Saturday, February 08, 2003

Kepala aku sakit lagi. Sejak kebelakangan ni selalu sangat kepala aku sakit. Berdenyut2. Sakit tak tentu tempat pulak tu, kadang2 kat depan, kadang2 kat belakang. Semua yang aku buat tak kena. Baring salah, duduk salah. Nak bukak mata pun tak larat kadang2 tu.

Aku ingat seminggu sebelum nikah dulu, aku demam teruk. 2 hari terlantar di rumah. Kepala aku rasa cam ada orang ketuk ngan tukul besi. Batuk tak payah cakaplah, selsema lagi. Masa majlis perkahwinan aku tu, aku masih lemah sebenarnya. Entah berapa kali aku batuk atas pelamin. Mujur bunyi cempuling tu kuat.

Doktor bagi aku pain killer. Buka aku tak biasa ngan pain killer, kalau setakat euphamol tuh, mmg tak jalan ler. Panadol jangan haraplah. Doktor bagi pain killer yang biasa tapi kepala aku masih sakit. Last2 dia bagi yang boleh tahan 24 jam. Cuma boleh makan sebiji jer sehari sebab dosejnya tinggi. Aku makan... aku rasa lega. Cuma aku tak mahu bergantung dengan pain killer.

migraine


Ni, dah berapa minggu ni, migrain aku kembali menyerang. Memang aku cuba tahan tapi kadang2 aku kalah juga. Aku tak daya menahan sakit. aku takut nak pergi check.. manalah tau ada brain tumor ke, na'uzubillah.. Mujur ada abang, ada kengkawan yang faham kesakitan aku. Kesian student aku.. sekali dua aku terpaksa cancel kelas. Nak buka mata pun tak larat.. apa lagi nak mengajar..

Ada sesiapa yang ada petua untuk hilangkan sakit kepala?


No comments: