Thursday, July 31, 2003

Pagi ni masa nak melangkah masuk ke office, ada orang sapa aku dari belakang. Ingatkan student, rupanya pakcik aku eheh. Terkejut aku tengok dia berdiri depan muka. Rupanya dia ada kursus PLC selama 4 hari, mula Isnin lepas. Pakcik aku ni kerja kat Petronas di Kertih.

"paman perasan dah nama kat pintu tapi paman cari Lin tak jumpa pulak sejak Isnin tuh"
"eheh, Lin cuti 2 hari, Isnin ngan Selasa, pastu semalam jaga exam pagi ngan petang"
"oooo, bilanya nak mampir umah paman kat Kertih tu. Sejak kahwin tak singgah2 pun. Bibik tu asyik tanya jer'
" Insyaallah, nanti senang2 Lin pergilah ek"

Tengok jam dah dekat kol 9 pagi, aku kena jaga exam, dia pun nak start kelas dah. Aku rasa happy jer dapat jumpa dia sbb aku ngan family sebelah emak memang rapat. Nantilah, kalau ada kelapangan ujung minggu ni aku nak ke Kertih, penuhi undangan pakcik aku tuh.



Wednesday, July 30, 2003

Hari ni baru masuk kerja lepas cuti 3 hari. Minggu ni pun tak banyak kerja sangat sebab student exam. Quite relax so to say. Last weekend, I had fun, enuf said. Pagi ni amik uniform organisasi. Cuba pakai, ok lah juga. Blazer jabatan pun dah siap maka bolehlah dipakai masa majlis graduasi pelajar nanti. Cuma agak terkilan dengan kain yang digunakan, rasanya masa pilih material dulu taklah sekeras tu kainnya. Tapi mungkin sebab tailor tuh bawak secebis jer, kalau bawak sekayu mungkin jugak eheh.

Semalam aku marathon siapkan bunga telur, hadiah untuk sepupu. Lega rasa dah settle. Pot Pouri pun dah siap. Lapik pahar sudah aku ketepikan. Serampang dua mata dalam perniagaan. Aku beri pada dia dan secara tak langsung aku promosikan hasil kerja tangan aku. Cuba2 berniaga ikut jejak abang. Tambah2 pendapatan keluarga.


Borak Durian

Kuantan sekarang ni kebanjiran durian. Sana sini bau durian. Harga pun boleh tahan juga murah. Awal musim lagi. Pertengahan musim nanti tentu lagi murah. Aku belajar perkataan baru daripada seorang sahabat masa berborak pasal durian dengannya.

aku: emak sihat ?
dia : sihat
dia : semalam call dia
dia : asik soh balik kampung jer
dia : durian dah rahat
aku: pi lah balik.... emak sruh tuh
aku: rahat tu apa?
dia : rahat maksud dah gugur banyak
dia : durian gugur terbagi 3 fasa
dia : 1. belajar
dia : 2. rahat
aku: ye ke.. aku tak tau sungguh
dia : 3. pengujung
aku: oooo camtu
dia : masa rahat kan
aku: best ah.. makan durian
dia : satu pokok tu sampai 20 ke 30 biji
dia : gugur
aku: sehari?
dia : a'ah
aku: jenuh nak mengutip
aku: masa aku gi ke dusun pak mertua aku kan.. aku tengok pekerja dia pakai helmet ekekekek
dia : heheh
aku: kalo dok pecoh kepale
dia : aku biasa kalau takut
dia : pakai tengkolok
dia : kain batik mak aku
dia : buat cam serban
aku: boleh bayangkan... boleh bayangkan
dia : jgn buat main tau
dia : ada orang kampung aku kena hempap
dia : berjahit kepala
aku: kesian dia
aku: pernah makan nasi durian?
aku: aku tak pernah rasa
dia : alarr
dia : ko gaul isi durian dgn nasik
dia : sedap gak
dia : jadi cam texture tapai gitu
aku: ek.... aku cam tak boleh digest jer dalam otak ni...nasik makan ngan durian
aku: lidah tempelah katakan :D
dia : heheh
aku: mak pandai buat tempoyak tak?
dia : buat gak
dia : aku tatau nak kata pandai ke tak
aku: best yerrrr
dia : tapi jadi lar tempoyak
aku: aku hantu tempoyak
dia : heheh
dia : a'ah tempoyak best
dia : takyah ulam pun takper
aku: aku boleh jer makan ngan nasi panas ngan ikan goreng
aku: tapi susahler nak dapat yang fresh.. biasa yang dah lama.
dia : aku kan fav sambal tempoyak cam sambal tumis yg campur dgn daun kunyit hiris tu
dia : sedappp
aku: aku bagi hint nih weh... :D
dia : apa
aku: mak pandai buat kan
aku: eheh
aku: tapau ler sebalang bagi aku :D
dia : ohh
dia : tempoyak ekk
dia : ok set

Perkataan baru yang aku belajar ialah rahat (fasa kedua musim durian luruh) dan faedah yang aku dapat ialah sebalang tempoyak fresh dari mak eheh...




Friday, July 25, 2003

Exam

Minggu depan minggu exam. Aku ada sedikit masa untuk santai. Jadi aku amik cuti dua hari. Isnin dan Selasa. Hopefully I can sit lazily doing exactly nothing eheh. Student datang dan pergi minta tips. Aku cuma kata, apa yang kita bincangkan dalam kelas selama 5 minggu ni akan masuk ujian.

"takkan tak boleh bagi tips Puan?"
"kan saya kata apa yang kita bincangkan akan masuk"
"ala Puan, bagilah topik spesifik"
"saya minta maaf, awak kena ulangkaji pelajaran selama 5 minggu ni, saya tak boleh bagitau lebih daripada itu"

Aku kengkadang pelik ngan student nih. Terlalu bergantung pada cikgu. Setiap kali ujian bagi salam, mulalah menyerbu ofis minta tips. kalau boleh nak senarai lengkap topik dan subtopik yang bakal disoal. Dah apa guna belajar? Aku cuba terangkan pada mereka, tak ada short cut masa belajar ni. memang kena ikut long way. Barulah benda yang dipelajari tu lekat kat kepala, boleh diaplikasikan masa kerja. Setakat ni aku masih boleh dianggap belum berjaya. Kena cuba lagi, sampai ada yang dengar atau sampai aku tak larat (yang mana dulu)


Rencam

Hajat dihati nak tengok Lara Croft : Tomb Raider malam ni. Ingat boleh tempah tiket cam selalu, hampehhh... tak boleh lagi. Tengok minggu depan ler. Aku malas nak beratur.

Esok ada program motivasi untuk staff. Lama tak hadiri program begini. Harap2 menarik. Sebab kengkadang nama jer program motivasi, tapi penceramahnya cuma berdiri tegak, pegang mikrofon dan baca slide. Aku pun boleh camtu.

Ahad ni kalau takde aral melintang aku nak pergi makan angin. Lama rasanya tak pergi bersiar2. No particular occasion to celebrate, cuma nak berehat, bersantai berdua tanpa gangguan telefon atau urusan kerja. So we'll just slip away quietly, turn off our handphones, and we'll have fun. We'll be back to real world on Monday evening.

Since when asking a favour means giving an order? hmmm...








Wednesday, July 23, 2003

Kayuh Beskal

Setiap pagi, lepas stamp punch card, aku pergi bersarapan dengan abang. Pagi ni aku sarapan kat Warung Sitiman. Order teh o suam dan nasi lemak. Sementara tunggu makanan sampai aku baca paper. memang hebat Lance Amstrong, pelumba US Postal, walaupun jatuh dalam beberapa kilometer ke penamat, dia dapat jugak menang stage semalam dalam Le Tour De France. Dia masih kekalkan jersi kuning.

Aku masih menunggu bila Malaysia akan dapat melahirkan jaguh lumba basikal sebenar. Kalau tak segagah Amstrong yang dah menang 4 kali Tour de France, cukuplah kalau dapat hasilkan jaguh cam Tonton Susanto dari Indonesia. Dia sekarang wakili pasukan Giant Asia. Tonton ni aku kenal memalui beberapa kejohanan yang aku terlibat. Sangat berdisplin, sopan dan amat merendah diri. kalau nak ikut latihan dia taklah banyak peruntukan cam pelumba Malaysia, pergi race pun belanja sendiri. Asal dapat tempat tidur dan makan, sudah cukup untuk dia datang berlumba. Aku kurang nampak semangat begini dikalangan pelumba kita. Jauh malam masih di lobi, berbanding pelumba negara luar yang masuk tidur sebelum pukul 11.

