Saturday, May 28, 2005

Orang Pekan?

Lagi seminggu jer sebelum aku berkampung kat Bukit Kiara, dok sibuk buat dokumen untuk serah tugas pada pemangku (kalau ada). Semalam dapat surat panggilan, 6 Jun hingga 3 Disember. Cuti masih banyak, nak amik malas. Baik aku amik lepas habis DPA. Boleh masuk opis lepas seminggu. Rilek2 sikit. Paling malas nak packing baju aku anak beranak ler. Malasnyer rasa. Dalam 8 bulan nih dah berapa kali dah, memula packing ke modul 1, pastu packing ke Putrajaya, pastu ke Kuantan ni ke KL semula. Awal thn depan packing plak ke Pekan. Jadi orang Pekan ler aku eheh. Tapi syok juga environment kat Pekan nih. Tak sibuk mana, makanan sedap2, barang murah2 cuma banjir jerlah tiap tahun. Tapi umah yang aku nak duduk tuh setakat nih flood-proof.

Dalam sebulan nih aku naik bas ke ofis. Rilek sikit, buleh tido sepanjang perjalanan. Cuma sekarang ni tak best sebab tambang dah naik. Dulu RM 2.90 jer tapi lepas kenaikan diesel, tambang jadi RM 4.00. Giler punyer kenaikan. Bayang ler pergi balik RM 8.00, sama jer dengan aku isi minyak kereta! Perjalanan makan masa sejam pulak tuh untuk 48 km. Kalo naik kereta cuma 1/2 jam jer. Kalau darab sebulan dah berapa? Adalah lebih baik aku duduk kuarters dan potong elaun perumahan, lagik jimat. Pegi keje naik basikal ke,naik motor ke memandangkan ofis cuma sekangkang kera jer dari rumah. Dah survey taska. Thn depan teruna aku masuk 2 tahun. Taska Puspanita paling murah RM 70 jer untuk ahli. Jadi ahli Puspanita ler aku hahahaha. Susah nak carik pengasuh kat tempat baru camni. Lagipun aku takmo ler anak aku terlekat loghat daerah. Yang aku suka kat Pekan ni senang carik pembantu rumah part time. Seminggu 3 kali jer. Datang pagi, setel kerja dia balik. Sebulan RM 200. Oklah jugak, part membasuh, menggosok, mengemas tuh boleh aku tutup sebelah mata, memasak jer aku bukak dua-dua mata. Boleh tumpu pada anak dan suami. Tempah baju cuma RM 15 jer woohoo. Tapi sini takde night life. Pukul 9 dah sunyi.

Abang kata, susah sikitlah dia sebab bengkel kat Kuantan, dia kena ulang-alik. Tapi dia tak payah punchcard! At least boleh dia berkayuh pergi balik, training free tuh bang eheh. So minggu depan kena dating ngan JKR bhgn stor, tengok perabot yang boleh aku hangkut masuk rumah. Semestara aku kat KL, abang dah boleh mula bersihkan dan masukkan perabot. Pehhh jadi orang pekei ler kawei...

Pasal makanan lagik. Kat sini ada karipap raja, pulut raja dan puding raja. Semuanya sedap belaka. Kalau puding raja tuh saiz semangkuk aiskrim harganya RM 50. Memang sedap. Aku rasa kat tempat lain takde. Karipap raja ngan pulut raja tuh makan seketul kenyang sehari ler. Besar giler.

Sebenarnya aku tulis nih semer sebab nak pujuk diri sendiri yang terpaksa duduk kat pekan kecik jauh daripada Kuantan huhuhuhuhuhu

Thursday, May 26, 2005

3 tahun... semalam

Semalam, genap 3 tahun aku bergelar isteri. Bohonglah kalau aku kata semuanya ok. Kengkadang tu berselisih faham jugak, bermasam muka jugak. Tapi itu adat berumah tanggalah. Lepas habis selisih faham, lepas habis masam muka, senyum balik ler. Dapat SMS pepagi lagik daripada SPYZ yang jugak sama tarikh kahwin ngan aku. Awal kome celebrate ek spyz ehehe... memandangkan Kuantan dan ada Secret Recipe, maka aku cuma pergi dinner ngan abang kat sana. Jadual harian teruna aku tak memungkinkan aku keluar memalam. Pukul 9 dah kena tidur kalo tak cranky ler dia.

Hadiah? takde hadiah pun. Tak romantik? biarlah nampak tak romantik. Aku hari-haripun romantik.

Aku takde idea nak tulis apa dah. Maka biarlah aku stop.

Tuesday, May 17, 2005

Hari Ibu, Hari Guru, Hari Biasa?

"Emak.. selamat hari Ibu", aku cakap kat mak bila mak cakap "hello" masa angkat telefon. Emak jawab, "terima kasih dan selamat hari ibu jugak". Aku jadi sebak pulak. Aku cuma ibu setahun jagung berbanding emak yang dah 32 tahun bergelar ibu pada anak-anaknya. Dah bermacam pahit maung, jerih perih emak membesarkan kami adik beradik. Sampai matipun takkan aku berdaya membalas semua jasa emak menjadikan aku 'orang' Azam aku dari dulu cuma untuk jadi anak yang membahagiakan emak. Kalau dengan dengar suara anaknya boleh membahagiakan emak, aku akan telefon dia. Kalau dengan menunjukkan muka akan membahagiakan emak, aku akan redah LPT balik Klang jumpa emak. Janji emak happy.

