Wednesday, December 30, 2009

HAPPY

Esok balik Klang amik anak-anak. Rindunya Ya Allah. Dekat 10 hari tak jumpa permata hati aku yang berdua tu. Cepat la esok.. Boss..separuh hari boleh ke?

Hari ni pegi meeting Pemantauan Projek Pembangunan RMK 9. Pening kepala aku dengar jargon yang derang pakai. Takpe, pelan-pelan aku belajar. Habis meeting pegi makan kat Bukit Bayroute ngan Rizal, Pegawai Pemantau Negeri.

Petang ni tak buat apa pun selain study. Oh.. nak setel ruang pejabat ngan peralatan la sbb ofis ni baru setup so banyak yang kurang. Start minggu depan aku akan start lawat tapak projek ngan team teknikal. Satu pengalaman yang sangat baru. But I'm up to the challenge.

Malam ni nak pegi makan kat Johnnys. Punya la aku happy bila tau kat East Coast Mall Kuantan ni ada Johnnys haha.. Punya la susah nak ajak abang pe makan tempat2 camtu. Tapi kena ajar dia slow2. Lidah tak biasa kan. lepas dinner nak pegi tengok wayang, Malam last mantik2 ni kan, mlm esok dah ada anak2 hehe..

Tuesday, December 29, 2009

TABIKA

Tak.. bukan nak cerita pasal Tabika anak aku. Aku yang masuk tabika. Sekarang ni aku melalui semula proses pembelajaran untuk kerja yang dipertanggungjawabkan pada aku. Banyak terminology pembangunan luar bandar yang kena aku ingat by heart. Malaysia kan suka pakai shortform, semua main ingat huruf je kan. So aku kena belajar la shortfrom mcm BALB, BELB, MID, PAMS, PPP, PJK, PBR... memula tu aku mcm WTF kan hahaha..aku masuk meeting first aku kat HQ aritu cuma mampu angguk2 jer.

Sebenarnya sama je masa aku kerja kat Subang. Aku belajar dari zero untuk faham dan master KTN (kan dah ckp haha). Kanun Tanah Negara la..

Mudah memang mudah bila kita dah faham semua ni tapi nak memahamkannya tu Alahai..kena tune otak, reset memory dulu beb. Aku terfikir nak belajar ngan bebudak sekarang yang terer guna sms. Camne derang master semua bahasa sms yang maha pendek tuh.

Mlm tadi member aku call, curahkan perasaan. Aku tak mampu tolong, aku cuma mampu dengar je, harapnya dia rasa lega setelah curahkan semua yang terbuku dalam hati. Soalan yang dia tanya dan aku tak boleh jawab " Angah, camne aku nak maafkan dia?" Aku betul2 tak boleh jawab. Aku cuma kata, kita mohon pada Allah supaya beri kita ketenangan hati dan kedamaian jiwa, supaya kita boleh fikir dengan jelas. Yang lain biar Dia yang uruskan. Nak cakap lebih2 aku tak tau. Aku pun ada masalah yang tak selesai2 sampai sekarang hehe. Eh bukan masalah aku, masalah orang lain yang aku pun terheret sama..

Ada tak Tabika yang ajar cara maafkan orang?

Anyway...akhirnyaaaa Laporan Prestasi staff dapat jugak aku siapkan. Pening kepala la nak menyiapkannya. Bukan senang nak berlaku adil ni. Harap2 mereka boleh terima markah yang aku bagi. Petang ni nak pos ke Subang. Selesai satu kerja.


PENYESUAIAN DIRI

Minggu kedua di Kuantan. Masih rasa pelik. 5 tahun drive sendiri, 2 minggu ni abang hantar dan amik dari opis. 5 tahun takde roomate (anak tak kira) 2 minggu ni ada dah. Rutin aku dah berubah. Dan aku suka perubahan rutin ni. Aku belajar rasa perasaan seorang isteri yang ada tanggungjawab di rumah bila office hour habis. Aku suka perasaan ni. Perasaan ni akan lebih lengkap bila anak2 join ibu dan ayah 3 hari lagi.

Kalau dulu hujung minggu dengan anak2 jer, start minggu ni hujung minggu akan penuh dengan aktiviti dengan keluarga kecil aku. 5 tahun abang duduk sorang2 kat sini, lepas ni takde dah. Alhamdulillah.

Aku harap benih2 bahagia yang cuba aku semai ni tumbuh subur. Biar jadi pokok besar yang kukuh. Kalau ada rumput aku akan cabut, kalau ada ulat aku akan buang, aku akan jaga tumbesarannya sampai jadi pokok yang kuat untuk kami sekeluarga berteduh. Ya... Angah berfalsafah hari ini hihi..better late than never katanya..


RUMAH BARU

In progress. Tungguuuuuu.. makcik rabak RM4k buat grill. Hadoiiii...Jangan tanya pagar, memang makcik tak pedulik.

Monday, December 28, 2009

MONSOON RIDE 09

Serius penat! 3 malam tidur gila lewat buat final preparation. Alhamdulillah event ran smoothly despite few hiccups. Starting ada sikit terabur ngan cabutan bertuah start lambat sebab tunggu YB Dato' Shafik Fauzan (Exco Pelancongan Pahang) habis kayuh.

434 peserta hadir. Masa registration jumpa la Geng Kaki Kayuh dari Klang, Geng Uncle Wahid dari Klang, Geng Haitsan, Geng AsSakinah dari Perak, Geng dari Muar, Batu Pahat, Jasin, Kedah,

Sabtu tu hujan lebat. Memang doa jangan la hujan esoknya tu takut jalan yang dah sedia berlumpur jadi tasik plak. Lagipun kalau hujan lebat kat hulu nanti sungai tak boleh diredah. Tak pasal2 kena buat gerakan menyelamat plak. Dah la minggu sebelum tu hujan lebat sampai ada tanah runtuh. So terpaksa divert laluan ke jalan lain. Mujur ada jalan lain haha

Alhamdulillah cuaca baik hari Ahad tu. Ride start lewat sket sbb ada riders yang baru register pagi tu. Road Event 110km dan MTB event dalam 36km. Petang bila dah habis semua acara hujan turun mencurah-curah.

Ramai Riders cakap jalan teruk. Memang jalan teruk pun but they enjoy the scenery. Jarang2 boleh ride dalam hutan tebal, rempuh anak sungai segala. Kat area feeding kat air terjun Bekelah pun ramai yang cuci basikal, campak basikal dan campak diri sendiri berendam puas2 sevelum teruskan kayuhan. Dah namanya Funride kan, hore2 la dalam hutan. Dapat plak minum milo.. perghhhh best.

Lepas dah setel semua, bid them goodbye, amik2 gambar tak hengat dunia, kemas2 barang dan balik rumah lepas maghrib dari Semuji. Tak sempat dah nak berkemas ke apa. Mandi, solat dan tidur. Hari ni kan kerja. Setiausaha Bahagian plak turun padang. So kena standby la kan. Aku zombie!

Event yang boleh dikatakan ok sebab yang pertama di pantai timur ni. Insyaallah bulan 7 ni nak buat Durian Ride plak sempena musim durian. Agro Resort Semuji pun sangat berminat. Makan la durian sampai muntah.. 1000 pokok yang keluarkan about 1 tan durian setiap hari. Mampu habiskan?

Mlm tadi call anak2. Kakak nangis tanya kenapa akutak ajak dia. Ya Allah! kesiannya anak ibu. Ibu pun rindu abang ngan kakak. Aku letak tepon and I cried my eyes out. Cepat la Khamis...nak balik amik buah hati aku yang berdua tu..

Thursday, December 24, 2009

MANAGING EVENT

Hari last kerja walaupun baru 2 hari aku kerja kat opis baru. Opis aku tu baru setup so yang ada cuma meja ngan kerusi dan komputer yang belum dipasang pun. tak pe pelan2 la ya.

Aku masih lagi bertungkus lumus menyiapkan Laporan Prestasi staff pejabat lama aku. harapnya by Monday aku dah boleh pos. Susah wo nak bagi markah, periuk nasi orang kan. Tapi kalau tak perform nak buat camne kan, nanti tak adil plak pada yang perform.

Anyway, Ahad ni Monsoon Ride yang abang anjurkan bawah Arineen Event Management akan berlangsung. In fact malam tadi pun kami balik umah dari semuji Agro Resort dekat midnight sebab nak siapkan goodies bag, sijil penyertaan dan macam2 lagi la. Mujur opis ngan rumah dekat, less than 10 minutes hahaha.. boleh la aku memeram lama sket atas katil.

Petang ni kalau bilik dah ready aku akan check-in terus kat Semuji Agro Resort sampailah Ahad. kalau dapat mantik-mantik ngan abang memang ajaib la sbb kerja memang banyak dengan lebih daripada 400 peserta dari seluruh Malaysia. Ada gak datang dari Singapura, German ngan Australia. Sana mana ada hutan kan..

So kerja aku akan makin bertambah bila dah tinggal di Kuantan ni sbb aku pun tolong abang run our event management company. Pelaburan jangka panjang untuk anak2 kan. mana cukup dengan kerja makan gaji betul tak..

Oh.. aku tak ikut ride ahad ni sbb basikal aku our VVIP pakai. Bangga meks hehe

Tadi call anak2. Sedih plak bila anak dara aku tanya "ibu kat mana" aku cakap "ibu kerja" dia tanya "kenapa tak bawak kakak" Alahai anak ibu.. sabar sayang, Khamis depan ibu balik bawak abang ngan kakak balik Kuantan ya. Miss them already huhu..

ferrr.. MIL mengamuk semalam... jeng jeng jeng... lama tak duduk sekali ngan in laws, sekali dengar seram beb.. takpe, janji bukan aku yang buat salah hehe..sayaaaang Umi..

Tuesday, December 22, 2009

KERJA BELUM SELESAI

Guess what.. aku ada kat opis lama, jawab affidavit ngan setel satu pendaftaran perintah mahkamah. Patut dah boleh sampai Kuantan dah ni huhu..

Semalam kat putrajaya hadiri meeting Pegawai Pemantau Negeri. Sepatah haram aku tak paham hahaha. Takpe la aku kan pegawai baru dalam organisasi tu.

tadi sedih nak tinggalkan anak-anak dengan neneknya. Aku suruh adik aku bawak budak2 tu pegi rumah sebelah biar tak nampak aku pergi. Si abang ok. Si kakak la kesian. Takpe anak2 ibu, hari Khamis minggu depan ibu dgan ayah balik bawak abang ngan kakak balik Kuantan ok.

So minggu ni akan sibuk dengan Monsoon Ride. Minggu depan kerja la kat opis baru dan uruskan taska ngan tabika kanak2 ribena tu.

Pukul berapa la nak sampai Kuantan ni..hmmmm

Monday, December 21, 2009

FAREWELL

Khamis lepas last day aku kat opis lama. Ada farewell sikit.Sebak beb. Hampir 3 tahun aku kerja kat situ. Banyak benda aku belajar. Dapat hadiah yangsangat best daripada unit dan jabatan. Sesuai sangat la denganaku yg nak masuk rumah baru ni..

Hujung minggu kat Kuantan. Bawa barang sikit2.

Farewell is hard.Tapi perpisahan juga adalah permulaan pada pertemuan yang baru. Permulaan pada kehidupan berkeluarga yang aku tak rasa selama 5 tahun.

Aku berdoa perjalanan hidup aku, suami dan anak2 dipermudahkan Allah,dan dijauhkan daripada keburukan yg boleh mengganggu gugat kebahagiaan kami.

Hari ni dan esok aku di Putrajaya. Esok ptg aku akan meninggalkan kota ni menuju ke tempat yang sepatutnya aku tak tinggalkan dulu. Aku percaya ada hikmah disebaliksemua ni, disebalik semua dugaan yang telah dan sedang aku hadapi sebagai seorang isteri dan ibu.

I choose to be happy and i will be happy if i choose to. insyaallah

Wednesday, December 16, 2009

KAYUHAN JANTUNGKU

Ahad lepas aku join Kayuhan Jantungku kat Shah Alam. My last ride dengan geng-geng sini sebelum pindah ni.

Sebab tak tau jalan, padahal start kat Seksyen 24 jer haha, aku ikut konvoi Kelab kakikayuh. Thanx Guys.

Nak jadikan cerita, aku lupa bawak helmet. Mujur ada penyelamat. Thanx Bang Zizan.

Ramai jugak yang kenal aku (mati la perasan haha). Mintak maaf la kalau angah tak kenal ya..tapi akhirnya kita kenal jugak kan..

Ride was fast! lead pun dah 20km/j bayangkan la group tengah ngan belakang. Separuh dari riders buat 1 loop jer. Aku buat 2 okay..

Aku ikut Geng Otai Puncak Alam, yang memang kayuh santai. You Rawk guys!

Enjoy the pics.. biasala artis memang ramai peminat (mati la perasan lagi!)

Ni adik Aduha..dia tegur aku "kak ngah..abang tak ride ke?" Aku jawab "tak, ni siapa ya?" Dia jawab " Aduha la Kak" Boleh jadi bodyguard akak dik? Kebetulan plak pakai baju Le Tua..


Ini la Geng Otai Puncak Alam. Kecik jer aku kan haha

Ini Kak Nur. kenal dia kat Facebook. Datang bagi sokongan. Tak pe Kak, lenkali kita ride sekali yer..


Ni Bro Jinggo dari Kelab Kayuhbeb. Apsal aku posing camtu pun aku tak tau. Abaikan la ya.


Ni adik Aduha aku la...sebelum kayuh ni.

Apapun, kayuhan camni la yang kenalkan kita dengan ramai lagi geng yang sekepala, satu minat kan. Yer aku tak jadi kurus pun tapi aku happy. Itu yang penting kan..

Thursday, December 10, 2009

KEHIDUPAN BARU

Aku flashback cerita la ya.....

Kelmarin, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPK Selangor tengah ambil statement aku pasal kes penipuan tanah masa aku dapat call dari Putrajaya, bagitau sepatutnya aku lapor diri kat Kementerian tu Hari Isnin sebelumnya. Aku macam blur sebab aku tak dapat apa2 surat pun lepas pembatalan penempatan hari tu. takpe la.. dia faxkan surat tu.

Surat tu bunyi camni " Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa puan ditukarkan sebagai dot dot dot, bahagian dot dot dot, CAWANGAN NEGERI PAHANG, Kementerian dot dot dot."

Aku bersyukur Ya Allah.. aku bersyukur..

Setelah 5 tahun tinggal berasingan dengan suami. Hanya ditemani anak2. Setelah berbagai pancaroba, dugaan, cabaran aku tempuh sebagi seorang isteri dan ibu. Akhirnya permohonan aku untuk pertukaran ke Pahang diperkenankan. Alhamdulillah. Cuma itu yang mampu aku zahirkan. Takde kata-kata lain dah.

Semalam aku pergi lapor diri di Bahagian Sumber Manusia, dan hari ni aku lapor diri pada Setiausaha Bahagian dimana aku ditempatkan. Aku dapat penangguhan pertukaran sampai 20hb ni. 21 hb aku akan mulakan kerja baru, ditempat baru dengan cabaran baru.

DAN

TINGGAL DI RUMAH BARU BERSAMA SUAMI DAN ANAK-ANAK AKU.

Ini jugak berkat doa kawan-kawan yang tak pernah lupa mendoakan aku.

Aku akan mulakan fasa baru kehidupan kami sekeluarga.

ALHAMDULILLAH YA ALLAH

Monday, December 07, 2009

ALHAMDULILLAH

Mula-mula kena sapu sawang...

Ok dah bersih boleh mula bercerita. Dekat sebulan aku tak update blog. banyak benda yang berlaku sebenarnya. Aku cerita satu-satu.

NAIK PANGKAT

Aku cerita dalam entry sebelum ni pasal kenaikan pangkat aku kan, pasal penempatan aku kan. Hari aku dapat surat pemberitahuan tu aku terus tulis surat rayuan ke Jabatan berkenaan untuk pertimbangkan masalah aku. Aku cerita la memacam dalam surat tu. Sebab sebelum ni aku pernah hantar surat mohon tukar dengan penempatan baru.

Alhamdulillah berkat doa kengkawan semua, rayuan aku diterima dan penempatan aku ke Putrajaya tu dibatalkan. So sekarang ni aku tetap di ofis lama. Sementara menunggu penempatan ke Kuantan, bergantung pada kekosongan jawatan yang ada di sana. Aku bersyukur walaupun masih tak dapat berpindah ke Pahang. Sekurang-kurangnya kalau aku kekal di ofis lama ni belanja ulang-alik tak la bertambah kan. Dan takde la aku keluar rumah subuh limun dan sampai rumah lepas maghrib. Naluri ibu aku tak boleh terima keadaan camtu.

Mungkin ada hikmahnya semua ni kan. Aku tetap bersyukur sebab hanya Allah yang tau apa yang terbaik untuk aku. Aku cuma boleh usaha dan tawakal.

(14-15 NOVEMBER 2009) FRASER HILL

Aku ikut abang ke Fraser Hill. Biasa la aktiviti 2 dalam 1. Ada Kejohanan King of Fraser Hill dan aku bertugas komisar. Dan jugak "parents only weekend" hehe..sekali sekala berdua tanpa anak2 kan..lagi plak jarang-jarang jumpa. Kena la ambil peluang.

(16-23 NOVEMBER 2009) CERITA ANAK TERUNA AKU

Ingat tak entry pasal anak bujang aku yang bersimen tangannya tu. 16 November lepas aku pergi hospital untuk bukak simen dia. Keputusan x-ray tunjuk retak tulangnya dan sembuh TAPI dislocation tulang dia tu masih tak ok. So doktor decided untuk insert k-wire dalam tulang dia untuk facilitate kedudukan tulang tu. Aku hangin gak memula sebab takkan lepas ebulan baru perasan ada dislocation.

Lepas dapat penjelasan dari Pakar Orthopedik aku boleh terima la. So Arief was admitted to ward dan aku pun lepak la kat hospital 4 hari. Dia underwent minor operation masukkan dawai tu. Lepas 2 bulan baru boleh keluarkan. So bersimen lagi la tangan anak aku sampai bulan 1 ni.

Being a fussy mother I am, aku demand gak Pakar Orthopedik yang perform surgery. Alasan aku sebab doktor yang examine x-ray anak aku cakap patutnya masa memula simen bulan 10 aritu terus pakai full cast bukan backslab. So ada sikit salah diagnosis kan..Lagi nak the same doktor buat surgery tu.. BIG NO NO.. aku bagi tight slap baru tau..so emak yang garang ni berjaya dapatkan Doktor Siva. Alhamdulillah. Dekat 2 jam la aku soal doktor tu pasal prosedur. memang la minor tapi memacam boleh jadi kan. Nak masukkan k-wire tu bukannya open slit, kang tertusuk kat nerve yang control movement jari manis ngan kelingking camne? "I did some study ler doktor" aku cakap kat dia masa muka dia mcm pelik bila aku tanya.

So masuk spital Isnin, operation on Wednesday, Thursday discharged. Lasak tetap maintain.

(26-29 NOVEMBER 2009) RAYA HAJI

Tahun ni beraya kat Kuantan. Bertolak balik hari Khamis 26hb tuh. Sesak jugak la. Raya macam biasa jugak. Plan balik Kelantan kena kensel sbb banjir.

Balik Klang hari Ahad. Jem teruk dari Tol Karak ke Bentong. 3 jam ngkauuuuu. Biasanya aku balik hari Isnin kalau festive season ni, tapi sebab Isnin tu ada function penting kat opis terpaksala jugak balik Ahad.

(30 NOVEMBER - SEKARANG) KERJA

Rutin bermula semula la...

Tuesday, November 10, 2009

HIJRAH

Minggu lepas dapat satu surat. Surat naik pangkat. Alhamdulillah rezeki untuk anak-anak aku. Aku pindah ofis. Aku ditempatkan ke Putrajaya.

Sepatutnya aku happy sebab naik pangkat kan? Tapi aku takde perasaan sebab surat permohonan pertukaran yang aku hantar bulan 7 lepas tak berjaya. Aku mohon untuk ditukarkan ke Pahang.

Aku dah hantar lagi rayuan. Harapnya rayuan aku dipertimbangkan. Aku merayu sebab aku tahu ada kekosongan jawatan untuk gred yang aku sandang.

Aku cuma nak tinggal dengan suami dan anak-anak setelah 5 tahun tinggal berasingan. Bagilah aku ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan motivasi untuk berkhidmat dengan lebih bersungguh2. Aku cuma mintak untuk ditempatkan bersekali dengan suami dan anak-anak.

Ya Allah..kuatkanlah hatiku, hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik buatku Ya Allah...

Thursday, November 05, 2009

IN LOVING MEMORY

WELLINGON NGELAMBONG ANAK BINJI EDWARDS
(22 SEPT 1975 - 4 NOV 2009)

"Are you well, Well?"
"Yes Angah, I'm Well"
"No.. i asked are you well"
"Yes I am Well, and I am well thank you"

And we laughed our heads off..that was way back during our DPA in 2005. He is one of us, the 334 of batch 2/2004.

Lepas DPA, kami jarang2 jumpa, cuma bersapa melalui Yahoo Groups dan updates di Facebook. masing-masing dengan kerja.

Dapat berita tentang keadaan Well dari masa ke semasa melalui sahabat2 yang rapat dengan mendiang, yang dekat untuk melawat semasa mendiang dirawat di Hospital. Mendiang dijumpai di rumahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dibawa ke hospital dan otaknya dijangkiti kuman.

Semalam baru aku dapat peluang untuk melawat mendiang. Melihat keadaannya yang terlantar dan hidup dengan alat sokongan hayat buat aku sebak, buat aku teringat Well yang lincah, yang aktif, yang sentiasa senyum, yang sentiasa tak kisah bila diusik.

Melihatkan ibu Well, yang tak putus-putus membisikkan kata-kata semangat buat anaknya, walaupun dia tahu yang anaknya tiada harapan untuk hidup tambah buat aku sebak.

Hampir penuh ruang wad dengan sahabat 334 2/2004. masing-masing cuma mampu merenung kosong tanpa bicara, ya.. kalau biasa tu memang gegak gempita. Masing-masing kelu bila diberitahu alat sokongan hayat akan dicabut dan urusan kenderaan jenazah sedang dibuat. Realiti yang kami akan kehilangan seorang lagi sahabat 334 2/2004 susah untuk kami terima.

Melihat mendiang pada ketika itu mengingatkan aku pada sahabat 334 2/2004 yang kembali ke rahmatullah pada 13 Oktober 2008. Al-Fatihah untuk Monaliza binti Hamzah. Perasaan yang sama kami rasai sekali lagi...

Jam 3.30 petang semalam Well menghembuskan nafasnya yang terakhir, mendiang diterbangkan ke Sarawak untuk pengebumian hari ini.

Pada masa-masa begini aku cukup bangga dengan esprit de corps batch aku. Aku cukup bangga jadi salah seorang daripada batch ini. Walau dekat walau jauh, bantuan dan sokongan untuk mendiang tetap hadir dalam berbagai cara. Love you guys!

Rest in Peace my dear friend
You will be deeply missed by us all...

Wednesday, October 28, 2009

NOT LONG AGO

Someone texted me not long ago

"i feel badly i hurt u. i know wat i did was wrong"

After what had happened before I received the text message...

I'd say BULLSHIT!

I rest my case.

Thursday, October 22, 2009

MARI BERGAMBAR

Tetiba rasa nak tepek gambar.. nampak sangat takde cerita.


Buah hati pengarang jantung ayah dan ibu. Orang kata muka anak2 aku ni muka fotostat. Tangan abang yang bersimen sebab tulang retak. Superman salah landing tu la dapatnya.

Align Center

Ni plak aku amik kat opis. Saja nak tunjuk betapa malasnya aku hehe.. pakai jubah dan tudung belit2 je. Semua tak payah gosok. Tapi aku suka pakai tudung camni. Senang, tak payah pakai pin segala.

Anyway, esok abang balik. Sabtu nak ke Melaka untuk Burung Hantu Ride kat Ayer Keroh. Nak experience kayuh offroad waktu malam. Sambil2 tu nak promote Monsoon Ride 09 jugak.

Anak2 tinggal ngan nenek la hihi..

Wednesday, October 21, 2009

SAPU SAWANG

Lama sungguh aku tak update blog, bukan takde masa, cuma takde cerita. Hidup sangat rutin.

9-11 Oktober 2009

Lepas office hari jumaat tu aku balik Kuantan sorang-sorang. Anak2 aku tinggalkan kat rumah. Ada program berkaitan penganjuran Monsoon Ride. Punya la pulun drive sebab nak sampai rumah sebelum pukul 9 malam. Penangan Nur Kasih haha. Sampai ngam-ngam berita habis. Lepas layan Nur Kasih, keluar ngan abang pegi makan, jalan-jalan. Ye la anak2 takde kan. Tapi rasa pelik pulak bila takde anak2 nih.

Sabtu dan Ahad penuh dengan kerja. Setel itu ini, beli itu ini untuk promotion ride. Aku balik Klang lepas Asar. Abang hantar sampai tol Gambang..sampai rumah terus zzzzz. Penat!

14 Oktober 2009

Happy 32th birthday Angah!!!!!! Tahun ni aku sambut birthday dengan batuk dan selsema. Kawan belanja lunch kat Johnnys. Makan takde rasa apa sebab hidung tersumbat huhu.. what away to celebrate my birthday

As usual aku akan bagi emak hadiah. Tahun ni aku bagi sebentuk cincin.

Balik kerja terus pegi klinik. Tonsil pun dah bengkak. Dapat medicine and MC sehari. So keesokannya tu aku cuma lepak je melayan batuk dan selsema.

16 Oktober 2009
Jamuan Raya kat opis. Unit aku bawak pecal. Aku buat creme caramel 4 sarang.Tak makan sangat pun sebab badan amsih tak berapa nak sihat.

Petang member belikan nasi beriyani gam yang sangat sedap. Malangnya aku cuma dapat rasa 3 suap sebab diterjah askar2 kecik 2 orang tu haha.. Lenkali belikan lagi yek..

Tengah sedap nak menunggu Nur Kasih (lagi?) aku dengar anak bujang aku nangis sambil pegang tangan dia. Sebelum tu dia ikut mak aku pergi umah sebelah ada kenduri. Sekali tengok area siku dah bengkak. mak aku kata dia lari-lari ngan kengkawan pastu jatuh tangga kena tolak. Terus bawak pegi klinik dan doktor refer ke hospital, takut fractured.

Call abang suruh balik. Aku tak larat nak drive memalam ke hospital dengan keadaan aku yang tak berapa sihat. Malam raya deepavali plak tu, jalan sesak.

Pagi abang sampai terus bawak anak aku ke hospital. Admitted to ward, buat xray bagai dan resultnya, dislocated elbow and fractured. So kena simen la tangan dia. Nangis memang tak hengat la.. dengan aku sekali menitik air mata. Kesian tengok masa doktor betulkan balik kedudukan siku dia tu..

Lepas 2 minggu bukak simen dan xray semula. Lepas discharged dan sampai rumah aku qada' tidur la..letih seh.. tdo kat hospital mana la selesa kan..

Habis satu bab. Tinggal satu bab nak menjaga dia kat rumah plak kan...harap la serik anak bujang aku tuh..

2 hari aku tak kerja meneman dia kat rumah. Langsung tak nak dengan nenek. Hari ni pun aku curi2 pegi kerja..

Tuesday, October 06, 2009

I'M BACK ON TRACK

Lepas berhenti berkayuh selama 5 bulan sebab pregnancy, misscariage dan confinement dan puasa dan raya aku dah mula pegang basikal semula. Infact aku dah mula berkayuh masa bulan puasa aritu. Sekejap2 lepas balik kerja untuk biasakan diri handling basikal. Bukan senang nak handle basikal tau. A skill to master tuh.

Sekarang ni aku pastikan aku kayuh at least 4 kali seminggu. Alternate days la. And kalau rasa rajin lebih sikit aku kayuh lebih. Sabtu untuk long distance dan ahad untuk kayuh light untuk recovery. Aku kena dapatkan form semula. Baru ni kayuh malam kat Putrajaya mintak nyawa beb hahaha..

Minggu lepas aku kayuh 5 kali. Weekdays aku buat dalam 20km sehari lepas balik kerja dan Sabtu Ahad aku kayuh ngan adik aku si Arel.. Pegi jauh sket.

Aku sekarang kayuh light je gearing 33:19, everage distance of 20-50km per ride and everage speed 18-20km/h buat masa ni. Hopefully everage speed aku akan meningkat balik dan cadence pun tinggi balik. Kayuh Pelan-Pelan temanya..

24-25 Oktober ni aku join Night Ride kat Melaka. Harap2 dapat la lepas beberapa check point kalau tak habis pun hehe..

Friday, October 02, 2009

DULU DAN SEKARANG


Ini aku bulan Januari 2009



Ini pun aku bulan September 2009

Thursday, October 01, 2009

REZEKI

Murah sungguh rezeki aku semalam.

Kawan belanja makan steambot kat Johnnys
Ketua Kerani aku baru balik umrah, dia belikan aku jubah yang sangat cantik
Petang semalam aku dapat kayuh dalam 25km..slow tapi aku puas hati

Murah rezeki mekanik kelmarin.

Kereta aku masuk bengkel tukar radiator dan absorber..ya melayang jugak ribu riban duit aku tapi dah keperluan camne kan..

Murah rezeki kawan aku semalam

Dia dapat berita dalam standby list untuk menunaikan haji tahun ni. I'm happy for u :) Bila pulak giliran aku ya. Target aku sebelum aku berumur 40 tahun.

Semalam jugak aku dapat panggilan dari SUK Pahang berkaitan permohonan pertukaran aku ke sana. Harap2 selesai cepat la sbb banyak aku nak kena setel. Kalau dapat tarikh exact senang aku nak buat apa yang patut.

Aku teringat kata-kata sorang ustaz masa dia bagi ceramah, dalam rezeki yang kita dapat tu sebenarnya ada jugak rezeki orang lain sama. Kita ni cuma penyampai sahaja. Contoh mudah belanja anak2, bagi mak ayah dsb. Atau kita bersedekah kepada yang memerlukan. Aku suka cara ustaz tu buat analogi dan contoh. Kita sedekah biar ikhlas tanpa harap balasan insyaAllah ganjaran yang Allah beri atas keihlasan kita tu lebih besar maknanya.

Apa la sangat RM10 pada kita yang senang hidupnya, sekali makan KFC pun dah lebih dari RM10..tapi RM10 tu pada yang betul2 memerlukan boleh mengenyangkan satu keluarga.

Ustaz tu kata semakin banyak kita memberi semakin banyak yang kita dapat. Tidak la dalam bentuk material tapi dalam bentuk lain. Hati tenang, rezeki berkat dan sentiasa cukup untuk keperluan kita.

Aku tanam azam lepas pada hari tu untuk tolong sesiapa yang aku rasa perlu sekadar yang aku mampu. Aku dapat idea untuk tolong perbelanjaan sekolah dan pantau pencapaian pelajaran anak2 dari keluarga kurang mampu. Sebab utamanya pelajaran la yang akan mengubah nasib dia dan keluarga dia kemudian hari. Bukanlah aku ambil jadi anak angkat pun, tapi aku berurusan terus dengan pihak sekolah kawasan tempat aku tinggal. Cuma aku kena pastikan keluarga anak2 ni betul2 kurang berkemampuan dan bukan miskin relatif (maksud aku disini ketua keluarga mampu tapi kurang usaha untuk keluar dari kepompong miskin tu)

Aku dah identify 2 potential students from 1 school. InsyaAllah aku akan mula dengan 2 adik ni dulu. Kalau nampak perubahan dalam pembelajaran mereka aku nak kembangkan idea ni jadi satu konsep dalam memberi bantuan. Bantu mereka untuk berubah dan mengubah nasib keluarga dengan pelajaran. Untuk halang the vicious cycle. I wont give fish for them to eat for a day but instead a fish rod for them to fish and eat for the rest of their lives.

Doakan aku berjaya dalam misi kecil aku ni....apalah salahnya aku berkongsi rezeki ni dengan anak sebangsa dan seagama dengan aku betul tak? Kalau tak pun ntah kemana aku belanjakan..untuk benda2 tak perlu...

Wednesday, September 30, 2009

CERITA RAYA


tema kelabu tahun ni

Dah seminggu lebih beraya baru nak update cerita raya. Takpe, buat kenangan katanya.

Raya tahun ni aku sambut macam tak sambut je sebab anak dara aku demam. Petang raya tu dah panas semacam dah. Pegi klinik dan dapat medication macam biasa.

Pagi raya aku satu family ke rumah nenek sebelah arwah ayah. Kemudian ke beberapa rumah dan aku decided balik awal. Kesian kat anak aku melepek jer.

Raya kedua aku ke Sungai Besar. Sepupu abang nikah. Apa la pasal nikah raya kedua ya..kendurinya nanti lepas Tahun Baru Cina.

Balik rumah dan packing sebab nak balik Kuantan.

Raya ketiga bertolak balik Kuantan. Anak aku masih demam on off. Antibiotik pun dah habis. Sampai Kuantan cadangnya nak pegi beraya ke rumah Abg Rahim tapi kensel la.

Raya keempat aku bawak anak dara aku ke hospital. Amik darah. Kesian tengok dia meronta2 sakit. Doktor cakap viral infection. Platelet 248. Simptm influenza semua ada..demam, batuk, selsema. So doktor bagi ubat influenza, ubat demam dan ubat batuk. Aku mintak untuk administer kat rumah jer. Kalau dalam 2 hari tak ok baru admit.

Alhamdulillah lepas sehari dua Adneen makin ok. Cuma dugaan sungguh la nak bagi makan ubat tu. Paksa la jugak.

Aku balik dari Kuantan hari Isnin. Singgah mandi manda kat Bukit Gambang Resort City Water Park sebab abang ada discussion pasal Monsoon Ride kat situ. Memang best Water Park tu. Murah pun murah dan sistem pun very impressive. Dewasa RM20, kanak2 RM 12. Pastu kita prepaid untuk semua service/sewaan/makanan/minuman dan jumlah tu akan dimasukkan dalam sistem. Kita pakai wrisband dan kalau nak service/sewa pelampung/makan/minum petugas akan scan wristband kita dan jumlah akan ditolak. Senang kan, tak payah nak bawak duit segala. Locker pun pakai scan jugak. Ada topup kaunter kalau rasa nak tambah balance dan masa kita keluar jumlah lebih akan dipulangkan.

Tempat mandi pun aku suka especially tempat kanak2. Sebab utamanya mak bapak boleh naik slides sekali ngan anak2. So takde la mak bapak ni jadi penunggu anak2 mandi manda kan. Aku tak sempat nak explore semua bahagian sbb bawak kanak2 ribena. Nanti la kalau pergi ngan abang jer, boleh try semua sekali.

Aku pindah Pahang lepas ni memang jadi tempat riadah family la hehe.. ada plak trek basikal offroad kan, lepas anak main air dulu..aku ngan abang boleh kayuh beskal. Semua pun happy.

So itu la cerita raya aku yang tak berapa nak raya...

Sunday, September 27, 2009

SATISFACTION

Nothing beats the satisfaction of knowing that some people just not worth my time.

Thursday, September 10, 2009

IFTAR

Malam ni ada Majlis Berbuka Puasa kat opis, disamping majlis meraikan anak2 yatim dan ibu tunggal. Tahun ni aku banyak kali elak buka puasa kat luar. Kesian kat mak aku kena buka puasa sorang2. Tapi mlm ni tak boleh escape la kan..

Lepas majlis berbuka aku akan terus ke Putrajaya, ada easy ride malam ni. Dah lama sangat tak kayuh basikal, aku rasa dalam 5 bulan camtu la. Aku dah mula kayuh sejak minggu lepas. Setiap petang dalam 15 ke 20km. memang slow hahaha tapi takpe la.. pelan2 kayuh ya,bukan nak wakil Malaysia pun.

24-25 Oktober aku ngan abang akan join Off Road Night Ride 45km kat Melaka. Si Heero la yang meracun nih haha..sambil2 tu boleh promote Monsoon Ride yang aku anjurkan bulan 12 nanti. So aku kena la training dari sekarang ye tak..ada masa dalam sebulan lebih lagi nih.

On persiapan raya.. hmmm satu benda pun tak buat haha.. cuma sediakan apa yang patut untuk anak2 dan rumah je la. Kuih pun tunjuk2 je. Tahun ni raya kat Klang sbb raya kedua nanti ada majlis nikah sepupu abang kat Sungai Besar. Raya ke-3 baru balik Kuantan sampai la habis cuti.

Oh, semalam aku dapat sms yang amat merenyuk hati. Tapi takpe, aku percaya pada karma..what goes around comes around, buat baik dibalas baik buat jahat sendiri mau ingat la...aku malas nak layan sebab kalau aku layan apa bezanya aku dengan manusia penghantar sms tu kan..dia can go as low as dia wants but not me.I'll be walking high :)

Tuesday, September 08, 2009

BUNGA API

Aku pergi Pasar Ramadhan macam biasa la, aku kan malas masak. Dalam pada berjalan2 cuci mata tu aku nampak ada 4 gerai jual bunga api dan mercun. Aku tertanya2 jugak mana pegi enforcement?

Tiap-tiap hari ada kes hilang jari. Biasanya kena tunggu hilang nyawa baru ada tindakan..mind the cliche but that is the fact.

Anak2 aku pun merengek nak bunga api, tapi aku bolayan. Biarla anak2 aku menangis tak dapat bunga api daripada aku yang menangis tengok anak sakit kena percikan ke, jari putus ke..


Side track...
BUNGA API is FIRE CRACKERS or SPARKS kan... do you feel the SPARK?

Friday, September 04, 2009

SAYANG

Sangat bahagia bila kita disayangi.....

Sunday, August 30, 2009

RENCAM SEMINGGU

Ya..aku terlampau sibuk dengan kerja dan aku tak sempat nak mengupdate blog walaupun banyak benda yang aku nak cerita.

Nak start ke mana ya?

Ok start dengan minggu yang penuh dengan meeting sebelum puasa tu. 5 hari kerja ada 7 mesyuarat yang aku hadir. Santak pergi meeting, kerja2 kat opis aku buat bila sempat je. Aku menyorok kat pantri siapkan kerja2 aku. terdengar jugak ada yang nak jumpa aku. Dengar staf aku kata aku takde.. terpaksa la, kalau tak nanti kerja tak siap.

Minggu berpuasa. Alhamdulillah dapat berpuasa hari pertama dengan seluruh family. Abang pun balik.

Hari Rabu aku kena hadir meeting kat Putrajaya pukul 4 petang. Alahai.. cantik betul timing kan. Cadang nak naik kenderaan jabatan tapi kang habis lambat kesian plak kat driver. So aku drive jer la. Alhamdulillah meeting habis dalam pukul 6 lebih. Aku pecut balik Klang. Sempat la berbuka di rumah.

Oh.. sebelum ke Putrajaya tu aku dapat special delivery. Bubur Lambuk Kampung Baru. Thanx dear.. jauh2 bawakkan angah bubur. Memang sedap. Nak lagi boleh?

Khamis lagi best! Aku dipanggil jadi saksi di mahkamah untuk satu kes penipuan tanah. So sebelah pagi melepak la aku ngan Pegawai Undang2 Negeri buat keterangan saksi, dan sebelah petang santak kat dalam mahkamah kena soal bertubi2 dengan peguam plaintif, aku saksi defendan ke 12 dalam kes tu.

Jumaat lega sikit. Aku cuma menyorokkan diri menyiapkan kerja pejabat sebab aku sambung cuti merdeka. Ada hal sikit kat Kuantan yang aku nak selesaikan.

Kenapa aku cerita pasal kerja? Sebab aku cukup hangen dengan tanggapan segelintir manusia yang anggap kerja kerajaan ni rilek makan gaji buta. Aku cabar mereka2 ni, meh datang opis aku, tengok camne aku ngan staf aku buat kerja.

Anyway.. aku kat Kuantan dah ni. Nak lupakan hal kerja sekejap. Itupun kalau takde sapa2 call aku...you wish angah! you wish! off handphone aci tak?

Apapun.. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 52. Malam ni ada Merdeka Ride kat Kuantan ni. Aku tak join, masih belum keluar dari persaraan hehe..

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN 1430H

Ramadhan kembali lagi. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk berjumpa Ramadhan tahun ni.

Semalam aku singgah ke pasaraya mencari udang. Nak buat paprik sebab hari ni ada majlis tahlil dan jamuan makan kat unit aku. Ramai sungguh orang membeli barang basah untuk memasak.

Yang aku nak cerita ialah keghairahan umat Islam menyambut Ramadhan. Perasan tak kita lebih banyak membazir makanan dalam Bulan Ramadhan. macam2 kita beli tapi bukan semuanya kita makan. Seolah2 pesta makanan pulak. Aku rasa memang atas meja dalam kebanyakan rumah, makanan yang terhidang memang tak akan habis dimakan.

Apa salahnya kita bayangkan orang yang kurang kemampuan, yang berbuka ala kadar sekadar dapat mengisi perut, yang kehidupan mereka samada puasa atau tidak tetap kena mengikat perut. Aku rasa kalau kita dapat bayangkan kehidupan tentu kita akan jadi lebih bersyukur dan tak membazir.

Azam aku tahun ni ialah untuk bersederhana dalam perbelanjaan. Terutamanya bab membeli dan memasak makanan. Kalau diizinkan Allah dan ada rezeki lebih, aku teringin nak menjamu anak2 yang kurang kemampuan. InsyaAllah...

Selamat Menyambut Ramadhan 1430H daripada kami sekeluarga. Semoga dosa-dosa atas kesalahan yang kita lakukan diampunkan dan amalan kita diterima ALlah InsyaAllah...

Thursday, August 20, 2009

KASUT RAYA

Selesai satu perkara, cari kasut untuk anak2. Tengah sale ni kan.. ada duit plak sikit, daripada terguna untuk benda2 lain baikla cari keperluan anak2. Esok2 dah dekat nak raya takde la bersesak2 kat shopping complex


Arief macam biasa kena warna merah. Warna lain tak nak walaupun aku rasa pattern lain lagi cantik daripada yang ini. Tapi sebab ini pilihan dia maka aku kena la respek kan..



Apsal kalau kasut girl kena warna pink? Aku suka designnya. So warna tak jadi masalah. Saiz beli besar sikit biar boleh pakai lama hehe..

Tengok la dipakai ke tak nanti kasut2 ni. Silap2 aku balik yang belikan sandal sebab malas nak sarungkan kasut kat derang hahaha

Tuesday, August 18, 2009

RENOVATION PLAN KATANYA

Saja nak cerita perkembangan rumah. Tak de apa2 perkembangan pun hehe. Cuma bekalan air dan elektrik dah disambung. Masa aku pergi ke rumah tu baru-baru ni, ramai jugak yang dah mula menduduki rumah masing-masing. Ni yang naik semangat nak cepat2 buat renovation dan penuhkan barangan dalam rumah. Konsep rumah aku ialah MODEN dan SIMPLE

Abang survey2 harga beberapa benda macam pagar, kabinet dapur, grill, buat tambahan kat sebelah dapur etc. Bila dengar harga keseluruhan barang dan upah buat pagar rasa nak pengsan pun ada hahaha.. RM 20K tuh... nak buat camne pagar kena cover 50 kaki belakang, 80 kaki tepi dan 50 kaki depan. So we decided tak payah la. Pagar can wait. Taman rumput cantik2 buat landscape dan kekalkan jer la jaring mata punai tuh, konon2 biar orang tengok landscape la hehehe.. apa punya plan lah..



Aku nak cerita perihal plan aku merenovasi rumah ikut suka2 plan aku. Saja nak jadikan rekod. So ni cerita tingkat bawah saja lah ya.. tingkat atas tunguuuu...kayuh pelan2 orang kata. Puan Angah semakin kering poketnya nih huhuhu







Bahagian luar rumah. Pintu ni akan ditukar ke pintu yang cantik dan kukuh sikit. Lantai porch tu akan diletak jubin yang tahan lasak sikit la. Luas jugak la areanya sebab btermasuk bahagian sisi jugak. Dinding rumah daripada bawah tingkap ke lantai tu akan ditepek jubin yang macam batu2 tu. Aku nak cakap pun tak reti. nanti kerja dah dlm progres aku tepek la gambar kat sini. Alhamdulillah abang dapat harga best untuk kemasan lantai daripada Floor Depot. Dulu kan dia buat kerja renovation kat KL..






Ok masuk dalam rumah. Ni pesen tangga yang aku suka sebab kita ada pilihan nak buat stor atau tempat rilek bawah tu. Belum decide lagi. Kemungkinan jadi tempat letak basikal hahaha. basikal kan sebahagian daripada family aku. Belakang rumah yang dah disambung boleh buat stor. Railing tangga yang tak cantik. Ni tengah survey tampered glass yang bercorak untuk jadikan railing tangga tu. Harga sikit mahal la tapi takde maintainance. Selain cantik dapat jugak jaga keselamatan budak2 yang naik turun. Atas tu ada family area, tempat budak2 mainlah rasanya..nak jadikan tempat rilek susah kang terantuk kepala kat bucu tangga.





Ni ruangan utama rumah, pintu tu menuju dapur. Biasala kat ruang ni letak sofa dan meja makan tapi sebab dapur tu akan convert jadi dining area maka kawasan ni kosong. Sebelah kanan tu yang nampak mcm terang sikit tu ada sliding door. So aku akan letak display kabinet sepanjang dinding tu untuk isi pinggan mangkuk Vantage aku. Kawasan tu asalnya tempat meja makan. So akan lapang la senang anak2 nak berlari2.. hati2 ya jgn bergegar kabinet Vantage ibu..




Dapur yang agak luas. Memandangkan tak jadi buat pagar maka dinding dapur (yang ada tingkap tu) akan dipecahkan dan buat extension ke belakang untuk dry and wet kitchen. Dapur asal jadikan dining area. Boleh letak set meja makan yang besar sikit. Buat jugak macam porch sebelah belakang tu untuk tempat sidai baju dsb. Kos keseluruhan dlm 10K. Lebih murah dari buat pagar tuh..sementara kawasan tu belum masuk dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan kena buat dulu apa2 renovation luaran kalau nak buat. Dah masuk nanti kena hantar Kebenaran Merancang plak, kos lagi tuh.



Kabinet dapur lama dah survey. So memandangkan akan buat extension, angan2 aku nak buat kabinet dapur skala besar akan tercapai. Murah jugak la custom made kat Kuantan tu. Boleh la secure dalam RM100 sekaki persegi. Kemasan kabinet dapur macam dapur, sinki, paip, pantry aku beli kat Jalan Ipoh KL sebab abang dapat harga murah dan design pun banyak.





Ini bilik kat dapur. Tak tau lagi nak buat apa ngan bilik ni. Most probably akan jadi bilik mak aku kalau dia ikut aku pindah ke Kuantan. Kalau tak biar la dulu. Bilik maid tak mungkin sbb aku dapat maid yang balik hari. Kalau mak aku jadi pindah ikut aku maka lantai bilik ni akan ditukar pada kemasan kayu.

Itu jer la kot..nak setel habis2 renovation baru masuk perabot dan hiasan sikit2. nanti sambung ek..

off track sikit... Selamat pengantin baru pada OStad dan Wohidoa dengan ucapan what goes around comes around.

Wednesday, August 12, 2009

BACK TO WORK

Hari kedua bekerja.

Semalam first day kerja lepas bercuti 2 minggu. Memang aku lemau. tak tau nak buat mana satu kerja yang menunggu atas meja. Lepas rilek2 kejap aku mulakan dengan baca semua surat dan memo dan buat minit bebas, pastu edar untuk tindakan staf aku.

Lunch kat Swensen dengan member sejawatan. Tak pernah aku membelek menu begitu lama, kali ni lama sungguh aku belek sebab nak carik makanan yang agak2 tergolong dalam benda2 yang aku boleh makan dalam tempoh berpantang. Aku makan ikan/potato salad. Sedap jugak. Thanks ek belanja makan hehe..

Lepas lunch aku dating ngan Pegawai Polis Siasatan jenayah Komersial Bukit Aman. 3 jam amik statement.. mujur la aku dah biasa. Esok pun kena dating lagi tapi kat Bukit Aman sana..

After office aku dating pulak dengan teman seperkayuhan kat Secret Recipe. Minum Jasmine Green Tea yang wangi. Aku tak makan pun. Lama tak jumpa dia.

Wah.. dating aje kerja aku semalam ek..

Yer.. aku masih berpantang. Seminggu lepas puasa baru habis pantang. Bagus jugak sebab berat aku turun. Kill 2 birds with 1 stone temanya kawan2...

Hari ni mungkin hari bertemu pelanggan. Dari pagi sampai petang tak putus2 orang awam datang dengan macam2 urusan. Letih mulut aku senyum, haus tekak beb haha.. dah kerja aku jadi tak payah komplen ye tak..

Betul2 lemau ni.. apa nak update pun aku tak tau hahaha

Wednesday, August 05, 2009

BEREHAT DI KUANTAN

Minggu kedua bercuti, minggu terakhir sebenarnya hehe. Ahad lepas bertolak ke Kuantan lepas Asar.

Kat sini pun tak banyak yang aku buat selain rehat dan rehat.

Abang pun tengah sibuk siapkan trek downhill kat Bukit Pelindung, dekat dengan Teluk Chempedak. So pagi2 dia belikan sarapan untuk aku dan anak2. Petang dia balik dari hutan lepas mandi semua kami anak beranak lepak je la depan tv or jalan la kemana2 sekejap.

Alhamdulillah, aku dah semakin sihat. Aku rasa sihat pun cuma aku dengar cakap emak. memang kita rasa kita sihat tapi kat dalam kita tak tau. Badan nak pakai lama kan..

Ramai jugak yang tanya kenapa aku ambil keputusan untuk berpantang sama macam orang yang bersalin walaupun aku cuma keguguran. jawapan aku senang. Aku nak betul2 sihat dalaman. Orang tua-tua kata masa ni memang tak terasa kesannya tapi bila umur dah bertambah kesannya akan terasa. memang takde kajian saintifik pasal benda ni. Tapi benda baik apa salahnya aku buat.

Banyak manfaatnya sebenarnya berpantang ni. Secara tak langsung aku melatih diri untuk jaga pemakanan aku. Ye la.. dah 2 tahun hentam semua yang aku nak, 44 hari ni aku cuma makan sayur rebus dan ikan bakar atau ikan bilis yg digoreng tanpa minyak. Minum air suam dan jamu yang emak sediakan. Aku makan jugak tempe rebus dan tau fu fa tanpa gula. Kira-kira macam diet la sikit2..

Aku mandi serum (campuran daun2 yang direbus) dan berurut jugak. Lepas urut aku pakai param (bedak sejuk lepas bersalin) seluruh badan dan berbengkung. Memang segar sungguh badan. Macam kat Spa kan..mujur mak aku memang tukang urut hehe..

Itu semua aku buat seminggu je. Sekarang ni aku cuma berbengkung simple dan makan macam pantang bersalin. malam aku pakai setokin yg mak aku belikan..ada dot2 infra red ke apa aku tak tau..pakai je la hihi.

Aku amalkan jugak minum jus Bidadari (jus ke?) saja nak try, katanya boleh menyembuhkan luka2 dalam dan bagus untuk perempuan. Just give it a try sebulan dua ni tengok apa result. Kalau bagus teruskan, kalau mcm takde kesan berhenti la minum. Simple kan..

Ada yang tanya aku jugak, tak leceh ke? Ye la bukan aku bersalin pun. Pada aku pucuk pangkalnya kehendak kita, kalau rasa nak berpantang teruskan lah, kalau rasa tak nak pun terpulanglah. Aku pun bukannya strict sangat bab2 pemakanan macam orang dulu-dulu yang cuma makan nasi panas tabur lada hitam dan ikan kering.. Aku makan sayur/ikan/buah cuma cara penyediaan tu saja yang rebus/bakar.

Geng2 basikal pulak tanya "wei bai bila nak start kayuh balik..itu basikal turunkan dari gantungan.." hahaha.. aku kata "pelan-pelan kayuh la dol..lepas raya aku start training balik" Teruk la aku kena mula dari kosong semula. Membayangkan kayuh light untuk cadence training dengan gearing 33-19 huhuhu...

Tapi takpe..no pain no gain katanya. Aku nak fit balik and able to join Monsoon Ride bulan 12 nih. 45km offroad funride.

Abang kata "semangat waja nampak..kang training2 tak sempat masuk funride dah berisi balik hehe" Aku kata "abang lupa ke ada orang tu kena puasa 100 hari hehe"

p/s : Aku dah muat jeans saiz 30 aku tuh...

