Monday, January 29, 2007

Sayang isteri tinggal-tinggalkan

Abang sampai Klang Sabtu malam Ahad. Semalam hari outing sekeluarga. Kami jalan-jalan cari pasal. Malam tadi dinner kat KL...buleh kaaa.. kes aku cakap kat abang "sedap kalau dapat makan somtam nih kan" tak sangka la plak sampai KL kami pergi, kat tempat biasa la, Medan Tuanku. Lepas tu pergi mengukur tanah kat kedai-kedai bundle. Tak beli apa pun.

Pagi ni abang hantar ke opis. Dia plak ke Shah Alam, lapor diri dan ambil kenderaan untuk Le Tour De Langkawi. Malam ni konvoi ke sana. Kena tinggal lagik laaaaa aku ngan teruna kami. Tapi dah itu kerja dia kan... aku jeles sebenarnya sebab dah tak dapat nak join. Petang ni dia ambik aku dari opis dan aku plak hantar dia ke Shah Alam semula. Biar buang masa, janji ada masa untuk aku mantik-mantik ekekeke

Dengar kata Tour Borneo pun akan dianjurkan tahun ni. Sure tak dapat pergi sebab baby kecik lagik. Tak perlah, aku kirim pua kumbu, ikan kering, madu, mutiara, dan sebagainya saje laaaa.
KL Criterium 11hb Februari ni aku nak pergi menyibuk. Macam tahun-tahun lepas jugak.
Disamping tengok orang berlumba, itula medan untuk aku jumpa kembali circle of friends yang masih aktif dalam acara penganjuran lumba basikal nih.
Esok start drive semula. kena bawak fiat tuh laaa... tak best sebab cc tinggi so aku akan kerugian duit minyak sepanjang 2 minggu nih. Siap jek kancil tuh aku baru lega la. Nak upload beberapa gambar selepas kejadian kemalangan tuh tapi tak buleh nak upload. Hampeh laaa

Thursday, January 25, 2007

Outstation lagik

Semalam dapat 2 surat, aku kena pergi

1. Kursus Pengurusan Kewangan kat Glory Beach Resort Port Dickson 6-9 Februari.

2. Panel Penemuduga di Kuantan 13-16 Februari.

Aku anggap rezeki walaupun aku tau aku akan penat. Inilah kali terakhir nak balik Kuantan sebelum aku bersalin bulan 4 nanti, sementelah pulak terus sambung cuti raya Cina kan. Abang pun baru balik dari Le Tour De Langkawi 11hb tu. So very convenient la trip balik kampung.

Kereta kancil aku masih kat bengkel. baru habis urusan tandatangan beberapa dokumen berkaitan tuntutan insurans. So minggu depan baru boleh keluar agaknya. Sekarang ni aku tumpang member, kaki pun masih sakit.

Aku pun dok sibuk menguruskan majlis perkahwinan adik aku, 3 Mac ni insyaallah. Dia dok di JB nun, jadi aku ni la yang mencari benda2 remeh temeh untuk majlis tu nanti. Aku gunakan khidmat member masa aku kawen dulu jer. Harga pun boleh kowtim, senang sikit. Tapi masa majlis aku akan rehat serehatnya la...

Teruna aku dah elok demamnya. Bronchitis dia pun dah ok lepas kena nebulizer 3 kali minggu lepas. Turun berat dia sekilo. tapi aku tetap laaaa tak larat nak dukung. Aku call emak, dia dah selera nak makan, nak susu, nak main kereta. Hopefully sihat la sepenuhnya. Dengan virus denggi yang agak serius kat selangor sekarang aku cuak jugak la.

Telefon yang aku cakap aku nak beli tu, akhirnya aku beli tepon cap Nokia 6280 jer. Itu yang aku berkenan, itu yang aku mampu. But I like... la nih jadi radio anak aku jek. "Ibu..nak lagi cinta wanita" or "ibu.. abang nak lagu terindah" Alaa lagu Samsons tuh, kenangan terindah.

Tuesday, January 23, 2007

Blogging semulaaaa

Lebih sebulan tak berentry. Banyak sebab. Outstation terlampau, raya haji dan cuti sakit. Ya minggu lepas aku cuti sakit sebab accident. Tak la teruk sangat tapi lebam2 jugak la sana sini. Kepala aku pun luka sikit. baby alhamdulillah takde apa2. Mujur aku pakai seat belt. Kereta kancil aku boleh tahan jugak teruknya tapi aku tak kisah sangat sebab buat knock for knock claim.
Benda apa lagi yang berlaku... hmmm masa aku outstation kat Kuantan hari tu, banjir dah melanda dah. Sempat la anak teruna aku tu main air ngan ayahnya. Yang tak best plak, insiden aku jatuh tangga masa nak ke bilik air. Sakitnya laaaa punggung. Pi check dan baby tak apa2. Kiranya baby aku ni tough la kan. Doktor yang check tu plak tercakap jantina baby. Aku tak amik port sangat. Janji sihat walafiat masa keluar nanti aku dah bersyukur.
Pagi masa nak ke pejabat berkenaan, aku dengar bunyi berdentum. Sekali turun rumah rupanya Fiat marea aku dah ada bawah timbunan garaj yang runtuh. Kayu tiang garaj sudah hempuk cermin depan. Mujur tak pecah. Cuma crack je. Kemek2 la jugak kereta tu. Tapi sebab memang dalam proses nak cat semula aku tak risau sangat la. Mujur laaaaa abang ada bengkel kereta sendiri kan. Mujur jugak bukan waja adik ipar aku yang parking bawah tu. *no offense to malaysia car owner* ini memang fakta.
Aku ada masalah nak mengupload entry dekat sebulan jugak la, banyak la aku buat post tapi basi camtu jer. Gambar pun banyak tapi cam takde harapan nak upload jugak.
Congratulations to Kasutvincci, bertambah umat Muhammad ya...