Friday, December 30, 2011

RECAP 2011

Hari terakhir bekerja dalam tahun 2011. Akan mula kerja semula pada 4 Januari 2012. 3 januari tu nak hantar Arief sekolah.

Tahun 2011 tinggal esok je kan. 364 hari yang penuh suka duka seorang manusia bernama Angah dalam menempuh hidup seharian sebagai seorang isteri, ibu, anak, pekerja..name it lah sebagai apa pun.

Ofcourse tahun 2011 ni banyak kenangan manis aku..
  • Kelahiran Riefqi pada akhir 2010, jadi 2011 aku memulakan breastfeeding journey aku yang ketiga. Riefqi adalah anak yang aku jaga sendiri sepenuhnya. Cabaran baru buat aku walaupun dah ada 2 anak sebelum ni.
  • Arief memulakan alam persekolahan formal. Alhamdulillah pencapaian dia amat menggembirakan aku sebagai ibu.
  • Adneen mulakan alam pembelajaran. Alhamdulillah mudah menangkap pelajaran..
  • Anak2 dapat sesuaikan diri dengan baik bila terima adik baru.
  • Dari segi kerja, Alhamdulillah. Dapat confirmation kenaikan pangkat awal tahun dulu. Gaji bertambah, anak pun bertambah hihi. Kerja memang teruk tapi tetap boleh aku laksanakan.
  • Rumah yang didiami pun semakin lengkap. Semakin selesa diam didalamya bersama family.
  • Dapat beli kereta baru.
  • Nilai persahabatan yang aku rasa makin utuh dengan kengkawan maya.
  • Sokongan famili mertua yang sangat mantap saat aku perlukan mereka
  • Blog aku dah berumur 10 tahun!
  • Bercuti dengan famili
  • Bisnes kecil-kecilan aku dah mula nampakkan hasil
  • Mini garden makin subur
  • Eh banyak lagi laaaaaaaaaaa
Antara yang tak best tahun 2011 ni pulak
  • Nenek aku meninggal dunia
  • Tak kurus-kurus (dah makan tak hengat!)
  • eh..tu je ke...serius aku tak boleh ingat dah...
Dan tentunya kehidupan tak lengkap tanpa kenangan mengusik jiwa, tanpa cabaran dan dugaan dalam hidup. Macam masakan tanpa garam. Macam pantai tanpa air. Tahun 2011 juga ada terpalit sedih, marah dan macam-macam konflik dalam diri...tapi takkan lama ombak menghempas pantai kan..akan ada hari-hari tenangnya..takkan lama hujan kan, tentu matahari akan menyinar juga akhirnya. takkan panas berpanjangan, tentu ada hujan yang akan menyejukkan..

Perasaan aku sebagai isteri dikocak kuat...namun kocakan itu takkan boleh meruntuhkan benteng yang dibina dengan restu Allah. Aku berdoa agar Allah beri yang terbaik untuk aku. Jika mereka bertanya kenapa aku masih bertahan..aku akan cakap..Ini dugaan Allah pada aku, Allah tak duga aku benda lain, Aku ada anak2 yang comel dan sihat, aku ada keluarga yang sangat sayang pada aku, even keluarga mertua, aku ada pekerjaan yang bagus, aku ada kediaman yang selesa...jadi haruskah aku tunduk pada dugaan yang cuma satu ini?

Kengkawan aku yang lain diduga dengan lebih hebat! bagaimana aku nak dustakan semua nikmat Allah dengan cuma satu dugaan ini?

Allah aturkan semuanya cantik untuk kita. Terpulang pada kita untuk melihat dimana hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang terjadi dalam hidup kita, walau perkara itu baik atau tidak. Allah tak beri apa kita hendak tapi Dia beri apa kita perlu sebab apa yang kita hendak tu mungkin akan menyusahkan kita akhirnya. Gunakan senjata kita iaitu doa..

Yang paling utama ialah aku rasa bahagia dengan kehidupan aku pada tahun ini. Aku dapat capai beberapa target, aku dapat buat apa yang aku teringin nak buat, dan semua ini atas usaha sendiri, dengan titik peluh sendiri. Itu yang utama. Juga dengan doa kalian yang sentiasa ada untuk backup aku kan...

Bagaimana aku boleh senyum? Because I choose to be happy! YUP CHOOSE TO BE HAPPY!

So selamat tinggal 2011, selamat datang 2012.

Thursday, December 29, 2011

HOLIDAY TEMANYA

4 hari kat JB sangat seronok sebab dapat luang masa dengan emak dan adik2. Aku tidur kat Taman Molek. Ni la first time aku pegi umah adik aku sejak dia kawen 4 tahun lepas. Teruk sungguh aku huhu..Now since emak dah duduk ngan dia kat sana, so that emak boleh dapatkan treatment diabetis ngan darah tinggi dengan lebih mudah (adik aku keje kat sepital) jadi lepas ni balik kampung akan merujuk kepada balik JB. Ferrr balik bandar kooo..

Well..apa yang ku perbuat? Aku masak ok! bukan ke aku tetamu? Takpe..aku pun suka. Dah kan kakak. Kena la masak untuk adik2 kan.

Pastu ofcourse sesi round bandar lah. Tak pegi mana sangat sebab sana pun hujan jugak. Sempat la jejak kaki kat Pasar Borong Pandan, Jakel, Danga Bay. Pastu few tempat makan yang best.

Bila pegi Jakel yang tengah sale gila2, all girls plak memang meroyan hokay! Ok I really splurge kat sana. Spent nearly 1k (RM980 to be exact hihi) and I got myself stok baju untuk setahun. Amekaw! sekali sekala berbelanja untuk diri sendiri dengan duit hasil titik peluh sendiri kannnn. Disamping membelikan adik2 jugak. Dah kerja pun mintak kakak jugakk eh..takpe..they will always be my little sisters tak kisah la umur berapa dan dah kerja ke hapa.

Haaaa..sakan kan! Aku beli viscose dan cotton kebanyakkannya. 3 RM100 je. Pastu ada la few utk pegi functions at attractive discounts. Mati la nak menempah lepas ni. Yang baju merah tu adik aku.

Pegi makan kat satu restoran ni, style duduk. Bagus! senang nak bagi Riefqi ngan Adneen makan. Nice food cuma ikan tak berapa nak fresh la. Ceh mentang2 duduk Kuantan hahaha..

Yang baju itam tu adik ipar aku. Riefqi macam biasa, Boss besar mesti duduk centre stage kan..

Pastu kita round Danga Bay plak..layankan bebudak main je la. Aku naik gak satu round. Kesian kat Arief la, nak naik few rides tapi tak boleh sebab bawah umur. Member dah teruja tengok roller coaster dah.
Dengan adik2 dan anak2

Abang botak hahaha..
Abang tolong jaga adik naik rides.

Dah hensem budak ni kan..

Tak abis2 ngan 'peace'
Gambar banyak lagik..kat FB ler.

Balik hari Selasa. Singgah Ulu Tiram sebab abang nak cari barang mancing dia. Bagi can la sebab dah sudi bawak anak bini ke JB kan. Banyak menyinggah jadi sampai rumah dekat2 maghrib dah. Just nice to watch Tentang Dhia..

Sangat dang! Fridge magnet tak beli huhu....

Next time pegi nak seberang tambak, Universal Studio dan pergi Batam jugak. Kena kumpul duit dalam tabung ayam banyak2. Tiket masuk mahal wooooo..

Saturday, December 24, 2011

JB

Aku kat JB sekarang ni. Cuti-cuti ngan family. Semalam bertolak rumah pukul 7. Bebudak semua dari katil masuk kereta je. Aku meeting kat Pejabat Daerah Rompin, abang setel bebudak. Lepas meeting lunch ngan ADUN Tioman. Hujan on off sepanjang jalan. Sampai Ulu Tiram hujan lebat gila, jalan pun penuh air. Abang cakap ada kita tidur pusat pemindahan kang haha..Anak2 bantai tidur je sepanjang jalan. Sampai JB, bapak mertua adik aku amik kat depan The Store.

Mlm tadi makan steamboat kat Rawa. Murah sungguh! Kesian kat abang plak sebab dia mana la biasa makan benda2 camtu. Jadi aku yang biasa ni jadi rasa tak best plak tengok dia jamah sikit2 je. 

Pegi Pasar Borong Pandan. Aku beli baju selai, anak2 mengepau pak sedara hihi..kakak dapat skuter, abang dapat remote control car. Aku beli cheese tart yang sedap jugak.

Balik umah adik aku semua terbongkang kepenatan.

Hari ni abang, adik ipar ngan anak aku pegi memancing kat Desaru. Aku kat rumah je, lepak ngan mak, memasak..ohoho very domestic! 

Dalam pegi sana sini tu apsal aku tak ambik gambar? Padahal kamera ada je dalam beg! 

Esok nak pegi Jakel ngan adik aku, ngan mak mertau dia sekali. Girls day out temanya! Aku memang dah ada allocation utk splurge on cloths..hadiah pada diri sendiri dengan duit bonus yang tak seberapa tu. 

Nak makan mee rebus. Chow!

Friday, December 23, 2011

WAYANG TERKEJUT

Kelmarin lps balik opis, rasa nak makan prosperity burger. So pegi la makan kat Megamall ngan abg. Bebudak masih kat Taska.
Tiba-tiba! Abang tanya nak tengok wayang tak? Oho..aku on jek, lama dah tak tengok wayang.
So mkn cepat2 dan pegi tengok wayang cerita Mission Impossible.
Memang terkejut tapi kadang2 spontan ni bagus. Re-ignite the spark katanya. Well he seems to be more caring these days. Aku doa yang terbaik dari Allah for He knows best!
Lepas amik anak, balik lah..sambung mantik2 kat umah hahaha.
Cerita lain, dah sign SBPA. Alhamdulillah rezeki anak2.

Sent from Yahoo! Mail on Android

Wednesday, December 21, 2011

KERJA OH KERJA, TUNANG DAN SUSU

Makin lama makin jarang pulak aku update ya. Hidup rutin sangat la huhu..Hari ni ada la masa senggang sikit lepas siapkan laporan bulanan Prestasi Fizikal dan Kewangan projek2 Kementerian.

Kelmarin aku bertolak ke Lipis lepas office hour ngan Juruteknik aku. Sebab dah gelap dan hujan agak lebat, jadi aku decide ke Lipis ikut Hulu Dong / Benta instead biasanya ikut batu Malim / Tersang. Sebab jalan ikut Hulu Dong ni besar. tak la seram sangat haha.. Sampai Lipis, Boss aku dah siap bookingkan bilik dan tengah tunggu kat restoran, siap orderkan makan lagik. gila best Boss aku kan!

Semalam lepas sesi taklimat, kami pegi melawat few projects. Singgah kat Kg, Sempadan, Kg Sungai Berjuang, Kg Peruang kat Benta Lipis. Lunch kat Jerantut. Pastu terus ke Mentakab tengok Projek Tadika. Baru balik Kuantan. Sampai rumah dah lepas maghrib. Gila penat nak mampos! Boleh ke aku komplen? senyum je la..

Hari ni pukul 8 dah terpacak kat opis. Siapakan laporan. Esok ada meeting sebelah pagi kat Temerloh pastu aku nak pegi tengok projek bina rumah kat Kg. Bangau Parit ngan Projek Bekalan Air kat Kg Rumpun Makmur.

Lusa meeting kat Rompin pastu nak tengok projek Gerai baru take off kat Janglau ngan Sepayang. Lepas tuuuuuuuuuu baru boleh bercuti dengan senang hati.

Oho..11 Disember lepas, adik ipar aku bertunang dengan adik kepada biras aku..pening tak? Kira Abang kawen ngan kakak, adik kawen ngan adik la ni. Jodoh kan. Semoga selamat ke jinjang pelamin lah insyaAllah. Tempoh 8 bulan je, hantaran RM10K serba satu.



Lepas sarung cincin tunang. Senyum lebar mak mertua aku nak dapat menantu baru. Ni memantu perempuan kedua selepas aku nih.
Susu aku agak berkurangan la lately. Aku rasa sebab aku penat sangat. Bila penat otak pun penat, bila otak penat susu pun malu-malu nak keluar. Few days ni aku pam at deficit la. Cikgu pulak cakap Riefqi minum susu banyak. Dah 2 minggu ni aku tambah stok ke Taska. 4 botol. Tapi aku tak risau sangat. Masa ni la bersyukur sebab ada stok beku dalam freezer. Jadi susu untuk Riefqi masih cukup. Dah 1 tahun 2 bulan. Aku ada 10 bulan je lagi untuk accomplish misi penyusuan ni. Doakan perjalanan aku dipermudahkan.



Ni tuan punya susu, sebok nak tolong ibu punggah EBM. Habis dikecahkannya ais tu penuh sedapur. Pastu gelak2 sebab tangan sejuk haha. Ayah la tukang mop dapur lepas tu.


Ini la rutin aku setiap kali balik dari outstation, pindahkan EBM dari botol le storage bag. Sebab pegi 3 hari je aku tak bekukan EBM. Walaupun plastik tu boleh isi sampai 12oz tapi aku cuma isi 3oz je. Ngam2 sekali feeding. Senang nak cairkan.

Ok nak pam susu plak..

Friday, December 16, 2011

KEMBANG DAISY

Masih cerita bunga yang tak la berapa nak banyak. Tetap happy sebab dah nampak hasilnya. Harus lepas ni aku cari lagi anak benih.

Masa awal-awal kembang, warna mcm tak berapa nak cantik, Aku ingat camtu je la warna dia.

Ni dah kembang sepenuhnya kot. Warna bunga tu makin pekat, cantik la pulak kan.

Orang lain sekebun tanam bunga ye tak..aku ni sepasu dua pun heboh hahaha..takpe, heh sepasu ke seratus pasu ke effortnya sama tau.

Ok cerita pasal aku la plak ye. Minggu lepas tu kan aku henyak buat siasatan untuk bantuan rumah ke 3 daerah sekali gus. Malam baru sampai rumah. Sempat la aku ngambik gambar gedik2 kat jambatan gantung kat Kg Aur Gading, Lipis..ferrrr seram je terbuai2. Oh dan sempat juga singgah Bentong pekena durian. Nyaman sehhh...

Mrasaaa durian D24 RM8.00 sekilo. Mkn ngan driver aku nih..last2 makan 3 ulas je. Isi tebal.
Pastu 3 hari aku berkampung kat Persidangan DUN Pahang. Isnin sampai Rabu kursus kat PD. Semalam meeting dan hari ni pulun kerja kat opis la..tinggal dekat 2 minggu koooooo...pening kejap aku nak sorting dan delegate kerja kat staff.

Tapi mampu gak update blog ye? Kelassssss..

Oh. Masa kat PD aritu aku sebilik ngan staff aku. Saja ajak sebab aku tak suka duduk sorang-sorang. Dia pun nyusukan anak juga. Jadi sesi mengepam secara berjemaah la. Abang cakap aku imam kahkahkah..Her first experience la transport EBM segala. Aku kan boss yang baik. Aku la tukang susun susu dia dalam bekas, letak ais dan seal terus. Baru uruskan EBM aku pulak. Takpe..bagi sokongan pada ibu yang tengah bersemangat. Bawak bekas yang kita biasa isi nasi panas tu je pun. Apa salahnya, boleh juga janji boleh kekalkan susu sejuk.

Sepanjang kat sana aku memang tak berapa sihat. Jadi aku rasa susu aku agak merudum. Cuma sangat bersyukur tetap cukup untuk keperluan Riefqi. Kiranya takde la surplus stok. Cukup-cukup ganti stok yang dia guna kat Taska tu je.

Sejak semalam aku lepak ngan anak-anak je. Abang pegi KL, ada kejohanan Basikal Trek Piala Asia kat Velodrom Cheras. Aku plak masih tak berapa sihat. Mujur ada Arief tolong aku tengok-tengokkan adik-adik dia.

So hujung minggu ni akan dipenuhi dengan aktiviti berkisar kain baju. Yang nak dibasuh, disidai, dilipat, disimpan, digosok. Tengok yang belum berlipat pun aku rasa nak nanges huhuhu...ada gak aku hello adik ipar aku pinjam bibik kang haaa..

Minggu depan hadoiii..Isnin petang bertolak ke Lipis sebab Selasa ada taklimat. Rabu nak ke Pekan dan Jumaat ke Rompin sebelum whooshh ke JB, bercuti2 Malaysia. Kot sempat nak seberang ke Singapura. Kot sempat la..Cuti Krismas ni takut manusia mcm ulat plak. Serabut aku.

So guys happy weekend ya..


Monday, December 05, 2011

BERBUNGA SUDAHHHH

Oh makngah sangat happy bila pokok2 bunga yang disiram dan dibaja telah pun berbunga. Ini la nikmat gardening ni walaupun dalam skala kecil sajork..Sila refer entry bercucuk tanam ni untuk bandingkan pokok2 yang sama ya..


Pokok ni asalnya dari rumah adik ipar aku. Aku minta bawak balik. Alih pasu, baja dan siram. Tengok dah ada kudup bunga warna kuning kan..

Yang ni pun sama juga, asalnya 1 pasu tapi aku cerai2 kan jadi 4 pasu. Cantik naiknya. Pun dah mula berbunga.

Pokok Mawar. Teruk asalnya kena serangan menda apa ntah yang warna putih2 tu. Ni dah ok dan start berbunga tapi kelopak masih tak berapa cantik.


Kemboja Cina yang aku trim nak bagi rendang pun dah mula nampak kudup bunga. Seminggu dua nanti dah mekar sure cantik.

Selain memasak dan baking aku rasa gardening ni pun salah satu cara aku utk divert fikiran aku. Escapism la kiranya dari masalah negara dalam otak ni... Bila uruskan mini garden aku ni rasa tenang je..Seriously memula macam malas la nak buat semua ni tapi bila dah hooked memang akan peruntukkan masa untuk membaja, menyiram dan membelek pokok2 jugak.