Aku juga masih menunggu ada pelumba kita yang boleh menang satu peringkat jelajah Le Tour De Langkawi. Tempat kita, kejohanan kita tapi pemenang masih orang luar.......


Air Masam

Masa aku sedang menikmati air teh o pagi tadi. Datang sekeluarga ni bersarapan. Masa membuat pesanan si anak kecil ni minta air masam. Emak dia pening, banyak air masam, air yang mana satu?

Anak : nak air masam
Emak : air milolah ye, sedap tau
Anak : tak nak..nak air masam ( start merengek)
Emak : ok.. ok.. air oren satu
Anak : tak nak (nangis dah) nak air masam! nak air masam!
Emak : ye lah... air laici ke ( naik suara dah)
Anak : bukan.. nak air masam mama... nak air masam!!! (nangis beriya)

(masa ni kalo mak dia boleh tuko kaler mesti dah kaler ijau dah)

Emak : bagitaulah air apa
Anak : air masam ler mama waaaa..waaaa..waaa
Emak : air limau ke, air limau masam
Anak : tak mo.. nak air masam!!!

(pakcik yang amik order tuh belajar psikologi agaknya, dengan rileknya dia tanya budak kecik tuh)

Pakcik : air masam satu ya, air masam tu warna apa?
Anak : warna merah la (sambil nangis)
Pakcik : ok nanti pakcik bawak air masam warna merah.
Anak : (senyum, kesat air mata)
Emak : Laaa.. cakaplah nak sirap limau..
Anak : cakaplah tadi
Emak :(geleng kepala jer)

Beberapa minit lepas tuh pakcik tu bawak sirap limau, budak tu capai, dan sroottttt... dia menikmati air masamnya.

Aku pikir camnelah budak tu nak tau namanya sirap limau, umur pun dalam 3 tahun jer. Kalau ikut psycholinguistic pun memang budak besar tu akan buat generalisation. tak kiralah warna air ke apa ke, asal masam, air masam ler tuh.


Tuesday, July 22, 2003

Gembiranya Emak

Abang aku yang kerja di Johor Bahru dapat transfer semula ke Klang. Emak happy sungguh masa call aku semalam. Alhamdulillah, emak dan Noni dah tak sunyi lagi. Aku pun dah tak perlu risau pasal keselamatan mereka. Tinggal adik aku jerlah sorang2 kat JB tuh.

Workwise, minggu depan minggu ujian jadi rileklah aku. Semalam dapat berita, rumah salah seorang staf kat sini dipecah masuk. Banyak juga kerugian dia. Selain cash, barang hantaran untuk perkahwinan dia pun lesap. Aku tumpang simpati ngan dia, ya lah.. bulan depan nak jadi raja sehari, terpaksa pula berhadapan dengan dugaan seperti itu. Tapi mujur dia tak diapa2kan. Itu yang paling penting kan. Be strong dear :)

Lighter note, tahniah rudy, dapat masuk final Roda Impian, semoga impian yang lain akan tercapai *wink* Aku tetap sahabat ko eheh..




Monday, July 21, 2003

Cerita Silam

Sabtu dan Ahad, hari santai. Aku ikut abang tengok sprint test keter kat Taman Bandar, program tu sempena Bulan Sukan Bermotor 2003. Tapi aku tengok sekejap jer sebab aku tak pandai nak menghayati ngauman kereta2 yang bertanding. Abang hantar aku ke rumah Kak Molly. Pehtu dia ngan hubby kak Molly gi balik ke tempat pertandingan tu.

