Semalam, dalam kereta, on the way balik dari Ampang, dah sampai Sri Jaya dalam pukul 3.00 ptg. Aku dah terbayang muka Riefqi dah..tetibaaaaa...telefon berbunyi, tengok nama naik..Exco Pembangunan Luar Bandar. "Ye Dato' ya..haah..ok..ok....ok..nanti saya setelkan..babai" Perasaan pada masa ni adalah nak nanges huhuhu..Ada perubahan jadual lawatan KSU pulak dah..patut aku terus amik anak dan balik rumah. Aku ke pejabat setel segala dan amik Riefqi pukul 7.30 malam!
Pagi ni pukul 8.00 pagi dah terpacak kat opis coordinate segala. Hantar 1 team ke tempat lawatan dan aku sendiri akan bertolak ke Raub petang ni. Ada makan malam hosted by Exco himself. Pastu tidur kat Lipis. Esok pagi sapie ke Sungai Koyan, Ke RPS Betau dan Pos lenjang dan terus ke Cameron Highland. Habis kat Cameron, aku terus balik Kuantan. Orang lain nak stay sana silakan lah. Aku dah tak hadap dah.
Aduhai hati..sabar la aduhai hati..ini la kerja yang aku terpaksa hadap untuk kelangsungan hidup sekeluarga. Ingat tak sedih ke tinggalkan anak2 kat rumah..Riefqi lagi la..bermalam kat taska hokay! Kalau encik suami kaya raya, mampu segalanya, nak je aku berhenti kerja, duduk kat rumah jaga anak dan buat la apa kerja pun janji kat rumah je. Doa la acap2 semoga jadi kenyataan kan.
Ahad ni Raya haji kan..aku takde feeling lagik. Sebab Jumaat kena siapakan report lawatan untuk hantar ke HQ dan JPM jugak. Lepas tu boleh pikir Raya Haji. Oh aku terpikir jugak boleh ke aku cakap target untuk memunaikan haji sebelum usia aku 40 tahun..giliran aku tu diaaaaaaa 15 tahun lagi beb! kalau cukup duit insyaAllah, aku nak pergi ngan pakej lah. Boleh pegi awal sikit kan..
Cuma..aku bersyukur tahun ni tercapai niat untuk sama2 melakukan ibadah qurban. Aku ambil 2 bahagian je. Semua sepupu sebelah emak aku pakat2 untuk buat ibadah qurban kat rumah nenek kami. Sekarang pakcik bongsu aku yang duduk kat situ. Ye la masing-masing dah tua, jumpa setahun tak sekali. Masa ni la nak berjumpa kan..nak kenal isteri/suami sepupu2 ni semua. Nak bagi kenal antara anak2 pulak. jangan sampai putus saudara, selisih tengah jalan tak kenal.
Minggu ni takde projek baking ke masak ke hapa sebab memang tak de kat rumah kan. balik untuk unpacking dan repacking saja. malam tadi pun aku buat tak nampak je housechores..aku kelebet anak2 aku je sampai derang tidur. Lepas tu kena kelebet plak..eh..
8 comments:
hahahha.senyum aku bab kena kelebat tu.nakal ko ni.
:-( aku raya sini je.tak balik kg pun.uwaaaaaaaaaa
Kena kelebet yeh, kehkehkeh!
Tahun ni I qurban kat Cambodia sbb I rasa they all lagi perlukan daging tuh. And its cheap too, sbb lembu di cambodia murah. Satu bahagian only RM210!
But, back to the topic! U gotta stay strong gurl, with work, family and interest. The time will come when U can just delegate work ajer, and focus on family and hobbies.
In the meantime, sabar lah yer Dik!
thn ni aku x amik bahagian korban,ntah org kg pun diam jer selalu mak aku ade jugak hello hello satu keluarga sekor lembu...insyaAllah thn depanlah...tapi bila x korban x de feeling plak nak beraya kan?
Dek kerana semua tempat2 ko pergi tu aku familiar, aku hanya mampu cakap. ..pengsan.. Bukan dekat2 every location tuh. Be strong yee. Take care sis.
alahaiii ngahhh, dah jauh laki bini keje opis ye. dh dekat laki bini anak segala, outstesen je keje nyaaa... sian plak aku kt ko ngah. tp kesian je la, nk ganti x mampooo ;( aku duk hq ni pun seminggu tu kalu selang hari nk keluar pun alahaiiii, malasnyaaa... itu meeting jaaa, bukan tgk projek. mmg di-sub la kt anak buah, ini kan plak ko HARI-HARI okehhh... tgk projek plk tuhh!! aduhaiii, sbg wakil hq, terasa bersalah jugak lahhh... huhuhuuuu ;(
mimi
aku dah lama tak amik bhg buat qurban..huhuhu..
n raya haji tahun nih kena korbankan perasaan..huwaarrgghhh....
wahhh.. samalah kita! kerja mengadap orang besar ministry mmg ambik masa sangat banyak berjauhan dengan keluarga.. kadang2 aku rasa down sangat dan bersalah sangat tinggalkan anak n laki camtu.. huwaghhhh
Post a Comment