"Emak.. selamat hari Ibu", aku cakap kat mak bila mak cakap "hello" masa angkat telefon. Emak jawab, "terima kasih dan selamat hari ibu jugak". Aku jadi sebak pulak. Aku cuma ibu setahun jagung berbanding emak yang dah 32 tahun bergelar ibu pada anak-anaknya. Dah bermacam pahit maung, jerih perih emak membesarkan kami adik beradik. Sampai matipun takkan aku berdaya membalas semua jasa emak menjadikan aku 'orang' Azam aku dari dulu cuma untuk jadi anak yang membahagiakan emak. Kalau dengan dengar suara anaknya boleh membahagiakan emak, aku akan telefon dia. Kalau dengan menunjukkan muka akan membahagiakan emak, aku akan redah LPT balik Klang jumpa emak. Janji emak happy.
Aku selalu jadi teremosional bila tengok setengah orang layan emak mereka lebih kurang jer. Tapi aku tak boleh kata apa sebab itu dah memang kebiasaan keluarga mereka. Pada aku, kurang ajar kalau memanggil emak yang ada di ruang tamu dengan menjerit "emaaaaakk" dari dapur. Pada aku, lebih sopan kalau pergi ke ruang tamu dan panggil dia dengan lembut. Aku rasa membiarkan emak pergi ke kedai membeli barang dapur menyusahkan dia, sedangkan kereta anak-anak menjalar di halaman rumah.
Masa aku keguguran baru nih, emak jugak tempat aku mengadu. Emak jugak yang menjaga makan minum aku, emak juga yang merebus mandian serum, dia juga yang bersusah menyiapkan jamu untuk aku. Aku rasa aku sihat je. Emak kata "keguguran pun lebih kurang bersalin penjagaannya walau tak sepenuhnya, emak nak lin sihat macam biasa biar kuat balik nak bekerja, nak jaga suami dan anak". Emak jugak peneman saat air mata aku mengalir mengingat baby aku yang dah kembali pada penciptanya.
Kalau aku ceritakan betapa aku sayang pada emak, takkan cukup semua dakwat yang ada. Akupun seorang ibu, azam aku untuk jadi ibu yang terbaik untuk anak aku. Akukan ada role model yang hebat... Puan Hapbasah binti Pardi, emak yang juga kawan baik aku. SAYANG EMAK...
Hari Guru
Hampir 4 tahun aku bergelumang dengan pelajar, buku, tutorial, kertas peperiksaan, lesson plan, perangai student dsb. Lepas aku bertukar angin ni baru aku faham perasaan seorang guru yang disapa bekas muridnya. The feeling is unexplainable. I feel honoured. Kalau tahun lepas aku terima kad dan ucapan, tahun ni tak de ler.
Famili aku mmg banyak cikgu. Adik mak aku pun cikgu yang kawin dengan cikgu BM tingkatan 5 aku. Sepupu aku banyak yang cikgu, Pakcik makcik aku ramai yang cikgu dari cikgu biasa sampai penolong kanan, guru besar dan pensyarah. Aku pun hampir-hampir nak jadi bini cikgu. Tapi cikgu tuh kawin dengan cikgu satu sekolah. Jadi pada semua sedara-mara aku yang bertitle cikgu, SELAMAT HARI GURU
Dalam sedar atau tidak, kita semua adalah guru in one way or another, ibu dan ayah guru pada anaknya, kakak dan abang guru pada adiknya, suami guru pada isterinya, majikan guru pada stafnya, kadang-kadang anak juga adalah guru pada ibu bapanya. Anak aku yang cuma setahun 2 bulan tuh banyak ajar aku bersabar. Dia ajar aku dengan kerenahnya..... terima kasih sayang sebab ajar ibu....
No comments:
Post a Comment