Aku tengok juga Akademi Fantasia masa dok lepak ngan Kak Molly. Sedih seh.... Rosma yang terkeluar sedangkan nyanyian dia baik. Yang Nana tuh, nyanyi cam apa2 ntah, masih bertahan. Tu lah kuasa penonton dan pemilik telefon. Komentar di akhbar sarankan supaya diadakan juri profesional. Tapi dah konsep Akademi tu camtu kan. Aku rasa walaupun peserta yang baik cam Rosma dan Burn yang dah terundi keluar, tapi mana2 syarikat rakaman mesti dah nampak bakat mereka. Yang menarik tuh, satu dewan boleh menitik air mata time Rosma kuar, episod sebeum nih tak pun sampai gitu sekali. Maka aku boleh katakan rancangan ala2 survivor ni memang menarik minat penonton ler. *tabik sikit*

Malam tadik pulak aku tengok Smallville ngan Gilmore Girls, kak iza tengok gak ek? *wink* Aku memang tak tinggal seepisod pun, sebab kedua2 citer nih merilekkan kepala aku. Cerita kehidupan seharian. Erkkkk.... kenapa aku cerita pasal rancangan TV?


Cerita Hari Ni

Kelas agak padat tapi tak perlah. Hujan dan sangat sejuk kat sini. Biasanya pertengahan tahun kat Pantai Timur nih panas, tapi tahun nih lain macam pulak cuacanya. Very unpredictable.. hmmm.. makes me wonder

Aku dapat call dari sahabat. Dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan 31 Ogos ni. Aku ingat dia call sebab nak ingatkan aku tarikh tu. Rupanya dia call sebab nak beritahu majlis tu dah dibatalkan. Tunangnya terlibat dengan kemalangan dan meninggal dunia di hospital. Aku terkejut, sedih. Aku mungkin boleh beri perangsang pada sahabat aku tu, tapi kalau aku kata aku faham akan kesedihannya, aku mungkin menipu dia dan menipu diri sendiri. Aku cuma mampu mendoakan dia tabah menghadapi ujian Allah. Hujung minggu ni aku nak balik berjumpa sahabat aku ni. Insyaallah.


Thursday, July 17, 2003

Sandarkan pada kenangan

Mlm tadi pergi makan nasi goreng kerabu ngan abang. Rasanya? bolehlah... memang tak sesedap yang aku biasa makan di SCUD.. ingat lagik si engku eheh.. Gerai SCUD tuh memang selalu penuh dengan student UIA, UM dan MARA. Aku dulu duduk kat blok 7 (sister's college ada 7 blok semuanya), betul2 depan SCUD nih. Jadi memalam kalau rasa lapar, jerit jer dari dalam pagar. Abang2 SCUD nih pun sporting, bila mereka nampak Mak Guard, cencepat bagitau kami. Masa sahur pun boleh lagi order.. memang best kalau diingat balik kisah dedulu.

Mummy ingatkan aku pasal Makcik Angah.. dia jual nasi campur sebelah SCUD nih, tengahari ngan petang. Kak Iza ngan geng dia panggil Makcik Doraemon ihiks. makcik nih memang peramah habis... anak2 dia pun camtuh gak. Again kelebihan student yang dok kat blok 7 nih, nampak jer wagon makcik Angah, pakai tudung terus ler tunggu kat bawah. Lagi2 masa bulan puasa. Kengkadang baik hati.... siap tolong turunkan lauk pauk dari wagon dia.

Kalau korang pernah baca majalah Ujang dalam tahun 1996 onwards, mesti perasan kartun yang perempuannya semer bertudung.. biasanya background kartun tuh depan blok 7 tuh ler. kartunisnya pun senior aku... tapi aku tak kenal eheh. Kat majalah Gila2, ada lawak kampus.. haaa yang tuh pulak situasi kat main kampus kat PJ. Kalau watak pak guard tuh kami taulah sapa yang dimaksudkan. Atau contengan2 kat dinding, taulah sapa lecturer yang dimaksudkan....

Masa belajar dulu, bila nampak orang dah ada kerjaya, aku tak sabar2 nak mula bekerja. Tapi sekarang bila aku tengok kampus aku dulu, aku terfikir pulak, ngapalah cepat sangat aku habis belajar? Enjoy sungguh masa belajar, pergi kelas balik kelas, buat assignment, gi exam, cuti. takde masalah langsung. Lagi pulak dapat kenal beberapa jurnalis sekampus ngan aku dulu, tak kiralah junior ke senior... memang mengimbau kenangan ler.


Cerita hari ni

Pagi ni seratus lebih pelajar akan bertolak ke Alor gajah Melaka untuk Kursus Bina Negara-Mahasiswa. Hopefully dapatlah mereka belajar, menghayati ceramah dan LDK nanti. Aku pulak tunggu panggilan pertama untuk fasilitate Kursus Bina Negara. Jangan luar Pahang sudah.. aku tak larat nak travel jauh2.

Nak siapkan lesson plan kejap... chow


Wednesday, July 16, 2003

My sister's in law wedding

Famili abang dah mula buat persiapan untuk majlis pertunangan dan perkahwinan adik ipar aku. Semalam, kami ramai2 tengok contoh kad jemputan, 2 album besar. Memang cantik2, harga pun 'cantik' juga. Aku cuma mengiyakan jer pendapat mereka. Bila aku pulak yang ditanya maka aku bagi jawapan yang pada aku rasional lah. Pada aku kalau nak buat kad jemputan yang cantik dan mahal takper kalau budgetnya cukup. Tapi kalau setakat nak tunjuk yang kita ni tak kalah kalau nak dibandingkan dengan kengkawan kita ke, jiran ke.. baik tak payah. Buat sajalah kad yang menarik dan murah. Lagi satu, bukannya orang akan simpan kad tu. kalau simpan pun sekejap jer, lepastu dibuang juga. Baik duit yang ada tu digunakan untuk benda yang lebih penting cam barang hantaran ke, kenduri ke... lebih manis jika tetamu dihidangkan dengan makanan yang enak dan layanan tuan rumah yang baik... itu yang akan dikenang sebenarnya ( aku pinjam kata2 emak ) Kalau tetamu yang dikatakan berpangkat dan berkedudukan yang akan datang, maka tetamu itu yang harus faham... bahawa majlis itu meraikan pengantin, bukan meraikan dia. jadi masalah nak beri kad yang mahal tak timbul. Sebagai tetamu, dia harus menghormati tuan rumah. Tapi ye lah... bila pendapat diberi dan bertentangan pula dengan impian pendengar, maka pendapat itu cuma tinggal pendapat. Aku cuma mendengar dan sekali sekala mengangguk.


Jalan2 cari makan

Aku rasa nak makan nasi goreng kerabu. Lama sungguh tak makan. Masa di Lembah Pantai dulu selalu makan di SCUD (gerai kecil tepi astroturf). Aku cuba juga tanya2 kat gerai2 makan kat sekitar sini tapi cam blurr je muka pelayan tu. Nasi kerabu ada ler katanya. Pagi ni aku tanya member aku kalau2 dia tau mena2 gerai yang ada. Alhamdulillah..... ada jugak rupanya jual kat sini. Malam ni aku nak gi menjamu tekak di gerai depan UITM Bukit Sekilau. Mengidam ke aku? eerrkkk


Rencam

+ Tahniah kepada expecting parent, kaezrin... welcome to the club eheh

+ Kebetulan pulak, aku dapat kad jemputan sahabat, nama bakal suaminya sama ngan nama abang, bukan sahaja namanya tapi juga nama bakal pak mertuanya... what a coincidence. Aku kacau abang... "ntah2 abang tak?" abang cuma senyum. Tahniah pada Ija :)

+ Majlis Penyampaian Sijil Pelajar yang sepatutnya diadakan pada 29 Julai ni ditangguhkan ke 26 Ogos sebab Menteri Besar tak dapat datang pada tarikh tu. Maka terpaksalah jawatankuasa jemputan hantar pulak surat penangguhan kepada lebih seibu orang. Terpaksalah jawatankuasa protokol hantar surat pada jemputan2. Terpaksalah buat semua benda sekali lagi. Dah confirm pun boleh tak confirm semula ek.....*garu kepala* Anyway tahniah pada student2 yang dah grad.






Monday, July 14, 2003

SLG kembali lagi

Skim Latihan Graduan, Pembangunan Sumber Manusia Berhad ( PSMB ) dah diwujudkan semula. main Office tempat aku kerja ni dah mula dikunjungi graduan2 yang masih tak bekerja untuk dapatkan maklumat. Aku pun dapat e-mail, Pengarah Pembangunan Perniagaan mintak CV untuk dihantar ke PSMB. Maknanya besar kemungkinan aku akan mengajar Kursus Bahasa Inggeris Intensif selama 6 bulan, 7 jam sehari tuh huhuhuhuhu... Lembik ler aku nampaknya.


MC oh MC

Jumaat dan Sabtu lepas aku amik MC. Datang opis setengah hari jer. Tak larat sungguh. Kepala pusing2, tekak loya etc etc etc. Abang amik kat opis, terus gi klinik. balik rumah aku terus tidur. Sabtu pun cuma larat bangun gi bilik air jer. Satu kerja rumah pun aku tak buat. Memang tak larat.... emak kata aku dah start alahan dah... mungkin juga. Aku cuma harap jangan terlalu teruk sebab aku malas nak ganti kelas ke apa.



Thursday, July 10, 2003

Masalah sosial

Malam tadi ada pasar malam di Cenderawasih. Memandangkan aku malas nak memasak, maka akupun heret abang ke sana. Bukan pasar tu yang aku nak ceritakan sebab mana2 pasar malam pun sama jer. Aku nak cerita pasal budak2 yang aku rasa cukup tak senonoh melepak sesama mereka. Aku tak rasa yang umur mereka ni lebih daripada 20 tahun. Abang kata budak baru belajar nak bergalak (sebut : baru blaja nok begalok). Maksudnya mukadimah nak menjerumuskan diri ke masalah sosial ler tuh.

Aku kengkadang fikir juga, kenapa budak2 tu jadi camtu? Yang lelaki dengan baju selekehnya, yang perempuan dengan baju ketatnya, sepesen jer satu group. Dengan gaya percakapan yang tak sopan. Mesti masih bersekolah. Apa yang mendorong mereka nih jadi camtu? Abang kata sebab kurang kawalan mak bapak. Tapi pengalaman aku ngan student2..... kalau kat kelas, kat rumah memang baik, tapi bila kat luar lain pulak. Cam ada split personality. Aku pernah personally tegur student yang aku tau ada 'aktiviti' lain di luar tapi jawab dia "Alah puan, mak bapak saya pun tak kata apa2" Habis apa aku nak kata?

Member aku, polis kat Bukit Aman, dia uruskan kes2 juvana di sana kata sekarang ni memang senang kalau nak dapat 'service' percuma dari perempuan. Bawak jer jenjalan naik keter pehtu belanja makan, minum, tengok wayang... mesti dapat. Kalau buat rush memang ramai kena, dan majoritinya daripada bangsa aku ler. Yang penuh kat pusat2 pemulihan tu pun bangsa aku juga. Memang ada yang jadi mangsa keadaan tapi jumlahnya amat sikit. Aku jadi takut memikirkan masa anak aku nanti... bagaimana pula keadaannya masa tu? mampu ke aku mendidik dia supaya tak terpengaruh dengan gejala2 camtu? aku cuma mampu berdoa dan buat yang terbaik


Lighter Note

+ Kak Iza dah dapat domain name baru, senyum jer dia pagi nih. Well... she deserves it... pah ni selalu update ek kak... pah tu jgn lupa buat sign pintu opis kita nih eheh.

+ Aku cuba lighten up my mood by doing little things like jahit manik kat lapik pahar. End up I was sooo absorbed dan aku dapat siapkan 3 helai malam tadi lepas balik dari pasar malam. Ada lagi 10 helai nak siapkan.....

+ Esok kena submit soalan mid term. Aku baru buat satu huhuhuhuhu. Nak recycle sem lepas punya boleh?


Wednesday, July 09, 2003

Pendek-pendek

+ Hari ni aku ada appointment kat spital. Tapi kena batalkan sebab abang ikut ayah melawat site. Pergi esoklah agaknya

+ Minggu depan contact hour aku bertambah lagi. Baru nak rilek iskh iskh. Dah arahan, kenalah ikut.

