kami belasah huhuhu.. Tengah sedap makan big boss aku lambai tangan. Kami pun lambai balik jek la. Dengar satu suara nyanyian yang sangat biasa.. Sekali Aris Ariwatan la...
Lepas tu bergerak ke Taman Tasik Shah Alam plak untuk Rumah Terbuka MBSA. Yang ni sangat la ramai orang. Datuk Bandar ni dulu Big Boss tempat aku kerja ni so kenal la. Terus jumpa dia ngan wife. Jumpa beberapa pegawai, berbasa basi kejap, tak makan pun sebab dah kenyang. Duduk la kejap tengok persembahan Salima AF. Lepas tu teruskan misi.
Destinasi terakhir ke Stadium MBPJ Kelana Jaya plak. Sampai situ hujan lebat yang amat. So duduk lama la sikit. Timbalan Datuk Bandar pun ex-second big boss kat office aku. Pusing-pusing 3 tempat pun crowd pegawai yang sama jugak ehehehe.. Kat sini aku bedal cendol yang sedap. Makan mee goreng mamak yang so and so. Wahid Senario ngan Abon jadi juruacara. Sorry to say la lawak slapstik jek.
Undangan dah dipenuhi, perut dah kenyang, hujan pun dah agak teduh, kami pun balik office. Minggu ni 17hb hari Jumaat, hari Terbuka Aidilfitri tempat aku jugak. Meh la datang ramai-ramai....

Thursday, October 09, 2008

BILA TERINGAT

Bila teringat balik benda yang menyakitkan hati dan perasaan, benda yang buat aku hilang sedikit sebanyak kepercayaan, aku rasa tak best, aku fikir yang bukan-bukan. Sangat tak syiok berperasaan camni. Tapi itu normal kan...

Yang tak bestnya, setiap kali aku rasa uneasy pasal benda yang sama memang something is up. Macam instinct pulak yang satu benda berlaku. Eiii sangat tak syiok lah.. tapi aku tak boleh ketepikan uneasiness dalam hati aku ni. Asyik rewind jek dalam kepala hotak nih.

Nak kena buat siasatan ke?

Whooshhhh... ketepikan sekejap.. Balik Kuantan hari tuh aku pi makan lamb chop yang very simple penyediaannya tapi sangat superb rasanya. Black pepper sauce yang fantastik dan daging yang medium cooked. So kalau korang ke Kuantan, singgahla ke Pantai Teluk Chempedak dan cari warung Western sebelah Warung jual rojak sotong/keropok lekor (sebelah kiri taman permainan bebudak)

Wednesday, October 08, 2008

MAINAN BARU ANGAH

Sebelum ni aku pakai basikal cap Merida hard tail. Baru-baru ni aku upgrade basikal aku pakai full suspension plak. Sekarang mainan baru aku ni cap Titus Motolite saiz XS. Jual yang lama tu pastu beli frame ngan fork. Parts beli asing2 lah. memandangkan aku ni bukanlah profesional maka aku pakai shimano XT sajalah.

So petang-petang aku pun berkayuh guna gear ringan. Ada sekali tuh, bebudak kecik potong aku sambil cakap "basikal canggih tapi slow" muahahaha.. memang la nak ooiiiiii... makcik pakai light gear saja.

Gambar pagi raya Arief & Adneen ngan sepupu2 kat Kuantan. Dari kiri Arief (4), Asyiran (4), Natasya (3), Hafiz (1), Adneen(1), Misya (6). Tengok anak bujang aku tuh eheheh paling sehat kan. Perasan tak kaler baju? Haaaaa... kaler baju sama tu adik beradik la..


Tuesday, October 07, 2008

Post Raya Stories

Telah kembali bekerja setelah seminggu bercuti2 berhari raya. Aku balik Kuantan hari Ahad 28 September lepas Asar. Singgah berbuka kat Gombak lepas hantar member abang kat Cheras. Alhamdulillah la perjalanan balik ke Kuantan smooth jek. Sengaja balik awal sebab tak balik langsung berbuka di rumah mak mertua sepanjang Ramadhan.
Cerita baju raya yang tak best huhuhuhu. Aku tempah sebulan sebelum puasa tau... sebab nak pastikan sempat siap. memang siap la masa amik hari Sabtu tuh. Sekali cuba pakai tu diaaaaaa macam guni beras labuhnya. Masuk laki aku sekali pun muat!! Huhuhuhu...nak kecikkan tak sempat sebab berlining bermanik bagai. Jadinya aku beli la baju siap kat Kuantan Parade. Mujurnya dapat yang berkenan di hati dan sepadan kaler ngan baju melayu abang. Takper... raya haji buleh pakai.
Raya pertama yang rutin. Pergi beraya dan layan orang datang beraya sampai gambar sefamily pun tak amik. Bila ingat dah petang, anak bujang aku pun dah salin baju. Takperla.. sok2 ada masa pakai sepasang anak beranak pi la amik gambar kat studio.
Raya kedua yang luar dari kebiasaan. Orang pegi beraya aku anak beranak pegi survey rumah. Cadangnya nak beli rumah la. Dapat satu unit double storey corner lot yang sangat menarik perhatian aku. Tengok lah kalau ada jodoh aku ngan rumah tu....doakan la ek..
Raya ketiga aku balik Klang dan rutin beraya ngan family sebelah aku pun bermula sampai la hari Ahad lepas.
Memandangkan aku makan tak hengat dunia sepanjang bercuti kan... pagi tadi bila timbang berat aku naik sekilo muahahaha.... penangan raya la nih. Tak makan kang tak hormat tuan rumah plak...
Habis cerita raya. Duit raya anak2 pun dah selamat aku bank in tadi. Takut terpakai plak kang. So selamat bekerja semula.A ku memang kena pulun laaaaa... minggu lepas punya kerja setambun kat meja aku nih ha...