Aku rasa semua yang minatnya berkebun akan rasa seronok bila tengok proses tumbesaran pokok dari benih ke pokok, berbunga dan berbuah. Satu kepuasan sebab kita tahu itu hasil kerja kita. sama macam baking jugak. Tengok roti, kek dan muffin menjadi tu wahhhh perasaan nya best!

Oho nanti boleh tepek gambar planterbox aku yang dah penuh dengan sayur2 pulak. lepas ni projek pokok menjalar pulak. Kena belajar buat topang pokok menjalar la plok..

Mesti tanya aku kan..mana la aku curik masa buat semua tu dengan kerja, dgn anak kecik dengan order kek bagai..Oh..its all in the mind! its all in the mind! Benda kita minat kan, kot mana pun kita akan carik masa jugak. These things make me happy. Allah beri kita 24 jam sama rata, jadi atas kita la camne nak bahagi masa. Think smart, work smart.

PISAU SERAMIK

Alhamdulillah selamat sudah arwah Wan dikebumikan, selamat sudah tanggungjawab anak-anak dan cucu-cucu. Aku balik Kuantan malam tadi dan ke opis separa zombie.

Gambar ni untuk Arena
Ini lah pisau seramik yang aku cakap tu cenna. Aku beli kat booth kat Kuantan Parade RM 48.00 je. Mula2 macam skeptikal je, tau la salesman mesti promote gila2 kan. Lepas cuba gunakan utk potong few items like buah, bawang, daging, dsb. memang aku suka gila ngan pisau ni! Effortless untuk porong semua tu especially daging. kan kengkadang ada lemak2 or otot2 yang liat tu. Nope..tak rasa langsung keliatan masa guna pisau ni. Another fact is that bila kupas dan potong bawang mata tak pedih. Aku pun pelik! Agaknya sebab air tu takde chemical reaction ngan seramik kot eh..banding ngan steel. Dan sampai sudah la aku tak perlu asah cuma jangan bagi jatuh je la, kang pisau pecah haha..highly recommended!

Friday, December 02, 2011

PADANYA KITA KEMBALI

Tadi masa lunch, sepupu aku called. Nenek aku baru je meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Called Boss mintak balik awal. Packing, ambik anak2 kat nursery dan terus balik Klang. Ofcourse takkan sempat tengok arwah. Takpe la.

Al-Fatihah untuk arwah Wan.

Thursday, December 01, 2011

POWER PUMPING DAN MASAK

Lagi update pasal breastfeeding, pun sebab ada yang bertanya, pun dijawab berdasarkan pengalaman.

Power pumping ni sebenarnya satu method pengepaman untuk boost up milk supply. Boleh dicuba untuk ibu-ibu yang rasa susu merudum atau yang nak relaktasi (part ni cerita kemudian hari lah). Setakat ni aku tak buat sangat power pumping sebab production susu adalah ok. Tak la mencurah2 macam ibu lain. Just ok untuk keperluan Riefqi.

Ye la kengkadang kita ni terikat dengan jadual kerja yang ntah hapa-hapa sampai jadual pam pun lari. Bila jadual lari maka otak akan dapat signal lain lah. Like "oooo baby tak nak susu so tak perlu produce" Jadi disinilah pentingnya PP nih bila kita nak naikkan jumlah susu untuk keperluan bayi.

Ada juga ibu2 yang rajin yang buat PP sekali sehari, setiap hari untuk menten milk supply. Aku malas haha..Aku buat PP bila pergi kursus atau outstation sebab boleh buat 2 kali sehari. Tanpa gangguan lah kiranya.

Agak berbeza dengan pumping biasa yang ambil masa 20-25 minit beberapa kali sehari tu. Secara mudah PP ni ialah pam selama 1 jam iaitu pam 10 minit dan rehat 10 minit, ulang proses sampai 1 jam.

Guna double pump
pam serentak kedua2 breast (of course lah haha) selama 10 minit, pastu rehat 10 minit, dan sambung lagi sampai cukup 1 jam

Guna single pump
Pam sebelah 10 minit dan alih ke sebelah pun 10 minit, ganti2 breast sampai cukup 1 jam. Aku boleh bayang letihnya..

Ok. jangan terkejut bila buat PP ni kita macam pam angin je. Maknanya susu sikit sangat atau tak keluar pun. Takpe..PP ni kan satu cara kita hantar isyarat pada otak untuk suruh hormon hasilkan lebih banyak susu.

Buat sekali dua memang tak nampak hasilnya. Kena buat secara teratur at least sehari sekali selama seminggu atau lebih untuk dapat hasil yang dikehendaki.

Tapi ibu juga kena cukup makan dan minum lah ya..Takde raw material camne nak ada end product betul tak?

Ok dah selesai bab ilmiah..

Bila duduk dirumah pada hujung minggu makanya gatal je la tangan ni nak memasak. Sementelah barang pun ada dan aku ni kalau boleh nak la buat lauk yang berbeza utk makan tengahari dan makan malam kan. Ingat tak aku balik raya haji dulu. Ya Allah tulang lembu masih ada dalam freezer ok! Jadi aku pun rebus buat sup! Abang kata lebih sedap dari yang kat kedai biasa dia makan tu. wah berbunga hati bila dipuji kahhhhh..
Untuk sup ni aku guna resepi ala2 soto sikit. Tambah serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar, sos tiram sikit dan guna batang seleri / daun ketumbar utk naikkan rasa. Memang terangkat! tambah pulak penyek lada dan perah limau.

Pastu petang sikit aku menggodeh muffin pandan, sementelah ada orang tempah kan, aku buat la adunan lebih sikit utk kudap petang2. Pastu goreng kentang cicah mayonnaise. Woii bila nak kurus camni kan? Takpe la..kang aku kurus takde plak orang tu bahan nak kutuk aku..

Muffin pandan ni aku buat guna santan dalam kotak tu. lebih sedap dan aroma lebih best berbanding guna susu. Atas rekues, aku letak almond slice atas tu, kengkadang aku  letak gak choc chips..ikut permintaan la. jgn mintak hias dgn daun pandan sudah haha..

Wednesday, November 30, 2011

HADIAH

Nak mula kat mana ya?

Jumaat lepas aku drive sendiri ke Fraser Hill untuk bagi taklimat pasal Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar kat satu Seminar. Driver jabatan takde, pergi kursus. Cuma aku cuak sikit la sebab kan musim hujan, jalan naik ke Fraser tu kecik gila dan kiri kanan adalah gaung! Jadi aku bawak la 4wd projek naik atas. Alhamdulillah all went well. Bertolak pukul 10.30 dan sampai pukul 1.30. Sempat la aku meronda kejap atas tuh..pergh kabus tebal gilak! lepas taklimat aku balik terus. dalam pukul 5.30 camtu. Amik Riefqi kat Taska, beli dinner, dan sampai rumah pukul 10 malam!

Sabtu, abang balik awal plak dari Kuala Terengganu. So habiskan hujung minggu dengan family je la ye tak. Hujan sepanjang hari, apa yang nak dibuat? Sidai baju pun tak kering. Mujur makngah ada dryer kannn..

Ahad pegi meronda kejap, Abang beli ketam nipah ngan udang galah. Wah! sangat syiok buat masak lemak. Sebab udang cuma 2 ekor jadi aku masak sekali dengan ketam. Belasah je la kan..pastu buat sambal belacan dan masak sayur sikit. Licin!!

Sangat fresh kan, ketam tu hidup lagi, jadi abang je la setel..
Setelah dimasak..mengiurkan warna dia kan..
Wokeh..kan aku nak cerita pasal hadiah betul tak? biasa la dah lama tak update jadi semua benda pun nak tulis kan. Aku ni setiap hujung tahun akan beli something untuk diri aku sendiri. Macam hadiah untuk raikan hardwork aku pada tahun tu la. Biasanya aku beli yang agak mahal haha..dah duit aku kan..my hard earned money okay..so tahun ini aku akan menghadiahkan diri sendiri dengan BENDA INI!

SAMSUNG GALAXY NOTE

Lama jugak aku compare gadjets yang ada di pasaran to suit my needs and my wants. Ipad, tabs, HTC, u name it! semua aku kelebet! Dan bila benda alah ni launched maka aku dapat dah apa yang aku nak. Bukan sekadar smartphone tapi jugak tabphone.

Banyak benda aku consider tau, memori, applications, saiz, eh banyak laaa..yang aku suka sebab ada pen tu. Akan membantu sangat masa aku pegi site visit. Sbb lepas amik gambar aku boleh buat note terus atas gambar dan email terus pada boss aku. Dan dengan saiznya camtu, tak perlu la aku ada 2 device nak usung sana sini. Boleh masuk handbag dan boleh masuk poket jugak.

Harga dia dua ribu lebih. Tapi sebab aku dah memang pakai plan Celcom, jadi aku cuma convert plan dan bayar RM 1600++ saje.

Dan yang pasti!!!!!!! bateri akan habis dengan cepat sebab anak-anak aku main game angry birds!

Ok sekarang sila ucap tahniah kat aku sebab dapat hadiah ni..walaupuunnnn sendiri beli..

Thursday, November 24, 2011

BREASTMILK HANDLING MASA OUTSTATION

Oh bisaa..tajuk omputih uolss haha..

Ok ada ibu dan bakal ibu yang bertanya, camne ye nak handle breastmilk masa travelling / kursus / outstation. Ok la adik2..meh makngah tolong jawabkan ye..mcm biasa ini yang makngah amalkan lah. Lain ibu mungkin lain pulak cara dia kan.

Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira masa nak buat persediaan bila kita outstation.

1. Tempoh dan jarak dari rumah.

Mula-mula kena tahu yang EBM boleh tahan tanpa dibekukan selama 3 hari dalam fridge biasa. Bukan chiller. Jadi kalau tempoh keseluruhan outstation adalah 3 hari (dari pergi sampai jejak kaki ke rumah) tak perlu la bekukan EBM tu. Dan better simpan dalam botol, kalau dalam storage bag nanti pecah pulak masa nak travel balik rumah kan.

Kalau tempoh adalah melebihi 3 hari ada dua pilihan untuk mommies. Kalau ada chiller kat tempat outstation tu maka masih tak perlu bekukan. Tapi tak boleh lebih 5 hari lah ye. Dan kalau nak bekukan juga, boleh la bekukan sebahagian EBM, iaitu hasil perahan pada 3 hari terawal. jadi baby masih boleh dapat fresh milk dengan hasil perahan hari akhir tu kan. Jadi boleh la bawa sekali storage bag untuk bekukan EBM. Jimat ruang dlm coolerbox masa nak travel balik nanti.

Buat estimation untuk masa perjalanan balik. Ini penting untuk tentukan besar mana coolerbox dan banyak mana ais kita nak guna. Ini bergantung la pada banyak mana hasil perahan kan. Makngah guna 3 jenis coolerbox ikut tempoh dan jarak. Coleman wheeled, coleman kecil dan coleman coolerbag (hand luggage). Kalau masih tak cukup beli je kotak polisterin yang 6 ringgit tu.

2. Recce tempat outstation

Kalau tempat nak pergi tu ada kemudahan peti sejuk sangat la bagus. Kalau takde peti sejuk kat bilik nak buat camne? Jangan panik. Buat survey kat keliling kawasan tu. Mula2 kitchen hotel. Boleh je tumpang. Setakat ni takde masalah. Cuma kena masuk sendiri dalam kitchen tu dan letak sendiri EBM. Kalau boleh letak dalam bekas lain dulu. beli la tipuware utk elak bau lain masuk dlm susu kan.

Kalau la tetiba tak boleh. Tak perlu risau jugak. Pengalaman makngah yang selalu outstation ni..boleh je melilau2 kat area berdekatan. Restoran, kedai runcit, pasaraya hatta rumah orang pun mesti ada peti sejuk kan. Boleh la minta tumpang. Buat muka kesian sikit, sure akan ditolong. Makngah pernah je tumpang kat peti aiskrim kedai runcit. Cuma kena pastikan tulis la kat botol or storage bag tu "susu ibu / breastmilk/ moms milk"  etc..janji orang paham dan takkan usik.

Incase of tak dapat jugak nak tumpang..kena la beli ais dan simpan dalam coolerbox je. 24 jam masih tahan lagi sejuknya..provided mommies kena rajin la tukar ais ok. Tapi jarang2 lah tak boleh tumpang kat mana2 kan.

3. Naik pengangkutan awam

Pun takde masalah. itu la pentingnya pemilihan coolerbox. Beli la yang beroda. Senang nak mengangkut kan. Lets say naik bas. Takde masalah untuk kita bawak naik atas. Cakap je ngan driver elok2.

Kalau naik flight. Domestic flight takde masalah ngan EBM Cuma declare dan letak label FRAGILE. Kalau nak balut ngan bubble wrap pun boleh, nak balut guna clingwrap pun boleh. Makngah biasa tulis besar2 "BREASTMILK - PLEASE HANDLE WITH CARE"

4. Keperluan botol, icepack dan storage bag

Adalah bergantung pada hasil perahan harian yang biasa tambah dengan jumlah anggaran perahan waktu malam sampai pagi. Ye..malam sampai pagi. Kena juga bangun tengah malam dan pam okay mommies..sebab anak kita kan menyusu waktu malam. Makngah akan bangun setiap 2 jam sekali untuk pam. Macam zombie dah haha..so agak2 la berapa ya. kalau tak cukup boleh je guna storage lain kan. makngah pernah guna botol mineral pun. Balik nanti transfer lah. Dan kalau guna storage bags tu, bekukan flat ok. supaya tak makan space coolerbox.

Icepack pun optional sebenarnya. makngah gunasepenuhnya  dalam coolerbag yang handluggage dan guna campur ngan ais dalam coolerbox. Untuk menten susu sejuk lebih lama.

5. Masa nak travel balik

Susun selang seli, tindih menindih antara ais, icepack dan EBM. Biar sekata sejuknya. Tabur garam dam tutup ngan tuala. Again untuk kekalkan suhu sejuk.

6. Camne kalau travel berhari-hari tapi tak stay 1 tempat?

Sangat tricky kan..rule tetap sama..tengok berapa hari keseluruhan. kalau tak perlu bekukan susu maka kena la buat kerja packing and repacking EBM tu dari coolerbox ke fridge ke coolerbox semula. Kalau perlu bekukan..maka bekukan lah. Travelling sekejap mungkin akan cairkan sikit yang beku tu tapi takpe. Bukan cair semua jadi boleh bekukan semula.

Worst senario..ni makngah pun pernah ni. Susu hari 1 sampai 3 tu makngah bekukan pada hari ke 3 di tempah singgah tu. Tumpang bekukan kat rumah one of the staff tempatan. Dan sambung ke tempat2 lain lagi selama 2 hari (tak perlu bekukan lah) lepas 2 hari tu, singgah semula kat rumah staff dan ambil yang beku tu bawa balik. Banyak kerja, penat tapi do I have any other choice? nope!

Ni je yang teringat buat masa ni..kang tambah lagi la..

Ni stok beku masa kursus kat PD.Yang besar tarikh 4hb tu bekukan kat kitchen hotel. Isi 9oz. Yang 5hb masa bawa balik baru bekukan 3oz je satu plastik. Yang lain dah selamat masuk perut Riefqi haha

Tuesday, November 22, 2011

EMAS DAN KACA

Aku bukan la peminat sukan bola ni. Untung gak sebab abang pun tak layan sangat. tapi malam tadi aku layan dari minit pertama sampai sepakan penalti terakhir! sebab harimau Muda lawan Garuda di Indonesia. wah puas hati!!! walaupunnn beberapa pemain tu hadooo je kualitinya..

Sambil nyusukan Riefqi, sambil layan FB dan mata kat skrin tv..GOLLLLLLL!!!! anak aku pun terjaga..demmm! sampai terlupa aku tengah menyusukan anak. Mujur tak digegetnya aku. Dah tak pasal kena tidurkan dia balik. Tapi takpe. Kita menang!

Walaupun memang mcm tak fair utk sukan lain yang turun sumbangkan emas utk negara. Dah nak buat came memang bola sepak ni raja sukan kot eh. Dah apa hal nak tengok orang terjun2, orang berenang2, orang kayuh2 ye tak..tak happening la..tak thrill!

So tahniah pada skuad Harimau Muda!

Oh..minggu ni aku ngan anak2 je kat umah. Abang pegi Lumba Basikal jelajah Terengganu. Lama dah dia tak pegi jadi komisar. Rasanya sejak aku pregnant Riefqi, pastu lepas bersalin pun jarang2 sangat la. Dah bosan kot eh. petang ni sampai Kemaman. Balik la kejap katanya. Hantar baju kotor la tu..takpe la. Aku kan isteri mithali kan..hahaha

Serius banyak cerita tapi takde masa nak membelog. Ni nak nyiapkan taklimat utk kursus JKKK Daerah Raub. Jumaat ni kat Fraser Hill. balik hari je pun. Tak kuasa aku nak lepak tempat tu.

Dan oh baru teringat novel aku baca hari tu, best jalan ceritanya. tapi tebal gila la..tak tau bila nak abis. antara yang aku ingat la..

"orang tu kata kalau orang yang terhegeh-hegeh kat dia masih contact dia, dia nak bagitau aku..dia la kata..bertahun-tahun pun camtu la dia kata kan..aku tunggu-tunggu jugak kot-kot ada sms atau panggilan aduan tu. nan adooooo..agaknya betul kot orang yang dia kata terhegeh-hegeh kat dia tu tak contact dia dah..agaknya la...ke dia pun sama-sama terhegeh-hegeh macam orang yang terhegeh-hegeh kat dia gak..tapi logik kan..kena la sama-sama menghegehkan diri..kalau tak takde la adegan kantoi, self pity bagai..kannnnn...*YAWN*"

tapi ntah mana aku campak novel tu ntah..