+ Bila sesuatu kerja tu dibuat dalam keadaan terpaksa, ikhlas memang takde dah. Bila dah selalu camtu bukan tangan jer bekerja, mulut pun ikut kerja (membebel). Akhirnya aku nekad untuk tak buat lagi kerja2 terpaksa. Aku nak tunggu apa akan jadi. Can they survive without me? Sounds vindictive is it not? ermmm..

+ Daging dah terkeluar daripada senarai makanan aku.

+ Aku malas nak beriya dalam satu hal nih, sebab tuan punya diri pun endah tak endah jer. Aku boleh tolong.... tapi dia kenalah buat lebih sebab itu majlis dia. Mana cukup dengan cakap hari dah dekat, satu benda tak buat/beli/sedia lagi tapi tiap hari cuma tau keluar ngan kengkawan, terperap dalam bilik, belanja duit utk benda2 lain. Minta maaf bebanyaklah. If you don't start.. then I won't.. period.

+ Aku rasa keputusan aku untuk cuti bersalin kat kampung tu hak aku. Ikut aku ler nak kat mana. Emak aku bidan, dah pasti aku akan dapat jagaan yang baik. Yang sibuk2 tak bagi tu kenapa? apa masalah? Dapat untung ke? cedera ke? Abang pun ok, setuju... mereka tu sapa nak halang aku. Sebab jauh, cara jagaan lain, bla bla bla come on lah.... I'll play deaf for all I care

Moody semacam jer entry aku hari ni........ memang aku tengah takde mood pun. So don't start, nothing is funny today.


Tuesday, July 08, 2003

Semalam ofis agak sunyi. Memasing pakat cuti, penat masih berbaki dek perjalanan jauh dari Cameron Highland. Aku dapat seplastik hitam besar, ole2 dari sana. Aku kirim ngan member. Jadinya malam tadi berpesta sayur ler kat rumah. Aku masak pajeri terung, asparagus dalam sos tiram, goreng ikan masin dan ulam petai. Pehtu lantak pulak makan oren ngan strawberi. Tidur dengan perut yang sebu eheh.

Seronok aku tengok abang makan. Semenjak 2 menjak ni selera makan dia bagus. Yang aku pulak dok gile makan anggur hitam/merah. Memang tak pernah putus bekalan 2 minggu kebelakangan nih. Mujur anggur, kalau delima mana nak carik?

Malam tadi abang dapat call daripada Malaysia National Cycling Federation (MNCF), Bulan 9 nanti abang kena bertugas di Penang International Mountain Bike Challenge. Kena tinggal lagi nampaknya *sigh* Tapi dah tugas dia, kenalah terima kan. Tapi yang best, bila abang bertugas aku boleh kirim ole2, banyak juga cenderahati pertandingan yang boleh aku simpan. Kalau abang jadi ke Sabah untuk Tour De Borneo, maknanya bulan 9 nih 2 kali ler kena tinggal. Aku sure tak dapat ikut walaupun ditawarkan tugas. tak leh naik flight dah....




Friday, July 04, 2003

Hari Keluarga 2003

Office aku dah kosong. Hanya tinggal beberapa kerat jer staff yang tak pergi Hari Keluarga di Cameron Highland. Hebatkan... dapat off setengah hari walaupun bertolak pukul 9 malam nih. Rasa cam tak best juga sebab tak dapat ikut tahun nih. Tapi dek kerana nasihat doktor, aku tarik diri ler. Yang cam tak best tu sebab hadiah cabutan bertuah tahun nih best. Hadiah utama, set bilik tidur. Ada sofa, mesin basuh, peralatan elektrik. Tak perlah, bukan rezeki aku. Anyway, tak rasa ralat sangat sebab aku dah biasa ke sana, bercuti, Le Tour De Langkawi. Tahun depan ler, boleh pergi ngan baby insyaallah.


Aku nak....

+ tengok Charlie's Angels malam ni
+ beli baju esok
+ pergi scan minggu depan
+ siapkan bunga telur ngan lapik pahar
+ beli anggur, bekalan dah abis :D
+ masak apa ya malam ni?




