Tuesday, August 18, 2009

RENOVATION PLAN KATANYA

Saja nak cerita perkembangan rumah. Tak de apa2 perkembangan pun hehe. Cuma bekalan air dan elektrik dah disambung. Masa aku pergi ke rumah tu baru-baru ni, ramai jugak yang dah mula menduduki rumah masing-masing. Ni yang naik semangat nak cepat2 buat renovation dan penuhkan barangan dalam rumah. Konsep rumah aku ialah MODEN dan SIMPLE

Abang survey2 harga beberapa benda macam pagar, kabinet dapur, grill, buat tambahan kat sebelah dapur etc. Bila dengar harga keseluruhan barang dan upah buat pagar rasa nak pengsan pun ada hahaha.. RM 20K tuh... nak buat camne pagar kena cover 50 kaki belakang, 80 kaki tepi dan 50 kaki depan. So we decided tak payah la. Pagar can wait. Taman rumput cantik2 buat landscape dan kekalkan jer la jaring mata punai tuh, konon2 biar orang tengok landscape la hehehe.. apa punya plan lah..



Aku nak cerita perihal plan aku merenovasi rumah ikut suka2 plan aku. Saja nak jadikan rekod. So ni cerita tingkat bawah saja lah ya.. tingkat atas tunguuuu...kayuh pelan2 orang kata. Puan Angah semakin kering poketnya nih huhuhu







Bahagian luar rumah. Pintu ni akan ditukar ke pintu yang cantik dan kukuh sikit. Lantai porch tu akan diletak jubin yang tahan lasak sikit la. Luas jugak la areanya sebab btermasuk bahagian sisi jugak. Dinding rumah daripada bawah tingkap ke lantai tu akan ditepek jubin yang macam batu2 tu. Aku nak cakap pun tak reti. nanti kerja dah dlm progres aku tepek la gambar kat sini. Alhamdulillah abang dapat harga best untuk kemasan lantai daripada Floor Depot. Dulu kan dia buat kerja renovation kat KL..






Ok masuk dalam rumah. Ni pesen tangga yang aku suka sebab kita ada pilihan nak buat stor atau tempat rilek bawah tu. Belum decide lagi. Kemungkinan jadi tempat letak basikal hahaha. basikal kan sebahagian daripada family aku. Belakang rumah yang dah disambung boleh buat stor. Railing tangga yang tak cantik. Ni tengah survey tampered glass yang bercorak untuk jadikan railing tangga tu. Harga sikit mahal la tapi takde maintainance. Selain cantik dapat jugak jaga keselamatan budak2 yang naik turun. Atas tu ada family area, tempat budak2 mainlah rasanya..nak jadikan tempat rilek susah kang terantuk kepala kat bucu tangga.





Ni ruangan utama rumah, pintu tu menuju dapur. Biasala kat ruang ni letak sofa dan meja makan tapi sebab dapur tu akan convert jadi dining area maka kawasan ni kosong. Sebelah kanan tu yang nampak mcm terang sikit tu ada sliding door. So aku akan letak display kabinet sepanjang dinding tu untuk isi pinggan mangkuk Vantage aku. Kawasan tu asalnya tempat meja makan. So akan lapang la senang anak2 nak berlari2.. hati2 ya jgn bergegar kabinet Vantage ibu..




Dapur yang agak luas. Memandangkan tak jadi buat pagar maka dinding dapur (yang ada tingkap tu) akan dipecahkan dan buat extension ke belakang untuk dry and wet kitchen. Dapur asal jadikan dining area. Boleh letak set meja makan yang besar sikit. Buat jugak macam porch sebelah belakang tu untuk tempat sidai baju dsb. Kos keseluruhan dlm 10K. Lebih murah dari buat pagar tuh..sementara kawasan tu belum masuk dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan kena buat dulu apa2 renovation luaran kalau nak buat. Dah masuk nanti kena hantar Kebenaran Merancang plak, kos lagi tuh.



Kabinet dapur lama dah survey. So memandangkan akan buat extension, angan2 aku nak buat kabinet dapur skala besar akan tercapai. Murah jugak la custom made kat Kuantan tu. Boleh la secure dalam RM100 sekaki persegi. Kemasan kabinet dapur macam dapur, sinki, paip, pantry aku beli kat Jalan Ipoh KL sebab abang dapat harga murah dan design pun banyak.





Ini bilik kat dapur. Tak tau lagi nak buat apa ngan bilik ni. Most probably akan jadi bilik mak aku kalau dia ikut aku pindah ke Kuantan. Kalau tak biar la dulu. Bilik maid tak mungkin sbb aku dapat maid yang balik hari. Kalau mak aku jadi pindah ikut aku maka lantai bilik ni akan ditukar pada kemasan kayu.

Itu jer la kot..nak setel habis2 renovation baru masuk perabot dan hiasan sikit2. nanti sambung ek..

off track sikit... Selamat pengantin baru pada OStad dan Wohidoa dengan ucapan what goes around comes around.

12 comments:

NONIE AZIZ said...

wahhhh..maks kagum ok..rumah ko mmg cantik noks...

kakLuna said...

angah, pasti ada yang melihat rumah mu dgn pandangan yg sgt jeles tak terkata. apatah lagi tidak dpt mengomen. haha sakitnya hati beliau itu.

angah, sy doakan dgn duduknya angah, suami dan anak2 di rumah itu nanti, akan menjadi syurga buat kalian.

tentangseseorang said...

ooooo
besar jugak bukak rumah nih....
eh mak ikut pindah kuantan?
kene ke kuantan la pulak kalau nak jumpa mak. eheheheh

Ummi batrisya dan damya said...

wah... cantik rumah

yang bestnya siap ada iklan kat abwah tu, gelak mak cik baca

Angah said...

Nonie
Alhamdulillah, rezeki aku noks

Luna
Siapakah? hahaha.. biar terjojol2 biji mata beliau..kalau beliau nak teruskan angan-angan beliau pun silakan lahkan... Amiiinnnnn atas doa tuluna tu..

Ady
Boleh la.. insyaalaah mak ikut pindah. Noni pun sekolah kat Kuala Rompin.

Angah said...

Ummi
hehehe.. luahan seorang isteri katanya..

Pnut said...

kelassss rumah depa besooooo nyeee rasa rendah diri nih....
ehehehh tahniah..selamat merenovasi...malatops rumah ouls...

adk said...

ho ho horlicks..

beso and lawo ar umah ko ngah...

tentangseseorang said...

ooooo
insyaAllah ada rezeki sampai la ady ke sana pulak. Ehehehehe. Haruslah bawak pergi piknik ye? :D

mamalisa said...

terliur nih ....bestnya.

bola2api said...

Nice.. Jgn lupa jemput aku bil dah siap nanti..whenever i'm around kuantang laa..

Anonymous said...

Salam boleh saya tahu kat mana dapatcustom made kat Kuantan 2? Saya pun nak buat renovation rmh area kuantan gak.