Friday, November 18, 2011

MEREKA BERJAYA!!

Juat want to share a happy news! Semalam cikgu tu called, kan result UPSR keluar .. 'Anak-anak' aku yang 2 orang tu dapat keputusan cemerlang. Yang sorang dapat 4A 1B dan yang satu lagi tu dapat 5A. Alhamdulillah. I'm happy for them. Aku harap perjalanan anak-anak ni akan lebih mudah selepas ni dengan berbekal keputusan yang bagus ni. Semoga perjalanan mereka di peringkat menengah lebih cemerlang.

InsyaAllah aku akan sambung program kecik aku ni tahun depan dengan 2 anak lagi. Cikgu tu pun masih nak bekerjasama dengan aku. Kot ada rezeki lebih mungkin boleh up 3 anak pulak. tengok la dulu.

Parents anak-anak ni nak jumpa aku. But as I said before..biarlah mereka tak kenal aku. Aku lagi selesa camni. Tapi cikgu tu kata ibu pada anak ni belikan aku tudung. Oh..terharunya aku...dah mintak cikgu tu simpankan. Nanti2 aku balik sana aku amik lah.

Pendek entry ..aku banyak kerja derrr

Tuesday, November 15, 2011

MEH CERITA KERJA LAGI

Esok ke Putrajaya, ada meeting sebelah petang, terus sambung sampai Khamis, ada meeting sebelah pagi. Pastu terus balik Kuantan. Malam esok tumpang tidur kat umah kawan abang kat Precint 9. Emak aku kan dah pindah JB, jadi mcm tak best la plak nak tidur Klang. Buleh camtu?

Jumaat plak aku ada meeting kat Temerloh pukul 9 pagi. Aiyooo pukul 7 dah kena bertolak dari Kuantan lah. Pulak tu abang kena pegi Jelajah Terengganu seminggu. Aku dah suruh adik aku datang sini temankan aku. Dia pun cuti sekolah kan..

Isnin depan kena bagi taklimat pelaksanaan projek RMK10 Kementerian kat satu meeting, mujur meeting peringkat negeri selasa tu tangguh. Selamat aku haha..

Jumaat plak kena bagi ucaptama kat Seminar di Fraser Hill. Ganti Boss. Ingat nak sambung berhoray2 atas tu tapi sebab sepupu aku nak datang maka kena shoot balik Kuantan terus. Dan blessing in disguise kan..Esoknya tu boleh aku pegi Kuala Terengganu, sambil pegi umah Kak Da kawin, boleh pegi amik abang terus dan sambung bercuti-cuti di KT. Aku teringin sungguh nak pegi Taman Tamadun Islam tu.

Ok korang boleh sambung bernapas hahaha

Mari masuk dapur. Weekend lepas aku buat pusing roti 2 kali. hambek ko! sebabnya terliur lepas baca status FB member dan sebab roti sangat banyak sapa nak makan? Takkan nak bagi jiran roti kosong kot eh..

Sabtu aku buat puding roti letak butter antara roti tu dan curah je bancuhan buat creme caramel. tabur jagung sket.

Hari Ahad plak buat perasa pandan. tengok la kalau ada roti lagi mau aku buat perasa coklat, perasa oren bagai..bahan asas kan sama je.

3 lapis roti yang disapu butter, siram bancuhan dan tekan2 bagi menyerap. Pastu tinggalkan dalam 15 minit. Tekan2 sikit lagi. Untuk ni aku bakar brainne marrie (ntah eja camne?). 25 minit je.  hasilnya aku suka sangat. Tak terlalu kering mcm bakar terus, dan tak terlalu lembab macam kukus.

Butter Bread Pudding, aku tambah layer coklat chips ngan jagung lebih dari Cameron
Sedia untuk dimakan
Butter Pandan Bread Pudding
Bagi kat jiran sikit, makan sikit, bawak pegi opis sikit..boleh buat bisnes nih haha..sbb jiran aku pun dah tanya kalau nak tempah camne..

Monday, November 14, 2011

PUSING-PUSING

Kerja aku ni banyak involve aku pusing-pusing serata Pahang. Aku rasa orang Pahang pun tak pernah sampai tempat yang aku sampai. Penat tapi seronok jugak la. Claim pun boleh tahan haha..tapi tu lah..kesian family aku kan..masa duduk asing dulu kerja opis jek takdenya outstation bagai. Dah duduk sekali ni alahai..setiap minggu tu ada je lah..takpelah..dah camane aku cari rezeki..sesuai la gaji ngan kerja ye tak..

Well..dalam pada pegi sana sini tu kenapa la aku tak kurus2 ye? tak kisah la, bukan aku mintak makan ngan orang..janji hati baik, perangai molek dan wajah tetap ayu. Jangan harap kurus je tapi jadi parasit dalam hidop orang giteww..


Ni masa Lawatan Ketua Setiausaha Kementerian. Masa ni kat Jambatan nak masuk ke POS Titom. Tempat ni adalah 30km masuk ke dalam hutan guna 4wd. Sekarang jalan dari RPS Betau ke POS Lenjang dah ok. Ke dalam sana tu nak ke POS Titom ada lagi 7km jalan tanah. Siap kena redah sungai paras betis. Cantik kan view..ada few anak sungai tepi2 jalan sepanjang nak ke sini. yang tengah nyengih kat belakang tu Boss aku.

Lepas keluar dari RPS Betau tu terus shoot ke Brinchang, Cameron Highland (lagi?) Ni dah lepas habis acara dah ni. KSU pun dah bertolak ke Perak. Amik la gambau ngan anak-anak buah berlatar belakang projek rumah transit mangsa tanah runtuh Sungai Ruil tu.
Dan aku tetap pam susu 2 -3 jam sekali. Kat dalam pajero je didepan anak2 buah aku ni. Pakai nursing cover lah. Kerja teruk ke, outstation ke, hapa ke..bukan alasan untuk aku tidak menjalan rutin yang satu ni.

Friday, November 11, 2011

PLAN TERKEJUT

Ok..cadangnya memang tak balik Klang tahun ni. Somehow perancangan Allah tu melebihi jangkauan akal kita kan..rupa-rupanya plan qurban dah dianjak ke hari Isnin, semalam lah. Jadi aku boleh la balik walaupun cuma menunjuk muka saja lah. Dan malam raya tu, sepupu aku pulak call kata nenek aku (sebelah ayah) masuk hospital sebab kena stroke. So the more reason to go back to Klang kan.

Malam raya aku masak kat rumah mak mertua, ngan adik2 ipar semua. Pagi raya lepas salam2 ummi, aku bertolak balik Klang. Trafik ok. Kami je yang sangat la slow..singgah kat Genting Sempah makan McDonalds, pastu singgah Subang pulak. Pukul 5 lebih baru sampai rumah emak.

Nenek aku..doktor kata DIL (Death In Line) Aku doa yang terbaik untuk dia. Aku taknak cerita banyak2. Family matters ni complicated sikit kan..

Anyway..semua adik beradik ada, mak aku nampak seronok sangat. Emak akan duduk ngan adik aku kat JB mulai minggu ni. Lepas ni istilah balik kampung untuk aku adalah merujuk kepada pergi rumah adik kat sana untuk jenguk emak lah. Another complicated story..takmo cerita.

As for the Qurban, everything went well..cuma aku tak dapat tunggu untuk majlis sebelah malam. Ada tahlil, usrah dan makan-makan. semua within our close families je..adik beradik mak aku. Pakcik aku (adik mak), Imam masjid, jadi takde masalah untuk hal2 berkaitan hatta untuk nikah pun haha..Alhamdulillah tumbang 2 ekor lembu, sempat la buat sesi pembelajaran apa itu Qurban pada Adneen dan Arief dan apa itu lembu pada Riefqi.

Lepas Asar aku dah bertolak balik ke Kuantan. Jalan smooth, ye lah aku kan menongkah arus. Tapiiiii aku tengok hala ke KL, sesak teruk dari sebelum tol Karak dah..hadoiiii camne nak hadap tu? Kesian la..pukul berapa nak sampai KL?

Enjoylah few pics yang aku amik..


Yang depan ni adik bongsu aku..aku memang pendek huhu

Abang-abang gagah tengah lapah daging

Ni sepupu2 aku, yang masa kecik2 aku la yg baby sit derang

Ada lagi banyak gambar tapi kat FB lah..sini tayang mana penting je haha..memang terkejut punya plan. Dan aku balik Kuantan bawak gearbox utk buat sup. Best!

Riefqi bambam demam pulak..aku cuti 2 hari. Ni pun aku kerja setengah hari..

Wednesday, November 09, 2011

KESIAN

Penat kan tunggu buah tak gugur...Kalau gugur pun bukan boleh ambil sbb kat laman rumah orang. KESIAN!

Tuan rumah pulak mmg takkan bagi sbb sebelum tu byk kali kantoi mencuri..double KESIAN!

Beli je la kat pasar, melambak buah. Tapi duitnya hadooo! Triple KESIAN!

Tunggu la sampai tuan rumah lembut hati ke, mampos ke...sblm tu perati je la dari jauh tuan rumah makan buah kepunyannya..OH KESIAN!