Wednesday, July 02, 2003

Diari Emak

Aku sempat luangkan masa 2 hari di kampung.. dah dekat 2 bulan tak balik aku rasa banyak sangat perubahan yang berlaku. tak perlah... bagus juga untuk penduduk kampung. Jalan utama masuk ke kampung aku dah ada traffic light, bukan jalan pekan tau, jalan kampung. nanti aku ambil gambar :)

Hari Sabtu, lepas solat subuh aku lepak kat luar rumah, memandang ke timur, melihat, merenung ufuk... indahnya Ya Allah. Aku terkesima seketika, berfikir betapa selama ni aku tak pernah ambil kesempatan untuk melihat keindahan ciptaan Allah. Lama aku berteleku... aku bersyukur.. dipanjangkan umur sehari lagi.

Menjelang petang aku menolong emak mengemas rumah. Tinggal berdua dengan Noni, dengan tanggungjawab umpama pekerja nursery emak tak berkesempatan mengemas katanya. Aku disuruh mengemas dan membuang buku2 yang dah tak diperlukan. Kebanyakannya buku latihan dan kertas ujian kami adik beradik masa sekolah dulu. Satu persatu kotak aku keluarkan dari bawah katil. Kerja yang sepatutnya boleh habis dalam sejam masih tak habis menjelang maghrib. Aku mengemas sambil membelek....

Membelek helaian kertas lama persis membuka semula buku memori. Setiap tulisan ada makna. Setiap buku adalah lambang penitian aku untuk sampai ke tahap sekarang, lambang perit jerih emak dan ayah menyekolahkan aku. Aku tatap, aku selak helaian demi helaian.. aku tertawa sendiri mengingat zaman persekolahan dulu.

Lepas maghrib..aku masih membelek. Emak suruh buangkan, aku kata nanti dulu.. aku nak tengok kalau ada apa2 yang berguna untuk pengajaran. Dalam satu kotak yang paling dalam aku jumpa beberapa diari lama. Diari emak. Emak simpan diari juga? Tahun 1983... itu yang paling lama. Dah kuning pun mukasurat. Yang paling baru... tahun 2002.Hm...menarik. Apalah agaknya yang emak tulis...
"Emak... lin jumpa diari lama emak, boleh lin baca?"
"bacalah.. diari lama emak tu..semua cerita lama, saja emak tulis kot kot nak ingat tarikh penting"
Aku tak sabar nak tengok, apa agaknya yang ditulis emak dalam diari2nya.

Aku selak helaian demi helaian, diari demi diari. Aku tersentuh, aku dapat selami perasaan emak masa menulis. Aku sangka akan jumpa catatan harian sebagaimana yang aku tulis sekarang. Emak rupanya menulis tentang anak-anaknya. Perkembangan hidup anak-anaknya... emak menulis tentang kehidupan anak-anaknya. Emak catat semua peristiwa penting yang dilalui anak-anaknya. Pahit manis emak membesarkan cahayamatanya penuh mengisi dada diari2 emak. Aku baca semuanya. Aku dapat menyusuri perjalanan hidup aku sedari awal mengenal dunia. Indah rasanya.

Lin mula bersekolah
Lin naik darjah, naik tingkatan
Lin dapat nombor berapa, dapat hadiah apa
Lin masuk UIA
Lin dapat biasiswa, beri emak RM***
Lin balik bercuti
Lin balik asrama
Lin dah ada pakwe
Lin susah hati, tak nak makan
Lin grad
Lin bertunang
Lin pindah Pahang
Lin kahwin

Itu antara yang emak tulis. Antara isi pentingnya sahaja kalau aku merujuk pada tarikh tertentu. Emak juga tulis tentang perasaanya berhadapan dengan kerenah anak2. Emak seperti dapat menyelami perasaan sedih aku dalam sesetengah entrynya. Emak seolah memberikan semua kebahagiaannya pada aku dan menyimpan semua kedukaan aku dalam sesetengah entrynya. Aku dapat mengimbau kembali emosi dan perasaan aku, aku dapat nilai betapa aku telah berubah dari masa ke semasa. Betapa masa lalu banyak mencorakkan cara aku berfikir.

Aku pun nak mulakan diari... nak bercerita tentang aku, tentang perasaan aku, tentang orang sekeliling aku. Ya... hanya untuk aku... mana tahu ada rezeki, boleh aku jadikan cerita untuk modal menulis autobiografi atau memoir.... mana tahu kan...