Wednesday, July 23, 2003

Kayuh Beskal

Setiap pagi, lepas stamp punch card, aku pergi bersarapan dengan abang. Pagi ni aku sarapan kat Warung Sitiman. Order teh o suam dan nasi lemak. Sementara tunggu makanan sampai aku baca paper. memang hebat Lance Amstrong, pelumba US Postal, walaupun jatuh dalam beberapa kilometer ke penamat, dia dapat jugak menang stage semalam dalam Le Tour De France. Dia masih kekalkan jersi kuning.

Aku masih menunggu bila Malaysia akan dapat melahirkan jaguh lumba basikal sebenar. Kalau tak segagah Amstrong yang dah menang 4 kali Tour de France, cukuplah kalau dapat hasilkan jaguh cam Tonton Susanto dari Indonesia. Dia sekarang wakili pasukan Giant Asia. Tonton ni aku kenal memalui beberapa kejohanan yang aku terlibat. Sangat berdisplin, sopan dan amat merendah diri. kalau nak ikut latihan dia taklah banyak peruntukan cam pelumba Malaysia, pergi race pun belanja sendiri. Asal dapat tempat tidur dan makan, sudah cukup untuk dia datang berlumba. Aku kurang nampak semangat begini dikalangan pelumba kita. Jauh malam masih di lobi, berbanding pelumba negara luar yang masuk tidur sebelum pukul 11.

Aku juga masih menunggu ada pelumba kita yang boleh menang satu peringkat jelajah Le Tour De Langkawi. Tempat kita, kejohanan kita tapi pemenang masih orang luar.......


Air Masam

Masa aku sedang menikmati air teh o pagi tadi. Datang sekeluarga ni bersarapan. Masa membuat pesanan si anak kecil ni minta air masam. Emak dia pening, banyak air masam, air yang mana satu?

Anak : nak air masam
Emak : air milolah ye, sedap tau
Anak : tak nak..nak air masam ( start merengek)
Emak : ok.. ok.. air oren satu
Anak : tak nak (nangis dah) nak air masam! nak air masam!
Emak : ye lah... air laici ke ( naik suara dah)
Anak : bukan.. nak air masam mama... nak air masam!!! (nangis beriya)

(masa ni kalo mak dia boleh tuko kaler mesti dah kaler ijau dah)

Emak : bagitaulah air apa
Anak : air masam ler mama waaaa..waaaa..waaa
Emak : air limau ke, air limau masam
Anak : tak mo.. nak air masam!!!

(pakcik yang amik order tuh belajar psikologi agaknya, dengan rileknya dia tanya budak kecik tuh)

Pakcik : air masam satu ya, air masam tu warna apa?
Anak : warna merah la (sambil nangis)
Pakcik : ok nanti pakcik bawak air masam warna merah.
Anak : (senyum, kesat air mata)
Emak : Laaa.. cakaplah nak sirap limau..
Anak : cakaplah tadi
Emak :(geleng kepala jer)

Beberapa minit lepas tuh pakcik tu bawak sirap limau, budak tu capai, dan sroottttt... dia menikmati air masamnya.

Aku pikir camnelah budak tu nak tau namanya sirap limau, umur pun dalam 3 tahun jer. Kalau ikut psycholinguistic pun memang budak besar tu akan buat generalisation. tak kiralah warna air ke apa ke, asal masam, air masam ler tuh.


No comments: