Friday, February 28, 2003

Memang aku dah lama tak update. Aku ada masa, cuma aku tak ada cerita, tak ada keinginan nak update. Nantilah bila keinginan aku dah kembali akan aku usahakan juga mengupdate.

Nak kata aku merajuk, mungkin juga. Aku dah rasa bahang tulisan aku sendiri. Aku nak sejukkan diri.

Aku tak jajni bila angah's online journal akan online semula. Aku akan cuba... insyaallah.


Monday, February 10, 2003

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1423 Hijrah. Tahun nih seperti yang aku war2kan, aku balik Kelantan. Berkenalan dengan keluarga sebelah abang.

Bila berkata pasal raya, yang biasa kita sambut dengan meriah ialah raya puasa. kalu ikut yang sebenar, kalau tak silap akulah.. kita patutnya sambut raya korban dengan lebih meriah. Tapi dah adat di Malaysia kan.. dah turun temurun.. kita nih mengikut adat. Jadinya aku nih cam pelancong ler, yang pertama kali nak merasai betapa meriahnya raya korban seperti yang diceritakan dek kengkawan yang berasal dari Pantai Timur. kalu kat Klang tu, lepas sembahyang raya dah tak ada apa dah... Inilah untungya dapat pasangan daripada budaya yang berbeza. banyak variasi yang dapat dialami.

Semalam aku dapat hadiah. Bukan sebab hari jadi atau aku menang peraduan atau aku lulus peksa. Ayah mertua aku bagi aku sebentuk loket. Batu berwarna oren diikat dengan emas... sangat cantik. Ayah kata hadiah sbb aku basuhkan baju dia ehehe.. terima kasih ayah.. Aku ni satu2nya menantu perempuan dia. Aku bersyukur dikurniaan mertua yang baik, yang boleh terima aku bukan saja sebagai menantu tapi sebagai anak. Dan aku rasa itulah hadiah paling berharga aku pernah dapat. Kasih sayang yang ikhlas....


Saturday, February 08, 2003

Kepala aku sakit lagi. Sejak kebelakangan ni selalu sangat kepala aku sakit. Berdenyut2. Sakit tak tentu tempat pulak tu, kadang2 kat depan, kadang2 kat belakang. Semua yang aku buat tak kena. Baring salah, duduk salah. Nak bukak mata pun tak larat kadang2 tu.

Aku ingat seminggu sebelum nikah dulu, aku demam teruk. 2 hari terlantar di rumah. Kepala aku rasa cam ada orang ketuk ngan tukul besi. Batuk tak payah cakaplah, selsema lagi. Masa majlis perkahwinan aku tu, aku masih lemah sebenarnya. Entah berapa kali aku batuk atas pelamin. Mujur bunyi cempuling tu kuat.

Doktor bagi aku pain killer. Buka aku tak biasa ngan pain killer, kalau setakat euphamol tuh, mmg tak jalan ler. Panadol jangan haraplah. Doktor bagi pain killer yang biasa tapi kepala aku masih sakit. Last2 dia bagi yang boleh tahan 24 jam. Cuma boleh makan sebiji jer sehari sebab dosejnya tinggi. Aku makan... aku rasa lega. Cuma aku tak mahu bergantung dengan pain killer.

migraine


Ni, dah berapa minggu ni, migrain aku kembali menyerang. Memang aku cuba tahan tapi kadang2 aku kalah juga. Aku tak daya menahan sakit. aku takut nak pergi check.. manalah tau ada brain tumor ke, na'uzubillah.. Mujur ada abang, ada kengkawan yang faham kesakitan aku. Kesian student aku.. sekali dua aku terpaksa cancel kelas. Nak buka mata pun tak larat.. apa lagi nak mengajar..

Ada sesiapa yang ada petua untuk hilangkan sakit kepala?


Hari ni dikala semer pekerja kat Malaysia nih cuti ganti Tahun Baru Cina, aku bekerja. Bekerja untuk ganti cuti Khamis depan. Now, kat tempat aku, kengkadang ada force leave, terutamanya staff akademik cam aku. Biasanya kalau melibatkan cuti umum perayaan ler. Semua diwajibkan bercuti. Ok jugak sbb student pun takde, at least inilah peluang untuk berehat tanpa ada rekod cuti kan. Jadinya harini dalam keadaan mamai, aku ke ofis juga ler. Minggu depan aku cuti panjang. Tak sabar nak shopping kat Kelantan.. beli tudung, beli kain pasang etc... rabak jugak poket aku kang ehehehe


Friday, February 07, 2003

Le Tour De LangkawiRombongan Le Tour De Langkawi sampai Kuantan Kelmarin. Makanya, malam tu, lepas maghrib. Aku ngan abang pergi ler jumpa kawan2 commissaire di Swiss Garden dan kawan2 trafik Bukit Aman di Grand Continental. Banyak yang disembangkan, yelah.. lama tak jumpa. Tahun ni abang tak terlibat, banyak kerja di bengkel yang perlu diuruskan. Periuk nasi tu...