Wednesday, July 29, 2009

KONGSI RASA

Hari ketiga berpantang. Tak banyak yang aku buat. Cuma surfing, chatting, blog hopping, membaca sikit2, aku tengah baca La Tahzan.

Yesterday in particular, aku menyibukkan diri dengan fesbuk. Ye la bukan selalu ada masa nak bertanggak kat situ kan. Aku bebual online dengan seorang sahabat. Tak pernah jumpa pun tapi selalu mengikuti perkembangan dia lewat blog.

Amat betul bila orang kata dada rasa lapang dan hati jadi tenang lepas dapat luahkan perasaan lebih2 lagi pada orang yang pernah melalui situasi yang sedang kita lalui.

Aku amat berhati-hati sebenarnya untuk bercerita tentang sesetengah perkara. Bukan pada semua orang aku boleh bercerita walaupun kepada sahabat baik aku.

Tapi semalam aku bercerita. Dan dia bercerita. Kami berkongsi kisah dan rasa. Alhamdulillah cara dia dan aku berfikir dalam mencari kesimpulan dan penyelesaian adalah sama.

Wahai sahabat, kata kata anda semalam menyejukkan hati. Terima Kasih.

Monday, July 27, 2009

D&C DAN CUTI

23 Julai 2009
Aku kerja macam biasa. Dalam pukul 3.30 petang aku rasa sikit pelik. Bila aku check aku bleeding rupanya. Terus amik GL kat Admin, call abang dan aku rush ke hospital. Sementara bleeding tak banyak dan masih boleh bawak kereta kan..

Sampai emergency, macam biasa la jumpa doktor kat triage tu, pastu pegi Patient Assessment Centre (tempat admit untuk ibu nak bersalin tu la), scan atas bawah lagi and i was giiven a choice, nak admit dan buat d&c procedure atau nak balik sebab bila dah bleeding ni ada big chances aku akan miscarry naturally.

But thinking that it was supposed to be my 12th week of pregnancy dan biasanya complete miscarriage agak susah masa ni, aku opted untuk d&c je. Dah tau benda dah takde buat apa nak tunggu lama2 bleeding banyak2 kan..So aku pun admitted to ward. Sendiri jugak la uruskan kemasukan. kesian aku.

Called emak dan abang aku minta hantarkan apa2 yang patut la. Aku lepak atas katil main internet. Amat la boring sebab aku bukan rasa sakit pun.

Doktor datang pasang granular (eja camne ntah.. yg untuk masuk drip tu la), dan aku kena start puasa dari pukul 2 pagi.

Abang sampai dari Kuantan tengah malam tapi mak guard tak bagi masuk. Tak pe la.Aku pun zzzzzz. Abang tidur kat lobi kot. Malas nak balik rumah katanya.

24 Julai 2009
Pukul 6 pagi nurse kejutkan aku, nak masukkan ubat induce down under. Untuk bukak jalan for the procedure katanya. Dah settle and dah start masuk air abang pun masuk. Tapi tak lama la..mak guarg garang kan hahaha.

Dalam sejam lepas tu aku start rasa sakit macam period pain. Macam contraction nak bersalin pun ada. Tapi memang sakit dan sangat tak selesa. Dipendekkan cerita la ya, rasa rengat tu disusuli dengan bleeding yang sangat teruk. Aku rasa macam dalam drama pun ada. Scene kalau keguguran darah meleleh sampai buku lali tu la. Exactly like that!

Nurse papah ke bilik air 3 kali, dan 3 kali gak la penuh lantai dengan darah. And most of the isi dalam rahim aku keluar. I was like..hmmm my baby...sedih. Sampai tengahari jugak la scene ni berulang2. Hampir pitam 2 kali sbb darah banyak sangat. Dah la aku puasa kan, depend pada drip je.

Sblh petang buat another scan, ada tinggal karung baby je so doktor kata kuat immediate d&c. Cepat ke tak, procedure tu dibuat pukul 11.20 malam sebab ada kes2 emegency ceaser. Takperla..aku dah puasa hampir 24 jam ok! Itupun Allah bagi aku rezeki buat malam tu lepas 1 kes ceaser x jadi, ibu tu bersalin depan dewan bedah.

Aku kena bius separuh so boleh la borak2 ngan doktor masa procedure tu. Terasa la derang tekan2 perut, ada benda masuk dalam tu, bunyi vacum dan benda yang divacum keluar..dalam 40 minit semua setel. Balik wad ingat boleh la minum.. hampeh, kena tunggu lg bbrp jam takut muntah. Aku terjaga dalam pukul 6.30, itu pun sbb doktor datang check. Kebas bius dah hilang, dan akhirnya aku boleh minum. Dekat 30 jam puasa ngkauuuu..wahh nikmatnya minum air masak dan milo kotak..

Oh..lepas tangan kiri aku bengkak, masuk air kat tgn kanan plak, bengkak lagi, akhirnya masuk ikut lengan. All in all 9 botol air..

Lepas aku dah bersihkan diri semer, pi scan lagi. Alhamdulillah rahim dah clear. Boleh balik. Perkataan paling indah yang aku dengar..BALIK.

Dapat mc sampai 9 Ogos. Rehat elok2

Lepas abang setelkan semuanya dan bayar bil hospital RM9 hehe.. kami pun balik la. Singgah kedai makan semua pun tengok aku satu macam. Mana taknya pakai kain batik ngan tshirt, tangan bertampal plaster, jalan slow giler. Belakang aku sakit weh..tempat masuk bius tu la. Makan hari gak nak ilang sakit kata doktor. Ada yang tanya "baru kuar spital ke dik?" Aku angguk jer..rasa nak jawab baru balik berkelah haha..

26 Julai 2006
Bermula episod kehidupan dalam pantang. Yang aku rasa semua pun tau camne jalan ceritanya ya..

Thursday, July 23, 2009

NO MORE BABY

10 Julai 2009
Aku khabarkan pada alam maya yang aku bakal dapat anak ketiga. Aku ingin kongsi kegembiraan aku dengan sahabat2 aku yang selama ni menyokong aku walaupun tak pernah bersua muka.

17 Julai 2009
Aku ke klinik untuk scheduled scanning. Fikiran aku jadi kosong lepas aku lihat imej di monitor mesin ultrasound. Cuma imej bulat amniotic sac tanpa fetus. Doktor diagnos sebagai missed abortion memandangkan aku tak spotting atau bleeding.

Aku balik rumah, mandi, solat dan cuba terima kenyataan ni dan redha dengan ketentuan Allah. Aku percaya dan yakin ada hikmah disebalik kejadian ni.

Aku called abang. 4 jam lepas tu dia sampai dari Kuantan. Air mata yag aku cuba tahan dari siang dah tak tertahan lagi. Just cried and cried.

21 Julai 2009
Aku ke hospital untuk buat confirmation. Lepas rather unpleasant scanning through down under, it was a missed abortion indeed. So dalam 2 minggu ni aku akan dapat tarikh untuk buat d&c.

23 Julai 2009
Hari ni aku kat opis, buat kerja macam biasa.

Aku bersyukur dapat peluang hamil buat kali ke-4 walaupun cuma 11 minggu. Aku redha akan ketentuan Allah. Masih banyak peluang untuk aku bergelar ibu lagi sekali. Aku patut bersyukur sebab ada orang lain yang lebih berat dugaannya daripada aku. Yang telah lama berumahtangga tapi masih belum dikurniakan cahayamata misalnya..

Perancangan Allah pada hambanya tak siapa yang tahu. Kadang-kadang Dia tak beri apa yang kita nak tapi Dia beri apa yang kita perlu. Kita cuma perlu berdoa dan bertawakal. Itu yang aku buat sekarang, berdoa agar Allah beri aku ketenangan hati, kedamaian jiwa dan ketajaman akal dalam aku mendepani apa juga perkara yang berlaku dalam hidup aku...

Doakan yang sama untuk aku ya...

Friday, July 10, 2009

BABY



Alhamdulillah. Kurniaan Allah untuk keluarga kami. Dah 10 minggu usia kehamilan aku...aku berdoa agar baby ni terus menjadi pengikat kasih antara kami... aminnn..

Perancangan Allah memang tak tercapai dek akal manusia kan... di saat aku menghadapi dugaan yang besar dalam kehidupan, muncul pembawa bahagia dalam hidup aku...doakan aku kuat untuk anak2 aku dan baby ni jugak....

Thursday, June 25, 2009

REASON TO CELEBRATE


Alhamdulillah. Walaupun Arief baru 5 tahun dan SPM pun 12 tahun lagi, sebagai ibu aku bangga dengan pencapaiannya... sejuk perut ibu mengandung..

Dia balik dengan fail berisi kertas exam. "ibu, abang peksa dapat nombor 1, cepat cium abang" Aku cium dia dengan linangan air mata. Dia tanya kenapa aku nangis...baru aku faham perasaan seorang ibu yang terharu dengan kejayaan anak-anaknya..

Doa aku biar kecermerlangan yang pertama ni akan berterusan. Amin..

Friday, June 19, 2009

LETTING GO

Kadang-kadang bila kita terlalu kusut memikirkan masalah, kita jadi buntu dan tak nampak jalan keluar sedangkan tiada masalah dalam dunia ni yang tiada penyelesaiannya.

Bentuk penyelesaian yang dipilih akan menentukan corak kehidupan kita betul tak? Untuk memikirkan baik buruk impak daripada cara yang akan dipilih tu memerlukan masa dan analisa juga kan.

Tentu pendapat orang yang lebih berpengalaman dan tidak berada dalam emosi yang kusut seperti kita amat diperlukan.

Cuma selalunya aku berfikir.. selalu sangat... masalah yang timbul bukan berpunca daripada aku tapi kenapa aku yang kusut fikiran memikirkan bagaimana nak menyelesaikan masalah tu. Kenapa bukan pembawa masalah tu yang selesaikan? Oh aku hampir lupa.. pembawa masalah mana tau yang dialah sebenarnya punca masalah tu..

Aku orang yang bertanggungjwab (ye muntah hijaulah). Oleh kerana masalah tu membawa kesan pada kehidupan aku dan anak2 waktu ini dan mungkin akan terus menjadi masalah pada masa akan datang maka suka atau tidak aku yang bertanggungjwab ni harus memikirkan penyelesaian terbaik kan...

Jadi untuk itu aku perlukan ketenangan....banyak aku baca bila kita bersedia memaafkan dengan ikhlas hati kita akan terbuka luas dan berasa lapang...aku perlukan ketenangan dan kelapangan hati... bukan saja untuk aku tapi untuk anak2 aku...

Aku akan cuba....to forgive and to let go...ya.. apalah yang akan aku rugi? Bukan ada yang kekal pun dalam dunia ni kan....selain amal yang soleh dan doa anak2 untuk bekal aku di akhirat nanti...