Aku selalu jadi teremosional bila tengok setengah orang layan emak mereka lebih kurang jer. Tapi aku tak boleh kata apa sebab itu dah memang kebiasaan keluarga mereka. Pada aku, kurang ajar kalau memanggil emak yang ada di ruang tamu dengan menjerit "emaaaaakk" dari dapur. Pada aku, lebih sopan kalau pergi ke ruang tamu dan panggil dia dengan lembut. Aku rasa membiarkan emak pergi ke kedai membeli barang dapur menyusahkan dia, sedangkan kereta anak-anak menjalar di halaman rumah.

Masa aku keguguran baru nih, emak jugak tempat aku mengadu. Emak jugak yang menjaga makan minum aku, emak juga yang merebus mandian serum, dia juga yang bersusah menyiapkan jamu untuk aku. Aku rasa aku sihat je. Emak kata "keguguran pun lebih kurang bersalin penjagaannya walau tak sepenuhnya, emak nak lin sihat macam biasa biar kuat balik nak bekerja, nak jaga suami dan anak". Emak jugak peneman saat air mata aku mengalir mengingat baby aku yang dah kembali pada penciptanya.

Kalau aku ceritakan betapa aku sayang pada emak, takkan cukup semua dakwat yang ada. Akupun seorang ibu, azam aku untuk jadi ibu yang terbaik untuk anak aku. Akukan ada role model yang hebat... Puan Hapbasah binti Pardi, emak yang juga kawan baik aku. SAYANG EMAK...


Hari Guru

Hampir 4 tahun aku bergelumang dengan pelajar, buku, tutorial, kertas peperiksaan, lesson plan, perangai student dsb. Lepas aku bertukar angin ni baru aku faham perasaan seorang guru yang disapa bekas muridnya. The feeling is unexplainable. I feel honoured. Kalau tahun lepas aku terima kad dan ucapan, tahun ni tak de ler.

Famili aku mmg banyak cikgu. Adik mak aku pun cikgu yang kawin dengan cikgu BM tingkatan 5 aku. Sepupu aku banyak yang cikgu, Pakcik makcik aku ramai yang cikgu dari cikgu biasa sampai penolong kanan, guru besar dan pensyarah. Aku pun hampir-hampir nak jadi bini cikgu. Tapi cikgu tuh kawin dengan cikgu satu sekolah. Jadi pada semua sedara-mara aku yang bertitle cikgu, SELAMAT HARI GURU

Dalam sedar atau tidak, kita semua adalah guru in one way or another, ibu dan ayah guru pada anaknya, kakak dan abang guru pada adiknya, suami guru pada isterinya, majikan guru pada stafnya, kadang-kadang anak juga adalah guru pada ibu bapanya. Anak aku yang cuma setahun 2 bulan tuh banyak ajar aku bersabar. Dia ajar aku dengan kerenahnya..... terima kasih sayang sebab ajar ibu....

Thursday, May 12, 2005

Pendek-pendek

Aku masa nih :

- fizikal dah ok, masih berpantang cuma mental ada sikit mereng
- agak sedih tengok orang pregnant
- semakin sibuk dengan laporan yang baru perkara 2.9 dah 21 mukasurat
- carik quotation buat banner poster dan bunting yang murah
- pergi dan balik kerja naik bas, kalau dah minyak satu hari RM 15 sebulan berapa?
- dok berkira-kira tak mo pergi majlis penutup ekspedisi kayak Sungai Pahang, MALAS
- tengah mencari barang2 keperluan untuk DPA bulan depan
- bersedia mental nak ninggalkan anak dan suami untuk tempoh 6 bulan
- rindu nak makan ayam goreng - voucher KFC banyak nih
- dok tukar menu makanan teruna aku yang semakin cerewet pasal makanan
- rasa lega jugak sbb teruna aku boleh minum susu Pediasure, dia alah laktosa
- masih dok mikir pasal kunci kereta yang masih hilang, dah tempah lain, terbang duit aku
- mikir jugak kenapa aku listkan semua benda nih.....

Untuk sahabat baikku TINI, Selamat pengantin Baru, semoga kekal ikatan selama-lamanya, dianugerahkan Allah zuriat yang soleh dan solehah.

p/s : hasrat untuk saing tuh boleh tapi tahun depan ler. aku tak jamin ko nak tunggu selama tuh *wink* dan lagik satu.. hadiah ko masih terperuk di sudut bilik aku.. silalah ke Kuantan untuk meng'claim'nya...

Wednesday, May 04, 2005

Redha

Allah pinjamkan dia pada aku selama 2 bulan. Dia kembali pada penciptanya sebelum sempat kenal siapa ibu ayah dan abangnya. Aku redha Ya Allah. Kebahagiaan untuk menjadi ibu buat kali kedua tak sempat aku rasa sepenuhnya tapi aku redha Ya Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.