Wednesday, February 05, 2003

Cuti Cuti Malaysia

Tahun Baru Cina yang baru lepas nih aku gi bercuti ke negeri jiran, Terengganu Darul Iman. Biasa dah ke sana, cuma kali nih aku menginap. Lagipun aku memang nak ke majlis perkahwinan member di Kampung Serada. Orang Kedah dapat orang Terengganu. Congrats Nida!!

Biasanya aku ikut jalan pantai tapi kali nih abang bawa ikut Jerangau. Kiri kanan jalan penuh dengan ladang kelapa sawit dan getah. Banyak juga gerai menjual pokok hiasan hutan, antara yang popular ialah pokok tanduk rusa. Aku tak berapa minat pokok hiasan tak berbunga. Tengok jerlah.. Gerai kosong pun banyak, dah dipanjat olan pun. Abang kata gerai jual buah bermusim. Hm.. patutlah. Cuma aku rasa ia mencacatkan keindahan. Kan baik robohkan sementara tunggu musim akan datang. Gerai2 tu pun dibina ala kadar jer.

Aku berhenti makan tengahari kat Kuala Berang. Pekan kecil jer. Deretan kedai di kiri kanan jalan. Shopping complex memang takde ler. Ramai budak muda melepak dikaki lima kedai. Duduk bercangkung, berborak sambil bersiul setiap kali awek lalu. Mereka juga ikut perkembangan zaman dari segi berpakaian etc. Aku ternampak pulak sign board Penyu.com, sebuah kedai komputer. Ada kena mengena ngan penyu biru ker?

Aku singgah kampung Rahmat, Setiu, rumah sedara abang. Nyamannya suasana. Sunyi jer. Jenis kediaman yang aku impikan untuk zaman persaraan nanti. mata aku asyik melilau melihat, menghayati keindahan negeri pantai timur ni. Lepas solat, kami teruskan perjalanan. Sempat aku bodek sepasu pokok bonsai untuk diletak di rumah. Terima kasih Abang Kamarul.

Sampai Kuala Terengganu dah agak petang. Mana taknya.. dok enjoy the ride manjang. Hujan lagik. Tak pe ah... sekali sekala kan. tapi yang aku agak pelik kan, sepanjang perjalanan tu jarang sangat aku nampak kaum Tiong Hua beraya. tak beraya ke mereka nih? Aku check in pehtu relax jerlah. Malam pun tak kemana. Ingat nak ke Seberang Takir pekena sotong cotek (sotong segar yang digoreng, dicicah ngan sambal yang sedaapp) tapi rasa malas pulak.

Kuala Terengganu masih macam dulu. Masih belum terasa sesaknya. Masih seronok berjalan kaki menjamu mata dan telinga.


1 comment:

dghnfgj said...

However mean your gold in wow life is,buy wow gold meet it and live it ;wow gold cheap do not shun it and call it hard names.It is not so bad as you are.It looks poorest when you are richest.The fault-finder will find faults in paradise.wow gold kaufen love your life,poor as it is.maple meso You may perhaps have some pleasant,thrilling,maplestory power leveling glorious hourss,even in a poor-house.The setting sun is reflected from the windows of the alms-house as brightly as from the rich man's abode;the snow melts before its door as early in the spring.sell wow gold I do not see but a quiet mind may live as contentedly there,cheap mesos and have as cheering thoughts,as in a palace.The town's poor seem to me often to live the most independent lives of any.May be they are simply great enough to billig wow gold receive without misgiving.Most think that they are above being supported by the town;powerlevel but it often happens that buy maplestory mesos they are not above supporting themselves by dishonest means.which should be more disreputable.Cultivate poverty like a garden herb,like sage.Do not trouble wow powerleveln yourself much to get new things,maple mesos whether clothes or friends,Turn the old,archlord power leveling return to them.Things do not change;we change.Sell your clothes and keep your thoughts.