Wednesday, August 05, 2009

BEREHAT DI KUANTAN

Minggu kedua bercuti, minggu terakhir sebenarnya hehe. Ahad lepas bertolak ke Kuantan lepas Asar.

Kat sini pun tak banyak yang aku buat selain rehat dan rehat.

Abang pun tengah sibuk siapkan trek downhill kat Bukit Pelindung, dekat dengan Teluk Chempedak. So pagi2 dia belikan sarapan untuk aku dan anak2. Petang dia balik dari hutan lepas mandi semua kami anak beranak lepak je la depan tv or jalan la kemana2 sekejap.

Alhamdulillah, aku dah semakin sihat. Aku rasa sihat pun cuma aku dengar cakap emak. memang kita rasa kita sihat tapi kat dalam kita tak tau. Badan nak pakai lama kan..

Ramai jugak yang tanya kenapa aku ambil keputusan untuk berpantang sama macam orang yang bersalin walaupun aku cuma keguguran. jawapan aku senang. Aku nak betul2 sihat dalaman. Orang tua-tua kata masa ni memang tak terasa kesannya tapi bila umur dah bertambah kesannya akan terasa. memang takde kajian saintifik pasal benda ni. Tapi benda baik apa salahnya aku buat.

Banyak manfaatnya sebenarnya berpantang ni. Secara tak langsung aku melatih diri untuk jaga pemakanan aku. Ye la.. dah 2 tahun hentam semua yang aku nak, 44 hari ni aku cuma makan sayur rebus dan ikan bakar atau ikan bilis yg digoreng tanpa minyak. Minum air suam dan jamu yang emak sediakan. Aku makan jugak tempe rebus dan tau fu fa tanpa gula. Kira-kira macam diet la sikit2..

Aku mandi serum (campuran daun2 yang direbus) dan berurut jugak. Lepas urut aku pakai param (bedak sejuk lepas bersalin) seluruh badan dan berbengkung. Memang segar sungguh badan. Macam kat Spa kan..mujur mak aku memang tukang urut hehe..

Itu semua aku buat seminggu je. Sekarang ni aku cuma berbengkung simple dan makan macam pantang bersalin. malam aku pakai setokin yg mak aku belikan..ada dot2 infra red ke apa aku tak tau..pakai je la hihi.

Aku amalkan jugak minum jus Bidadari (jus ke?) saja nak try, katanya boleh menyembuhkan luka2 dalam dan bagus untuk perempuan. Just give it a try sebulan dua ni tengok apa result. Kalau bagus teruskan, kalau mcm takde kesan berhenti la minum. Simple kan..

Ada yang tanya aku jugak, tak leceh ke? Ye la bukan aku bersalin pun. Pada aku pucuk pangkalnya kehendak kita, kalau rasa nak berpantang teruskan lah, kalau rasa tak nak pun terpulanglah. Aku pun bukannya strict sangat bab2 pemakanan macam orang dulu-dulu yang cuma makan nasi panas tabur lada hitam dan ikan kering.. Aku makan sayur/ikan/buah cuma cara penyediaan tu saja yang rebus/bakar.

Geng2 basikal pulak tanya "wei bai bila nak start kayuh balik..itu basikal turunkan dari gantungan.." hahaha.. aku kata "pelan-pelan kayuh la dol..lepas raya aku start training balik" Teruk la aku kena mula dari kosong semula. Membayangkan kayuh light untuk cadence training dengan gearing 33-19 huhuhu...

Tapi takpe..no pain no gain katanya. Aku nak fit balik and able to join Monsoon Ride bulan 12 nih. 45km offroad funride.

Abang kata "semangat waja nampak..kang training2 tak sempat masuk funride dah berisi balik hehe" Aku kata "abang lupa ke ada orang tu kena puasa 100 hari hehe"

p/s : Aku dah muat jeans saiz 30 aku tuh...

4 comments:

Arena said...

Puasa 100 hari? erkkkk.... anyways, ngah ko memang tabah.. aku salute la kat ko.. jaga diri baik2 ok.. jangan lasak2 dulu...

pB said...

memang patut berpantang , walaupun hanta gugur ..

HappyIrfa said...

berpantang mmg memenatkan tp utk jangka masa panjang lebih baik jaga dr awal..slmt berpantang juga utk en abg..

bola2api said...

Hi babe. Aku baru dpt internet dgn aman. So sorry for u. Ada hikmah di sebaliknya tu.

Apsal d&c procedure kau mcm scary? Hahaha.. Masa aku dulu, takde bagi ubat kasi rengat ker haper.. Maybe sbb kau kat hospi gomen kot.

Anyway, it's good that kau berpantang. Badan nak pakai lama weh.. Cycling can wait. Lepas raya is a good time to start. Take good care, ok.