Sent from Yahoo! Mail on Android

Wednesday, November 02, 2011

USUNG BEG

Semalam, dalam kereta, on the way balik dari Ampang, dah sampai Sri Jaya dalam pukul 3.00 ptg. Aku dah terbayang muka Riefqi dah..tetibaaaaa...telefon berbunyi, tengok nama naik..Exco Pembangunan Luar Bandar. "Ye Dato' ya..haah..ok..ok....ok..nanti saya setelkan..babai" Perasaan pada masa ni adalah nak nanges huhuhu..Ada perubahan jadual lawatan KSU pulak dah..patut aku terus amik anak dan balik rumah. Aku ke pejabat setel segala dan amik Riefqi pukul 7.30 malam!

Pagi ni pukul 8.00 pagi dah terpacak kat opis coordinate segala. Hantar 1 team ke tempat lawatan dan aku sendiri akan bertolak ke Raub petang ni. Ada makan malam hosted by Exco himself. Pastu tidur kat Lipis. Esok pagi sapie ke Sungai Koyan, Ke RPS Betau dan Pos lenjang dan terus ke Cameron Highland. Habis kat Cameron, aku terus balik Kuantan. Orang lain nak stay sana silakan lah. Aku dah tak hadap dah.

Aduhai hati..sabar la aduhai hati..ini la kerja yang aku terpaksa hadap untuk kelangsungan hidup sekeluarga. Ingat tak sedih ke tinggalkan anak2 kat rumah..Riefqi lagi la..bermalam kat taska hokay! Kalau encik suami kaya raya, mampu segalanya, nak je aku berhenti kerja, duduk kat rumah jaga anak dan buat la apa kerja pun janji kat rumah je. Doa la acap2 semoga jadi kenyataan kan.

Ahad ni Raya haji kan..aku takde feeling lagik. Sebab Jumaat kena siapakan report lawatan untuk hantar ke HQ dan JPM jugak. Lepas tu boleh pikir Raya Haji. Oh aku terpikir jugak boleh ke aku cakap target untuk memunaikan haji sebelum usia aku 40 tahun..giliran aku tu diaaaaaaa 15 tahun lagi beb! kalau cukup duit insyaAllah, aku nak pergi ngan pakej lah. Boleh pegi awal sikit kan..

Cuma..aku bersyukur tahun ni tercapai niat untuk sama2 melakukan ibadah qurban. Aku ambil 2 bahagian je. Semua sepupu sebelah emak aku pakat2 untuk buat ibadah qurban kat rumah nenek kami. Sekarang pakcik bongsu aku yang duduk kat situ. Ye la masing-masing dah tua, jumpa setahun tak sekali. Masa ni la nak berjumpa kan..nak kenal isteri/suami sepupu2 ni semua. Nak bagi kenal antara anak2 pulak. jangan sampai putus saudara, selisih tengah jalan tak kenal.

Minggu ni takde projek baking ke masak ke hapa sebab memang tak de kat rumah kan. balik untuk unpacking dan repacking saja. malam tadi pun aku buat tak nampak je housechores..aku kelebet anak2 aku je sampai derang tidur. Lepas tu kena kelebet plak..eh..

Monday, October 31, 2011

KERJA DAN DAPUR LAGI

Ok minggu lepas sibuk, minggu ni super duper sibuk. Ni blom bertolak ke KL lagi nih sebab boss bgtau tadi KSU nak melawat projek kat cameron Highlands plak. Jadi lepas bagi taklimat kat Pekan tadi aku pun buat la apa yang patut utk lawatan KSU Khamis nih. Alahai..mlm ni ke KL, balik esok. Lusa pegi Cameron plak bermalam kat sana. Kesian anak2 aku huhuhu..nak angkut takde baby sitter plak. Takpe la dah kerja kan..

Sabtu asik hujan je jadi aku pun lemau. Sebab dah berkurung je dalam rumah, since Arief lepak umah sepupu dia, aku pun menerai la buat swiss roll. Pakai resepi spongecake je. Aku guna jem coklat ngan jem blackcurrant. menjadi jugak la haha.. 1 adunan aku bahagi 2 dan bakar dalam dulang 10x10x1

Kira boleh la kan..filling pun tak sememeh sangat hiks
Pastu lepas Asar, kakak pulak kata nak makan sandwich. Aku tengok keju cheddar ada, jadi buat la sandwich keju salut telur. Aku goreng atas non-stick pan, pakai butter sikit. Riefqi pun suka

Makan masa keju tu masih panas.. wah memang best.

Abang pegi mancing dapat nombor 16. Dapat la RM300 haha..bila nak kena RM20,000 tak tau.

Off to more documentation for the visit, pastu vromm ke KL. Oh tadi aku beli kasut baru. Abang bayar. kasut aku tanggal tapak daaaa...

Friday, October 28, 2011

MEROYAN

Ish..kalau aku nak meroyan pun takpe..I have all the right to do so. The only thing that prevents me from doing so is the fact that I think with my brain, not my ass..so that makes u a non brainer..ass hole!

Itu cara cara budak literature memaki, by playing with words..sapa suka angkat kibod!

Sent from Yahoo! Mail on Android

Thursday, October 27, 2011

MEROTI DAN KERJA

Kalau ikutkan Sabtu sampai la semalam boleh je cuti straight 5 hari kat Pahang ni. Tapi Sabtu lepas aku kerja sebab siapkan arrangement untuk lawatan KSU ke Bera. Pastu Selasa pun kerja sebab ada upcoming meeting kat KL.

Esok ada meeting, petang pergi Mentakab utk siasatan permohonan Program Bantuan Rumah. Sabtu pegi ikut abang mancing kat Kemaman. Ahad lepak kat umah. Isnin pagi meeting pastu terus bertolak ke KL utk urus meeting hari Selasa. Rabu sampai Jumaat ada Bengkel penilaian Outcome projek Rolling Plan 1 RMK 10 kat Impiana Cherating. Ok..rasa nak pengsan! Oh blom boleh pengsan..Sabtu tu sebok perpare utk raya, Ahad raya..Isnin baru boleh pengsan.

Malam ni ngan anak2 je. Abang pegi Cameron utk setel ride Fraser Cameron 12-13 Nov nanti. Oh aku pun nak menyebok lah bawak anak2 sekali walaupuunnnnn dah muak pegi sana tu. Aku kirim strawberry kecik2 ngan madu. Eh..mencik la sebut berry ngan madu ni! mcm jinx. Anyway..Aku nak buat choc moist cup cake letak la sebijik atas tu, nak hantar kat taska Riefqi sempena birthday dia yang dah lepas tu.

Walaupun sebok tahap dewa, tapi disebabkan anak2 rekues, gigih jugak la aku meroti Isnin lepas. Saja la..rasa sikit out la sebab tepung dalh lama terperuk dalam pantry. Takpe. laju jek pun bebudak tu makan. Masa menguli tu kan..aku terpikir wahh kalau la ada breadmaker mcm Arena mesti best kan!

Gigih aku buat macam2 bentuk kan.. saja bagi anak suka tengok dan makan. Semua ni takde inti pun haha..
Ini bun bodoh je..sebab Riefqi dah berkelintau celah kaki mintak dukung
Makan masa suam2 dengan air milo memang sedap! Aku piknik ngan anak2 kat atas rumput tepi rumah je.

Dan tahap kerajinan adalah maksimum bila dengan gigihnya aku mempizza jugak. Tengok bahan asas ada, bebudak pun taknak makan nasik. So buat la pizza comel 3 bijik. Extra cheese!!

Pizza ni pakai roti arab je. Malas la nak menguli haha..Pastu daging cincang tu aku masak sekali ngan sos spageti, tambah bawang sket, tumis sampai agak kering. Sos base tu aku belasah sos cili je. Sapu sos cili atas roti arab, letak daging cincang tu, tambah sosej, tabur keju dan tabur lada hitam. Aku tabur gak oregano bagi bau..licin!! Nenas takde plek..kalau tak haruss jadi hawaian pizza.

Ok sila kagum haha

Tuesday, October 25, 2011

BERCUCUK TANAM

Tetiba datang angin rajin menyelia pokok2 bunga kat rumah. Selain baking aku rasa main ngan pokok bunga dan sayur sayuran juga adalah satu bentuk therapy yang boleh mendamaikan jiwa aku. Eh jgn tak tau yang masa entry 'wrong timing' tu..yang salah masa bagi sms tu, lepas sedikit drama..aku siapkan tempahan mufin sehari suntuk. Kelassss kan..boleh la bayangkan ala2 "I wish u burn in hell" masa masukkan muffin dalam oven. Panassss kannn.. eh..melalut plak..

Hari Sabtu lepas, pegi nursery kat Giant, beli tanah, pasu, baja, benih bagai lah. Cadang nak alih pokok2 bunga yang masih dalam pasu plastik tu ke pasu besar. Nak membaja sikit. Kesian pokok2 aku, makin terabai plak. Pastu aku tengok cantik pulak bunga2 daisy nih. nak beli kang takut mampos je. tau la bunga2 ni kat nursery kemain molek lagi, bawak balik tak dan sebulan dah layu and eventually mati. Tapi abang kata kalau dah minat tu beli je la. dah ada yang nak bayar kannn...beli la 7 pasu sekali ngan pot stand. Ye harap2 aku istiqamah la menjaga pepopok nih.

Cantik kan..mcm aku haha
Haaa..hari Ahad ngan semalam gigih la aku mengadun tanah, mengalih pokok, mengtrim pokok dan membaja pokok. Si Adneen ngan Riefqi pun tolong jugak. Tolong menyebok. Takpe la..kata natural parenting kan..biar la bergelumang ngan tanah, janji tak masuk mulut sudah.

Yang ni beberapa jenis pokok yang aku dah alih ke pasu besar. Sebelah kanan tu anak2 pokok dari pokok asalnya. Dah beranak dah. Pastu ada pokok lily ke hapa yang daun mcm daun pandan tu, beli kat cameron Highland dan pokok daisy dlm pasu plastik tu asalnya 1 pasu besar aku amik dari rumah adik ipar aku. Pecah2kan jadi 4 pasu. Dah baja siap2..harap2 cantik la berbunga.


Ni pokok kemboja cina yang ada dlm entry aku sblm2 ni. Dah aku trim lepas berbunga ari tu, nak bagi dia bercambah dan rendang. Eh tak de la letak kat situ pasu2 tu. Aku tak larat nak angkat. Biar la abang angkat nanti.

Kat tepi2 pagar rumah pun ada aku tanam pokok bunga bawang. Hari tu masa orang datang potong rumput di zassss nya sekali. Haih..terus aku potong 20 hengget upah dia jadi 40 hengget jek. Ni kena la tunggu bertunas balik.

Aku ada beli planter box jugak. Projek tanam sayur la plak. Nak tanam bayam ngan salad. Masih tak sempat nak buat. Sebab aku baking plak, buat roti, muffin dan kek, ada tempahan kenduri cukur jambul dan akikah.

Nanti2 aku update la perihal mini garden aku nih..harap2 la istiqamah ye..Bila ntah nak buat something ngan laman rumah aku yang luas nih..penuh rumput jek huhuhu..tgk rumah corner lot alin kat area sini wahhh memang cantik la drang buat lanskap. Aku hadooo..masa takde, duit pun yilek.

Wednesday, October 19, 2011

GAMBAU KAWEN

Untuk memenuhi permintaan peminat fanatik *mati la muntah hijau atau nanges guling2

Masa malam berinai besar..gila kurus aku haha

Tuesday, October 18, 2011

CINTA DAN KAHWIN

Tetiba nak cerita..sebab ada yang bertanya..jadi share lah..nak tag entry pun boleh..ceritanya berkaitan bagaimana perjalanan cinta sehingga bergelar suami isteri..Ok ini cerita aku..

Bulan November 2000. Aku join Lumba Basikal Jelajah Malaysia. Aku jaga accomodation. Lepas few days aku perasan memang mamat Komisar ni la yang akan amik kunci bilik utk member2 dia. Aku mula cakap ngan dia kat Kedah.

Sampai KL, dia ajak aku dinner ngan geng2 komisar. Boleh je. Oooo nama dia Mazlan, komisar Pahang. Masa tu cerita Mohabaten tengah hot! Borak2 lebih kurang lah setiap kali jumpa. Sampai la abis race.

2 minggu lepas tu dia start call aku..setiap hari! 2 ke 3 kali sehari. Sms pun berderet. Ok lah. layan je la kan, bukan aku ada boipren pun masa tu. Ada lagu best kat radio pun tepon tuju lagu haha..bajet romantik la tu. 2 minggu lepas tu dia propose! seriously..dia propose dan nak datang rumah jumpa family to discuss on enggagement and marriage. Aku cakap datang lah jumpa mak ayah aku kalau betul nak serius.

Masa bulan puasa dia datang sekali ngan coach dia. Terus jumpa bapak aku. Gila serius. Aku rasa benda ni yang bukak hati aku untuk terima dia. Raya dia datang beraya dan nak bawa aku balik jumpa family dia. Aku cakap, kalau bapak aku bagi aku pegi la. Yup! dia datang masa raya dan aku ikut dia balik 2 malam. Jumpa ummi, jumpa ayah, jumpa adik beradik dia. Well semua pun terkejut sebab dia ni tak pernah ada history bawak pempuan balik rumah. Dead serious kan..

Berkenalan ngan family dia bukak chapter baru dalam hidup aku masa tu. Ummi pesan, ummi cerita dan ummi kata susah sangat dia ni, tapi ngan aku senang sangat dan dia mmg bgtau dia nak kawen.

Dia hantar aku balik rumah. Ayah ngan mak aku suka dia sebab satu benda. Dia datang dengan beradab jumpa mak ayah dan cakap terus nak serius ngan aku.

2 minggu lepas raya Ayah aku meninggal dunia. Sedih..dan orang pertama aku call lepas aku tau ayah meninggal pukul 2 pagi tu adalah dia. A sign that I accept him kot eh..sebab masa tu perasaan aku pada dia adalah hmm..I have feelings la tapi tak le cinta asyik masyuk..Dia sampai awal pagi tu gak..the relationship began I think afterwards...

21 April 2001 100 hari ayah menginggal dunia, buat tahlil dan sekalikan dengan majlis pertunangan kami. Pun masa ni aku ada feelings tu..slowly develop into love kot eh..

25 Mei 2002 majlis nikah.

So itu la cerita cinta kilat aku.

Aku ikut pesan ayah aku..kita kawen lah ngan orang yang betul2 suka kat kita. Jadi kita takkan ada penyesalan, InsyaAllah..dan aku ingat ayah pesan, lelaki ni kalau betul2 dia nak buat kita jadi isteri, jadi ibu pada anak2 dia, dia akan datang dengan adab, dengan niat baik untuk ambil kita jadi isteri. Dia takkan tunggu lama dengan bermacam janji dan alasan. sebabnya kalau dah sayang takkan nak tunggu lama2 nanti dikebas orang..

Betul juga kan..

Jadi bagaimana cerita kalian?

HAPPY BIRTHDAY RIEFQI DAN DEGREE IN BF

Sabtu lepas Riefqi dah pun berusia setahun. How time flies! Dan ibu pun dah dapat degree in breastfeeding *pat on my back* Alhamdulillah, Allah perkenankan doa ibu untuk terus beri Riefqi susu ibu. Ibu doa Allah permudahkan perjalanan lagi setahun ni.

Jom recap kelahiran bambam ni. 14 Oktober 2010, birthday aku..dah overdue 4 hari, dan kena serah diri kan. So pegi la serah diri. Doktor cek jalan dah 3 cm dah..walaupun tak sakit apa paun. Alhamdulillah. So doktor buat servix massage dan masuk wad. Lepak je la..contraction pun takde. Sampai la malam. Aku suruh abang balik je.

Pukul 12.30 pagi ada contraction. Ada darah jugak. Aku rilek lagi..timing selang 10 minit, dalam pukul 1.30 pagi dah selang 5 minit, panggil nurse. cek jalan dah 6cm. Air ketuban still intact. Masuk Labour room. Tukar baju, lepak atas katil ngan mesin ctg tu..****cerita biasa dalam labour room, sakit ilang sakit, sakit ilang sakit**** 2.30 pagi doktor pecahkan air ketuban, dan sekali push baby seberat 3.6kg pun tengok dunia.

Doktor bersihkan sikit dan terus letak atas dada untuk bonding dan breastfeeding. Subhanallah..terus baby cari susu. Sambil doktor setel down south tu la..kali ni takde epesiotomy, cuma a small tear saja. Datang doktor lelaki dan azankan baby. Minum milo stgh gelas. Dah setel semua. Pukul 4 pagi, aku dah ada dalam wad semula. Naik kerusi roda je..Kuat gila aku ye kahkahkah..dulu masa Arief ngan Adneen naik katil sorong tu.

Aku baring kejap sambung breastfeed, call abang. Ofcourse dia terkejut aku bagitau aku dah bersalin. Watu abang sampai Aku tengah tidur dengan baby. A kiss from husband..Akak katil depan aku pun terkejut gak sebab mlm tadi aku masih pregnant..pagi dia bangun aku dah kempis. Sebab tak dengar aku sakit katanya..Dah takkan aku nak menjerit kan..Arief pun datang gak..dia belek2 adik dia.."terima kasih ibu bagi abang bb boy" oh syahdu..

Lepas zuhur aku balik dah. Itu la cerita kelahiran Muhammad Nadzhan Riefqi yang simple..

Ibu bangga dipilih untuk jadi ibu pada adik, Ibu doa agar adik membesar dengan baik, menjadi anak yang soleh, yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu di alam kubur nanti. Aminnnn..

Aku buat la sikit birthday party untuk Riefqi Sabtu lepas. Gigih aku bake Red Velvet Cake tau..Panggil adk beradik abang je pun. Haaaa aku pun dapat hadiah birthday tau..

2 Layers Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting
Happy Birhday to you Riefqi!!

Ibu pun dapat hadiah kain pasang ngan tudung dari adik2 ipar.

Friday, October 14, 2011

BARU 34

Hari ni umur aku menginjak 34. Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana mengurniakan aku kesihatan sehingga saat ini. Dah 34 tahun aku hidup ye..Aku berdoa semoga terus diberi kesihatan dan kematangan dalam mendepani kehidupan yang mendatang. Aku berdoa dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menangani ranjau kehidupan di masa akan datang. Aku jugak berdoa agar Allah memberi aku peluang untuk terus merasai nikmat bergelar seorang isteri pada seorang suami dan ibu pada anak2 kami, semoga aku berpeluang membesarkan mereka,amanah yang Allah berikan kepada aku untuk dibajai dengan ilmu dunia dan akhirat agar menjadi anak yang soleh dan solehah insyaAllah.

Abang wish aku pagi tadi..tu pun sebab aku ingatkan..adehhh dia ingat birthday aku esok. Sah2 ingat birthday madu aku la tu..kawan baik dia si Mezan yang kebetulan kongsi tarikh ngan anak aku gak. Got few kisses and a postponed birthday present. Since abang tanya apa aku nak kan...so mem besar sebut je la..so tunggu ye samada mem akan dapat tak..

Aku baru balik dari outstation malam tadi. Tidur di rumah emak since kerja aku kat Putrajaya saja. Sempena hari lahir aku tahun ni, aku beri emak sepasang kain untuk buat baju. Nak bagi barang kemas, barang dia pun dah banyak haha..Lin sayang emak. Seperti mana entry tahun tahun lepas, aku tetap akan tulis kenapa aku bagi mak aku hadiah setiap kali birthday aku. Sebab kerana dia la aku ada birthday kan, sebab hari lahir aku adalah hari yang paling sakit untuk dia. Jadi aku beri la hadiah untuk hargai dia.. :) Aku dah praktikkan benda ni sejak umur aku 18 tahun.

Mulai tahun ini sambutan birthday akan jadi lebih bermakna sebab birthday Riefqi adalah esok. Oh..aku sakit bersalin masa birthday aku! Esok la entry tu ya..

Esok cadang nak buat sedikit majlis sempena birthday Riefqi yang pertama. Dah jadi kebiasaan adik beradik ipar aku ni celebrate birthday anak2. Sure meriah kan. Memang selalu bertukar-tukar hadiah. 1 hadiah dari setiap orang untuk birthday boy/girl. Aku ni sangat beruntung..sangat sangat beruntung..keluarga mertua aku sangat la baik..silap la kalau abang buat hal haha..memang boleh kena buang family lah. Hari tu MIL aku dah bersiap2 dah nak bertolak dah. Nasib aku sempat tepon dan tahan dia..Takpe ummi, kalau kita layan orang bodoh, kita pun bodoh sama. Eh...melalut sudahhhh..

Diyanazman tanya aku ubi badak tu apa..ok dear..ubi badak tu camni rupanya

Ada dua versi, purple ngan putih. Biasanya rebus je. Rasanya a cross between keledek ngan keladi. Sedap! Ummi selalu bagi aku. Aku tukang makan jer...menantu kesayangan kot eh..mesti la dah aku jaga, aku tatang anak dia kan..

Dan ini ada satu entry pasal ubi badak ni kat sini 

Gigih aku cari maklumat kan..

Pastu advertorial sket..kalau korang nak order set pinggan mangkuk seperti senarai dalam entry sblm ni sila tinggalkan email kat komen. Nanti aku emailkan katalog ngan harga sekali. Tak termasuk delivery. Boleh bayar maksimum 10 kali.

Ok sekarang sila ucap selamat hari lahir kat aku..

Tuesday, October 11, 2011

PINGGAN

Set Bunga Kobe
Satu lagi entry propa hiks..Aku dapat dah 3 set corelle ni masa puasa tu lagik. So sekarang ni aku guna set ni lah untuk kegunaan seharian. Senang kerja aku dari dapur terus ke meja, nak hangatkan masuk microwave letak balik kat meja. Tak banyak la nak membasuh kan.. jadi set vantage yang aku pakai selama ni dah selamat berehat semula dalam almari. dan yang best set ni cantik dan ringan. Aku suka..aku tengah tunggu set periuk Amber plak sampai ujung bulan ni.

Teringat plak masa mak mertua aku jaga aku dalam pantang, bising dia pasal aku takde periuk biasa..aku pakai vision. kan tahap panas vision ni tinggi, pastu lepas kita padam api tu tetap la dia menggelegak kan..dah ummi rebus ubi badak asyik hangit hihihi...

Mesti ada yang cakap buat apa la beli pinggan mangkuk mahal2 ni. Pada aku ianya satu kepuasan bila dapat kumpul penggan mangkuk. Aku ada banyak set dah dari Vision, Corelle, Corningware, Luminarc, Amber, Noritake, Vantage dan tupperware jugak. Sekali sekala guna rasa best. Tapi semua pun aku letak dalam almari, dalam kotak kat store. Takde display bagai..malas nak mengelap habuk lah. kang letak dalam rak display cakap aku menunjuk plak haihh..

Barang yang cantik dan mahal dan susah nak dapat ni memang kita sayang dah jaga elok2 kan. Ye la sebab kita usaha nak dapatkan. Lain ngan barang yang murah, bersepah-sepah dan senang dapat ni. Pakai sekejap je pastu rosak la, luntur la hapa la..cepat sumbing pastu lukakan tangan plak. Lain ngan yang ada kualiti ni. Chip and break resistance youuuu walaupun terhentak berkali-kali, dicuci berkali-kali..tetap utuh dan kekal cantik..Beli 10 tahun lepas pun masih cantik. Barang sekarang ni masih kat display pun dan hazabbb...

Monday, October 10, 2011

PAGAR

Simple and Nice
Entry propa pagar baru rumah aku. Kalau tak kerana anak2 suka bergayut kat pagar asal rumah ni, dan disebabkan patah kat engsel pagar tu, takdenya berwajah baru pagar nih.

Aku tempah kat driver opis aku je mcm gril rumah gak la. yang ni dia charge aku RM1400. Murah kan. memang sengaja buat pesen lipat-lipat sebab kalau ada rezeki lepas ni nak letak autogate. Berangan dulu takpe sebab berangan kan free..

Pagar ni penting dalam hidup kita tau. kalau pagar kukuh, datang la apapun godaan dalam hidup insyaAllah kita akan dapat tepis. Allah dah beri kita akal, jadi kena la gunakan. pagar jugak penting supaya kita tak bertindak melampaui batas. Tapi kalau kes harapkan pagar tapi pagar makan padi tu memang susah la sikit..

Pesan penaja..look before you leap! Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Jangan salahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri. Betul dia yang datang bertandang tapi sebagai tuan rumah kita ada hak untuk tak terima tetamu. Salahkan jiran depan rumah dan suruh jiran tu betulkan pagar dia adalah tindakan yang sangat bangang okay! Dan bertambah la bukti untuk dibawa ke pengadilan.

Friday, October 07, 2011

REBONDING

Aku sampai Kuantan pkl 4. Lambat sket sbb berhenti mkn, pam susu dan solat kat Serting. Minta driver aku hantar kat Tanah Putih je since abang ada kat sana.

Terus amik anak2. Satu perasaan yg happy yg aku tak boleh nk translate bila tengok muka anak2. Riefqi nampak aku terus bangun, jalan terkedek2 mintak dukung. Dia sembamkan muka kat dada aku..lama..terus rasa mcm sebak sbb tinggalkan dia..mengenang air mata aku..masuk kereta terus susukan dia. Sambil menyusu dia pandang aku, senyum2. Terbukti kan, kasih sayang ibu dan anak ni tanpa syarat.

Kat rumah aku setel susu dulu. Dapat la 11 botol x 6oz ngan 10 plastik x 9oz. Masa kat PD aku tumpangkan susu kat Kitchen hotel. Alhamdulillah meriah susu, bila jauh ngan anak ni dapat la aku buat power pumping. Aku buat 3 kali sehari..subuh, tghri,mlm..in between tu aku pam mcm biasa.

Macam biasa gak la, ada yg pelik bila aku ckp anak aku dah setahun umurnya. Bersangka baik lah..kot boleh inspire ibu lain utk brestfeed anak mereka juga. Kerja, outstesen, sebok bukanlah alasan. Nak ngan tak nak je. Kena belajar cara dan teknik betul untuk pastikan berjaya. Hish breastfeeding ni bukan semudah abc..

Esok aku cuti. Nak lepak ngan anak. Nak lepak ngan abg. Rebonding temanya. Sambil tengok bajet 2012. Harap ada berita baik untuk kita kan...aminnnn

Sidetrack...aku bengang betul la..BACUL!!! Kalau ko bagus sgt, ko rasa ko betul, meh la dtg jumpa aku. Byk sgt dah peluang aku bg, yg aku belum bagi cuma penampar je.

Sent from Yahoo! Mail on Android