Aku dapat souvenir, sehelai baju dan topi pasukan trafik. Terima kasih daun keladi ehehe. Member abang, Abang Zahari ialah salah seorang dalam team Mavic (pasukan yang beri bantuan untuk rider yang jauh ngan team car atau peloton) bagi air 100 plus. Boleh ler buat kenduri sekampung. Aku tengok tahun ni ramai muka baru. Cavalcade department pun tak semeriah mana. Uniform erm... tahun lepas lagi cantik sebab bercorak. tahun ni sama ngan tahun 2001.

Mereka tanya ngapa aku dah tak involve dah ngan events. Aku kata aku mengajar, susah nak cuti. Tapi yang sebenarnya aku dah puas, dah penat merasa pahit maung join events. Aku nak rehat.. dunia tu dah tak berapa sesuai dengan aku. Dunia aku sekarang lebih aman, lebih tersusun. Pergi sekali sekala mungkin boleh sbb abang pun masih aktif mengadili lumba basikal peringkat kebangsaan.

Aku cadang nak ke Genting Highland untuk peringkat 9. Biasanya peringkat nilah penentu juara LTDL. Pakar daki mesti berjuang habis habisan. Cam tahun lepas. 8 stage orang yang sama pakai jersi kuning, sampai peringkat 9 terus kena rampas dek orang lain. Kalu tak pun aku nak tengok stage akhir (KL Criterium) kat depan Dataran Merdeka.

Minggu depan aku start cuti daripada hari Selasa. Nak balik Kelantan, merasai buat pertama kali sambutan Hari Raya Korban yang meriah. Maghi seme kelik kelate weh...


Wednesday, February 05, 2003

Cuti Cuti Malaysia

Tahun Baru Cina yang baru lepas nih aku gi bercuti ke negeri jiran, Terengganu Darul Iman. Biasa dah ke sana, cuma kali nih aku menginap. Lagipun aku memang nak ke majlis perkahwinan member di Kampung Serada. Orang Kedah dapat orang Terengganu. Congrats Nida!!

Biasanya aku ikut jalan pantai tapi kali nih abang bawa ikut Jerangau. Kiri kanan jalan penuh dengan ladang kelapa sawit dan getah. Banyak juga gerai menjual pokok hiasan hutan, antara yang popular ialah pokok tanduk rusa. Aku tak berapa minat pokok hiasan tak berbunga. Tengok jerlah.. Gerai kosong pun banyak, dah dipanjat olan pun. Abang kata gerai jual buah bermusim. Hm.. patutlah. Cuma aku rasa ia mencacatkan keindahan. Kan baik robohkan sementara tunggu musim akan datang. Gerai2 tu pun dibina ala kadar jer.

Aku berhenti makan tengahari kat Kuala Berang. Pekan kecil jer. Deretan kedai di kiri kanan jalan. Shopping complex memang takde ler. Ramai budak muda melepak dikaki lima kedai. Duduk bercangkung, berborak sambil bersiul setiap kali awek lalu. Mereka juga ikut perkembangan zaman dari segi berpakaian etc. Aku ternampak pulak sign board Penyu.com, sebuah kedai komputer. Ada kena mengena ngan penyu biru ker?

Aku singgah kampung Rahmat, Setiu, rumah sedara abang. Nyamannya suasana. Sunyi jer. Jenis kediaman yang aku impikan untuk zaman persaraan nanti. mata aku asyik melilau melihat, menghayati keindahan negeri pantai timur ni. Lepas solat, kami teruskan perjalanan. Sempat aku bodek sepasu pokok bonsai untuk diletak di rumah. Terima kasih Abang Kamarul.

Sampai Kuala Terengganu dah agak petang. Mana taknya.. dok enjoy the ride manjang. Hujan lagik. Tak pe ah... sekali sekala kan. tapi yang aku agak pelik kan, sepanjang perjalanan tu jarang sangat aku nampak kaum Tiong Hua beraya. tak beraya ke mereka nih? Aku check in pehtu relax jerlah. Malam pun tak kemana. Ingat nak ke Seberang Takir pekena sotong cotek (sotong segar yang digoreng, dicicah ngan sambal yang sedaapp) tapi rasa malas pulak.

Kuala Terengganu masih macam dulu. Masih belum terasa sesaknya. Masih seronok berjalan kaki menjamu mata dan telinga.