Tuesday, June 16, 2009

MARUAH

Panggilan apa yang layak untuk orang yang meletakkan maruah dirinya sebagai alas kaki? Mungkin perumpamaan yang salah sebab alas kaki pun ada tugas yang mulia iaitu membersihkan kaki yang kotor...

Lalu bila maruah itu sudah tidak penting sehingga perbuatan sumbang pun dengan megah dijaja tanpa rasa bersalah (kalaupun tidak rasa bersalah kepada orang lain, tak ke rasa bersalah pada Allah?) dimanakah letaknya maruah itu?

Lalu apakah panggilan yang layak buat orang ini?

Ketahuilah bahawa cinta dan nafsu itu maksudnya berbeza. Orang yang benar benar faham cinta akan menjaga maruah dirinya, menutup aibnya. Tapi yang tersalah faham nafsu sebagai cinta....itu bagaimana? Boleh kekal lamakah perhubungan yang bertunjangkan nafsu? Biasanya yang seronok-seronok ni tak kekal lama betul tak?

Kita bukan hidup untuk diri kita sahaja. Kita juga hidup untuk orang lain. Lalu apa kesannya dari perbuatan buruk kita pada orang lain?

Tapi berapa ramai daripada kita yang benar-benar berfikir menggunakan akal fikiran anugerah Allah sebelum berbuat sesuatu, ya tentang baik buruk perbuatan kita tu.

Berapa ramai daripada kita yang telah terbukti bersalah tapi masih berdolak dalih dengan helah menyelamatkan diri. Bukankah lebih baik akui kesalahan dan berazam untuk tak mengulanginya.

Mungkin mereka ni rasa otak adalah sekadar perhiasan...ntah..

Friday, June 12, 2009

MAAF

Satu perkataan yang mudah untuk dilafazkan. Biasa dengar kan...nak memaafkan tu mungkin boleh setelah ambil masa yang lama tapi untuk melupakan apa yang berlaku tu mungkin tidak kan. Atau mungkin tak maafkan langsung atas kapasiti sebagai mangsa?

Kita jarang atau mungkin tak memikirkan kesan daripada percakapan, perlakuan atau perbuatan kita kepada orang lain. Aku selalu percaya kalau kita tak suka orang buat benda tak elok pada kita, kita pun jangan buat pada orang lain. Ataupun kalau tak berlaku pada kita, kita ada orang yang kita sayang dan kita tak mahu apa2 yang buruk menimpa mereka kan.

Yang terbaik yang boleh kita buat kalau dah melakukan kesilapan samada sekali atau berkali2 ialah cuba minta maaf dengan ikhlas. Berjanji dengan sesungguhnya tak akan ulangi kesalahan tu. Yang paling penting ialah buktikan pada orang kita buat salah tu bahawa kita dah benar-benar berubah. Menangi hatinya semula. Jauhkan diri dari punca masalah yang membuat kita melakukan kesalahan tu.

People heal with time kan....

Monday, June 08, 2009

I CHOOSE TO BE HAPPY

I promised myself. No matter what happen or had happened, as long as I'm not the one to blame.. I will choose to be happy. Tak guna sakit hati atau bersedih atas satu perkara kan...lebih baik pilih untuk bahagia atas banyaakkkkkk perkara baik yang berlaku dalam hidup aku.....

My life is what i made of... kalau aku buat ia jadi miserable. maka miserable lah aku dapat. Kalau aku buat ia jadi happy tak kira apa rintangan pun, aku akan happy.

So Angah is one happy lady.. trying her best at this moment hehehe...

Wednesday, June 03, 2009

LUKA

Luka kat tangan nampak darahnya,
Luka kat hati ni........

Monday, June 01, 2009

RUMAHKU SYURGAKU

Alhamdulillah, impian aku untuk punyai rumah sendiri dah tercapai.



Tadi dapat salinan geran rumah. Rasa bangga bila tengok nama sendiri ada atas geran. Selama ni dok tenyeh geran orang jer hahaha..



Hari Rabu minggu depan, ada majlis serah kunci rumah di Kuantan. Maka boleh la mulakan kerja2 ubahsuai bulan depan. Maknanya tahun ni boleh raya dirumah sendiri kalau nak.



Walaupun seronok.. bila tengok slip gaji dengan potongan bayaran rumah nanti tentu kurang seronok hahaha...



Apapun aku bersyukur sebab urusan pembelian rumah ni dipermudahkan Allah. Abang kata rezeki anak tuh. Aku setuju.

Wednesday, May 27, 2009

JANGAN MAIN API

Aku dah 2 hari demam. Ni berehat kat rumah. Tadi baca Berita Harian. Kan tengah hangat pasal cerita cinta bersegi2 ostad, isterinya dan dot dot dot.

My point is simple. Sedar diri status masing-masing. Kalau dah berumahtangga tu sedar diri sikit isteri kat rumah yang tak tau apa-apa.

Kalau yang pihak ketiga tu sedar diri sikit kalau nak berkawan lebih-lebih lagi dengan suami orang. Walau apapun alasan berkawan, walau bermati-matian kata hanya sekadar kawan tapi kalau isteri kawan tu dah terasa hati baik undur diri la. Tak perlu nak melenting bila si isteri tu marah pada awak sebab dia ada haknya sebagai isteri.

Tak baik bina kebahagiaan atas kesedihan orang lain. Tak baik aniaya hati orang. Kena ingat kalau lelaaki tu boleh buat camtu kat isteri dan anak2 dia, tak mustahil dia boleh buat benda yang sama pada awak jugak. What goes around comes around katanya.

Tauuu nanti ada yang ckp dah lelaki tu gatal. Ya adat lelaki memang menggatal tapi kita yang perempuan ni kena tahu berfikir. Cuba fikir kenapa dalam Al-Quran Allah mulakan ayat Azzaniah wa Zani tetapi mulakan dalam ayat lain Assariq wa Sariqah? pucuk pangkalnya berbalik pada perempuan.

Banyak dah statement saya bukan penyebab mereka bercerai. Aku kata pandai la tu..kalau sebelum lelaki tu kenal awak rumahtangga elok je tetiba lepas kenal rumahtangga jadikacau bilau, bukan sebab awak ke? ada hati pulak buat statement ala2 bela diri...

Tapi benda2 camni walau sejuta kali pun diasak ke telingan perempuan2 yang jadi pihak ketiga ni, derang takkan dengar sebab mereka ni belum bersuami. Mana boleh faham perasaan seorang isteri.

Kengkadang aku rasa ada betulnya bila orang cakap perempuan yang menghancurkan kehidupan perempuan lain.

Untuk memes dan wohidas..dan mana2 perempuan yang ada hubungan atau tengah nak try dengan suami orang.. bawak2 la berfikir ya..sebab doa oarang yang teraniaya ni dikabulkan Allah.

Lagi satu, kalau nampak senang, segak, berketrampilan, apa je la good traits lelaki tu..semua tu atas sokongan isterinya. Kalau takde isteri sama bantu ekonomi keluarga hmmm..entahla..awak..awak..awak yang teringin ngan laki orang pun sure tak mau la..

Aku mmg emo kalau benda2 camni nih. Sebab nampak sangat lemahnya perempuan disebabkan seorang manusia bernama lelaki. Yang lelaki plak..kalau rasa nak sgt tambah cawangan bagitau isteri betul2. Jangan main belakang, bila tembelang dah pecah macam2 alasan la. Berapa ramai yang mampu sebenarnya? bil rumah pun bahagi dua ada hati nak pasang satu lagi...ntah la...

Monday, May 25, 2009

7 TAHUN

Alhamdulillah..

Tiada hadiah paling berharga yang boleh diberikan oleh seorang suami kepada isterinya selain kejujuran dan kesetiaan dalam perkahwinan.

Doa aku agar hubungan ini sentiasa dalam mawadah dan rahmah Allah. Tetap utuh walau diuji dengan dugaan. InsyaAllah

Oh..minggu lepas balik dari kejohanan, kami sekeluarga mengirai duit...untuk anak2 sebenarnya. Otak aku dah ligat berfikir sejak awal Mei apa nak aku hadiahkan pada abang..rasanya semua benda pun dah aku bagi haha..

Masuk ke outlet Adidas. Abang nampak berkenan dengan satu kasut. Abang dapat hadiah awal tahun ni. Sepasang Adidas Micro Bounce.

Ya.. poket aku sedikit rabak. Tapi melihat orang yang aku sayang gembira..itu priceless.

p/s : Ucapan Selamat Ulangtahun Perkahwinan jugak untuk 2 sahabat aku. Encik Spyz yang ke 12 dan Puan Oren yang ke 7

Thursday, May 21, 2009

HARI IBU


Calvin Klein Eternity Moment for her...
Hugo Boss Soul for him...
Dua2 baru...
Dua2 wangi...

Abang kata Selamat Hari Ibu sayang..
Angah kata Terima Kasih abang..

PENAT TAPI PUAS

Aku balik dari Kejohanan Piala Tengku Mahkota dan Sirkit Remaja Kebangsaan kat Rompin hari Isnin. Penat giler tapi aku puas.

Oh ya, aku bertugas sbg chief judge dalam kedua2 event. Satu pengalaman yang best. Terkejut jugak masa Chief Commissaire announced dlm team managers meeting. Satu cabaran untuk aku kan. Mujur roomate pun komisar walaupun dlm kejohanan ni dia Pengarah Teknikal.

Hajat nak beronggeng ngan hubby haha sudahnya aku sibuk dan dia maha sibuk. Malam jer la boleh lepak sekali, itupun telefon x henti2 ringing. Nak buat camno dah tugas dia.

Segmen memuji diri....sampai last day pun masih ramai tak tau aku isteri abang. Profesional katanya..for one aku mmg tak naik keter dia walaupun boleh je sebenarnya nak naik sekali kan. to and fro start/finish. Aku naik kereta chief judge day in day out.

Apapun aku enjoy kerja walaupun penat dan kulit aku makin hitam.

Kelmarin masuk opis sehari dan semalam aku check in kat Empress Hotel Sepang untuk kursus tanah. Esok aku balik la. Huh! sungguh sibuk aku nih..

Beberapa gambar yang sempat aku snap. Sumpah tak sempat! kalau sempat pun nampak sangat tak pro..masa bertugas sibuk ngambek gambar hahaha


Tandatangan kehadiran. Panjang betul si panjang neh..dia menang yellow jersey. Panjang.. apa awak buat belakang kereta chief judge? hahaha

Tarian dari Rusia masa opening Stage 1, Kriterium Goh Tong Jaya. So and so jek cuma seksi amat penari2 nih..

Mass start kriterium. tapi ni scratch race. takde intermediate sprint.

Mengabadikan gambar di Selesa Hill Homes.. perasan artistik!

Ni stage 2 : Raub-Bentong. Tengah tunggu rider sampai. Panas Ya Rabbi..

Ni Stage 3 : Lanchang - Bera. Ambik la gambar ngan Nawi, adik haidar..Ainiiii ko perasan tak posing ni? hahahaa

Tuesday, May 12, 2009

AWAY...

Hari ni aku akan lapor diri untuk bertugas sebagai komisar di Kejohanan Lumba basikal Piala Tengku Mahkota dari 13-17 Mei 2009. Alhamdulillah unrecorded leave approved. Aku dari opis jer, naik LRT kat Kelana Jaya terus ke Gombak. Abang amik kat sana je. Adoyai.. kena mengheret beg la aku.

Ini kejohanan jelajah pertama aku bertugas. Jadi motor judge pun best jugak kan ehehe..Esok stage pertama Kriterium Goh Tong Jaya.

The best thing is that, I got to spend some quality time with abang. Sambil menyelam minum air katanya..

Kanak2 ribena diswastakan kepada nenek dan makciknya. Seminggu jer ibu takde ye anak2.

Will be back in the office on Tuesday.

Ada masa aku update gak la dari tempat kejadian kan.

Wednesday, April 29, 2009

ADNEEN HUMAIRA IS TWO YEARS OLD



Sekejap sungguh masa berlalu. Adneen Humaira binti Mazlan dah berusia 2 tahun. Doa ibu dan ayah agar kakak jadi anak yang solehah, yang akan mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah di alam baqa' nanti Insyaallah

Cuma sedikit sambutan dibuat di rumah. Jemput saudara terdekat saja.

Gaun yang disponsor oleh adik Makniknya. Glem kejap anak dara aku ehehe. Cuak jer muka depan kek tu


Abang yang baik hati tolong kakak potong kek. Birthday abang dah dibuat di Kuantan bulan 3 lepas. Budak takde birthday tahun ni kan.. kesiann...



Tengok comot mulut, pegang pisau kek, aku risau kotor jer gaun dia tuh. Lepas acara potong kek dan bergambar terus aku salinkan. Mengamuk anak dara aku ni taknak "nanak bu.. aju tantek ni.." kecik2 dah pandai melawa...

Apapun aku bersyukur dikurniakan sepasang cahaya mata. Permata hati ibu dan ayah. Kakak pun dah 2 tahun... boleh bagi adik nih hahaha...

Monday, April 27, 2009

PUTRAJAYA CRITICAL MASS 1st ANNIVERSARY

Sebenarnya ini baru kali ke-3 aku join the ride. Somehow aku rasa macam dah lama join sebab rider lain yang join pun sangat sporting. All come because we love cycling.

So jumaat lepas marked the first anniversary of PCM. Kudos to the organizer. Cuasa sangat baik. Riders pun ramai berbanding PCM bulan 3 yang lepas.

Aku bertolak dari pejabat lepas solat maghrib. Sampai Putrajaya amik kembar tak seiras aku kat stersn LRT, anto dia balik rumah, amik cupckes dan aku terus ke meeting point. Daoh and Abang Man CIOCC dah terpacak kat sana. Unload my bike and borak2 lah dengan PCMers yang dah sampai.

Ambil t-shirt daripada Encik Toyol. Sangat cantik I like.

The ride started at 10 after amik gambar dengan banner besar, ramai2 kat depan tangga POJ tuh.

The ride was ok. Aku rasa masa PCM bulan lepas aku ikut jalan yang lagi jauh haha..

Dan basikal aku telah dirogol beramai-ramai huhuhu

Kali ni all manage to ride in big group. Ramai yang tercicir pun masa section mendaki sikit tu la, lepas regroup, kayuhan diteruskan ke meeting point. Cuma dekat Perdana Putra tu ada yang buat pusingan 2 kali, dan ada yang teruskan ke meeting point. Aku terus jer.

Sebab PCM kali ni ada sikit makan-makan after ride so aku bawak homeade cheese cake, si Aini bawak cupcakes and ada buah, pizza dan semua orang terlupa pasal air.. takper air botol masa ride ada lagik.

Makan-makan time. Alhamdulillah habis licin jugak kek aku bawak walaupun pada mulanya macam malu-malu jer semua nak mulakan kenduri.

Hantar kembar tak seiras aku ni balik Precint 9 and headed home. Sampai rumah tengok anak2 dah terbongkang depan TV. Sah la tunggu ibu balik...hahaha

Apapun I had fun like always... see u guys next month..


p/s : gambar2 kredit pada snipers pada malam itu.. you guys rawk..

Thursday, April 23, 2009

KAT MANA AGAKNYA MEREKA NI?

Aku dapat balik gambar ni masa tengah mengemas kotak-kotak lama untuk dilupuskan. Aku siap hantar kat tempat kitar semula tau. Mengurangkan carbon foot print katanya. Anyway… gambar ni diambil kat Dataran Merdeka pada hari terakhir Program Konvoi Kembara Rakan Muda sempena Sukan Asia 2006 yang dianjurkan oleh Sekreteriat Rakan Muda tempat aku belajar dulu dalam tahun 2000. Dah 9 tahun dah…

Aku Ketua Penyelaras Program dalam konvoi tu. Dekat 2 minggu pusing 1 Malaysia mengumpul tandatangan sebagai tanda sokongan kepada bidaan Malaysia sebagai tuan rumah. Tapi kita kalah dengan Doha. Takper.. semangat tu penting.

Masa telek2 gambar ni aku terfikir… dimana agaknya peserta-peserta konvoi ni sekarang? Selepas 9 tahun…mesti dah ada kerja yang bagus, dah berkahwin dan beranak pinak macam aku jugak.

Bila la dapat ketemu lagi? Agak2 boleh kenal ke? Nama sebilangan peserta dalam gambar ni pun aku tak ingat.. very bad…. very bad...

Soalan aku …. Korang cam aku tak?

Tuesday, April 21, 2009

NILAI TAMBAH

Aku selalu percaya kita perlukan nilai tambah dalam diri kita, dalam kerja kita, dalam apa jugak benda yang kita buat untuk naik setakuk, untuk jadi lebih baik, untuk kepuasan diri. Mana-mana satu yang sesuai la ya.

Aku minat sukan berbasikal ni. Awal2 dulu sebab terjebak dengan penganjurannya la. Tapi takkan cukup dengan ikut team penganjuran saja. Lepas kawen dan kebetulan pulak suami aku memang bekas pelumba yang bini keduanya memang basikal, jadi aku pun berjinak2 dengan aktiviti kayuhan walaupun aku ni masuk kategori leisure rider je. Jadi daripada cuma jadi salah seorang kuli dalam penganjuran, sekarang aku pun adalah seorang pengayuh basikal. Itu satu nilai tambah sebab aku dah boleh cerita pasal basikal.

Tapi takkan cukup dengan berkayuh petang2 dan ikut abang dan kengkawan pergi ride? Perlu nilai tambah di situ. Maka bila ada peluang untuk pergi kursus dan peperiksaan jadi komisar aku pun pergi. Sekarang aku boleh ikut team penganjuran, aku boleh berkayuh dan aku jugak seorang komisar yang boleh mengadili perlumbaan. Satu pencapaian jugak tu kan..

Alang2 dah jadi komisar kebangsaan ni dan jumlah komisar wanita kebangsaan yang aktif tidak lah ramai aku beri tempoh 3 tahun pada diri sendiri untuk buat satu lagi nilai tambah iaitu jadi International Commissaire. Kat Malaysia ada 2 orang jer.

Selain pengetahuan aku makin banyak, boleh jugak kenal ramai orang, boleh travel dan tambah duit poket... dan satu cara untuk aku berdampingan dengan suami..itu antara advantage dari program tambah nilai pada interest aku nih la.

So ujung minggu lepas aku bertugas kat Kuantan Downhill. Aku jadi time keeper. Alhamdulillah lancar je perjalanan race. Race kat entry ni merujuk pada kerja komisar ya.. bukan pada perjalanan kejohanan oleh organizer. Aku nampak banyak kelemahan organizer dalam penganjuran, based pada pengalaman aku dalam penganjuran event basikal la. (kan aku dah cakap bagus kalau ada nilai tambah ni.....mati la perasan hahaha), yang boleh dielakkan sebenarnya. Tapi aku taknak komen lebih2 sebab aku bukan organizer.

Ni antara rider yang masuk pertandingan. Buat tepi pantai, memang bahang la kena angin laut tu kan.. Ketua Marshal, Nasrul tengah suruh rider naik lori untuk naik Bukit Pelindung.

Haaa... ni pulak muka komisar dan komisarina yang dah berminyak2 lepas Final run. Baru selesai bagi keputusan rasmi untuk direkodkan. Abang chief commissaire masa event nih.

Ramai gak tanya aku eksiden kat mana... bila aku cakap aku jatuh basikal muka derang macam pelik jer hahaha... kan aku dah cakap alang2 dah minat sukan berbasikal biar aku cuba semuanya daripada anjurkan event, bawak basikal dan jadi komisar jugak. Lengkap pakej aku ehehe...

My point is, kita boleh tambah nilai pada interest kita untuk kemajuan diri dsb. Mana tau lepas ni aku boleh bukak kedai basikal ke, buat consultation event basikal ke, ape-ape jer la...macam orang pandai lukis2, boleh belajar buat cupcakes macam kak Pnut dan jadikan pendapatan sampingan, macam yang pandai gubah2 tu boleh buat bisnes hantaran ke apa kan..

so tepuk dada tanya kehendak....

Friday, April 17, 2009

KUANTAN DOWNHILL

Esok dan lusa aku akan berada di Kuantan untuk Kuantan Downhill

Tak... aku tak masuk bertanding walaupun aku tau kalau aku masuk dah pasti ada hadiah menanti sebab rider perempuan tak ramai ehehe..

Aku dapat lantikan komisar. Mana senang ek.. jadi starter / time keeper / judge / result ? Tak kisah la apa pun tapi aku seronok sebab ni tugasan pertama dalam acara downhill. Nak tengok gak otai2 downhiller nih, berapa ramai berani turun Bukit Pelindung? Nak tengok gak masa terpantas yang boleh dicatat dalam seeding run esok.

Petang ni bertolak. Angkut anak2 dan emak sekali.

Angkut basikal jugak sebab aku pun nak try track off road area tu petang esok kalau sempat la. Anak bujang aku dah sibuk suruh bawak basikal dia jugak. Boleh jer. Yang tak tahan tu mintak aku letak sekali ngan basikal aku atas bumbung kereta hahahaha...

Oh ya.. abang pun bertugas gak. Combining work with pleasure... I likeee