Tuesday, June 01, 2010

MISTIK

Minggu lepas tengok cerita terbaru kat TV3. Ala yang pasal mistik2 tu la. Menarik juga sebab aku memang minat benda2 camtu. Dedulu aku suka baca apa2 saja berkaitan ParaPaychology ni. Sangat menarik bila 2 pihak bincang pasal benda yang sama pasal roh, semangat etc berdasarkan sains dan kepercayaan lama.

Aku kan baru pindah rumah baru kan. Kita pun percaya kalau rumah yang dah lama tak berpenghuni akan ada la yang tumpang menghuni. Nak panggil orang buat sembahyang hajat dan bacaan yassin masih tak kenal sapa2 kat situ kan. So aku buat sendiri saja la..lepas2 solat Maghrib tu.

Cuma aku perasan la anak kedua aku selalu terjaga malam, macam terkejut. Dia cakap kawan dia kejutkan dia ajak main. Haaa sudah..memula aku ingat dia seronok sangat main kat Taska. Tapi bila dah beberapa kali dan dia macam takut bila aku jauh ngan dia, susah nak ajak tidur dalam bilik, pastu dalam seminggu dua ni macam demam on and off. Aku pun dah naik cuak.

Aku mengadu kat pak mertua aku la..dia ni pengamal perubatan tradisional yang agak dikenali la. Sebut je Pak Lah kat Kuantan ni, majoriti kenal.

Malam tadi Pak Mertua ngan kuncu-kuncunya datang rumah. Ayah kata rumah aku tu 'panas sikit' la sebab tak pernah didiami. So Ayah buat la apa yang biasa dibuatnya untuk 'memagar' rumah tu. Buat solat dan bacaan yassin juga surah al-Baqarah. Lepas tu Ayah buat air penawar dengan garam kasar untuk renjis dan tabur keliling rumah. Lebihan air tu Ayah suruh bagi anak2 aku mandi dan sembur2 dalam rumah dalam masa seminggu.

Malam tadi jugak Adneen tidur agak lena. Kalau beberapa hari ni aku terpaksa angkat dia dan terus letak atas tilam bila sampai Taska, pagi ni senang jugak dia bangun. Masuk Taska sendiri je bagi beg kat teacher.

So kesimpulannya, benda2 mistik camni ada dan kita kena percaya akan kewujudannya. Cuma jangan terlalu taksub atau jangan terlalu takut. Mereka pun makhluk Allah macam kita juga. Kita cuma nak hidup dengan selesa dalam rumah sendiri jadi usaha la sikit suruh mereka ni keluar dengan baik.

Malam ni aku start main spray2 dalam rumah untuk seminggu ni...

3 comments:

Ummi said...

itulah angah kena juga percaya, dulu masa dok kuarters gov, selalu dengar org main bola, ingat orang atas main tapi sebenarnya tidak, benda tu yang main

rumah skrg ni pulak selalu dengar orang main guli kat atas masa kami dok kat bawah, tapi ummi selalu sound, nak duduk rumah ni duduk jangan dok kacau atau tunjuk muka aje,

so far macam dah ok dah after kena sound dengan ummi

so spray ye, kasi dia mandi sikit :)

luna said...

umah aku kat penang pun sekali sekala je duduk, penghuni asalnya chinese, walaupun setakat ni takde lah gangguan mistik tapi sbg memberi 'seri' kpd rumah mmg aku baca yassin setiap kali balik..

mmg betul,rumah tinggal akan menjadi persinggahan jin,tp mereka juga makhluk Allah dan kita adalah sebaik2 kejadian,sebenarnya dorg lagi takut pd manusia,tp banyak yg berlaku sebaliknya..tu tanda lemahnya iman.

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah, nasib baik dh ok. X percaya mcm mana sekalipun tp kalau dh jadi pd kita & family, xkan x percaya lagi. kita usahalah supaya benda tu 'pergi'. teruskan usaha 'menyepray' tersebut, ya Angah.