Tuesday, June 29, 2010

DURIAN DAN ADNEEN

Musim durian dah mula. Sepanjang bulan ni dah 3 kali aku beli durian kat tepi jalan nak masuk kawasan perumahan aku. Memang terbaekkk sebab gerai tu memang depan dusun durian. Jadi everytime pun durian baru. So simpan sehari dua kat rumah pun masih sedap kan.

Aku plak jenis cerewet memilih durian. Mungkin ramai yang suka makan baka kacuk yang macam D24 la.. macam2 D lagi la, tapi aku suka durian kampung. Rasanya manis lemak dan tak memuakkan. Anak2 aku pun hantu durian haha.. memang berbaloi kalau beli.

Yang pelik kan, sebelum2 ni aku memang menyampah dengan durian kalau pregnant. Bau pun aku benci. Kali ni tak pulak. Aku sangat enjoy makan durian. Betul la kata orang, lain pregnant lain ragamnya.

Aku nak ajak abang beli durian Beserah plak. Warna isinya kehijauan, bukan kekuningan macam biasa tu. Susah nak dapat sebab sokmo sold out kat gerai2 depan dusun. Kena tunggu sebelum kedai bukak gamaknya.

ADNEEN HUMAIRA

Jarang aku cerita pasal anak dara aku ni. Dah 3 tahun lebih, mulut makin keletah. Balik taska ada je benda dia nak cerita. ABC ngan numbers 1-20 dah lepas. Doa2 harian pun ok. bagus jugak taska tu, boleh puji la pembelajaran awal yang diterap pada budak2. So makan malam Adneen la tukang baca doa makan, Arief baca doa lepas makan.

Malam tadi masa aku solat Isyak hidung ni dah mencium bau minyak baby Johnson yang semerbak. Haaaa sudah mesti ada budak main nih. Lepas solat elok je aku tengok Adneen lumur minyak tu kat kepala, kat kaki, kat tangan.

Ibu : Kakak buat apa letak minyak banyak2 tu?

Adneen : Kulit kakak ni kan kering kan..

Aku tak terkata apa dah.. bantai gelak je la..ni sure ikut jawapan ayah dia ni. Ahad lepas ayah dia balik dari kayuh, lepas mandi letak la losyen Nivea tu kat lengan ngan kaki sbb sunburn kan..dia tanya bakpe letak, ayah jawab sebab kulit kering.

Kesimpulannya jangan la cakap benda pelik2 depan anak sebab mereka ni akan absorb dan luahkan semula.

Masa aku baca Surah Maryam pun camtu la, dia duduk atas riba sambil mulut kumat kamit kengkonon baca jugak. Sampai ayat "Jannatu Adnin..." dia pun cakap "ibu baca nama kakak!" pastu menjerit kat ayah ngan abang dia "ibu ngaji baca nama kakak la"

alahai kakak...

Friday, June 25, 2010

SISTEM SURIA ARIEF

Semalam aku download dan print beberapa artikel dan latihan berkaitan sistem suria untuk Arief. Siap binding lagik haa..so petang semalam aku pass kat dia dalam kereta. Wah! aku dapat kiss kiri kanan dan ucapan terima kasih banyak kali. Tapi anak bujang tu ada satu lagi permintaan.

Arief : Boleh tak ibu buat lagi camni, abang nak bagi kawan2 ngan cikgu jugak. Boleh baca sama2.

Ibu : *mode berfikir- takkan nak fotostat 1 je kan - mujur dah gaji - ok fotostat lebih sikit bagi kat sekolah* ok.. jom pegi fotostat terus.

Arief : fotostat tu apa?

Ibu : nanti ibu tunjuk. fotostat tu mesin untuk buat buku ni jadi banyak. nanti abang boleh kongsi dengan kawan.

So petang semalam aku mengajar Arief camne guna mesin fotostat kat kedai Cina Indera mahkota 8. So fotostat 20 copies. Disebabkan yang asalnya berwarna, maka kena fotostat warna jugak biar budak2 interested dan tau warna sebenar sistem suria tu.

Pagi tadi antara pagi yang mudah kejutkan dia pegi sekolah. Terus belek beg takut nota sistem suria tertinggal.Benda2 kecik ni senang je buat, kegembiraan Arief dapat kertas beberapa helai tu IS PRICELESS..

Adneen macam biasa nak buku Barbie.. nanti aku tanya pakcik gugel kot kot ada boleh print jer.

HUJUNG MINGGU

Hujung minggu ni aku nak pergi berkelah kat Pasir Kubur, Sungai Lembing. Memang dekat dengan tanah perkuburan, dalam 200 meter je. Kawasan sungai yang dasarnya batu2 sungai, bukan pasir. Dan disebabkan sekarang ni cuaca kering jadi airnya cetek. Tak risau aku nak lepas anak2 main. Aku boleh gak jalan2 untuk kesan refleksologi. Mungkin aku drive dan abang kayuh beskal kesana. Cadangan awal nak balik hari je, tengok la kalau ramai nak ikut boleh berkhemah terus.

RUMAH AKU

Semalam jugak dah lekatkan TV kat dinding ruang rehat tingkat atas. Tingkat bawah takde TV. Senang nak buat gaya apa pun tengok TV kan. Tak sepah ruang tamu aku haha..Kalau tetamu datang pun budak2 boleh terus menonton/main game tanpa kacau mak ayah nak nyembang. Ada rezeki lagi nanti boleh beli satu lagi yang kecik sikit lekat kat tingkat bawah pulak.

Plan seterusnya ialah tukar kipas ruang rehat tu guna 4 blade remote control dan set kerusi untuk ruang bawah.. slow2 kayuh orang basikal kata, yang penting sampai.

Dah dapat bil elektrik. Khas untuk Arena yang bertanya. Bil aku RM 73.45 dengan penggunaan Peti sejuk, mesin basuh dan Air Cond bersistem Inverter dan lampu rumah downlight yang energy saver. Basuh baju hari-hari dan aircond purata 12 jam tiap2 hari (dari balik kerja sampai pergi kerja esoknya tu). Sangat jimat kan? Alhamdulillah. Alah membeli menang memakai. Ni yang cadang nak pasang air cond satu lagi nih haha (berangan takpe)..

Thursday, June 24, 2010

BIDADARI SYURGA ALLAH

Semalam aku dapat sms dari Oren, pengkhabaran sedih kembalinya Alisa Amira, anak Mawar ke rahmatullah kerana penyakit barah otak. Blog Mawar adalah private. Aku cuma kenal Mawar lewat coretan-coretannya.

Amat tabah wanita bernama Mawar ini. Sebelum pemergian Alisa, wanita ini duji dengan pemergian anak keduanya Mohamad Aiman sejurus selepas kelahiran. Dia diuji lagi dengan keadaan Alisa. Amat kagum aku dengan ketabahannya. Alisa pernah sihat selepas menjalani pelbagai rawatan dan penyakitnya datang kembali.

Alisa sudah tidak perlu menderita kesakitan lagi. Muhamad Aiman sudah bertemu kakaknya di sana. Dan kalian adalah insan terpilih, yang dipilih Allah untuk mempunyai anak2 yang sedia mendoakan dan menanti kehadiran kalian di pintu syurga, sedang kami tak tentu lagi nasibnya.

Salam takziah dari kami sekeluarga. kami doakan agar kalian terus diberi kesabaran dan ketabahan dalam mendepani saat-saat sedih kehilangan ini..

Alisa..
Damailah di sana
Disisi Penciptamu
Bidadari kecil Syurga Allah
Doa kami
mengiringi mu...

Wednesday, June 23, 2010

MANCIS DAN BUMI

Malam tadi masa makan malam. Aku melayan Arief dan Adneen. quality time ngan anak2 katanya. Arief belek mancis batang yang cap cili tu sambil membaca tulisan2 atas kotak mancis.

Arief : Mancis api keselamatan, kan salah kan ibu
Ibu : Apasal pulak salah, kan abang baca betul tu
Arief : Ye la.. kan patutnya MANCIS API BAHAYA
Ibu : betul jugak kan, sebab boleh terbakar tangan.

Lepas tu dia masuk bab sains pulak. Cerita pasal belajar nama-nama planet dalam sistem suria. (nampaknya aku kena study balik sususan dan nama semua planet, senang nak jawab)

Arief : Ibu, apasal planet kita warna warni tapi yang lain tak, apasal planet yang Dora pegi tu macam ada gelang, apasal bulat2nya ada yang kecik ada yang besar (merujuk pada saiz planet), Allah kat planet tu sama macam Allah kita tak?

Ibu : planet kita warna warni sebab ada pokok, ada laut, ada sungai, ada manusia, ada tanah, kan warnanya lain2. Planet lain takde sebab tu takde orang duduk kat planet lain. Planet yang Dora pegi tu memang Camtu. Nanti ibu baca buku bagitau abang ok. Planet bulat2nya lain sebab Allah nak tunjuk Dia boleh cipta apa saja, kalau dia nak cipta 4 segi pun boleh. Allah ada 1 je. Dia yang cipta semuanya sekali.

Arief : Ibu abang dah kenyang..

Ibu : ok.. pi letak pinggan dalam sinki lepas tu masukkan baju sekolah dalam mesin basuh.

(sepanjang perbualan ni Adneen sibuk makan nasi ngan kuah singgang daging dan tempe goreng dengan khusyuknya, cuma sekali sekala tanya kenapa Dora tak ajak dia naik space ship haha)

Aku seronok melayan keletah anak2 aku. Cuma sejam dua sehari lepas maghrib sampai derang masuk tidur dalam pukul 9.30-10.00. Biar la derang nak tanya apa pun. yang aku boleh jawab aku akan jawab. Yang mana tak boleh aku hold dulu la. But one thing that makes me proud is Arief's ability to analize finer things like matches should be "dangerous not safe".. yup might look small to others but I am proud!

Arief exam minggu ni. Harap cemerlang macam tahun lepas. Aku tak kisah nombor berapa pun, yang penting dia absorb apa yang dipelajari kat sekolah. Aku tanya malam tadi samada dia boleh jawab ke tak. Dia jawab "abang tak jawab pun, abang tulis je" oh ok...pada dia jawab tu lisan. So ibu cakap "kalau tulis pun maknanya kita jawab juga sebab cikgu kan tulis soalan kan" Arief angguk2 je...

Friday, June 18, 2010

CAMPUR-CAMPUR

Lama tak update blog.

24 Weeks and Counting..

Minggu lepas MC 2 hari, Khamis dgn Jumaat. Aku spotting dan diarah bedrest 3 hari. Rasanya sebab banyak sangat travel jauh tengok site dan mesyuarat. Ye la bukan ikut highway kan. Sekarang ni Alhamdulillah dah ok. Cuma kena lebih berhati2. HB pun dah naik skit daripada 9.8 ke 10.3. Itupun memacam aku usaha bagi naik. Muak la makan bayam/kerang haha.. semalam pegi check-up. Berat aku dah naik 2 kilo. "Pregnant 6 bulan naik 2 kilo je?" Itu soalan lazim la.. aku tak kisah, janji baby sihat sudah. Yang sebenarnya aku masih teruskan berkayuh geli2 keliling rumah dan ke pantai sekali sekala. Of Course dengan kebenaran doktor.

Program Hujung Minggu

Emak sampai dari Klang pagi tadi dalam pukul 3.00. So hujung minggu ni aku akan bersantai dengan emak dan adik2. Merasa la makan masakan emak. Nak urut jugak hehe.. Yang paling utama ni first time emak datang rumah baru aku. Anak2 aku bangun pagi ni sure excited nampak nenek dah depan mata.

Program Minggu Depan

Minggu depan aku kena buat penyiasatan dan pemantauan kat 3 tempat dan pegi meeting kat Putrajaya.

- Projek Prosdet Pantos, Lipis
- Masalah Projek Jalan Kampung, Maran
- Masalah Program Bantuan Rumah, Kampung Desa Murni, Sanggang Temerloh

PENSAN! Tapi dah kerja aku..tak boleh komplen.

Ingat tak masalah yang aku kata mesti diselesaikan selepas aku tau keputusan pada 1 Mei 2010. Sampai sekarang masih tergantung sebenarnya. Tapi takpe. Aku kena sabar. Aku kena yakin yang masalah tu akan selesai sebab Allah tetap akan bantu hambanya yang dalam kesusahan, yang teraniaya, yang berada pada pihak yang benar. InsyaAllah. Aku taknak emo2 macam dulu. Nanti baby pulak yang terjejas.

Alang2 nak ke Sanggang ni boleh la aku recce satu dua benda haha.. just wait and see..

Monday, June 07, 2010

PENYAMAN UDARA

Rumah aku mengadap matahari petang. Agak panas diwaktu malam. Sekarang pulak memang cuaca panas kat Kuantan ni. Tengok anak2 tidur tak berapa selesa. Berpeluh, melengas. Kesian macam tak cukup tidur. Susah sangat nak bagun pagi sebab baru rasa sejuk dan lena sungguh tidur. Orang tua macam aku pun kengkadang tak tahan,apa lagi bebudak macam derang.


Ada yang tanya kenapa beli rumah tu kalau dah tau ngadap matahari petang. Aku jawab sebab area lotnya luas dan harganya murah. Bila pokok2 dah membesar kurang la panas nanti. Boleh letak blind pun kat porch tu kan. Susah nak dapat rumah teres 2 tingkat dengan keluasan keseluruhan hampir 5000 kaki persegi dengan harga tu. Sebab tu aku beli.

Tak boleh jadi ni. Aku amik keputusan pasang air-cond yang mulanya kalau boleh aku taknak pasang sebab taknak anak2 manja sangat. Nanti susah kalau berjalan ke rumah sedara mara. Tapi nak buat camne kalau dah tiap malam berkirap panas.

Tanya jiran yang dah lama duduk situ pun dia cakap benda sama. Waktu2 camni memang panas. Esok dah sampai bulan 10 ke bulan 1 sejuk tak payah pasang kipas la. Perubahan monsun kan.

So terbang la RM1600 membeli penyaman udara cap Samsung Inverter 1hp letak kat master bedroom. Ada yang harga tak sampai RM1000 tapi sebab penjimatan 60% penggunaan elektrik tu yang aku kejar. Dah kalau pasang dari balik kerja sampai nak pergi kerja esoknya dengan penjimatan tu kan untung jangka masa panjang.

Peti ais ngan mesin basuh pun aku sauk Panasonic Inverter jugak. Tak kisah la bayar lebih sikit. Alah membeli menang memakai katanya.

Esok atau lusa derang datang la pasang. Lepas ni malam2 yang dilalui tak panas lagi. Jangan liat jugak bangun sebab syok bergulung bawah comforter sudah laaa..

Friday, June 04, 2010

KERJA

Aku kat Lipis. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Penghayatan 1 malaysia untuk masyarakat orang asli bersama YAB Perdana Menteri. Aku bertolak dari Kuantan pukul 6.30 pagi. Ikut jalan shortcut dari Maran. Pastu masuk Jengka, Jerantut dan Lipis. Jalan beralun2 dan macam ular kena palu.

Mujur dah 22 minggu. Kalau awal2 pregnancy aritu mau berkali2 berhenti muntah.

Nak buat camne kan. Dah kerja aku. Redha je la...

Thursday, June 03, 2010

SANTAI DI PANTAI

Sekarang ni rajin pulak kami pergi pantai. Tak pegi Teluk Chempedak pun, pegi Pantai Batu Hitam atau Pantai Balok. Sebab pantainya sangat landai. Kedai makan pun banyak dan ada satu gerai jual burger yang sangat sedap. Orang boleh tahan ramai jugak.

Adneen tunggu pakcik jual aiskrim datang. Suka sangat dia makan aiskrim. Motif utama sebab nak basuh tangan kat gigi air. Buleehhh?

Arief macam biasa main layang2. Tapi lama2 mak ayah dia yang pegang, dia sibuk korek pasir, nak cari ketam katanya.

Gambar kat atas tu Adneen mengamuk sebab ayah tak bagi main air. Ibu tengah layan aiskrim yang sedap haha..

Wednesday, June 02, 2010

EXAM DAN CUTI

Bulan depan, to be exact 7 hingga 15 Julai 2010 aku kena pegi exam (Penilaian Tahap Kecekapan) kat The Mines. Tapi sampai saat ni satu benda haram tak study. Sebab kerja opis banyak. Balik rumah jgn harap la dapat study kan. Lagi satu plak, banyaaaaakkkk benda dalam silibus tu yang kalau diikutkan kena cover. But since kerja hakiki kita yang akan dinilai, camne kita present dsb, so aku tak risau sangat sebab lebih banyak practical daripada teori. Aku doa2 agar lulus, kalau tak cemerlang pun dapat Aras 3 cukup la. Malas makcik nak mengulang.

Lepas serabut otak menelaah dan exam dan tulis assignment bagai, apa kata kita rilekkan minda dan badan. So kebetulan pulak awal bulan 8 nanti abang dapat lantikan komisar untuk Langkawi International Mountainbike Challenge. Jadi aku pun cadang2 nak ikut sambil makan angin bawak anak2 makan angin. Sementara belum bersalin ni kan.

So aku book Rumah Peranginan Persekutuan kat Federal Villa. Booking bilik suite tak dapat sebab penuh jadi dapat la 2 buah bilik deluxe. Tak kisah la. Harganya RM77 semalam. Jadi aku cuma bayar RM462 untuk 4 hari 3 malam. Salah satu keuntungan kerja gomen hehehe..cuti pun dah approved alhamdulillah.

Aku ngan abang dapat lantikan komisar (pengadil) untuk SUKMA Melaka tahun ni. Aku tak dapat nak pergi dalam keadaan aku yang makin boyot ni. Abang mungkin tak pegi jugak sebab ada 1 group riders dari Itali nak datang kayuh kat Taman Negara. Rezeki tu takkan nak tolak kan. Lagipun kesian kat aku kena handle bebudak sorang2 kan. Kat Klang dulu lain sebab bebudak duduk rumah je. Kat sini kena hantar Tadika dan Taska. Lelah aku wei.. lagi la dengan pregnancy yang dalam kategori high risk kali ni.

Esok Antaenatal check-up. Berat aku dah naik sekilo (je?). Janji baby sihat sudah la. Jumaat plak ada meeting kat Pejabat daerah Lipis. about 3 hour drive from Kuantan tu. Takpe...guna kenderaan jabatan rilek sket. Duduk sebelah buat taik mata je. ..

Sidetrack...

Dia cakap "untung la korang ni..baru kerja 4-5 tahun dah naik 48, kitaorang ni ntah merasa ntah tak 48 tu"

Aku jawab " masa ko terima kerja tu ada tak orang acu pistol kat kepala suruh terima? Kalau takde dan terima dengan rela hati tolong jangan komplen dan kondem kerja org lain. Kalau rasa nak masuk skim aku pun boleh je kan lompat skim sekarang ni. Betul skim ko lambat naik tapi ada ko kena stayback macam aku, outstation sokmo, buat reports berjela, menjawab pada boss/public/stakeholder, kena bambu dalam meeting.."

Dia cakap "tak la...aku cakap je.."

My point is jangan buat assumption kalau tak tau fakta sebenar. Memang nampak sedap naik gred, naik gaji tapi tanggungjawab dan beban kerja yang dibagi tu kena fikir juga. "Grass is always greener on the other side" omputih kata..

Tuesday, June 01, 2010

MISTIK

Minggu lepas tengok cerita terbaru kat TV3. Ala yang pasal mistik2 tu la. Menarik juga sebab aku memang minat benda2 camtu. Dedulu aku suka baca apa2 saja berkaitan ParaPaychology ni. Sangat menarik bila 2 pihak bincang pasal benda yang sama pasal roh, semangat etc berdasarkan sains dan kepercayaan lama.

Aku kan baru pindah rumah baru kan. Kita pun percaya kalau rumah yang dah lama tak berpenghuni akan ada la yang tumpang menghuni. Nak panggil orang buat sembahyang hajat dan bacaan yassin masih tak kenal sapa2 kat situ kan. So aku buat sendiri saja la..lepas2 solat Maghrib tu.

Cuma aku perasan la anak kedua aku selalu terjaga malam, macam terkejut. Dia cakap kawan dia kejutkan dia ajak main. Haaa sudah..memula aku ingat dia seronok sangat main kat Taska. Tapi bila dah beberapa kali dan dia macam takut bila aku jauh ngan dia, susah nak ajak tidur dalam bilik, pastu dalam seminggu dua ni macam demam on and off. Aku pun dah naik cuak.

Aku mengadu kat pak mertua aku la..dia ni pengamal perubatan tradisional yang agak dikenali la. Sebut je Pak Lah kat Kuantan ni, majoriti kenal.

Malam tadi Pak Mertua ngan kuncu-kuncunya datang rumah. Ayah kata rumah aku tu 'panas sikit' la sebab tak pernah didiami. So Ayah buat la apa yang biasa dibuatnya untuk 'memagar' rumah tu. Buat solat dan bacaan yassin juga surah al-Baqarah. Lepas tu Ayah buat air penawar dengan garam kasar untuk renjis dan tabur keliling rumah. Lebihan air tu Ayah suruh bagi anak2 aku mandi dan sembur2 dalam rumah dalam masa seminggu.

Malam tadi jugak Adneen tidur agak lena. Kalau beberapa hari ni aku terpaksa angkat dia dan terus letak atas tilam bila sampai Taska, pagi ni senang jugak dia bangun. Masuk Taska sendiri je bagi beg kat teacher.

So kesimpulannya, benda2 mistik camni ada dan kita kena percaya akan kewujudannya. Cuma jangan terlalu taksub atau jangan terlalu takut. Mereka pun makhluk Allah macam kita juga. Kita cuma nak hidup dengan selesa dalam rumah sendiri jadi usaha la sikit suruh mereka ni keluar dengan baik.

Malam ni aku start main spray2 dalam rumah untuk seminggu ni...